Anda di halaman 1dari 4

Ahli Kumpulan 5:

1. Chen Chin Yee


2. Hoo Sze Fang
3. Lee Huei
4. Ong Hui Yi
5. Yee Jia Yin

BAHAGIAN A

1.

a) Nyatakan konsep diskalkulia? (5m)


 Diskalkulia merupakan satu jenis masalah pembelajaran dalam Matematik, iaitu
kesukaran mengira.
 Diskalkulia ialah satu istilah umum untuk kesukaran Matematik yang teruk.
 Ia meliputi semua jenis masalah Matematik daripada ketidakupayaan untuk memahami
konsep nombor sehingga ketidakupayaan untuk mengaplikasi prinsip Matematik dalam
menyelesaikan masalah.

b) Huraikan masalah-masalah yang biasanya dihadapi oleh murid diskalkulia? (10m)


 Biasanya kanak-kanak tidak memahami proses matematik, yang disertakan dengan
kesulitan menyiapkan tugas yang melibatkan angka atau simbol matematik.
 Kanak-kanak sulit dalam menggunakan konsep waktu. Seseorang kanak-kanak bingung
mengingat masa lampau dan masa sekarang.
 Kurangnya pemahaman kanak-kanak tentang nilai tempat, seperti sa, puluh, ratus, ribu
dan seterusnya.
 Kanak-kanak sulit untuk memfokuskan diri khususnya pada mata pelajaran matematik.
 Akan tetapi memiliki kemampuan berbahasa yang normal (baik verbal, membaca,
menulis mahupun mengingat apa yang ditulis sebelumnya).
 Kanak-kanak mengalami kesulitan dalam aktiviti olahraga kerana tidak dapat mengikuti
peraturan permainan yang berhubungan dengan sistem skor.
 Memberikan jawapan yang berubah-ubah (inkonsisten) saat diberikan pertanyaan
seperti penjumlahan, pengurangan, perkalian dan pembagian.
 Kanak-kanak sulit melakukan penghintungan matematik dalam kehidupan seharian,
misalnya dia sulit menghitung transaksi (berbelanja) termasuk menghitung baki wang.
Seringkali kanak-kanak tersebut menjadi takut memegang wang, menghindari transaksi,
mahupun kegiatan yang harus melibatkan penggunaan wang.
 Selain lemah dalam kemampuan matematik, kanak-kanak diskalkulia juga sukar
memahami not-not angka dalam pelajaran muzik yang menyebabkan kanak-kanak ini
sukar bermain alat muzik.

2.
a) Nyatakan jenis-jenis diskalkulia yang dihadapi oleh murid pemulihan. (5m)
 Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x dan ÷
 Membezakan nombor besar dan kecil. Contohnya: tidak dapat menentukan nilai
terbesar antara 23 dan 32
 Membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair
 Mengira wang atau melihat masa dalam kehidupan seharian
 Membaca peta dan jadual kerana lemah dalam menentukan kedudukan, arah, orientasi
dan organisasi ruang.
 Menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-
langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik.
 Lemah dalam pengiraan spontan.

b) Huraikan kesan jika guru tidak mengambil peranan dalam membantu murid diskalkulia
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. (10m)
 Murid berasa terpinggir.
 Murid tidak menghormati guru.
 Murid tidak mendengar arahan guru.
 Objektif pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai.
 Murid tidak dapat mengikuti pembelajaran seterusnya.
 Pencapaian akademik murid pemulihan semakin merosot.
 Guru menghadapi kesukaran untuk mengawal kelas kerana murid yang tidak
memahami pengajaran guru berasa jemu dan menimbulkan masalah disiplin.
 Murid tidak dapat mengaplikasikan konsep Matematik dalam penyelesaian masalah
kehidupan seharian seperti proses jual beli, mengenal konsep masa, jisim dan panjang.
3.

a) Nyatakan kesukaran murid diskalkulia dalam mempelajari mata pelajaran Matematik. (5m)
 Prosedur
 Ingatan semantik
 Ruang-visual
 Keupayaan fungsi kognitif

b) Huraikan peranan guru pemulihan dalam membantu murid diskalkulia. (10m)


 Menyediakan bahan maujud, seperti blok utk membantu murid memahami konsep
Matematik.
 Memberikan bimbingan individu kepada murid.
 Mengajar Matematik ikut pemeringkatan, iaitu dari aras mudah ke aras susah, dari
maujud ke abstrak.
 Memberikan pengulangan dan latih tubi yang kerap kepada murid.
 Mengaitkan contoh situasi Matematik dengan kehidupan seharian.
 Memberi penghargaan dan pujian kepada murid yang berjaya menyelesaikan masalah
Matematik dengan betul.

BAHAGIAN B

1. Murid pemulihan merupakan murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran
3M. Antara masalah yang dialami oleh murid pemulihan adalah diskalkulia, disleksia dan
digrafia. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian memainkan peranan yang
penting untuk membantu murid yang mengalami masalah diskalkulia. Nyatakan aktiviti yang
boleh dijalankan oleh guru pemulihan untuk membantu murid yang menghadapi masalah
diskalkulia. (20m)

 Penggunaan doh untuk menghasilkan bentuk nombor.


 Penggunaan batang aiskrim untuk mengajar murid pemulihan membilang nombor.
 Menjalankan latihan menyurih nombor menggunakan pasir.
 Teknik latih tubi.
 Aktiviti multisensori.
 Pendekatan induktif
 Pendekatan deduktif
 Kaedah multisensori

2. Kaedah multisensori dikenali sebagai kaedah pelbagai deria. Kaedah multisensori


merupakan kaedah yang melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri murid semasa
pengajaran dan pembelajaran. Deria sentuhan dan pergerakan sangat penting dalam
sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran.
Berikan justifikasi anda tentang keberkesanan pelaksanaan kaedah multisensori dalam
membantu murid yang mengalami masalah diskalkulia. (20m)
 Kaedah multisensori juga dinamakan kaedah VAKT (Visual, Auditory, Kinestatik, Tektil)
 Merangsang perkembangan minda menerusi lima deria penglihatan, pendengara,
sentuhan, bau dan rasa.
 Murid dapat menghubungkan bunyi dan huruf di samping membayangkan bentuk huruf
berkenaan.
 Murid dapat meningkatkan kebolehan anggota badan yang lemah, tidak boleh
melompat, berlari dan lain-lain.
 Meningkatkan tumpuan dan perhatian murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
 Meningkatkan keyakinan, keberanian dan kemahiran hidup berdikari seperti berkebun,
membeli barangan harian dan menaiki kenderaan awam.
 Meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran.
 Meningkatkan ingatan murid.
 Meningkatkan interaksi sosial dan komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai