Anda di halaman 1dari 4

Mesyuarat Jawatankuasa APDM Bil 1/2019

Tarikh : 9 Januari 2019

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SR Arab JAIM Jelatang

Kehadiran :

1. En Azahri bin Ahmad ( PK HEM )


2. Puan Norazah Binti Arasad ( SU )
3. Puan Shezwani Binti Said ( Pen. SU )
4. Puan Suraida binti Said ( 1K )
5. En. Mohd. Aiman Bin Ridhwan ( 1S )
6. Puan malinah Binti Selamat ( 2K )
7. Puan Rahahyu Binti Harun (2S)
8. Puan Afiqah Nadzirah binti Hanif ( 3K )
9. Puan Nursahsuzylah Binti Mohd Noor ( 3S )
10. En. Mahthir Bin Ab. Halim ( 4K )
11. En. Muhammad Aizzat Syazwan Bin Basir ( 4S )
12. Puan Nurul Syuhada Binti Mohd. Noor ( 5K )
13. Puan Nurazimah Binti Mohd Yaman ( 5S )
14. Puan Noor Saadah Binti Jaffar ( 6K )
15. Puan Dayang Nurul Huda binti Harun ( 6S )
Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua AJK ke mesyuarat
APDM Kali Pertama ini dan memohon agar semua ahli dapat
bekerjasama dan memberi pandangan untuk kebaikan bersama.
1.2 Pengerusi berharap, agar AJK dapat mengemaskini data murid dan
ibu bapa/penjaga dan membuat penambahbaikan agar pelaksanaan
APDM berjalan lancar.
1.3 Pengerusi juga mengingatkan semua guru kelas supaya
mengemaskini kehadiran setiap hari sebelum pukul 10 pagi.

Tindakan : Guru Kelas

2. Perancangan Pengurusan APDM


2.1 Pengerusi memaklumkan setakat hari ini masih ada lagi murid tahun satu
yang akan masuk.
2.2 Guru Kelas diwajibkan mengemaskini data murid dari semasa ke semasa.
2.3 Setakat hari ini juga, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
masih menggunakan data yang terdapat di dalam APDM.
2.4 Sekiranya terdapat murid OKU, murid tersebut mestilah dipastikan
mempunyai kad OKU.
2.5 Sekiranya murid pindah, Guru Kelas diminta menulis no. Siri surat pindah
di dalam buku besar.
2.6 Jadual Kedatangan masih terus digunakan dan semua bersetuju untuk
menggunakan dakwat hitam tetapi bukan ballpen.
2.7 Penandaan kehadiran mestilah selewat lewatnya jam 9.00 pagi, kerana
maklumat tersebut akan dipindahkan ke dalam system pada jam 9.00
pagi.
2.8 Sekiranya murid hadir lewat selepas 2 jam pertama, murid tersebut dikira
tidak hadir.
2.9 Pengerusi juga memaklumkan bahawa mulai hari ini system APDM sudah
boleh dikemaskini.
2.10 Sekiranya guru kelas lambat atau tidak hadir, guru bertugas diminta
untuk membantu mengambil kehadiran murid.
2.11 Guru Kelas hendaklah memastikan maklumat-maklumat penting
seperti Jadual Waktu, Jadual Bertugas, Carta organisasi, visi dan misi
sekolah ada ditampal di dalam kelas.
2.12 Ada juga diantara murid kita yang layak untuk menerima bantuan
pakaian seragam iaitu yang berpendapatan RM 1000 ke bawah.
2.13 Guru-guru juga dikehendaki mengenalpasti murid-murid yang
memerlukan khidmat kaunseling dan juga yang mempunyai masalah
perubatan.
2.14 Guru perlu sentiasa mengemaskini maklumat murid sepanjang tahun
terutamanya Guru kelas Tahun 1 dan Guru kelas Tahun 6.
2.15 Fail peribadi murid dan Kad 001 dan Buku kesihatan perlu dikemaskini.
2.16 Fail peribadi murid ini haruslah dikumpulkan di bilik mesyuarat pada
akhir tahun persekolahan. ( Pastikan ikat bertali )
2.17 Bagi Guru Kelas Tahun 6 perlu mengemaskini maklumat murid di
dalam APDM sebelum pendaftaran UPSR.
- Pastikan nombor angka giliran murid adalah betul
(perlu disemak dengan buku besar )
- Maklumat murid di belakang buku haruslah terkini.
- Jika murid tersebut adalah anak yatim, perlulah dipastikan
penjaganya, pastikan buku sentiasa dalam keadaan kemas.
2.18 Buku kesihatan - timbang berat , check mata perlu dibuat.

3.0 Hal hal lain


3.1 Guru kelas perlu memaklumkan segera kepada S/U APDM jika
ada murid yang berpindah atau murid baru masuk ke sekolah ini.
3.2 S/U APDM menyatakan data murid perlu dikemaskini setiap bulan
dan
disahkan datanya secara online dalam pangkalan data.

3.3 Setiausaha APDM juga memastikan data murid dikemaskini dan


disahkan mengikut tarikh yang ditetapkan pada setiap bulan
kepada PPDKB.

3.4 Pengerusi meminta data yang diisi lengkap dan betul untuk
memudahkan bahagian KWAPM, RMT dan bantuan-bantuan lain
membuar rujukan d APDM.
3.5 S/U APDM menyatakan bahagian Ko-Kurikulum dan kad 001,
semua guru kelas boleh mula mengisi dan mengemaskini di dalam
APDM.

4.0 Penutup (En. Azahri Bin Ahmad )

4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir dan
menunggu sehingga akhir mesyuarat. Mesyuarat diakhiri dengan surah Al-Asr
dan Tasbih Kaffarah dan tamat pada pukul 12.50 tengahari.

Minit mesyuarat SMM/APDM JAIM JELATANG bil 1/2016 ini disahkan oleh :

__________________ dan di sokong oleh : ____________________

Anda mungkin juga menyukai