Anda di halaman 1dari 19

MODUL AKTIVITI

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN


PERTANDINGAN

PERTANDINGAN
SOLAR VEHICHLE CHALLENGE
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Solar Vehicle merupakan pertandingan berasaskan Teknologi
Hijau yang melibatkan sektor tenaga dan sektor pengangkutan. Pertandingan
ini merupakan pertandingan yang ditambahbaik daripada konsep asal
pertandingan ‘Kereta Solar’ dengan mengadaptasi konsep pertandingan
yang menggunakan kemahiran yang lebih tinggi dan memerlukan
kefahaman yang lebih luas dalam bidang solar.

Pendekatan dalam sektor tenaga merupakan bahagian terbesar dalam


pertandingan ini. Penggunaan tenaga solar bagi menggerakkan kenderaan
merupakan elemen penting bagi mengurangkan gas rumah hijau. Pada masa
kini, penggunaan solar banyak digunakan pada peralatan elektrik di luar
rumah dan juga penjanaan tenaga elektrik untuk peralatan dalam rumah.
Aplikasi solar untuk kenderaan pada masa kini masih di tahap yang rendah
disebabkan kos yang tinggi dan juga kajian-kajian terdapat aplikasi pada
kenderaan yang kurang berbanding aplikasi pada peralatan elektrik. Oleh itu,
pertandingan ini akan memberikan idea asas yang boleh membantu
menggalakkan proses R&D dalam bidang solar pada kenderaan.

Pendekatan sektor pengangkutan dalam pertandingan ini adalah model


pengurusan pengangkutan berat yang mampu membawa beban tanpa
menggunakan bahan api fosil. Pendekatan ini adalah idea asas untuk
teknologi masa hadapan dalam pengurusan kenderaan berat dan juga
kenderaan awam.

2.0 OBJEKTIF
Menghasilkan sebuah kenderaan solar yang mampu mengharungi cabaran-
cabaran pada litar sebagai salah satu konsep kenderaan masa hadapan
yang menerapkan Teknologi Hijau melalui pendekatan sektor tenaga dan
pengangkutan.

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 1


3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
i. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah
daripada Tingkatan 1 hingga 5 dari Sekolah Menengah Bantuan
Kerajaan Persekutuan.
ii. Pertandingan ini dijalankan secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri
daripada 2 orang murid dengan seorang guru pembimbing.
iii. Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta
bumiputera kecuali pasukan dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.
iv. Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja yang
telah menjadi Johan pertandingan peringkat negeri. Peserta pasukan
hendaklah terdiri daripada murid dari sekolah yang sama.
v. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan
Jabatan Pendidikan Negeri/Pengetua masing-masing.
vi. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan.
Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada
tarikh yang telah ditetapkan.

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN


Pertandingan ini akan dijalankan dalam 3 peringkat:
Peringkat Pertama : Pembinaan solar vehicle di sekolah
Peringkat Kedua : Pembentangan solar vehicle semasa pertandingan
Peringkat Ketiga : Pengujian dan perlumbaan solar vehicle

4.1 Peringkat Pertama


i. Murid dikehendaki menghasilkan solar vehicle di peringkat sekolah.
ii. Murid bebas menggunakan bahan-bahan yang telah ditetapkan
(sila rujuk syarat pertandingan) dari sumber-sumber sekeliling yang
boleh diperolehi.
iii. Solar vehicle yang dihasilkan mestilah asli buatan murid sendiri di
peringkat sekolah dan TIDAK menggunakan pihak ketiga untuk
menyiapkan solar vehicle berkenaan.

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 2


4.2 Peringkat Kedua
i. Murid perlu membentangkan projek solar vehicle kepada hakim
semasa pertandingan.
ii. Masa pembentangan diperuntukan ialah 7 minit. Hakim akan
bersoal jawab dengan murid setelah selesai 7 minit pembentangan.
iii. Murid bebas menggunakan perisian multimedia untuk
pembentangan projek namun tertakluk kepada kesediaan
komputer riba yang digunakan semasa pembentangan.
iv. Pembentangan perlu merangkumi aspek reka bentuk dan
kefungsian solar vehicle yang dihasilkan dan dikaitkan dengan teori
dan fakta saintifik.

4.3 Peringkat Ketiga


Solar vehicle yang dihasilkan akan diuji berdasarkan peringkat berikut:

i. Cabaran Litar
Solar vehicle perlu mengharungi litar khas dengan DUA (2)
LORONG yang dilengkapi dengan aspek berikut:
a. Litar menggunakan papan jenis MDF bersaiz 4’ x 8’. Bilangan
papan adalah berdasarkan jumlah kesesuaian untuk
keseluruhan litar.
b. Panjang litar untuk pengujian solar vehicle ialah 5 meter.
c. Dimensi setiap lorong litar ialah 60cm lebar dan 12mm tebal.
d. Setiap lorong akan diletakkan dinding pembahagi dengan
menggunakan papan nipis yang bersesuaian untuk
mengelakkan pelanggaran.
e. Permulaan secara automatik menggunakan mekanisme
pelepas akan digunakan untuk memulakan perlumbaan.
f. Sekiranya tiada mekanisme pelepas disediakan, solar vehicle
akan diletakkan di belakang garis permulaan di bawah ruang
tanpa cahaya (kotak) dan kotak tersebut akan diangkat oleh
peserta sejurus wisel permulaan dibunyikan.

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 3


g. Solar vehicle dikehendaki mengharungi cabaran menaiki
ketinggian pada 2 bahagian litar yang berkecerunan 30
darjah menaik.
h. Bahagian pertama litar yang berkecerunan 30 darjah menaik
akan diletakkan garisan-garisan melintang dengan jarak 5.0
cm di antara satu sama lain di sepanjang cerun bagi
panduan hakim pertandingan.

ii. Cabaran Masa


a. Solar vehicle yang diuji pada litar akan direkodkan masa
yang diambil untuk menamatkan perlumbaan.
b. Masa yang diambil untuk menamatkan perlumbaan BUKAN
syarat utama untuk menjadi johan pertandingan. Namun
masa tersebut adalah sebahagian dari aspek pemarkahan
penentuan pemenang pertandingan.

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 4


Papan Jenis MdF

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 5


CONTOH SOLAR CELL AMORPHUS
JENIS BERVOLTAN MAKSIMUM 1V DAN ARUS
MAKSIMUM 80mA

CADANGAN STAND / PENYOKONG LITAR


MENGGUNAKAN PAIP PVC 2”

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 6


5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
i. PERINGKAT PEMBINAAN SOLAR VEHICLE
a) Tiada saiz maksimum solar vehicle yang dihasilkan.
b) Solar sel yang digunakan hendaklah daripada jenis bervoltan
maksimum 1V dan arus maksimum 80mA setiap satu dari jenis
amorphus.
c) Bilangan solar sel adalah bebas mengikut kesesuaian pasukan.
d) Susunan solar sel adalah bebas.
e) Semua pendawaian hendaklah menggunakan wayar standard copper
wire atau tinned copper wire. Semua pendawaian mestilah boleh
dilihat.
f) Motor yang digunakan adalah bebas dari segi jenis, saiz dan bilangan
motor yang boleh dipasang pada solar vehicle. Namun begitu, nama
pengeluar dan nombor bahagian pada motor hendaklah boleh dilihat
oleh hakim untuk tujuan perekodan data.
g) Roda yang digunakan hendaklah terdiri dari jenis getah atau span. Saiz
dan bilangan tayar adalah bebas.
h) Penggunaan roda sisi adalah dibenarkan. Bilangan dan saiz roda yang
akan digunakan adalah bebas.
i) Penggunaan jenis dan bilangan gear adalah bebas.
j) Solar vehicle yang dihasilkan wajib mempunyai dua bahagian utama
kereta iaitu chassis dan badan (body).
k) Binaan chassis dan badan (body) solar vehicle hendaklah
menggunakan bahan-bahan yang dibenarkan iaitu: Compressed
foam board, Polystyrene, Mounting Board, Plywood, balsa wood, Zink
atau Aluminium sahaja.
l) Kekuatan struktur binaan hendaklah mampu mengharungi setiap
peringkat cabaran pada litar. Sebarang kerosakan semasa
pertandingan adalah tanggungan pasukan masing-masing. Mana-
mana bahagian solar vehicle yang tertanggal semasa pertandingan di
litar perlu dikeluarkan oleh peserta sendiri.
m) Penggunaan sistem penyimpanan tenaga (Energy Storage System)
yang membantu kelajuan kereta sama ada elektrikal, mekanikal atau
kimia tidak dibenarkan.

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 7


n) Sebarang bentuk ciptaan atau inovasi untuk memaksimakan kuasa
dan kelajuan amatlah digalakkan tanpa melibatkan sebarang
komponen elektronik tambahan.
o) Penggunaan kapasitor yang kurang dari 0.2F dan induktor dibenarkan
sebagai sebahagian daripada sistem elektrikal solar vehicle. Kapasitor
melebihi 0.0047F mestilah telah dinyah cas sepenuhnya sebelum
perlumbaan.

ii) PERINGKAT PEMBENTANGAN


a) Setiap pasukan perlu membentangkan hasil projek solar vehicle
masing-masing kepada panel hakim.
b) Peserta dikehendaki membawa masuk solar vehicle semasa
pembentangan dan ditinggalkan kepada urusetia untuk kuarantin
sehingga peringkat pengujian dan perlumbaan dijalankan.
c) Solar vehicle yang diserah semasa pembentangan hendaklah
diletakkan di dalam kotak khas yang perlu disediakan oleh peserta
sendiri. Kotak tersebut hendaklah dilabelkan dengan identiti pasukan
masing-masing untuk tujuan pengenalpastian.
d) Bentuk dan format pembentangan multimedia adalah bebas,
komputer riba akan disediakan semasa pembentangan. Namun
sekiranya komputer riba tersebut tidak dapat mengendalikan
pembentangan pasukan, penggunaan komputer riba sendiri
dibenarkan.
e) Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan ialah 7 minit. Loceng
peringatan akan dibunyikan sekali pada minit ke-5 dan 2 kali pada minit
ke 7.
f) Sesi soal jawab oleh hakim akan dikendalikan mengikut kesesuaian
masa dan kehendak hakim.
g) Penggunaan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dibenarkan.
h) Pembentangan perlu merangkumi aspek reka bentuk dan kefungsian
solar vehicle yang dihasilkan dan dikaitkan dengan teori dan dan fakta
saintifik.
i) Penglibatan semua ahli pasukan akan menyumbangkan markah yang
lebih kepada pasukan.

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 8


j) Proses pembinaan solar vehicle diperingkat sekolah perlu ditunjukkan
dalam sesi pembentangan. Penggunaan video amat digalakkan.

iii. PERINGKAT PENGUJIAN DAN PERLUMBAAN


a) Setiap pasukan dikehendaki melaksanakan pengujian di litar yang
ditetapkan.
b) Saiz dan dimensi litar sila rujuk pada bahagian cabaran litar.
c) Setiap pasukan akan diberikan 2 kali peluang untuk mencuba litar
sebelum pertandingan sebenar dijalankan. Giliran dan waktu sesi
percubaan litar akan ditentukan melalui undian semasa sesi
pendaftaran atau taklimat pertandingan.
d) Sebarang kerosakan pada solar vehicle semasa sesi pengujian
adalah tanggungjawab pasukan sendiri. Pasukan dibenarkan
membuat pembaikan pada kerosakan, namun penambahan
bahan atau komponen yang mengubah jisim adalah tidak
dibenarkan.
e) Pertandingan kelajuan akan dijalankan mengikut giliran yang
ditentukan melalui undian. Pertandingan dijalankan secara kalah
mati (knock-out). Undian akan dijalankan kepada semua pasukan
bagi menentukan giliran dan lorong perlumbaan. Pertandingan
secara kalah mati (knock-out) akan dilaksanakan sebanyak
minima dua kali. (Bilangan perlumbaan akan ditambah tertakluk
kepada keadaan cuaca).
f) Markah pertandingan perlumbaan akan diambil berdasarkan
purata keseluruhan markah pertandingan perlumbaan.
g) Sekiranya tiada pelepasan secara automatik, solar vehicle yang
akan dilepaskan perlu diletakkan dalam ruang pelepasan yang
mempunyai keamatan cahaya yang rendah (kotak).
h) Pelepasan solar vehicle akan dijalankan dengan peserta perlu
mengangkat kotak tersebut sejurus wisel dibunyikan.
i) Solar vehicle perlu melalui cabaran yang ditetapkan pada litar
pertandingan.
j) Mana-mana bahagian solar vehicle yang tertanggal semasa
pertandingan di litar perlu dikeluarkan oleh peserta sendiri.

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 9


k) Jumlah masa yang diambil untuk menyelesaikan cabaran akan
direkodkan. Masa yang diambil untuk menamatkan perlumbaan
BUKAN syarat utama untuk menjadi johan keseluruhan
pertandingan. Namun masa tersebut adalah sebahagian dari
aspek pemarkahan penentuan pemenang pertandingan.

6.0 KUARANTIN
i. Semua solar vehicle hendaklah diserahkan kepada pihak teknikal untuk
dikuarantinkan selepas sesi pembentangan bagi tujuan penilaian reka
bentuk oleh panel hakim.
ii. Semasa perlumbaan, semua kereta mesti diletakkan di kawasan pit-stop
yang disediakan oleh pihak penganjur.
iii. Semua kereta yang diletakkan di pit-stop boleh diselenggara dan diuji oleh
peserta-peserta bersama guru pembimbing pada bila-bila masa
sepanjang pertandingan perlumbaan berlangsung TANPA keluar dari
kawasan ditetapkan. Peralatan penyelenggaran perlu disediakan oleh
pasukan masing-masing.

7.0 KRITERIA PENILAIAN


i. Penilaian markah akan ditentukan berdasarkan kriteria berikut:
a. Reka bentuk – 40%
b. Pembentangan dan persembahan – 20%
c. Knockout – 40%
ii. Johan keseluruhan akan ditentukan melalui jumlah keseluruhan markah
penilaian.

8.0 MAKLUM BALAS DAN PENAMBAHBAIKAN


i. Keputusan hakim adalah muktamad.
ii. Pasukan (guru pembimbing) yang ingin memberi maklumbalas
pertandingan dikehendaki mengisi borang maklumbalas untuk tujuan
penambahbaikan penganjuran pada masa akan datang.

9.0 PANDUAN PENGELOLA


i. Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 10


a. Pengelola perlu melantik sekurang-kurangnya:
 Minima 3 orang hakim mempunyai latar belakang dalam
bidang sains atau kemahiran teknikal.
 2 orang ahli teknikal pelepasan.
 1 orang juruhebah yang mampu menarik perhatian dan
minat penonton.
 2 orang pencatat masa semasa cabaran litar dan semasa
pembentangan.
 3 orang pembantu untuk pengurusan pasukan bertanding

10.0 KEPERLUAN PERTANDINGAN


i. Persiapan Tempat
a) Kawasan untuk litar pertandingan hendaklah berkeluasan sekurang-
kurangnya 20’ x 20’ persegi di kawasan ruang terbuka di bawah
cahaya matahari.
b) Litar pertandingan perlu disediakan mengikut ketetapan saiz dan jenis
litar kebangsaan.
c) Kawasan pit-stop perlu disediakan untuk peserta melakukan
penambahbaikan atau penyelenggaran semasa pertandingan
berlangsung (bimbingan guru dibenarkan).
d) Sebuah bilik persembahan multimedia yang dilengkapi dengan
kemudahan komputer dan LCD projektor.
e) Kawasan pertandingan hendaklah dipagar menggunakan pita
penghadang bagi mengawal kemasukan penonton ke kawasan
pertandingan.
ii. Alatan Siaraya
a) 2 mikrofon mudah alih hendaklah disediakan untuk kegunaan di
kawasan pertandingan
iii. Panel Hakim
a) Bilangan panel hakim 3 orang.
b) Terdiri daripada kalangan individu yang mempunyai pengetahuan
berkaitan Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga, Sains dan
Matematik.
c) Terdiri daripada kalangan mereka yang tidak mempunyai

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 11


kepentingan dengan mana-mana pasukan.
iv. Borang Pemarkahan
a) Borang pemarkahan hendaklah disediakan secukupnya untuk
kegunaan panel hakim.
b) Mesin kira hendaklah disediakan.
v. Keperluan lain
a) Sebarang keperluan tambahan akan dimaklumkan oleh panel hakim.
vi. Jawatankuasa
a) Dibentuk mengikut keperluan dan kesesuaian pertandingan.

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 12


SENARAI KEPERLUAN
PERTANDINGAN SOLAR VEHICLE CHALLENGE

BIL PERKARA KUANTITI


1 Khemah (tempat berkumpul pasukan) – ikut 3 unit
keperluan
2 Meja panjang (pendaftaran) 5 unit

3 Kerusi dan meja

4 Punca bekalan elektrik 3 fasa 5 unit

5 Landasan (trek) 2 lorong

6 Pita penghadang (30m) 3 unit

7 Alatan siaraya Komputer riba dan mesin


pencetak, set mikrofon mudah
alih
8 Hard file (hakim) 6 unit

9 Jam randik 2 unit

10 Wisel 2 unit

11 Alat tulis (mesin kira, stapler, pen, pembaris) 5 unit

12 Extension wire 3 unit

13 Tag ahli kumpulan (untuk setiap kumpulan 48


terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang
guru: SVC1, SVC2, SVC3...SVC16)
14 Label model kereta ( SVC1...SVC16) 16 unit

15 Penimbang berat (gram) 1 unit

16 Peti kecemasan 1 unit

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 13


SPESIFIKASI TUGAS DAN PERANAN
PERTANDINGAN SOLAR VEHICLE CHALLENGE

TUGAS SPESIKASI TUGAS DAN PERANAN

1. Mengurus pendaftaran peserta pertandingan sebelum


taklimat.
2. Memberi taklimat penghakiman kepada hakim yang dilantik.
3. Memberi taklimat pertandingan kepada guru pembimbing
dan peserta pertandingan pada hari pertama pertandingan.
4. Membuat undian giliran untuk pasukan bertanding.
Pegawai Teknikal
5. Memastikan keperluan hakim dan pertandingan disediakan.
6. Mengendalikan proses pemeriksaan spesifikasi solar vehicle.
7. Mengurus, mengatur dan melaksanakan pertandingan
secara keseluruhannya.
8. Mengendalikan pertandingan perlumbaan mengikut format
yang telah ditetapkan.

1. Membuat semakan spesifikasi solar vehicle selepas taklimat


bersama pasukan pada hari pertama pertandingan.
2. Membuat penilaian pembentangan dan reka bentuk solar
Hakim vehicle seawal jam 8.00 pagi pada hari kedua pertandingan.
3. Melakukan proses penjumlahan markah untuk menentukan
pemenang setelah tamat pembentangan dan pertandingan
perlumbaan.

4. Membantu menjalankan proses undian pasukan.


5. Membantu hakim semasa sesi pembentangan.
6. Membantu pegawai teknikal semasa penilaian spesifikasi.
7. Menyediakan bahan dan keperluan penghakiman semasa
pembentangan dan perlumbaan pertandingan.
8. Memastikan kawasan pertandingan bersih sebelum dan
selepas pertandingan.
Pembantu Teknikal
9. Menyediakan dan memasang trek pada hari pertama
pertandingan.
10. Memastikan kedudukan trek mengikut arah matahari yang
betul.
11. Membantu dalam pengendalian pertandingan perlumbaan.
12. Memastikan kawasan pertandingan perlumbaan dikawal
daripada gangguan penonton.

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 14


BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN SOLAR VEHICLE CHALLENGE

KOD KUMPULAN : ................................................................


PERUNTUKAN MARKAH
ASPEK CATATAN
MARKAH DITERIMA
REKA BENTUK – 40 MARKAH
Penyambungan dan efisiensi solar
8
sel
Bahan binaan keseluruhan struktur 8
Jisim dan saiz kenderaan 6
Konsep reka bentuk kenderaan 6
Aspek komersial 2
Jenis dan nisbah gear 2
Tayar dan rim 2
Kekukuhan dan kekuatan 4
Hiasan dan dekorasi 2
PEMBENTANGAN DAN PERSEMBAHAN – 20 MARKAH
Kelancaran dan gaya persembahan 2
Penggunaan multimedia yang baik 2
Perkaitan teori saintifik dengan reka
4
bentuk
Perkaitan teori saintifik dengan
4
sambungan solar sel
Proses pembinaan ditunjukkan 3
Data uji lari ditunjukkan 3
Penglibatan ahli kumpulan &
2
kerjasama
KNOCK-OUT RACE
1st – 40
2nd – 35
Semi final – 30 40
Quarter final – 25
Saringan – 5
Tidak jalan – 0
JUMLAH MARKAH DITERIMA

Tandatangan hakim : ...…………………………………… Disahkan oleh,


Nama hakim : …………………………………….... ............................................
Tarikh : …………………………………..…. ( )

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 15


BORANG KEPUTUSAN
PERTANDINGAN SOLAR VEHICLE CHALLENGE
KEPUTUSAN CATATAN
KUMPULAN TANDATANGAN
MENANG() / KALAH() KERETA BERGERAK() / () MASA
SV_____

SV_____

TANDATANGAN HAKIM : ……………………………………………………


( )
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BORANG KEPUTUSAN
PERTANDINGAN SOLAR VEHICLE CHALLENGE
KEPUTUSAN CATATAN
KUMPULAN TANDATANGAN
MENANG() / KALAH() KERETA BERGERAK() / () MASA
SV_____

SV_____

TANDATANGAN HAKIM : ……………………………………………………


( )
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BORANG KEPUTUSAN
PERTANDINGAN SOLAR VEHICLE CHALLENGE
KEPUTUSAN CATATAN
KUMPULAN TANDATANGAN
MENANG() / KALAH() KERETA BERGERAK() / () MASA
SV_____

SV_____

TANDATANGAN HAKIM : ……………………………………………………


( )
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 16


BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN SOLAR VEHICLE CHALLENGE

NEGERI:

BUTIRAN SEKOLAH
NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MAIL

GURU PEMBIMBING
SAIZ
NAMA JANTINA BANGSA MYKAD NO TEL
TSHIRT

PESERTA
JANTIN BANGSA SAIZ
BIL NAMA MYKAD
A M C I L TSHIRT

BILANGAN VEGETARIAN
GURU MURID

Dengan ini pihak kami mengesahkan peserta tersenarai adalah murid sekolah ini dan segala
maklumat yang dinyatakan adalah benar dan tepat.

Pengesahan Pengetua: Cop Rasmi :


...........................................................
( ) Tarikh

Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur

TARIKH TERIMA PENERIMA TANDATANGAN

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 17


BORANG MAKLUM BALAS
PERTANDINGAN SOLAR VEHICLE CHALLENGE

NAMA PERTANDINGAN :
NEGERI PASUKAN :
NAMA PEGAWAI/GURU :
NO. TELEFON :

KELEMAHAN / ISU :

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

_____________________________
NAMA :
NO. TEL :

SOLAR VEHICLE CHALLENGE | 18

Anda mungkin juga menyukai