Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN MASJID TANAH (INTEGRASI)

TAJUK PROJEK: DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah (Integrasi) pada mulanya telah diasaskan oleh
seorang ahli Ibadah bernama Bilal Lesai pada tahun 1890. Pada asalnya tapak sekolah adalah
di Jalan Durian Daun di tapak rumah Cikgu Hj Zainudidin Bin Mohd Dinn (Pekan Masjid
Tanah di Tapak Bangunan MARA yang ada sekarang). Tapak sekolah sekarang adalah
diwakafkan oleh Pn Chikmah Bt Saidin dengan keluasan tanah 1 ekar 01 rod 08 pol. Guru
besar pertama adalah En. Abd Samad Bin Tahir iaitu pada tahun 1926.

Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan hari ini, SK Masjid Tanah


memerlukan dewan terbuka berbumbung untuk menjalankan pelbagai aktiviti dalam sekolah
dan aktiviti kemasyarakatan di sekitar pekan Masjid Tanah. Sekiranya sekolah dapat
membina dewan terbuka berbumbung ini, ia akan dapat memberikan banyak manfaat kepada
murid-murid dan seterusnya menjadikan sekolah ini lebih berdaya saing.

OBJEKTIF PROJEK

2.1 Dewan terbuka berbumbung yang lengkap dengan kemudahan prasarana terkini dapat
digunakan untuk pelbagai tujuan aktiviti pendidikan dan kemasyakaratan.

2.2 Kemudahan dewan terbuka berbumbung dapat menampung kapasiti enrolmen pelajar
atau masyarakat selain lebih selesa dan kondusif.

2.3 Dewan terbuka berbumbung ini mampu menyumbang impak besar untuk memenuhi
keperluan murid terutamanya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukan indoor dan
seumpamanya .

3.0 KOMPONEN PROJEK

3.1 Komponen dewan besar serbaguna yang dicadangkan terdiri daripada:

3.1.1 Dewan Terbuka Berbumbung


3.1.2 Kipas & Lampu
3.1.3 Pembangunan Fizikal Sekolah
4.0 PELAN PROJEK

4.1 Pelan Dewan Terbuka Berbumbung ( Belum ada )

5.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Bil. Perkara Anggaran kos

1. Dewan terbuka berbumbung RM 145,000.00

2. Pembangunan fizikal sekolah RM 40,000.00

Jumlah RM 185,00.00

6.0 PENUTUP

Diharapkan projek ini akan berjaya dilaksanakan demi meningkatkan pembangunan


dan kemajuan SK MASJID TANAH. Kemudahan prasarana yang baik akan mempengaruhi
perkembangan fizikal dan mental serta kerohanian anak-anak selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... ..........................................

TUAN MOHD FADZLIM TN MD AZMI MD DANIAL BIN ABD GHANI


SU PIBG SK MASJID TANAH YDP PIBG SK MASJID TANAH
Sesi 2020/2021

Disahkan oleh,

..................................................

SHUHANI BIN HASSAN


Penasihat PIBG merangkap
Guru Besar SK MASJID TANAH

SEKOLAH KEBANGSAAN MASJID TANAH (INTEGRASI)

78300 MASJID TANAH, MELAKA


TEL/FAX : 06-3841244

KERTAS KERJA

“DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG SK MASJID


TANAH”

DISEDIAKAN OLEH:
PIBG SK MASJID TANAH
SESI 2020/2021

Anda mungkin juga menyukai