Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN MASJID TANAH

78300 MASJID TANAH, MELAKA.

LAPORAN
KELAS TAMBAHAN HARI SABTU
2019

DISEDIAKAN OLEH:

PUAN ROHAYANTI BINTI YAAKOP


PENGENALAN :

Program Kelas Tambahan ini berfungsi sebagai satu saluran di mana para murid dan guru
dapat membincangkan permasalahan dalam pelajaran secara terperinci.Selain itu Pengisian
aktiviti kelas tambahan ini ialah memberi fokus kepada teknik menjawab soalan dan
ulangkaji topik-topik Tahun 4 dan 5. Hal ini membolehkan guru membimbing dan membantu
murid dengan lebih telus serta memberi tunjuk ajar dan motivasi agar murid berkenaan
mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

Program sebegini amat wajar dijalankan kerana murid perlu diberi pendedahan dan
bimbingan dalam mengetahui potensi diri untuk berjaya dalam bidang akademik. Melalui
cara ini, ia dapat meningkatkan tahap kesedian murid untuk menghadapi Peperiksaan UPSR.

PELAKSANAAN :

Tarikh : FEBRUARI-SEPTEMBER

MASA : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

TEMPAT : KELAS 6 MATAHARI

Antara objektif mengadakan kelas tambahan ini adalah :

1. Membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam persediaan


menghadapi UPSR tahun 2019

2. Memberi bimbingan serta panduan kepada murid supaya dapat menjawab soalan dengan
mudah melalui latihan berfokus kepada topik serta latih tubi dan pendedahan kepada format
UPSR.

3. Mendidik murid-murid Tahun 6 menggunakan masa cuti / masa lapang dengan perkara
yang berfaedah.

Mata pelajaran yang diajar meliputi semua subjek yang diuji samasa UPSR iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

SASARAN :

1. Semua ibubapa penjaga murid tahun 5 dan 6


2. Semua calon-calon UPSR 2019
3. 6 Matahari : 24 orang
4. 5 Kekwa : 22 orang
ANJURAN :

1. Unit Peningkatan UPSR 2019

KEWANGAN :

1. Unit Peningkatan UPSR


2. Sumbangan ibubapa/penjaga murid

Disediakan oleh :

..........................................

Pn. Rohayanti Binti Yaakop

Penyelaras Peningkatan UPSR 2019

Anda mungkin juga menyukai