Anda di halaman 1dari 41

Nota BM Kontekstual - Elemen dalam kemahiran menyampai

Elemen dalam kemahiran menyampaikan

Menguasai kemahiran menyampai penting kepada setiap orang. Kini anggapan yang
menyatakan kehebatan dan keupayaan individu tertentu menyampaikan maklumat secara
berkesan sebagai bakat semula jadi boleh dipertikaikan. Malah ada juga yang berpendapat
sebagai kelebihan diri yang dianugerah tuhan atau diwarisi dari ibu bapa. Sebenarnya
kemahiran menyampai maklumat secara berkesan boleh dipelajari dan dimiliki oleh semua
orang jika ada minat.
Apabila kita membicarakan kemahiran menyampaikan maklumat, sebenarnya ada lima
elemen penting yang perlu diambil kira iaitu penggunaan pelbagai jenis ragam bahasa,
penyampaian buah fikiran yang tersusun dan bersistematik, pengetahuan tatabahasa yang
baik, penguasaan pelbagai gaya menyampai dan penguasaan pelbagai bentuk penulisan.
Menurut Nuraini Yusoff et al. (2005) yang memetik pendapat Aristotle telah menyenaraikan
lima elemen iaitu reka cipta, susunan, gaya, ingatan dan penyampaian.

1.3.1 Reka Cipta

Reka cipta merujuk kepada satu proses penggabungan kesemua bahan dalam sesebuah
pengucapan seperti elemen idea, perdebatan dan bukti yang menunjukkan sesuatu kes
yang diperkatakan sama ada menyokong atau menentang. Proses yang dimaksudkan ini
adalah merujuk kepada dua sudut yang berbeza, iaitu dari sudut teori dan dari sudut
praktikal. Dari segi teori, reka cipta dikatakan berlaku apabila suatu kajian itu diperdebatkan
dan disertakan dengan bukti yang berjaya diperoleh dan dicari. Manakala dari segi
praktikalnya berlaku apabila reka cipta mengalami proses pengeluaran idea yang mantap
dan baik untuk digunakan oleh pengucap ketika menyampaikan ucapan atau semasa
berbahas.

1.3.2 Susunan

Cetusan idea yang tersusun dalam satu-satu teks ucapan itu akan menggambarkan imej
seorang pengucap sama ada berada dalam keadaan bersedia untuk berucap atau
sebaliknya. Nuraini Yusoff et al. (2005) mendefinisikan susunan sebagai satu proses yang
melibatkan susunan dalam teks pengucapan. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan
dalam proses penyusunan sesebuah teks untuk menyampaikan sesuatu maklumat, seperti
persediaan menyediakan latar belakang sesebuah tajuk dengan maklumat yang terperinci,
menyata dan membuktikan kajian atau idea dengan fakta dan bukti yang tepat, mengambil
kira dan pengetahui keseluruhan kajian serta membuat satu kesimpulan yang boleh
dijadikan panduan. Susunan yang baik mampu melahirkan teks yang dapat menarik minat
pendengar atau khalayak.

1.3.3 Gaya

Gaya merujuk kepada kebijaksanaan memilih dan menyusun ayat dengan efektif.
Kebijaksanaan menggunakan gaya membolehkan proses penyusunan idea menjadi lebih
jelas, menarik dan sesuai dengan situasi yang dilalui. Kemampuan mengolah teks dan
penguasaan yang baik dalam aspek bahasa akan membantu seseorang untuk
menyampaikan maklumat dengan baik dan menyakinkan. Setiap dalam kalangan kita
sebenarnya mempunyai gaya penyampaian yang berbeza-beza. Oleh itu, tiada satu
peraturan yang ditetapkan dalam penentuan dan penyampaian gaya seseorang. Ia banyak
bergantung kepada apa yang dicadangkan serta dijadikan petunjuk dan idea sahaja.

1.3.4 Ingatan

Sebelum manusia mahir dalam penulisan dan pembacaan, ingatan digunakan untuk
mengingati segala ilmu terdahulu dari turun-temurun secara lisan. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa daya ingatan digunakan untuk menceritakan semua perkara yang
berlaku. Ingatan ialah kemampuan seseorang dalam mengingat setiap perkara yang ingin
diperkatakan ketika dalam pengucapan. Ingatan dalam sebuah pengucapan bermula ketika
seorang pengucap itu berucap dengan menyusun kesemua bahan dan idea. Kecanggihan
teknologi telah mendorong penciptaan pelbagai alatan elektronik untuk membantu proses
ingatan. Umpamanya penggunaan Microsoft Powerpoint dalam pembentangan sesuatu
kertas kerja bukan sahaja dapat membantu pengucap menerangkan sesuatu perkara
dengan lebih berkesan, malah pendengar boleh melihat pelbagai catatan melalui slide yang
ditayangkan.

1.3.5 Penyampaian

Penyampaian penting dalam semua bentuk pengucapan awam. Gaya penyampaian yang
kurang menarik akan menyebabkan sesuatu tajuk besar yang hendak disampaikan menjadi
hambar dan kurang berkesan. Pengucap yang baik mestilah mengetahui cara penyampaian
yang betul supaya apa yang ingin disampaikan kepada khalayak dapat mempengaruhi
mereka. Latihan yang kerap boleh membantu seseorang pengucap menyampaikan
hujahnya dengan baik dan yakin.

Nota BM Kontekstual - Kemahiran Menyampai

Konsep Menyampaikan Maklumat

Apabila kita memperkatakan tentang konsep menyampaikan maklumat, pada waktu sama
kita sebenarnya tidak boleh lari daripada membicarakan tentang konsep komunikasi.
Noresah Baharum et al. (2000) mentakrifkan ‘menyampaikan’ sebagai membawa dan
menyerahkan, mengirimkan, memberikan atau mengunjukkan kepada. Manakala maklumat
bermaksud makluman, pemberitahuan dan pengumuman.
Konsep 4M seperti yang dikemukakan oleh Eddy Rosyadie (2007) untuk pengucapan
awam sesuai untuk diaplikasikan ke dalam konsep penyampaian maklumat yang berkesan.
4M tersebut ialah memahami, menghayati, menghafal dan melafaz. ‘Memahami’ adalah
merujuk kepada tahap ‘faham’ pengucap tentang topik yang hendak disampaikan,
manakala ‘menghayati’ merujuk kepada tahap penghayatan topik dengan penuh emosi.
‘Menghafal’ pula berkait rapat dengaan ketajaman fikiran dan kelancaran pengucap. Akhir
sekali ‘melafaz’ bermaksud mengeluarkankan perkataan-perkataan dengan penuh yakin.
Justeru itu menyampaikan maklumat bermaksud proses memindah pelbagai bentuk berita,
pengumuman atau makluman daripada pemberi maklumat kepada pihak kedua, iaitu
penerima maklumat secara lisan atau bertulis. Pemberi maklumat perlu memahami topik
yang hendak disampaikan, menghayati, menghafal seterusnya melafazkan perkataan yang
hendak disampaikan dengan yakin. Terbahagi kepada dua jenis iaitu penyampaian
maklumat secara lisan, dan penyampaian maklumat secara bertulis.

1.1.1 Menyampai maklumat secara lisan

Menyampaikan maklumat secara lisan melibatkan dua proses iaitu bertutur dan
mendengar. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan lisan sebagai percakapan atau
pertuturan iaitu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan. Manakala
proses mendengar pula dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu mendengar deretan
bunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, menilai bunyi, dan bertindak terhadap bunyi.
Justeru, menyampaikan maklumat secara lisan bermaksud melahirkan pengucapan atau
idea melalui mulut dalam bentuk suara mengandungi perkataan yang ditutur terus kepada
penerima maklumat atau khalayak menerusi pendengaran.

1.1.2 Menyampai maklumat secara bertulis

Menyampai maklumat secara bertulis bermaksud idea yang terjana dalam minda, ditulis
secara sistematik dalam bentuk huruf dan menggunakan kemahiran bacaan untuk tujuan
memahami mesej yang ingin diketengahkan. Berlaku tanpa menggunakan sebarang
perkataan yang ditutur secara lisan dan mempunyai kandungan yang boleh menunjukkan
maksud yang tersirat. Antaranya surat, memo, akhbar, e-mail dan pekeliling.

1.2 Cara Penyampaian Maklumat Secara Lisan

Terdapat sepuluh cara menyampaikan maklumat yang berkesan secara lisan, iaitu
pengumuman, pembentangan kertas kerja, pengacaraan majlis, pembentangan laporan,
pengucapan awam, pidato, ucapan, syarahan, taklimat, dan ceramah. Kesemuanya cara
penyampaian maklumat secara lisan ini akan diterangkan berdasarkan bab-bab tertentu
beserta contoh untuk tujuan pemahanan. Walau bagaimanapun di bawah ini dijelaskan
secara ringkas takrif kesemua cara-cara menyampaikan maklumat secara lisan seperti
yang dinyatakan.

1.2.1 Pengumuman

Menyampaikan pengumuman ialah satu proses menyalurkan pemberitahuan atau


makluman kepada orang ramai sama ada secara lisan atau tulisan yang dibuat melalui
media cetak atau media elektronik.

1.2.2 Pembentangan kertas kerja

Merujuk kepada individu yang mempersembahkan kertas kerja untuk sesuatu program atau
seminar yang dijalankan. Seorang pembentang boleh memilih membaca kertas kerja yang
dibentangkan sekiranya kertas kerja tersebut memerlukan penelitian setiap ahli yang hadir.
Setiap kertas kerja yang memerlukan penelitian sepatutnya telah diserahkan lebih awal
untuk dibaca oleh ahli mesyauarat. Dan pembentangan yang baik biasanya memerlukan
pembentang menyediakan alat bantu bagi membolehkan setiap ahli mengikuti hujah yang
disampaikan.
1.2.3 Pengacaraan majlis

Pengacaraan majlis merujuk kepada keadaan di mana seorang individu yang ditugaskan
untuk mengendalikan perjalanan acara-acara dalam sesuatu majlis, persembahan atau
pertunjukan. Pengacara juga disebut juruacara yang merujuk kepada orang yang
memimpin sesuatu majlis. Majlis pula ialah perjumpaan yang mengumpulkan orang ramai
sama ada bersifat keramaian mahupun sambutan yang diadakan untuk sesuatu tujuan. Dua
perkataan tersebut digabungkan menjadi kata majmuk yang membentuk ’pengacara
majlis’.

1.2.4 Pembentangan laporan

Pembentangan laporan dikendalikan oleh seorang yang ditugaskan untuk menyampaikan


maklumat, melaporkan penemuan, kemukakan idea dan kadangkala membuat cadangan,
syor tentang sesuatu perkara untuk pembaca tertentu atau yang berkenaan. Perkara yang
dilaporkan itu boleh berbentuk laporan penemuan baharu, kemukakan idea dan kadangkala
membuat cadangan, syor tentang sesuatu perkara.

1.2.5 Pengucapan awam

Menyampaikan taklimat bermaksud proses menghantar mesej oleh seorang pengirim


kepada sekumpulan pendengar atau khalayak. Pengucapan awam yang berkesan berlaku
apabila wujudnya proses perpindahan idea dan perasaan daripada pengucap kepada
pendengarnya. Kebolehan berkomunikasi seperti ini merupakan satu kelebihan dan
kekuatan kepada pemiliknya kerana berkeupayaan mempengaruhi pemikiran dan
tingkahlaku pendengar ke satu arah yang dihasratkan oleh pengucap.

1.2.6 Berpidato

Berpidato adalah aktiviti menyampaikan ucapan dengan susunan kata yang baik oleh
seorang individu yang berwibawa kepada sekumpulan khalayak. Pidato yang baik dapat
memberikan suatu kesan positif kepada orang yang mendengar pidato tersebut . Pidato
disampaikan secara individu kepada khalayak bagi meyakinkan khalayak berkenaan
sesuatu tajuk. Pidato disampaikan secara sehala dalam satu masa yang ditetapkan.

1.2.7 Ucapan

Menyampaikan ucapan merupakan aktiviti berucap, dilakukan oleh seorang individu yang
diyakini kebolehannya dan telah diberikan mandat. Ucapan yang disampaikan akan
melibatkan proses penglahiran idea secara lisan yang diujarkan berdasarkan tema atau
agenda sesuatu majlis. Dalam hal ini tugas pengucap lebih bersifat individu kepada
khalayak.

1.2.8 Syarahan

Menyampaikan syarahan ialah satu proses membicarakan sesuatu topik oleh orang yang
diyakini dan berpengetahuan secara lisan kepada sekumpulan khalayak. Syarahan yang
disampaikan merangkumi pelbagai topik seperti ekonomi, politik dan sosial.
1.2.9 Taklimat

Menyampaikan taklimat bermaksud proses memberikan penerangan atau arahan yang


perlu secara ringkas tentang sesuatu perkara kepada sekumpulan khalayak oleh orang
yang diberi tanggung jawab serta diyakini.

1.2.10 Menyampaikan ceramah

Merupakan aktiviti berceramah oleh individu yang mahir bukan sahaja subjek yang
diperkatakan tetapi juga perlu mahir dalam aspek penyampaian. Ceramah yang
disampaikan merangkumi pelbagai topik seperti ekonomi, politik, dan sosial.

Nota BM Kontekstual - Kertas kerja

Takrif Kertas Kerja

Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas
kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada
khalayak atau pihak-pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk
mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri
daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti
peserta seminar dan persidangan. Dalam keadaan tertentu kertas kerja juga boleh
dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan. Namun begitu, komunikasi lisan
tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan
dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung
dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri.
3.3 Jenis-Jenis Kertas Kerja [A]

Terdapat pelbagai jenis kertas kerja yang dihasilkan. Namun secara umumnya, kertas kerja
dapat dibahagikan kepada dua, iaitu:

a. Kertas Kerja Seminar

Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada
sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Penulis akan
mengemukakan idea, pandangan, kajian, penyelidikan dan sebagainya kepada khalayak
dengan tujuan untuk memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang baharu, memberi
penerangan tentang sesuatu perkara, memberi penjelasan tentang sesuatu idea, atau
mencadangkan tindakan-tindakan tertentu terhadap sesuatu fenomena. Khalayaknya ialah
mereka yang hadir dalam pembentangan yang dijalankan atau yang membaca kertas kerja
tersebut. Khalayak biasanya mereka yang memang berminat dengan perkara/tajuk yang
disampaikan ataupun mempunyai pengalaman dan pengetahuan perkara yang
diperkatakan. Oleh itu, mereka hadir atau membaca kertas kerja ingin mengetahui perkara
tersebut dengan lebih mendalam lebih-lebih lagi jika perkara yang ingin disampaikan itu
ialah penemuan baharu dalam bidang berkenaan. Biasanya kertas kerja ini bersifat formal
dan menggunakan laras bahasa akademik. Kadang-kadang kertas kerja tersebut
kemudiannya diterbitkan dalam jurnal untuk menjadi bahan bacaan bacaan dan rujukan.
Bergantung kepada tujuan dan khalayak, kertas kerja seminar perlu ditulis menggunakan
laras bahasa mengikut bidang yang diperkatakan supaya lebih jelas dan mudah difahami.

b. Kertas Kerja Projek

Manakala kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan
sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi
tertentu. Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan.
Penulis kertas kerja ini akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu
dapat dijalankan. Berbanding dengan kertas kerja seminar, kertas kerja ini juga bersifat
formal tetapi menggunakan laras bahasa umum yang lebih mudah difahami. Dengan
penulisan kertas kerja ini, pembaca atau pihak yang berkenaan akan mendapat gambaran
lengkap tentang bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan dengan jayanya.
Semua perkara yang berkaitan projek itu akan dijelaskan dalam kertas kerja. Kemungkinan
halangan/kekangan yang akan dihadapi dalam projek tersebut juga dikemukakan untuk
mendapat maklum balas bagaimana halangan / kekangan itu dapat diatasi. Bergantung
kepada tujuan penulisannya, kertas kerja ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis,
antaranya ialah:
- Kertas kerja perniagaan
- Kertas kerja lawatan
- Kertas kerja program
- Kertas kerja perkhemahan
- Kertas kerja hari keluarga
- Kertas kerja sukan

3.4 Format Menulis Kertas Kerja [A]

Untuk menghasilkan kertas kerja terdapat pelbagai kaedah dan format yang boleh
digunakan. Sebenarnya format penulisan kertas kerja bergantung kepada beberapa
faktor/perkara antara lain ialah apa tujuannya, siapa khalayaknya, bagaimana
penyampaiannya, apakah isi kandungannya dan lain-lain. Walau bagaimanapun terdapat
format umum yang boleh dikuti oleh penulis sebagai panduan menyediakan kertas kerja.
Bagi penulisan sesuatu kertas kerja, apa yang penting ialah ketekalan bentuk
penulisannnya. Antara format umum penulsan kerja kerja:
a. Format Kertas Kerja Seminar
• Tajuk
• Nama / Nama-nama pembentang kertas kerja
• Nama institusi
• Abstrak (Sinopsis/Ringkasan)
• Pengenalan
• Sorotan kajian
• Metodologi
• Analisis data / Dapatan
• Rujukan
• Lampiran
b. Format Kertas Kerja Projek

• Tajuk
• Latar belakang / Rasional
• Objektif / Matlamat
• Jangka masa yang diperlukan
• Kumpulan sasaran
• Andaian-andaian halangan
• Anggaran belanjawan
• Penubuhan jawatankuasa
• Menentukan jadual tugas
• Pelaksanaannya

Walaupun terdapat format umum penulisan kertas kerja yang boleh menjadi rujukan,
sebagaimana yang telah dinyatakan, anda perlu melakukan penyesuaian supaya kertas
kerja yang dihasilkan benar-benar menepati tujuan dan dapat mencapai objektifnya.
Ingatlah bahawa penulisan perlu teliti dan lengkap dengan semua maklumat yang
diperlukan.

3.5 Ciri-ciri Penulisan Kertas Kerja Yang Baik [A]

Untuk mencapai matlamat penulisannya, kertas kerja perlu memenuhi beberapa kriteria dan
ciri-ciri penulisan tertentu. Antara lain, ciri-ciri penulisan kertas kerja yang baik ialah:
i. Penggunaan bahasa yang baik.
Penggunaan bahasa yang baik dan tepat sangat penting dalam penulisan kertas kerja.
Struktur ayat yang betul dan gramatis, pemakaian imbuhan perkataan yang tepat dan
pemilihan kosa kata sesuai mengikut kmonteks dan situasi perlu diberi perhatian oleh
penulis. Penggunaan bahasa yang tidak jelas akan menimbulkan kesukaran kepada
pembaca untuk memahami apa yang ingin dimaksudkan. Tahap penguasaan yang baik
membolehkan penulis melahirkan apa yang sebenarnya ingin disampaikan. Jika tidak
berkemungkinan pembaca akan menyalahtafsirkan mesej sebenar yang terkandung dalam
kertas kerja tersebut. Dalam penggunaan bahasa, penulis perlu memikirkan pemilihan kata
dan ayat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
• Kejelasan
• Kekhususan
• Ketepatan
• Kesesuaian
• Elakkan ulangan yang tidak perlu

ii. Ringkas, tepat dan padat.

Kertas kerja banyak mengandungi maklumat. Maklumat perlu dijelaskan oleh penulis
menggunakan bahasa yang sesuai supaya mudah difahami oleh pembaca dengan jelas.
Jika penjelasan yang diberikan oleh penulis terlalu panjang maka pembaca sukar untuk
memahami maksud yang ingin disampaikan. Begitu juga sebaliknya, jika penjelasan terlalu
ringkas sukar untuk pembaca memahami apa yang ingin disampaikan atau
berkemungkinan pembaca akan membuat tafsiran yang berbeza daripada maksud sebenar
penulis. Setiap maklumat harus diolah dengan jelas tanpa diulang-ulang. Kertas kerja yang
dihasilkan perlu ringkas, tepat dan padat sesuai dengan tujuan penghasilan kertas kerja
tersebut.

iii. Penggunaan laras yang betul

Laras bahasa ialah variasi bahasa yang mempunyai cirri-ciri khusus dalam penggunaannya
mengikut bidang. Hal ini termasuk pemilihan kata, frasa, ayat, khalayak dan bidang yang
diperkatakan. Walaupun pada umumnya penulisan kertas kerja menggunakan laras bahasa
formal, namun dalam penghasilan kertas kerja tertentu penggunaan laras yang betul amat
penting. Semasa menghasilkan kertas kerja seminar misalnya, penggunaan laras yang
tepat mengikut bidang akan memudahkan khalayak memahami maksud yang ingin
disampaikan oleh penulis. Manakala bagi kertas kerja projek pula, laras bahasa umum
sering digunakan. Oleh sebab itu, penulis juga perlu membuat pertimbangan tentang
khalayaknya sebelum menulis.

iv. Keutuhan wacana dalam tulisan.

Wacana merupakan satu satuan bahasa terlengkap dengan koheren dan kohesi tinggi yang
berkesinambungan. Oleh sebab banyak maklumat yang terdapat dalam kertas kerja,
maklumat itu perlu disusun sesuai dengan urutannya supaya idea yang ingin disampaikan
dapat dipersembahkan secara teratur. Pertalian antara satu maklumat dengan yang lain
akan menampakkan satu pola atau keseluruhan kertas kerja. Dengan itu pembaca akan
mudah memahami idea yang ingin disampaikan. Selain itu, pemilihan kata dan susunan
ayat yang digunakan dalam kertas kerja juga akan memperlihatkan kertas kerja itu sebagai
satu kesatuan yang utuh.

v. Ketekalan penulisan.

Untuk menghasilkan kertas kerja yang baik, bentuk penulisan harus dipersembahkan dalam
bentuk yang tekal dan konsisten terutama dari segi ejaan. Ejaan perkataan sama yang
berbeza-beza dalam satu kertas kerja memperlihatkan ketidaktelitian penulis khususnya
dalam membuat penyemakan terakhir. Selain itu, bahagian subtajuk yang terdapat dalam
kertas kerja perlu ditulis dalam format yang sama terutama daripada segi membuat indent
atau jarak tepi. Ketekalan bentuk akan memudahkan pembaca membuat rujukan dan kertas
kerja tersebut akan kelihatan kemas.

vi. Penomboran yang sesuai.

Penomboran juga penting dalam penulisan kertas kerja kerana terdapat beberapa tajuk
kecil yang perlu ada dalam satu kertas kerja. Penulis perlu menyusun maklumat dengan
susunan yang sesuai dan memberikan penomboran. Penulis perlu memikirkan
pembahagian tajuk-tajuk kecil tersebut supaya tidak terlalu banyak tajuk kecil yang
disenaraikan. Begitu juga pecahan-pecahan bagi tajuk kecil tersebut. Berilah penomboran
yang sesuai supaya bahagian-bahagain tertentu mudah dirujuk.
vii. Maklumat yang lengkap.

Kertas kerja biasanya mengandungi maklumat yang banyak terutama bagi kertas kerja
projek. Oleh sebab itu, penulis digalakkan untuk membuat rujukan atau semakan dengan
pihak-pihak tertentu supaya maklumat yang diperlukan tidak tertinggal. Pandangan
daripada pihak-pihak lain akan dapat melengkapkan lgi kertas kerja yang kita sediakan.
Kertas kerja yang telah lengkap sepatutnya dapat menjawab persoalan-persoalan yang
berkaitan. Jika maklumat yang perlu tidak terdapat dalam kertas kerja mungkin penulis
perlu melakukan penambahbaikan agar kertas kerja yang akan dikemukakan mendapat
kelulusan.

viii. Kepanjangan yang sesuai.

Sesebuah kertas kerja yang baik tidak semestinya panjang. Bergantung kepada tujuan,
khalayak, perkara yang diperkatakan, peruntukan kewangan dan sebagainya, penulis boleh
merangka kepanjangan yang sesuai bagi kertas kerja tersebut. Bagi tajuk-tajuk tertentu,
kertas kerja yang disediakan tidak perlu panjang kerana khalayak mudah memahaminya
sedangkan mungkin untuk tajuk-tajuk yang lain penulis perlu memberi penjelasan yang
lebih terperinci. Panjang atau pendek sesuatu kertas kerja bergantung kepada jenis kertas
kerja dan tujuannya.

Untuk mengelakkan kertas kerja yang dihasilkan menjadi terlalu panjang, penulis perlu
menggunakan halaman lampiran untuk menyampaikan maklumat tambahan yang mungkin
diperlukan untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara yang dinyatakan dalam kertas kerja
tersebut. Bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu kertas kerja mungkin boleh
dikemukakan dalam bentuk lampiran. Dengan ini, kertas kerja yang dihasilkan tidak terlalu
panjang atau tebal
Bahasa Melayu Kontekstual

1 Penghargaan

Salam sejahtera. Bersyukur saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat saya menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu Kontekstual bagi tahun 2012 dalam
semester ketiga saya. Dalam kerja kursus Bahasa Melayu Kontekstual kali ini, saya telah
ditugaskan untuk menghasilkan satu tugasan berkaitan dengan komunikasi khalayak/lisan
dalam bentuk pengurusan grafik. Melalui tugasan ini, saya telah diminta untuk menjelaskan
konsep, ciri-ciri dan bentuk-bentuk komunikasi khalayak dalam bentuk grafik.

Di samping itu, saya juga diminta membuat penulisan teks komunikasi khalayak yang
bertemakan perpaduan sama ada berbentuk pidato,ucapan, syarahan, taklimat atau ceramah.
Seterusnya, saya diminta menyampaikan penulisan teks tersebut berdasarkan topik yang dipilih
dengan gaya penyampaian yang baik.

Saya menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat
serta rajin ke perpustakaan untuk mencarimaklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi
penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai
pembimbing saya dalammelaksanakan tugasan ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah
membantu saya dan yang sanggup bersama saya dalam mencari bahan untuk melengkapkan
untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah
membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khususnya kepada ibu bapa yang
telah banyak memberi sokongan moral. Sepanjang melaksanakan projek ini saya berasa
tenang. Ini kerana segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku
programnya. Semoga puan dapat memaafkan saya jika terdapat cacat cela dalam proses
menyiapkan tugasan saya.

Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui
pengucapan awam dengan lebih mendalam. Segala tunjuk ajar tidak akan saya lupakan.

Sekian terima kasih.


2 Pengenalan

Pengucapan awam merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan. Ianya dilakukan
dalam situasi yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan.

2.1 JENIS –JENIS PENGUCAPAN AWAM


2.2 PROSES KOMUNIKASI DALAM PENGUCAPAN AWAM

2.3 TEKNIK PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN


2.4 SIFAT PENGUCAP YANG BERKESAN
2.5 PRINSIP ASAS PENGUCAPAN AWAM

2.6 PENGUCAPAN AWAM DAN KERJAYA PERGURUAN

2.6.1 Ucapan
2.6.1.1 Konsep
2.6.1.2 Jenis- Jenis Ucapan
2.6.1.3 Ciri-ciri ucapan
2.6.1.4 Format ucapan
2.6.2 Syarahan
2.6.2.1 Konsep

2.6.2.2 Tujuan syarahan


2.6.2.3 Format syarahan
2.6.3
Taklimat
2.6.3.1 Konsep Taklimat
2.6.3.2 Penyedian taklimat
2.6.3.3 Format taklimat
2.6.4 Ceramah
2.6.4.1 Bentuk dan ciri-ciri ceramah

2.6.4.2 Format ceramah

2.6.5 Pidato
2.6.5.1 Konsep
2.6.5.2 Tujuan Pidato
2.6.5.3 Format Pidato

3 Teks Ucapan

Perpaduan dalam Kalangan Warga Felda

Oleh Noor Afifah Azizan


Bersyukur kita pada hari yang mulia ini kerana dapat berhimpun dalam Majlis Sambutan
Hari Pekerja Syarikat Felda bagi tahun 2012 ini. Di kesempatan ini, saya merakamkan jutaan
terima kasih atas peluang yang diberikan. Majlis ini amat bermakna kerana ianya membuktikan
bahawa bukan sahaja wujud perpaduan di kalangan para majikan dan kakitangan malahan
penduduk setempat. Perpaduan dan kerjasama inilah yang telah memberi kejayaan bagi
negara kita. Selamat pagi dan salam perpaduan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Tanah rancangan FELDA yang pertama dibuka pada tahun 1958, iaitu di Lembah Bilut,
Bentong, Pahang, dengan peneroka seramai kira-kira 400 orang. Dalam keadaan
pembangunan negara kini, perpaduan iamat diperlukan untuk menyemai nilai murni membantu
di antara kaum yang tinggal di negara ini terutamanya di kawasan felda yang diduduki oleh
masyarakat berbilang kaum yang kebanyakannya bekerja sebagai kakitangan dan penduduk
setempat . Perpaduan erat yang dibina sejak sekian lamanya di antara kita, di mana kita
mengamalkan sikap saling menghormati adat-resam dan budaya serta agama pelbagai kaum di
kawasan FELDA ini telah membantu kita dalam memelihara keamanan negara seterusnya
mencapai kestabilan dan kemajuan ekonomi dan politik.

Sebagai sebuah komuniti yang berbilang kaum, komuniti kita dianggap sebagai sebuah
komuniti yang paling unik kerana masih mampu mengekalkan keamanan dan kestabilan politik.
Kita dipandang sebagai komuiti yang berpotensi dalam menjana kemajuan ekonomi dan
pendidikan. Sebagai contoh, kita mampu menjana perkembangan ekonomi dari usaha
masyarakat setempat yang membuat produk kecil-kecilan seperti membuat makanan tradisional
masyarakat malaysia yang unik ke arah memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Selain
daripada itu, negara kita mampu menghasilkan generasi muda yang inovatif melalui
penyelidikan berterusan terutama dalam bidang pertanian dan Bioteknologi yang mampu
bersaing ke peringkat Antarabangsa dalam bidang pendidikan dan kemahiran tanpa mengira
bangsa dan kaum.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Peristiwa 13 Mei 1969, adalah satu titik hitam dalam sejarah negara. Keadaan ekonomi
yang merundum dan pertelagahan kaum menjadi pengajaran dan titik tolak kepada negara
untuk bangun semula. Dengan itu, berbagai-bagai Program Perpaduan telah dilaksanakan
dalam mendidik generasi yang cintakan perpaduan dan keamanan. Anak-anak dipupuk dalam
semua aspek kehidupan yang melibatkan pergaulan dan komunikasi, aktiviti serta kegiatan
sukan serta aktiviti luar dan sebagainya. Masyarakat setempat akan sentiasa memastikan
keamanan dan perpaduan yang dinikmati pada hari ini akan berkekalan untuk diwariskan
kepada generasi akan datang.

Program-program Integrasi kaum di peringkat komuniti dirancang dengan begitu


bersungguh. FELDA sanggup berbelanja dan mengeluarkan sejumlah besar peruntukan untuk
menjayakan program ini. Ianya bertujuan memastikan matlamat keamanan sejagat dan
perpaduan dapat dikekalkan bagi menjamin kemajuan ekonomi dan kestabilan politik dicapai.
Lantaran itu, menjadi tanggungjawab semua pihak memainkan peranan dalam memelihara
keamanan ini. Perubahan minda yang positif perlu ada ke arah pembinaan masyarakat dan
negara yang dinamik . Oleh itu program yang dilaksana FELDA ini diharap dapat menjadi
peneraju ke arah hasrat dan cita-cita kita bersama memacu negara Malaysia tercinta ke era
lebih gemilang .

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada pihak syarikat kerana mengadakan majlis ini. Untuk akhirnya, dengan
sukacita saya menamatkan ucapan saya pada kali ini dengan serangkap pantun.

Cantik bergugus buah papaya,

Masak dipetik satu per satu;

Walaupun berlainan bangsa budaya,

Kerana muhibah hidup bersatu.

Sekian, terima kasih.


4 Refleksi

Dalam dunia yang semakin berkembang pesat ini, ucapan selalu dipraktikan dalam
kehidupan kita yang berurusan dengan ramai orang. Justeru itu, dapatlah dirumuskan bahawa
terdapat banyak pecahan didalam pengucapan awam. Antara pecahan yang terdapat dalam
pengucapan awam ialah pidato, ucapan, syarahan, taklimat dan ceramah. Apa yang saya dapat
daripada tugasan ini ialah pengucapan awam juga amat penting dalam dalam memahami
bahawa kemahiran atau bakat pengucapan awam bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama
seseorang. Saya dapat mengetahu bahawa berucap di hadapan umum merupkan suatu
pengalaman yang menarik. Malahan saya juga dapat menggunakan bahasa Melayu dengan
berkesan dalam bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, saya akan dapat menggunakan bahasa
Melayu dengan berkesan dalam perhubungan seharian. Hal ini kerana setelah mengkaji secara
mendalam pengucapan awam maka pelajar dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian lantas membolehkans seseorang itu bersosial dalam komuniti. Selain itu juga saya
telah ditugaskan untuk membuat satu teks komunikasi berdasarkan pengucapan awam yang
dikaji dengan memilih tajuk berkaitan dengan perpaduan. Oleh itu, saya dapat belajar cara
untuk membuat teks pengucapan awam secara bertulis dengan lebih berkesan lagi.

Malahan, penggunaaan penggucapan awam yang berkesan dapat mengekalkan


disiplin dan perhubungan yang baik apabila sering menngunakan bahasa yang formal . Ini
kerana dalam aspek pembelajaran terdapatnya penambah baikan dari segi percakapan,
tingkah laku serta tindakan yang diambil. Justeru ini mengajar saya untuk memperbaiki
kelemahan diri dan membuat penambah baikan dalam cara pengucapan awam itu
disampaikan. Bahkan, pengucapan awam yang berkesan juga perlu disampaikan dengan
akhlak yang baik. Ini kerana dengan adanya nilai – nilai murni dalam penyapaian yang baik
mengajar kita untuk lebih berdisplin dan menjaga tatatertib sewaktu berhujah dan
berkomunikasi antara satu sama lain.Penggucapan awam juga perlu dipandang berat oleh
masyarakat dan bukannya hanya memandang rendah kerana ia menunjukkan tahap
pemikiran tinggi rendah sesorang individu. Oleh itu, kita harus menggunakan cara yang
betul dalam pengucapan awam dalam sebarang majlis supaya segala hasrat yang ingin
dicapai dapat dilaksana dengan sebaik mungkin.

5 Rujukan

Azhar Jaludin, S. H. (2003). Kecemerlangan dalam Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

Iman. (2011, Oktober 23). Isi Kandungan Pengucapan Awam. Retrieved Julai 29, 2012, from Sebutir
Mutiara:http://imann9969.blogspot.com/2011/10/isi-kandungan-pengucapan-awam.html

Nawawi, A. (2011). Tips-tips pengucapan awam. Retrieved Ogos 3, 2012, from


amirnawawi.com: http://amirnawawi.com/tip-tips-pengucapan-awam/

Sulaiman Masri, A. Y. (2006). Bahasa Melayu : Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Takwa, M. (2009, April 21). Teknik Pengucapan Awam. Retrieved 1 2012, 2012, from Potensi
Minda:http://mindataqwa.blogspot.com/2009/04/teknik-pengucapan-awam.html

Wahab, S. (2004). Belajar Berucap. Taman Melawati, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd .

CONTOH PENULISAN KARANGAN CERAMAH


Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi
maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah
diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan
ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi
Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada
era „dotcom‟ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media
(pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan
sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media
Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre
(KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata
meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif
atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan
politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas
mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia
telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan
menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi
melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan
komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya.
Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini
menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri
sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang
budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke
sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,


Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan
adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang „e-niaga‟ atau „e-commerce,‟ cara
perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas
hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat
mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini
„www.sesuatu.com.my‟ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual
dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini.
Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu
ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan
nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif
dari aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,


Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri
kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti
manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat
minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat
melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat
bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah,
kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media.
Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji
Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau
menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar
didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama
tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat
Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara
atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat
handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok
dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan
yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah
malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran
surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga
berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan
rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada
tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya.
Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan
khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum
pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen
memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku.
Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi
muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam
internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga
bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan
perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam.
Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau
perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah
hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat
memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian
maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain
seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-
anak.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda
sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan
dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan.
Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh
menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi
menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan
golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat
kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan
kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama
memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah
bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih.

TEKNIK MENULIS UCAPAN


Pendahuluan yang menarik
Menstruktur maklumat
Merangkai idea
Menutup ucapan

PENDAHULUAN YANG MENARIK


Kunci ucapan dan tempat memancing minat
Mengarahkan perhatian/minat terhadap ucapan yang hendak disampaikan
Tempat pertama memperoleh tanggapan dan kesan – ada objektif: bakal memberitahu sesuatu yg
penting dlm kehidupan

PENDAHULUAN
Ringkas – 15% dari teks: perkataan sesuai dengan maksud, suasana, mood, emosi, bertenaga, memberi
erti dan setiap perkataan memberi maksud.
Perkataan beraksi – gunakan Kata kerja aktif: segar dan hidup.
Fokus- gambaran tubuh ucapan : menyatakan persoalan yg akan diketengahkan
Pendahuluan serasi dengan tajuk dan khalayak

JENIS PENDAHULUAN
Memulakan dgn menyatakan susunan teks: struktur isi dan skop
Memulakan dgn menyatakan tajuk: jangkaan persoalan isi
Mulakan dgn pokok persoalan atau fakta utama
Mulakan dgn pernyataan menggemparkan
Mulakan dgn sesuatu yang suspen: bangkitkan daya ingin tahu
Kemukakan soalan retorik: berkait dgn khalayak
Mulakan dgn contoh
Mulakan dgn berita terkini/ kejadian terbaru
Mulakan dgn takrif: konsep yg asing
Mulakan dgn perlukisan/imbasan lalu: tokoh
Pendahuluan petikan: madah, pujangga, tokoh besar- fokus inti ucapan
Pendahuluan latar belakang isu
Pendahuluan harapan
Menyatakan syukur
Memuji khalayak
Kaitkan dgn sesuatu tarikh tertentu
Pendahuluan lelucon
Menceritakan pengalaman terkini tetapi berkait dgn isu
Gunakan bantuan multimedia/ visual/ audio dll
Demonstrasi, lakonan, pengukuhan kredibiliti/kaitkan dengan isu yang dibicarakan dengan pengalaman
diri.

MENSTRUKTUR MAKLUMAT
Menganyam fakta –subjektif, kreatif dan informatif: anyam gunakan kosa kata, ayat, perenggan dan
unsur- bijak pilih fakta dan maklumat
Mencengkam khalayak- elakkan seperti membuat esei atau tulisan ilmiah: segar, bermaya dan tidak
kaku, utk didengar, bukan dibaca
Membina wacana- lancar dan licin
Pengolahan – cara terbaik, mudah diikuti, susun idea, jalinan fikiran dan sampaikan secara lancar;
kata-kata aluan
Mengaitkan teks dgn khalayak
Pendahuluan
Isi dan mesej: maklumat, cadangan, langkah
Menjalin fakta dan gunakan retorik
Penutup
Ucapan disampaikan seolah-olah bercerita dgn membina ketegangan demi ketegangan, suspen dan
tarikan sehingga pendengar puas.
Kronologi – isu dikupas bermula dgn keterangan dan andaian sesuatu isu, kemudian kupas bagaimana
isu itu berlaku, diakhiri dgn kesimpulan berkenaan isu.
Bina tubuh ucapan dgn struktur binaan yang sesuai
Mengadun Maklumat – maklumat, data, statistik dan petikan sudah tersedia, hasil penyelidikan dan
pemerhatian
Selit unsur-unsur ketegangan dan tarikan semasa mengadun maklumat, sulam fakta dgn teknik dan gaya
yang sesuai.
Sampaikan bahan dengan lancar dari awal hingga akhir. Bahan disusun ikut keutamaan dan
menggunakan peralihan yang menyatukan bahan ucapan.
Peralihan – sebagai menghantar dan memberitahu khalayak tentang perpindahan bahagian isi atau
meletakkan bahan baru dalam tubuh ucapan
Peralihan juga sebagai penyatu bahagian ucapan agar lancar dan padu
Peralihan menyambung pergantian keadaan, situasi atau perenggan
Perkataan: selain itu, tambahan pula, umpamanya, justeru itu, tetapi, manakala, akhirnya, sementara itu,
akibatnya, dll.
Tiga prinsip pokok ucapan;
Kesatuan antara pendahuluan, tubuh dan penutup
Tubuh ucapan memiliki pertalian dan ikatan antara semua bahagian
Tubuh ucapan memperlihatkan penekanan dan fokus pada setiap bahagian.
Kreativiti – pembinaan struktur tubuh teks perlukan kreativiti.
Jangan sogokkan semua fakta mentah-mentah kpd khalayak – menyebabkan khalayak tercekik atau
sukar menelannya.
Rangka ucapan perlu dibuat dgn rapi supaya tahu cara menyelitkan dan menganyam fakta tanpa
melonggokkannya.

MERANGKAI IDEA
Maklumat yang kita ada ibarat selonggok batu-batan, simen, kayu, paku dan alatan lain untuk membuat
rumah.
Peralihan merupakan simen yang mengikat batu atau dalam perkataan ialah kata, frasa, ayat atau
perenggan.
Unsur-unsur – alatan untuk mencantikkan binaan;
Pengulangan kata – hasilkan rentak/ penekanan terhadap perkara penting dlm ucapan
Urutan Aksi/ faktor – senaraikan perkara atau faktor yang hendak dinyatakan dlm ucapan. Pertama,
Kedua, Ketiga, Keempat, Kelima dll.
Peralihan Masa – ikut urutan tahun dan perkataan "kemudian", "diikuti", "seterusnya", "dalam tempoh
yang sama" dll.

FOKUS
Fokus pastikan bahan bergerak pd landasan yg betul, pusat fikiran dan tema utama penulisan
Umpama tiang pasak yg menjamin kekukuhan dan kemantapan ucapan- tentukan arah dan haluan
ucapan
Bahan relevan dgn tema dan skop
Penting sebagai bahan pengembang tema yg dibatasi jumlahnya
Kemungkinan boleh dikembangkan dgn lebih lanjut

PESANAN
Ucapan yang baik diukur dari segi dalamnya isi, bukannya panjangnya ucapan itu.

PENUTUP
Penutup – langkah hendak keluar dari rumah dgn beradab
Buat rumusan tajuk
Rangkai kata hormat: "sebelum mengundurkan diri", "akhir sekali" dll
Kemukakan pantun penutup, madah
Jangan kemuka fakta baru
Rayuan atau harapan spy ada tindakan
Meninggalkan tanggapan positif
Tutup dgn visi atau pandangan masa depan, jika akur dgn saranan perucap
Penutup ulangan pendahuluan/ idea utama
Penutup terdekat dari perenggan sebelumnya yang mempunyai soalan, penutup menjawabnya
Penegasan semula tujuan ucapan
Anekdot – dari cerita sebelumnya/sambungan
Penutup semula jadi – berakhir dgn sendirinya
Penutup kata-kata nasihat
Penutup soalan
Penutup petikan kata-kata tokoh/madah
Penutup ucapan tahniah dan syabas- penganjur, pendengar, pemenang

Penutup yang baik hanya boleh dicapai dengan menggunakan alat ataupun cara yang sesuai.
PANDUAN MENULIS KARANGAN SYARAHAN
Teknik Penulisan

a)Syarahan boleh ditulis seperti karangan jenis rencana, perbincangan dan perbahasan

b)Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para
jemputan khas dan audiens.(Jika untuk pertandingan perlulah ditulis para hakim yang arif lagi bijaksana
selepas Tuan Pengetua)

c)Nyatakan tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan

d)Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan

e)Selitkan unsur-unsur peribahasa, humor, kata-kata hikmat supaya penulisan tidak menjadi kaku dan
membosankan

f)Anda perlu menyebut Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, hadirin sekalian, atau sidang hadirin
sekurang-kurangnya 3 kali

g)Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh dan memohon maaf kepada para hadirin jika
terdapat ketelanjuran kata dalam syarahan tadi

Contoh pendahuluan (dimulakan dengan pantun)

Cahaya matahari menyilau mata,


Rasa pedih berusaha menahan;
Lafaz bismillah pembuka kata,
Gelanggang syarahan saya mulakan.

Contoh Pendahuluan:

Assalamulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha
Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum,barisan para hakim yang arif lagi
bijaksana,guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Hadirnya saya di pentas yang indah ini adalah
untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Unsur-unsur Budaya Barat Membawa Kesan Buruk
Terhadap Cara Hidup Masyarakat Timur’.

Contoh Pengolahan Isi:

Hadirin sekalian,

Dewasa ini ramai artis popular daripada barat dijadikan idola oleh remaja kita.Tambahan
pula,media massa di negara kita sering mensensasikan kehidupan artis tersebut. Natijahnya,cara
pemakaian yang seksi serta menjolok mata menjadi ikutan.Sebagai contoh, artis Britney Spears
yang terkenal dengan cara pemakaian yang seksi dan menjijikkan sering menjadi ikutan para
remaja. Sebagai masyarakat yang kaya dengan adab ketimuran, mereka tidak seharusnya
menjadikan golongan artis barat ini sebagai idola mereka.

Penutup:

Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum kata penutup bicara, sekali lagi saya ingin menegaskan
bahawa masyarakat Timur haruslah sentiasa memelihara budaya kita sendiri agar tidak terpinggir
oleh budaya Barat. Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan kepada para hadirin sekalian atas
segala ketelanjuran kata.Sekian, terima kasih.

Penulisan : Syarahan

1. Karangan jenis ini berformat khusus.


Karangan mestilah mempunyai :

(a) Kata alu-aluan/pendahuluan

(b) Kata-kata penghadapan

(c) Isi

(d) Penutup
2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk
syarahan perlu disampaikan
secara teratur, mantap, dan berkesan.

3. Isi-isi karangan perlu ditulis


berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama
perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.

4. Sebagai langkah awal penulisan, sediakanlah


suatu rangka karangan untuk dijadikan
panduan semasa menulis karangan.

5. Yang berikut merupakan langkah-langkah


yang boleh diikuti untuk menghasilkan
sesuatu karangan.
Peringkat Langkah/Kemahiran
1. Memahami tajuk dan
kehendak soalan.
Persediaan 2. Mengumpulkan idea /
isi-isi penting tentang
tajuk karangan
3. Menyusun idea-idea /
isi-isi dan membuat
rangka karangan

1. Menulis perenggan
pendahuluan
Penulisan 2. Mengembangkan isi-isi
secara tersusun
3. Menyatakan
kesimpulan/penegasa
n dalam perenggan
penutup

1. Menyemak ejaan dan


tanda baca
Penyemakan 2. Menyemak tatabahasa
3. Menyemak jumlah
perkataan

PANDUAN MENULIS KARANGAN SYARAHAN


Teknik Penulisan

a)Syarahan boleh ditulis seperti karangan jenis rencana, perbincangan dan perbahasan

b)Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para
jemputan khas dan audiens.(Jika untuk pertandingan perlulah ditulis para hakim yang arif lagi bijaksana
selepas Tuan Pengetua)

c)Nyatakan tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan

d)Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan

e)Selitkan unsur-unsur peribahasa, humor, kata-kata hikmat supaya penulisan tidak menjadi kaku dan
membosankan

f)Anda perlu menyebut Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, hadirin sekalian, atau sidang hadirin
sekurang-kurangnya 3 kali
g)Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh dan memohon maaf kepada para hadirin jika
terdapat ketelanjuran kata dalam syarahan tadi

Contoh pendahuluan (dimulakan dengan pantun)

Cahaya matahari menyilau mata,


Rasa pedih berusaha menahan;
Lafaz bismillah pembuka kata,
Gelanggang syarahan saya mulakan.

Contoh Pendahuluan:

Assalamulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha
Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum,barisan para hakim yang arif lagi
bijaksana,guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Hadirnya saya di pentas yang indah ini adalah
untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Unsur-unsur Budaya Barat Membawa Kesan Buruk
Terhadap Cara Hidup Masyarakat Timur’.

Contoh Pengolahan Isi:

Hadirin sekalian,

Dewasa ini ramai artis popular daripada barat dijadikan idola oleh remaja kita.Tambahan
pula,media massa di negara kita sering mensensasikan kehidupan artis tersebut. Natijahnya,cara
pemakaian yang seksi serta menjolok mata menjadi ikutan.Sebagai contoh, artis Britney Spears
yang terkenal dengan cara pemakaian yang seksi dan menjijikkan sering menjadi ikutan para
remaja. Sebagai masyarakat yang kaya dengan adab ketimuran, mereka tidak seharusnya
menjadikan golongan artis barat ini sebagai idola mereka.

Penutup:

Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum kata penutup bicara, sekali lagi saya ingin menegaskan
bahawa masyarakat Timur haruslah sentiasa memelihara budaya kita sendiri agar tidak terpinggir
oleh budaya Barat. Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan kepada para hadirin sekalian atas
segala ketelanjuran kata.Sekian, terima kasih.

CONTOH MENULIS KARANGAN BERBENTUK PIDATO ATAUPUN


SYARAHAN
Pucuk manis permatang budi,

pucuk purut digetus rusa;

Yang manis bernama budi,


Yang indah bernama bahasa.

Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman bin
Abdullah, pengarah Institut Humaniora Malaysia, kombinasi para juri yang arif lagi
bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, para pensyarah, dan
seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum
Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.

Berdirinya saya di atas persada indah dalam Dewan Wawasan ini, tidak lain dan tidak bukan,
kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, "Fungsi Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan
Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia.” Sebagaimana bervisinya nama dewan yang mulia ini,
demikian juga visi yang akan saya tunjuk kepada tuan-tuan betapa bahasa Melayu,
sebagaimana bahasa-bahasa lain juga, mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur
hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka
minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang
dahulu kala;

Yang buta tidak teraba-raba,

Yang pekak tidak tertanya-tanya,

Yang kecil tidak terambin-ambin,

Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Menurut Kamus Dewan (2006), istilah „fungsi‟ bolehlah didefinisikan sebagai tugas atau
peranan. Manakala maksud „bahasa‟ pula ialah satu sistem lambang-lambang yang arbitrari,
mempunyai makna dan difahami maknanya, dan digunakan oleh sekelompok masyarakat
dalam komunikasi mereka. Daripada maksud tersebut dapat dirumuskan bahawa bahasa
ialah alat komunikasi yang ada makna dan difahami oleh semua anggota dalam
masyarakatnya. Merujuk negara Malaysia, penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang
dapat difahami oleh setiap orang, dan lebih-lebih lagi, mereka yang berstatus warganegara
Malaysia.

Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai
bahasa rasmi negara. Bahasa Kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima
dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara. Bahasa kebangsaan bagi negara
Malaysia ialah bahasa Melayu. Pentakrifan bagi bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan
dalam segala urusan pentadbiran kerajaan. Selain dua fungsi bahasa tersebut, bahasa
Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan
bahasa komunikasi yang akan dijelaskan dalam hujah nanti. Persoalannya sekarang,
bagaimanakah bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,
bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi di Malaysia yang
rakyatnya pelbagai kaum? Persoalan inilah akan saya jawab satu persatu dalam wacana,
“Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan,
Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia.”

Tuan hakim yang bijaksana lagi arif.

Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tuan-tuan
dan Puan-puan, ingatlah, bahasa Melayu mesti perkasa dalam negara Malaysia untuk
kepentingan kebangsaan. Semangat perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu
tercetus apabila jiwa rakyat telah timbul kesedaran untuk jadi bangsa berdaulat. Salah
satu cara menjadi bangsa berdaulat ialah dengan memerintah sendiri negara tanpa dikuasai
atau ditunjuki oleh penjajah. Setelah tercapainya kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu
memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam
Bahagian 12 Am dan Pelbagai 152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
menyebut bahawa, "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam
apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen." Maka
terbuktilah bahawa bahasa Melayu merupakan lambang kebebasan dan kedaulatan negara
daripada belenggu penjajahan. Ditinjau dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu terdahulu,
bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca. Ia digunakan oleh semua kaum untuk semua
urusan pentadbiran dan perdagangan.
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu
bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaan memberi gambaran akan status sesuatu
bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa
sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebahasaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuk
sifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti "Cintai Bahasa Kita",
"Bahasa Jiwa Bangsa" dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan
mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan. Justeru, bahasa Melayu dengan segala
sifatnya dapat menjadi pembakar semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi satu
tunggak pembinaan negara merdeka serta identiti rakyat. Kita tidak mahu bahasa Melayu
dipinggirkan sebagaimana tersirat dalam Akta Pelajaran 1996 dan seterusnya dinafikan
fungsi sebagai bahasa ilmu Sains dan Matematik oleh Dr. Mahathir Mohamed.

Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain dipilih
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi negara
kita. Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan
pentadbiran dan acara rasmi negara. Contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam sistem
pendidikan negara, urusan surat-menyurat, mesyuarat dan pentadbiran negara. Cuba kita
renung, bukakan mata, celikkan minda, dalam mesyuarat-mesyuarat kerajaan persekutuan
dan kerajaan negeri, di persidangan-persidangan, seminar-seminar, di parlimen, bahkan
dalam perbicaraan di mahkamah, mesti diutamakan penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan
bahasa selain bahasa Melayu adalah menyalahi Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Sesiapa
yang membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi negara, termasuk
pemimpin negara sekalipun, mereka adalah penjenayah negara yang mesti dihukum. Dengan
hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa penting bahasa Melayu memainkan peranan
dalam urusan pentadbiran negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia.
Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan
antara anggota masyarakat, sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Hal
ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan,
budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu
kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara.
Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam
dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila penggunaan
bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud
kemesraan, kepercayaan, hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa
hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang membina perpaduan antara kaum.
Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai
negara milik bersama.

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang penyatuan atau
perpaduan. Ia memainkan peranan mengurangkan jurang perkauman, mengeratkan hubungan
setiap lapisan masyarakat dalam segala bidang, bukan hanya dari segi politik, agama,
perindustrian, ekonomi, kesukanan, perubatan, pendidikan malahan juga dalam komunikasi
awam. Tugas bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan akan dapat diperkasakan melalui
perlembagaan negara, sistem pendidikan, dasar-dasar yang dilaksanakan dan pelbagai
aktiviti kempen. Justeru, ayuh, mari kita terus perjuangan yang telah lama digerakkan oleh
pemimpin terdahulu demi mengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca,
bahasa yang menyatupadukan rakyat peJbagai kaum dalam semua bidang, bak kata
perpatah, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” atau “berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.”

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Wacana saya yang keempat, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan negara. Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa
yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa, dasar pendidikan negara berusaha
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, sama
ada di sekolah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai
bahasa pengantar dalam pendidikan membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai alat
menyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri, masyarakat dan negara.
Penggunaannya secara tidak langsung mencerminkan ciri-ciri bangsa Malaysia yang menolak
perkauman atau ketidakadilan dalam sistem pendidikan. Hal ini adalah kerana masyarakat
Melayu dan bukan Melayu yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu akan mendapat laba
yang sama rata, di samping dapat menunjukkan ciri 'keMalaysiaan'. Sehingga kini rakyat
Malaysia yang mendapat pendidikan rendah, menengah dan universiti dalam bahasa Melayu
berjaya meraih anugerah hingga peringkat antarabangsa. Malah, ramai rakyat Malaysia yang
bekerja dengan syarikat-syarikat antarabangsa, baik syarikat yang beroperasi dalam
negara mahupun syarikat yang beroperasi di luar negara. Beberapa universiti di luar negara
seperti di Britain, Amerika Syarikat, Russia, Thailand, Korea, Republik Rakyat China dan
sebagainya menawarkan kursus major dan minor bahasa Melayu kepada mahasiswa masing-
masing. Kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagi dengan
pembinaan kerusi-kerusi pengajian Melayu di luar negara dan juga pembinaan Dasar Bahasa
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu kini berada di atas landasan
sempurna sebagai bahasa pengantar pendidikan. Justeru, dapat kita merumuskan bahawa
bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Wacana saya yang kelima, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu adalah
bahasa i1mu di Sekolah-sekolah termasuk di maktab-maktab perguruan dan universiti-
universiti. Bahasa IImu pula ialah bahasa komunikasi yang bermaksud bahasa sebagai alat
penyebaran, penyampaian dan penerimaan maklumat. Sebagai bahasa i1mu, bahasa Melayu
banyak merakam pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang ditulis oleh pakar
bidang berkenaan. Salah satu tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah
untuk memperkasakan bahasa Melayu. Justeru, kursus-kursus yang ditawarkan disampai dan
dirakam dalam bahasa Melayu, termasuk ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi. Sehingga
kini, UKM telah mengeluarkan ramai graduan dalam bidang Sains dan teknolog dan sedang
berkhidmat di pasaran. Telah sekian ramai doktor perubatan dan ahli kimia dikeluarkan dan
khidmat mereka ibarat „duduk sama rendah berdiri sama tinggi‟ dengan pakar-pakar yang
mendapat pendidikan dari negara Barat. Khidmat mereka pula „menetaskan‟ tenaga-tenaga
khidmat yang lain.

Jauh sebelum itu, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terserlah dalam bidang
keagamaan seperti dalam bidang penyebaran ilmu agama Hindu-Buddha dan kemudian Islam.
Tanah Melayu seperti Lembah Bujang misalnya merupakan pusat penyebaran agama Hindu-
Buddha ke seluruh dunia. Setelah kedatangan Islam, bahasa Melayu terus kekal sebagai
bahasa ilmu menyebar ajaran agama Islam. Walaupun agama Islam turut membawa bahasa
Arab, namun penyebaran Islam di Asia Tenggara adalah menggunakan bahasa Melayu tulisan
Jawi. Fungsi itu ternyata kekal sehingga kini agama Islam tersebar di Asia Tenggara dalam
bahasa Melayu. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mesti terus berperanan menjana
pemikiran dan ilmu-ilmu baharu kepada masyarakat. Jika berlaku kekurangan hendaklah
ditambah, jika berlaku kebocoran hendaklah ditampal kerana sudah menjadi kebiasaan tidak
semua bahasa adalah lengkap dan sempurna. Perbendaharaan katanya perlu diperluaskan.
Istilahnya perlu dilengkapkan. Setiap objek dan konsep dalam pelbagai bidang ilmu
hendaklah dilengkapi dengan bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk memperkasakan lagi
bahasa Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di Asia
Tenggara. Sehingga kini telah banyak istilah dan konsep ilmu diserapkan ke dalam bahasa
Melayu. Misalnya, istilah dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia, ginekologi
dan sebagainya.

Bahasa Melayu bolah menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan
bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah
fikiran, hujah, pendapat dengan tepat dan dapat dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu
juga boleh menjadi bahasa i1mu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitu
kestabilan seperti sistem pembentukan istilah atau konsep, dan peraturan seperti ejaan,
sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Satu lagi ciri kesempurnaan bahasa ialah
kelenturan, di mana bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan
perubahan yang berlaku dari masa ke semasa.

Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi masyarakat.
Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam
pelbagai lapisan masyarakat. la merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia,
digunakan oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di desa atau di kota, golongan kaya
ataupun miskin. Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami
oleh semua golongan masyarakat.

Sebagaimana yang telah ketahui umum bahawa bahasa Melayu, pada zaman penjajahan,
telah menjadi bahasa lingua franca di setiap pelusuk Nusantara. Bahasa Melayu telah
tersebar luas dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura hinggalah ke Brunei. Berdasarkan
catatan sejarah pengembara yang melawat semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan lain di
Nusantara, seperti I-Shing, Ibn Batuta, Antonio Fegafeta dan ramai lagi, terbukti bahawa
bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi seawal kurun
yang ke-7 Masihi.

Kini, dengan adanya kecanggihan alat media dan komunikasi, maklumat dapat disampaikan
melalui siaran-siaran radio, televisyen, internet, SMS, e-mail dan lain-lain lagi.
Berkomunikasi, lisan mahupun tulisan, adalah sutu keperluan kepada setiap individu dan
berkau pada setiap hari. Kini ramai yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu untuk
tujuan melahirkan pendapat atau perasaan, adalah bukti fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi yang penting di negara ini. Dengan kata lain, bahasa Melayu berperanan
sebagai bahasa komunikasi apabila seseorang individu mengalami perkongsian idea, maklumat
dan perasaan dengan orang lain sama ada melalui pertuturan mahupun tulisan. Dengan
berbahasa Melayu, komunikasi antara manusia sejagat berlangsung dengan baik. Ia juga
memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Senario ini telah memberikan satu
manifestasi yang jelas, iaitu bahawa bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi
di Malaysia.

Justeru, dengan hujah dan huraian keenam-enam fungsi bahasa Melayu itu tadi, konklusinya
di sini ialah pertama, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan memartabatkan lagi
bahasa ibunda kita sendiri. Yang kedua, sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa utama dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Yang
ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan menjadi wahana perpaduan bagi
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita.

Seterusnya yang keempat, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadi wahana
penyebaran i1mu di semua peringkat institusi pendidikan, dan sebagai lambang bahasa
pengantar untuk memberi dan menimba ilmu sejagat. Rumusan seterusnya ialah bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dapat membina keintelektualan bangsa kerana keupayaannya
menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dalam semua bidang ilmu. Dan
yang terakhir, bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, menjadi lambang pertuturan
semua golongan masyarakat sama ada yang tinggal desa atau di kota, mahupun golongan kaya
ataupun golongan miskin, atau pentadbir mahupun rakyat.

Hadirin dan hadirat sekalian.


Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup
rumusan bahawa bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat
martabat bahasa dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa
Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa
pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus didaulatkan agar keperkasaan
bahasa Melayu kekal dan dikagumi.

Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada
terkasar bahasa, tersalah kata, tersilap sebut atau tercanggah gerak tangan, mulut, kepala
dan mata. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun;

Alang-alang menyeluk pekasam,

Biar sampai ke pangkal lengan;

Alang-alang bahasa dijulang,

Biar kekal sepanjang zaman.

Sekian, Wabillahi Taufik WaJhidayah Wasalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, syarahan ialah ucapan yg diberikan. Taklimat ialah penerangan ringkas
tentang sesuatu, ceramah ucapan tentang sesuatu perkara, ilmu pengetahuan dan lain-lain dan bersinonim
dengan syarahan. Pidato ialah ucapan atau syarahan yang diberikan di hadapan orang ramai manakala ucapan ialah
apa-apa yang diucapkan. Oleh itu, pidato, syarahan dan ucapan hampir sama maknanya, yang boleh membezakan
ialah tempat dan isi kandungan yang diucapkan. Untuk makluman saudara, ceramah, syarahan, pembentangan
kertas kerja, taklimat, kuliah dan sebagainya merupakan bentuk pengucapan awam. Oleh yang demikian tidak ada
perbezaan antara kedua-dua ini. Bagi soalan kedua, perkataan yang betul ialah "panduan" bukan "tip-tip" atau
"tips".

PENGENALAN
Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua
individu. Kemahiran berucap ini telah diterapkan oleh ibu bapa mahupun guru sekolah
sejak dari seseorang itu kecil lagi. Kemahiran ini penting kerana kemahiran ini boleh
jadi penentu kejayaan seseorang di dalam temu duga , kerjaya , pertandingan dan
sebagainya. Ramai orang berbakat besar dalam bidang pengucapan awam dan boleh
berucap dengan lantang dan yakin di hadapan umum .
Kemahiran berucap juga memerlukan komitmen yang tinggi dan latihan yang
konsisten untuk memastikan seseorang itu benar-benar menguasai kemahiran ini
dengan baik.
Menyampaikan ucapan bukanlah merupakan proses yang mudah, jadi melalui
Kerja Kursus Jangka Pendek Bahasa Melayu Kontekstual ini, kemahiran
menyampaikan ucapan dapat dipelajari dengan lebih mendalam dan berkesan. Hal ini
kerana proses pembelajaran kemahiran ini bermula dengan inisiatif kendiri untuk
berusaha mempelajarinya melalui sumber buku, internet dan majalah.
Selain itu, kemahiran berucap juga boleh dipelajari daripada video individu-
individu menyampaikan ucapan seperti Debat Piala Perdana Menteri dan Forum
Peringkat Kebangsaan. Secara tidak langsung, penonton dapat mencontohi cara dan
gaya daripada video visual tersebut.

DEFINISI

Ucapan dilontarkan berdasarkan tujuan dan setiap ucapan mempunyai tujuan


dan matlamat yang berbeza. Arshad Md. Ghaus (2007) dalam bukunya, Teknik
Pengucapan Berkesan menyatakan bahawa empat tujuan utama menyampaikan
ucapan adalah untuk memaklumkan (to inform) , mempengaruhi ( to influence ) ,
memberikan inspirasi ( to inspire ) dan menghiburkan ( amuse ) .
Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2012) , ucapan didefinisikan sebagai satu
bentuk saluran komunikasi pertuturan dan merupakan jenis karangan berformat yang
menggunakan teks bertulis sebagai landasan penyampaiannya. Ucapan juga
merupakan medium untuk menyampaikan mesej kepada umum melalui pemberi
ucapan tersebut sahaja.
Ucapan dapat difahami sebagai komunikasi sehala yang melibatkan proses
pelahiran idea secara lisan yang diujarkan berdasarkan tema atau agenda majlis dan
disampaikan secara individu kepada khalayak untuk mencapai matlamat serta tindakan
sesuatu.
T. Hunt (1987) yang deptik daripada buku Bahasa Melayu Kontekstual, pula
menjelaskan lagi bahawa, pengucapan awam merupakan proses penyampaian buah
fikiran, maklumat, pandangan, dan perasaan kepada hadirin sekalian dengan
menggunakan lambing-lambang bahasa.
Secara keseluruhannya, dapatlah difahami bahawa pengucapan awam ialah
satu proses komunikasi melibatkan penghataran mesej daripada seorang pengirim
kepada sekumpulan pendengar.

JENIS_JENIS UCAPAN AWAM


1. SYARAHAN

Syarahan merupakan kaedah penyampaian ucapan secara sehala dan


penyampai akan menghuraikan tajuk-tajuk dalam masa yang diberikan untuk
menyakinkan pendengar. Penyampaiannya meluas seperti berkisar mengenai
kemanusiaan, alam, keagamaan dan sebagainya. Memerlukan susunan, gaya dan
fakta yang tepat untuk memastikan seseorang individu dapat menyampaikan syarahan
yang menarik perhatian orang ramai dan berkesan. Syarahan juga menilai kebolehan
penyampai menghuraikan maklumat yang hendak disampaikan dengan baik.

2. PIDATO

Pidato merupakan penyampaian ucapan yang tidak membaca teks secara


langsung dan hanya bertumpu kepada satu topik sahaja. Ucapan pidato disampaikan
untuk menarik perhatian umum dan membawa mesej-mesej tertentu kepada orang
ramai dan meyakinkan audiens melalui cara pembawaan pidato dari aspek isi tajuk,
penampilan, gaya dan kesantunan bahasa.

3. CERAMAH

Ceramah merupakan cara mengekspresikan buah fikiran melalui pengucapan


dan bersifat dua hala. Ceramah diselang-selikan dengan soalan dan jawapan antara
penceramah dan audiens. Situasi ini membolehkan perbincangan berlaku dan
penceramah boleh menghuraikan isi ceramah dengan lebih lanjut.

4. UCAPAN

Ucapan bertujuan memberitahu,mendidik, meyakinkan, meransang, memberikan


motivasi, dan juga menghiburkan khalayak. Ucapan merupakan komunikasi sehala
yang melibatkan proses pelahiran idea melalui lisan ,mempunyai tujuan tersendiri dan
diujarkan berdasarkan tema.

5. BERITA

Berita merupakan perkhabaran daripada sumber sama ada bertulis mahupun


lisan melalui medium media masa. Kemahiran membaca berita dapat dipelajari melalui
menonton berita di televisyen, mendengar radio mahupun membaca surat khabar.

6. TAKLIMAT

Taklimat merupakan ucapan memaklumkan dan bersifat dua hala. Taklimat


boleh berlaku dalam situasi formal mahupun situasi tidak formal. Penyampaian taklimat
adalah penting untuk dikuasai oleh seseorang individu untuk memastikan mesej yang
disampaikan kepada orang awam dapat difahami dengan jelas. Taklimat biasanya
disampaikan untuk menerangkan secara ringkas mengenai sesuatu perkara ataupun
program.

7. PENGUMUMAN

Pengumuman merupakan komunikasi satu hala yang disebarkan kepada orang


ramai. Biasanya pengumuman dilakukan di kawasan yang umum untuk memastikan
setiap orang dapat mendengar pengumuman tersebut dan memahaminya.

CIRI_CIRI PENGUCAPAN AWAM

3.3.1 Pengucap
Pengucap merupakan seorang individu yang mempunyai mesej dan bertindah
menyampaikan mesej kepada orang lain. Selain itu, pengucap hendaklah memastikan
apa yang disampaikannya difahami oleh orang yang mendengar dengan jelas.

3.3.2 Pendengar
Orang yang menerima mesej pula dinamakan sebagai pendengar atau penerima.
Peranan utama seorang pendengar ialah menganalisis dan mentafsir mesej yang
diterima serta member respons kepada pengucap. Respons yang diberikan tidak kiralah
sama ada berbentuk lisan atau bukan lisan.

3.3.3 Situasi
Proses perpindahan sesuatu mesej atau maklumat mestilah berlaku dalam sesuatu
situasi yang tertakluk kepada waktu,tempat dan majlis yang khusus.

3.3.4 Mesej
Mesej diwakili oleh simbol-simbol lisan dan bukan lisan yang dihantar daripada
pengucap kepada penerima melalui kaedah lisan, tulisan mahupun medium
pengantaraan.

3.3.5 Saluran
Saluran atau medium pengantaraan merupakan penghubung antara pengucap dan
penerima jarak jauh untuk menyampaikan maklumat. Radio, televisyen, emel dan buku
merupakan contoh-contoh saluran yang biasa digunakan.

3.3.6 Maklum balas


Maklum balas atau respon merupakan tindakan pendengar selepas menerima mesej
daripada pengucap. Respons boleh berbentuk lisan mahupun bukan tulisan daripada
penerima mesej tersebut.

3.3.7 Gangguan
Gangguan boleh berlaku dalam proses komunikasi kerana terdapat banyak faktor yang
mempengaruhi keadaan ini. Gangguan-gangguan ini berpunca daripada fizikal, teknikal,
fisologi , semantik dan banyak lagi. Salah satu contoh ketara yang sering berlaku di
majlis umum ialah masalah teknikal berhubungan dengan alat siar pandang atau alat
pembesar suara. Perkara sebegini mampu membantutkan niat para pendengar yang
sedang menumpukan perhatian.

STRATEGI PENGUCAPAN AWAM

3.4.1 Bahasa Badan


Bahasa badan merupakan salah satu elemen penting dalam proses pengucapan awam.
Ekspresi muka dan gaya secara tidak lansung dapat menerangkan kepada penonton
mengenai perasaan pengucap tersebut. Dengan ini, penonton dapat merasai perasaan
pengucap tersebut juga. Selain itu, intonasi yang menarik juga memainkan peranan
kerana pengucap yang cemerlang mempunyai daya tarikan yang tinggi dari segi
intonasi suara yang tinggi dan rendah mengikut keadaan. Intonasi yang mendatar tidak
akan menarik perhatian para pendengar. Senyuman yang manis dan sapaan yang
mesra akan menjadi satu permulaan yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif.
Jadi , seorang penutur yang akan menyampaikan maklumat hendaklah mempunyai
bahasa badan yang menarik. Mimik muka dan pertentangan mata juga memainkan
peranan yang penting.

3.4.2 Penampilan Menarik


Seorang pengucap perlulah berpenampilan menarik dari segi pakaian dan cara
pembawakan penyampaiannya serta sesuai dengan tema majlis. Pengucap
memerlukan baju yang formal untuk majlis rasmi, manakala untuk majlis yang
mempunyai tema , pengucap hendaklah memilih baju yang sesuai dengan tema
tersebut. Misalnya untuk acara Pidato Peringkat Antarabangsa, setiap peserta diberi
tajuk ucapan yang bertema nasionalisme, jadi para peserta hendaklah memakai baju
kebangsaan Malaysia untuk menyesuaikan diri mereka dalam majlis tersebut. Pakaian
juga mampu membuatkan seorang pengucap itu lebih berkeyakinan di hadapan.

3.4.3 Pengetahuan Luas


Stategi menangkap perhatian umum yang ketiga ialah mempunyai ilmu pengetahuan
yang luas. Dengan berbekalkan pengetahuan am yang tinggi,seorang pengucap dapat
menarik perhatian juri,penonton mahupun pendengar. Oleh itu, setiap orang perlulah
berusaha untuk memperbanyak ilmu pengetahuan agar dengan ilmu tersebut mereka
dapat menggunakannya misalnya ketika memberi ucapan.

3.4.4 Persediaan
Perkara yang tidak dapat dielakkan ialah membuat persediaan fizikal dan mental
sebelum membuat pengucapan. Perkara ini mampu mengurangkan gementar dan
menaikkan keyakinan seseorang pengucap itu. Pengucap hendaklah menyediakan draf
terlebih dahulu untuk teks ucapan. Kemudian, pegucap perlu praktis melakukan ucapan
tersebut . Menghafal bukanlah satu perkara menjadi pilihan kerana jika seorang
pengucap hafal teks ucapannya, ucapannya kelak akan menjadi kaku dan jika dia
terlupa teks ucapannya, perkara ini mengundang masalah buat dirinya pula.

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalankata hormat bagi yang bergelar dato' yang masih
bertugas sebagi penjawat awamDato' ialah gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh
semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kpd orang yg telah dianugerahi pingat
tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara). Oleh itu, gelaran tersebut
boleh digunakan meskipun masih memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.Lain-
lain30.10.2007Apakah kata hormat bagi seseorang yang mempunyai gelaran doktor falsafah?
Adakah Yang Berbahagia atau Yang Berusaha untuk ditulis ketika membuat minit mesyuarat dan
surat?Sapaan untuk seseorang yang gelaran doktor falsafah ialah Yang Berbahagia(YBhg.).Lain-
lain05.06.2008Satu pertanyaan. Adakah perkataan SALAM boleh digunakan untuk
menggantikan Assalamualaikum? Terdapat sumber mengatakan perkataan SALAM memberi erti
Celakalah Kamu. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan
salam ialah 1. sejahtera, damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di
atas kuda, melambai-lambai membalas salam rakyat baginda; salam takzim salam dan hormat;
berjabat salam berjabat tangan; memberi salam mengucapkan kata hormat (seperti
assalamualaikum dsb);. Assalamualaikum (Arab) pula ialah selamat sejahtera kepada kamu
semua (lelaki dan perempuan).

Kita berbahasa menggunakan bahasa Melayu yang difahami dan segalanya niat kerana Allah.
Dia maha mengetahui niat seseorang. Wallahualam.Makna18.02.2013Sekiranya majlis
perasmian program di sekolah, kata-kata aluan untuk pengetua ialah yg berbahagia @ yg
berusaha? Guru2 kanan pula sebagai yg berusaha @ yg dihormati?
Penggunaan rujukan hormat "Yang Berbahagia" dan "Yang Berusaha" tertakluk kepada posisi
seseorang individu dalam sesuatu majlis.
"Yang Berbahagia" digunakan untuk:
1. Tetamu kehormat yang paling tinggi (dari luar atau dalam)
2. Individu (bukan ahli politik) yang dianugerahkan gelaran kehormat seperti Tan Sri/Puan
Sri, Dato' Seri /Datin Seri, Dato'/Datin dsb.
Manakala "Yang Berusaha" digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam
menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan.

Seterusnya "Yang Dihormati" digunakan kepada orang-orang yang dihormati seperti guru, ketua
kampung, penghulu, pemimpin kecil parti dan sebagainya.
Tatabahasa16.03.2013Apakah kata panggilan hormat (mengikut turutan) untuk digunakan
dalam kata alu-aluan dalam mengacarakan sesuatu majlis?Panggilalan hormat mengikut
pangkat dan gelaran seseorang dalam majlis tersebut, contohnya Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri disapa dengan panggilan Yang Amat
Berhormat, susunannya seterusnya melihat kepada gelaran yang diterima daripa sultan atau Yang
di-Pertuan Agong dan melihat juga pada situasi majlis tersebut sama ada
anjuran kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila
rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan
DBP. Lain-lain20.04.2009Salam hormat saya ucapkan kepada Saudara. Saya ingin bertanya di
sini tentang maksud 'serumpun bunga semarak api'. Adakah kata-kata ini bermaksud *bangsa
yang asal-usulnya sama atau *masyarakat/negara dalam pertubuhan yang seia-sekata dalam hal
kesejahteraan dan kemakmuran bersama? Terima kasih. Yang benar Roslina
Maksud serumpun bunga semarak api merujuk nama bunga/tumbuhan yang terdapat di hutan
Malaysia.
Makna01.11.2010perkataan alu-aluan pun tak ada dalam kamus. Bagaimana kalau kata-kata
aluan/ kata alu-aluan itu disebut kata mengalu-alukan =1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn
hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik sesuatu (spt bantuan,
sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu;Frasa
yang betul ialah kata alu-aluan.Tatabahasa07.04.2012salam hormat, saudara, yang manakah
yang betul: 1. Pendingin hawa / Penghawa dingin 2. kata alu-aluan / kata-kata aluan 3. Awan
yang gelap itu (mengandung air / mengandungi air)
Istilah/frasa yang betul ialah:
1. penyaman udara
2. kata alu-aluan
3. awan yang gelap itu mengandungi air
Istilah10.03.2009Saudara, Adakah kata terbitan tergolong dalam Kata Nama Am? Sebagai
contoh: Apakah kata-kata nama am dalam ayat berikut? Setiap hari, penjual pisang goreng itu
telah memperoleh keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Sekian, terima kasih. Salam
hormat, LIM KHAN SAN
1. Kata terbitan dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu menggandingkan imbuhan pada
kata dasar. Kata terbitan wujud dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
2. Contoh kata nama am yang terdapat dalam ayat yang saudara kemukakan ialah hari, penjual
pisang goreng, keuntungan, dan perniagaan.
Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman
67. Terima kasih.
Tatabahasa12.01.2009bola sepak, bola jaring ialah kata majmuk atau sekadar frasa nama? nilai
berhemah tinggi atau nilai hemah tinggi? nilai hormat-menghormati atau nilai
menghormati?Bola sepak dan bola jaring ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah bentuk yang
dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna
tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk
dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa
yang betul ialah nilai berhemah tinggi dan nilai hormat- menghormati.Tatabahasa17.02.2011

pANGGILAN HORMAT

Gelaran dan panggilan hormat merupakan nama panggilan bagi individu


tertentu atau nama khas yang diberikan kerana sumbangan dan jasa
seseorang. Pemilihan dan penggunaan panggilan hormat kepada individu tertentu
bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan penutur
dengan orang yang disapa.
Berikut diperlihatkan contoh gelaran dan panggilan hormat yang digunakan lazimnya
di negara Malaysia :

ORANG YANG DISAPA PANGGILAN HORMAT

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Ke bawah Duli Yang Maha Mulia
Permaisuri Agong Seri Paduka Baginda

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Duli Yang Maha Mulia


Ampuan, Raja Permaisuri

Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atauYang
Teramat Mulia

Kerabat Diraja karib Yang Amat Mulia

Bergelar warisan Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Yang Amat Berhormat


Perdana Menteri, Menteri Besar,
Ketua Menteri

Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Yang Berhormat


Undangan Negeri (wakil rakyat)

Wakil Rakyat yang mempunyai Yang Berhormat Mulia


gelaran Tengku atau Raja

Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran kurniaan Yang Berbahagia


kerajaan (selain Tun dan Toh
Puan) atau gelaran ikhtisas yang
formal

Ketua Hakim Yang Amat Arif

Hakim dan kadi Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah


Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

Berenang-renang si anak ikan,

Buat tatapan anak nakhoda,

Panggilan hormat saya berikan,

Menjadi tambahan ilmu di dada.

Anda mungkin juga menyukai