Anda di halaman 1dari 1

MESYUARAT AGUNG PIBG SKMT KE 49 & 50

SEKAPUR SIRIH
Penasihat PIBG SK Masjid Tanah

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Sebagai pembuka kata, marilah kita Bersama-sama mengucapkan
syukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya segala perancangan
dan usaha yang jitu maka masyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 49 dapat
diterjemahkan pada hari ini.
Dikesempatan ini, diharap kita semua dapat menjana idea-idea yang
bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari masa ke semasa
supaya SK Masjid Tanah dapat melahirkan murid-murid yang Ceria, Cerdas
dan Cemerlang menjelang tahun 2022.
Seperti mana yang kita semua maklum, persatuan Ibu Bapa dan Guru
menghgadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah
membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan
kecemarlangan Pendidikan anak-anak kita. Tanpa kesepakatan dan kerjasama
yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan -kejayaan yang diharapkan.
Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam
melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua mengharapkan
peningkatan di dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya
dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah
ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik
serta kokurikulum.
Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam
menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang
berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama,
bangsa dan Negara.
Sekian, terima kasih.

(Hazri Bin Ayob)


Guru Besar
SK Masjid Tanah

Anda mungkin juga menyukai