Anda di halaman 1dari 4

Sistem Respiratori (Chronic Obstructive Pulmonary

Disease)

Pengenalan dan epidemiologi

Penyakit sistem pernafasan COPD merupakan penyakit yang sentiasa memerlukan perhatian
dalam bidang perubatan dan merupakan sebab keempat kemasukkan dalam hospital. COPD
disebabkan penyempitan saluran pernafasan yang kronik. Ia juga boleh menunjukkan tanda-
tanda saluran pernafasan yang terlalu aktif.
Merokok merupakan penyebab utama penyakit COPD. Paling kerap di hidapi oleh kaum lelaki
berbanding dengan wanita dan ia meningkat dengan usia. Penyakit ini boleh bertambah teruk dan
menyebabkan kematian.

Apakah tanda-tanda dan gejala COPD?

Ia bergantung kepada peringkat penyakit:


 Susah bernafas sewaktu melakukan aktiviti sederhana/rehat

 Batuk berkahak berpanjangan

 'Wheezing' (bunyi seperti wisel semasa menghembus nafas) semasa melakukan aktiviti
sederhana

 Ciri-ciri kegagalan paru-paru dan jantung bengkak menyebabkan paru-paru berair dan bengkak
kaki

Apakah risiko mendapat COPD?


Risiko adalah:

 Merokok- merupakan penyebab utama di mana risiko lebih tinggi sekiranya individu kerap
merokok

 Perokok pasif

 Pencemaran udara

 Jangkitan virus meyebabkan salur pernafasan menjadi aktif

 Bekerja di kuari dan sentiasa terdedah pada habuk

 Genetik- Alpha 1-antitrypsin deficiency

Matlamat rawatan COPD


Matlamat rawatan COPD adalah untuk:

 Meningkatkan kualiti kehidupan tanpa masalah pernafasan

 Mengurangkan kerosakan pada paru-paru

 Mencegah dan merawat komplikasi jantung bengkak

 Memanjangkan jangka hayat

 Mengurangkan serangan pernafasan dan kemasukkan ke hospital

Rawatan untuk COPD :


Pendidikan

 Berhenti merokok kerana ia dapat mengurangkan kerosakan paru-paru.

 Ia juga dapat memanjangkan jangka hayat walaupun individu tersebut kerap merokok
sebelumnya

Ubat-ubatan

 Ubat-ubat sedutan seperti ipratropium bromide, salbutamol, dan terbutaline dapat mengurangkan
ketegangan otot licin bronkial dan melegakan penyempitan bronkus akibat kontraksi. Kebaikan
mengambil ubat sedut adalah ia terus masuk ke paru-paru dan bertindak cepat dengan kurang
kesan sampingan. Terdapat juga persediaan ubat-ubatan pil seperti Neulin SR, Theudor dan
Euphylline.

 Penggunaan Kortikosteroid adalah penting semasa serangan pernafasan. Ia boleh didapati


dalam bentuk alat sedut, pil dan suntikan. Contoh alat sedut adalah becotide, beclofort dan
becolmet

 Antibiotik - 'broad-spectrum' antibiotik selalu digunakan

 'Mucolytic agent' untuk mencairkan kahak supaya mudah dikeluarkan. Pesakit tidak digalakkan
mengambil ubat yang menahan batuk.

Sumber : MyHEALTH portal


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anda mungkin juga menyukai