Anda di halaman 1dari 32

REKOD BERTERUSAN

UNTUK MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 

 Abstrak 

  Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanak-


kanak amat ditekankan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang 
mempunyai masalah dalam perkembangan mereka. Oleh itu, merekod 
  perkembangan murid dalam kelas amatlah penting. Merekod ialah aktiviti
mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid.Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini
untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.
Terdapat pelbagai kaedah merekod perkembangan murid salah satunya adalah
menggunakan rekod berterusan. Namun apa yang penting adalah menyimpan
rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi konferen antara guru dan ibu bapa
untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid.

1
1.0 Pengenalan

Rekod berterusan menggunakan teknik atau kaedah yang sama dengan rekod
anekdot. Ia adalah fakta yang tepat dan dit ulis berdasarkan tingkah laku kanak-kanak 
dalam jangka masa yang ditetapkan. Rekod berterusan ditulis semasa peristiwa itu
  berlaku. Apa sahaja tingkah laku yang berlaku dalam jangka masa itu direkodkan.
Berbeza dengan rekod anekdot yang hanya dicatat apabila tingkah laku yang signifikan
dapat dilihat pada kanak-kanak. Penggunaan rekod berterusan memperlihatkan suasana
sebenar perlakuan kanak-kanak dalam jangka masa yang ditetapkan.

Rekod berterusan ialah catatan yang dibuat ke atas individu ataupun kumpulan
kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang
diperkatakan oleh murid akan dicatatkan
dicatat kan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian
Pe merhatian
yang terperinci biasanya dijalankan dalam tempoh lima hingga 10 minit. Rekod
  berterusan membantu merekodkan berkenaan kemahiran, penggunaan bahan khasnya
 bahan pembelajaran serta interaksi kanak-kanak sama ada dengan rakan, bahan ataupun
 persekitaran. Ia adalah alat penaksiran yang tepat da n jelas.

2.0 Pentaksiran Dan Rekod Penilaian

Pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang


  perkembangan dan kemajuan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
  berterusan. Pentaksiran perlulah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan
Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya, pentaksiran
  bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru
mengambil tindakan tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru
mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan
 psikomotor.

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru seperti berikut :

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

2
ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran


dari masa ke semasa.

iv. Merancang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan


murid.

v. Mengesan keberkesanan pengajaran, mengesan pertumbuhan murid


 bersesuaian dengan peringkat umur.

vi. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

2.1 Proses Pelaksanaan Pentaksiran

2.1.1 Merancang sebelum sesuatu


sesuatu pentaksiran dilaksanakan,
dilaksana kan, guru
hendaklah merancang perkara-perkara berikut :

i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.

ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.

iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.

v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.

vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan


 pentaksiran.

2.1. 2 Membina instrumen yang mana instrumen yang dibina perlu


mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Tujuan yang jelas.

ii. Menepati apa yang hendak dinilai.

iii. Item boleh diukur.

iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

3
2.2 Melaksanakan Pentaksiran

Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dan penilaian dilakukan


melalui pemerhatian. Pemerhatian ialah pengamatan kepada pelakuan murid
yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran,
  pemerhatian adalah satu kaedah
kaeda h yang sistematik untuk mengumpul
engumpul data at au
maklumat dan merekodnya dengan tepat. Dalam konteks penilaian, pemerhatian
adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul
data atau maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran
memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak 
melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil
kerja kanak-kanak.

Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh


memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok,
menyusun blok bersa
bersama
ma rakan-rakan, semasa
sema sa mereka bermain
berma in bersama rakan-
rakan-
rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj
dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama
rakan dan sebagainya.

Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh


diperhatikan ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru,
  perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan
  bahan, main peranan, bercerita dan bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian,
hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah
dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja


seperti berikut:

i. Bermain pondok-pondok
pondok-pondok bersama rakan-rakan.
ra kan-rakan.

ii. Menyusun blok bersama rakan atau bersendirian.

iii. Mengikat tali kasut.

iv. Belari sambil melompat.

v. Menyelesaikan masalah bersama rakan.

4
vi. Membuat kolaj dalam kumpulan.

Perbualan atau interaksi atau lisan murid yang boleh diperhatikan dan
dinilai. Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru atau murid dengan
murid. Contohnya interaksi murid dengan baha n.

i. Main peranan.

ii. Bersoal jawab.

iii. Bacaan.

iv.  Nyanyian.

v. Hasil kerja murid.

Contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai adalah:

i. Lukisan

ii. Buku skrap

iii. Kraftangan

iv. Buku kecil

v. Model

2.3 Waktu Penilaian

Dalam konteks pendidikan prasekolah, setiap pengajaran yang


disampaikan oleh guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Penilaian ke atas
kanak-kanak hendaklah dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajara n
 berlangsung sama ada secara
s ecara berkala masa atau mengikut kekerapan
kekerapan yang perlu.

Penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula


daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang
dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi suatu
gambaran berkenaan penguasaan kanak-kanak. Melalui proses penilaian yang
dijalankan, guru dapat mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa.
Justeru itu, waktu penilaian ke atas kanak-kanak adalah secara berterusan dan
tiada had masa tertentu.

5
2.4 Tindakan Susulan

Sebagaimana yang terkandung dalam Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan ( 2003), Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan
dan pengayaan, setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan
murid. Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah
  pembelajaran agar kelemahan murid tidak terhimpun. Proses penilaian
hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan
kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan
hendaklah dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti
yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran, atau aspek yang sepatutnya
dipelajari telah dikuasai atau disiapkan.

Semasa menjalankan tindakan susulan guru boleh menyediakan aktiviti


  bagi membantu murid yang memerlukan lebih perhatian atau pun aktiviti yang
lebih mencabar. Kepekaan guru dalam penilaian berterusan ini dapat
meningkatkan pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum. Antara kebaikan
menjalankan tindakan susulan di prasekolah ialah:

i. Kelebihan murid dalam pencapaian boleh diperkukuh dan


dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap
 pencapaian murid boleh dibantu melalui bimbingan
bimbingan yang
ya ng sewajarnya.

ii. Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya


secara individu, kumpulan, dan kelas melalui proses pembelajaran.

iii. Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu
disokong dan diberi dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi
meningkatkan pencapaian.

iv. Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu
diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras
 penguasaan murid tersebut.

v. Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak 
mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.

6
3.0 Merekod Maklumat

Merekod didefinisikan sebagai satu aktiviti mencatat maklumat secara bersistem


 berkaitan perkembangan kebolehan, kemajuan da n pencapaian seseorang.
seseorang. Contoh rekod
yang digunakan untuk menilai kanak-kanak
kanak-kanak adalah
a dalah seperti berikut :

i. Senarai Semak.
ii. Skala Kadar.
iii. Rekod Anekdot.
iv. Rekod Berterusan.

Merekod melibatkan tiga asas teknik merekod iaitu :

i. Yang menghuraikan iaitu running rekod dan rekod anekdot.


ii. Yang mengira masa dan menghitung jumlah iaitu event sampling dan
senarai semak.
iii. Kesimpulan dan pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu iaitu skala
kadar.

Memilih rekod yang sesuai adalah perlu supaya rekod yang disimpan
mempunyai ciri-ciri yang menepati kriteria penilaian yang akan dibuat ke atas rekod.
Sesuatu rekod perlu mempertimbangkan perkara berikut sebelum melakukan ke atas
tingkah laku murid iaitu tujuan, aspek, perincian dan pertimbangan yang praktikal.
Merekod pemerhatian ini adalah penting bagi proses melaksanakan penilaian terhadap
kanak-kanak. Maka dengan rekod berterusan ia merupakan satu cara bagi mengumpul
dan merekodkan maklumat daripada murid yang ingin dinilai.

4.0 Perbandingan Antara Intrumen Pentaksiran

Setiap tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak direkodkan secara


sistematik dan berturutan. Pelbagai reaksi kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti
individu atau secara berkumpulan
berkumpulan didokumentasikan melalui pelbagai
pelbagai jenis alat taksiran
ta ksiran
atau rekod penilaian. Maklumat daripada rekod-rekod ini penting supaya tindakan

7
seterusnya dapat dilakukan bagi menjamin kebajikan dan pencapaian positif kanak-
kanak-
kanak. Terdapat perbezaan antara alat-alat yang digunakan untuk melakukan
 pemerhatian walaupun fungsinya hampir sa ma.

4.1 Rekod Senarai Semak 

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
  perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan
kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama
ada:

 Sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan.


 Sesuatu perlakuan telah dilakukan.
 Kekerapan sesuatu tingkah laku.

Dengan menandakan (/) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai
semak, prosedur seperti berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan
dan penggunaan senarai semak:

i. Disediakan lebih a wal sebelum permerhatian dibuat.


ii. Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan
 jelas.
iii. Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula
 jadi.
iv. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
v. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan
 perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatka n.
vi. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk 
mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih
lebih tepat atau kekal.
vii. Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau
hasil pembelajaran atau tingkah laku murid.
murid.

Contoh Senarai Semak seperti halaman di sebelah :

8
Komponen: Bahasa dan Komunikasi
Nama murid: «««««««««««««««.. Kelas:««««««
  Arahan: Sila
Sila tandakan ( / ) dalam petak dan ulasan
ulasan pada ruang
ruang yang disediakan
disediakan
apabila murid sudah menunjukkan
menunjukkan kebolehannya. Sila
Sila tinggalkan kosong sekiranya
murid belum menguasai kemahiran itu.

4.2
4.2 Rekod Skala Kadar

Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan


  pencapaian sesuatu tingkah laku murid.Guru menilai kemahiran atau
amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan
secara angka atau gred.

Rekod skala kadar secara umumnya digunakan untuk merekod


tingkahlaku murid-murid yang diperhatikan serta tahap pencapaian
mereka. Penilaian terhadap kemahiran atau amalan dibuat berdasarkan
skala tertentu. Skala yang digunakan boleh dinyatakan secara angka atau
gred. Contohnya:

9
y A ± Cemerlang
y B ± Baik 
y C ± Sederhana
y D ± Perlu bimbingan
bimbingan

Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang skala


kadar iaitu tajuk, kemahiran yang hendak dinilai atau petunjuk tingkah
laku dan aktiviti yang dinyatakan dengan jelas. Borang skala kadar ini
  boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau
kelas. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat
maklumat yang tepat.

4.3 Rekod Anekdot

Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid
yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Anekdot
ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di
mana berlaku. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk 
membuat rekod anekdot ialah:

i. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.


ii. Mengenal pasti peristiwa itu penting clan signifikan kepada aspek 
 perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
iii. Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku.
b erlaku.
iv. Menulis apa yang dilihat secara objektif.
v. Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
interaksi sosial dan
dan kemahiran menyelesaikan
menyelesaikan masalah murid.

4.3.1 Perbezaan Antara Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan

Rekod anekdot dan rekod berterusan memainkan fungsi yang


sama bagi merekodkan apa yang diperhatikan samaada tingkah laku

10
mahupun perbualan seseorang kanak-kanak itu. Namun, terdapat
 beberapa perbezaan antara rekod
r ekod anekdot
anekdot dan rekod berterusan iaitu :

i. Rekod anekdot perlu dirancang atau tidak dirancang manakala


rekod berterusan hanya perlu dirancang.
ii. Rekod anekdot perlu dicerita semula manakala dalam rekod
  berterusan hanya setiap perlakuan ataupun pertuturan yang
diperhatikan dicatat.
iii. Rekod anekdot hanya direkod apabila berlaku peristiwa yang
signifikan manakala rekod berterusan lebih mudah dengan
rakaman.

4.3. 2 Contoh Rekod Anekdot :

 Nama Murid : Sudin bin Abu


Umur : 5 Tahun
Tarikh : 20 Februari 2001
Masa : 10.00 pagi
  Nama Guru : Puan Rusnani Abidin

Catatan Ulasan
Selepas mengikuti sesi bacaan bersama guru
kelas, Sudin menarik tangan Zaki, Rosli dan
Zahar ke pusat bahasa untuk mencari buku. Sudin
memilih buku bergambar sama dengan buku yang Sudin anak sulung dalam
dibaca oleh gurunya tadi. ³ Dengar saya nak baca keluarga sangat rapat dengan
 buku ini´. Sudin pun membuka buku lalu   Zaki, Rosli dan Zahar. Mereka
membaca dengan gaya seperti Rusnani. Zaki, ini sentiasa patuh dan hormat 
Rosli dan Zahar mendengar dengan penuh minat.  pada Sudin. Sudin sudah mula
³ Sedap tak ceritanya?´ Tanya Sudin kepada berminat pada buku, cuba
mereka. ³Hei, Sudin kau dah boleh baca?´ Tanya membaca walau pun masih
Zahar kepada Sudin. Sudin tunduk dan terus belum mengenal semua huruf.
diam. ³Bagus, Sudin,´ Cikgu Rusnani memuji
sambil bertepuk tangan. Sudin tersenyum dan
kelihatan riang.

11
5.0 Rekod Berterusan

Rekod berterusan adalah satu catatan terperinci tentang kejadian mengikut


urutan masa. Mengikut Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, rekod berterusan
merupakan catatan dalam bentuk cerita naratif yang dibuat ke atas individu atau
kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang
ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini
 biasanya dijalankan dalam tempoh lima hingga sepuluh minit.

Catatan rekod jenis ini diulang beberapa kali sehari dan dicatat secara
 berterusan. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka
waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat
mendapat maklum balas t entang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek diperhatikan menyeluruh, meliputi
aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
 persekitaran.

6.0 Tujuan Menggunakan Rekod Berterusan

Guru boleh menggunakan rekod berterusan sebagai salah satu penilaian


diagnostik untuk menilai keberkesanan penggunaan ataupun bacaan teks misalnya
 penguasaan suku kata, perbendaharaan kata dan kosa kata. Hasil merekod ini juga dapat
mengklasifikasikan atau mengkategorikan murid dalam kumpulan. Malahan, ia dapat
mengesan pelbagai aspek perkembangan pencapaian kanak-kanak dan mengesan
 permasalahan yang dihadapi yang dihadapi setiap
s etiap kanak-kanak.

12
7.0 Panduan Menyediakan Rekod Berterusan

Bagi menyediakan rekod berterusan, beberapa panduan perlu dititikberatkan


  bagi semua guru bagi memperoleh rekod berterusan yang tepat dan padat. Antaranya
ialah :

i. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Adakah


tingkah laku kanak-kanak, ruang atau sudut pembelajaran yang akan
diperhatikan sesuai?
ii. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid satu per satu. Rekodkan apa
yang dilakukan oleh murid secara t erperinci.
iii. Rekod dengan tepat dan padat. Jelaskan bagaimana setiap aksi itu
 berlaku.
iv. Rekod hanya perkara sebenar yang berlaku dan gunakan satu ayat bagi
menerangkan setiap aksi.
v. Guna bahasa yang mudah difahami.
vi. Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa.
vii. Tentukan masa.
viii. Perlu tulus dan ikhlas.
ix. Guna singkatan semasa merekodkan.

8.0 Panduan Menulis Rekod Berterusan

Sebelum menulis rekod berterusan, beberapa panduan perlu diambil kira oleh
 para guru antaranya ialah :

i. Buat pemerhatian selama 10 minit ataupun kurang.


ii. Tulis secara terperinci berkenaan tingkah laku yang diperhatikan.
iii. Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan µjudgemental¶. Hanya
merekodkan data.
iv. Memerhati dan tidak membuat
membuat interpretasi.
v. Merekodkan
erekodkan hanya
ha nya apa yang dilihat dan didengar.

13
vi. Fokus terhad pada murid yang ingin diperhatikan.
vii. Tulis atau rekod dengan terperinci mengikut urutan peristiwa yang
 berlaku.
viii. Pastikan buku nota, kertas catatan ataupun
ataupun pensel diletak di tempat yang
yang
strategik dan sulit.

9.0 Kebaikan Menggunakan Rekod Berterusan

Penggunaan rekod berterusan memberi gambaran sebenar dan terperinci


 berkenaan situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan. Apa yang dimaksudkan disini
adalah penggunaan rekod berterusan merupakan satu pendekatan yang baik untuk guru
menjalankan proses pemerhatian secara realiti dan tepat. Dengan pemerhatian secara
terbuka, guru dapat memperlihat
memper lihatkan
kan keadaan yang sebenar dan bukannya dibuat-buat
dibuat-buat
oleh kanak-kanak tersebut. Hasil pemerhatian yang dilakukan oleh guru untuk 
merekodkan tingkah laku terhadap kanak-kanak yang ingin diperhatikan dapat
mengesan sebarang sikap dan sifat yang positif mahupun negatif yang lahir dari kanak-
kanak itu.

Selain itu, ianya memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan dalam satu


rekod. Dengan hanya satu rekod, guru dapat mengesan pelbagai aspek perkembangan
iaitu perkembanga n jasmani, emosi, rohani, intelek
intel ek dan sosial. Perkembangan
Perkemba ngan kanak-
kanak perlu diukur dan diambil kira untuk mengetahui sejauh mana perkembangan
kanak-kanak tersebut tercapai. Sesuai dengan falsafah pendidikan kebangsaan untuk 
membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat
menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, r ohani, emosi dan
 jasmani. Maka kanak-kanak merupakan pemangkin ke arah mencapai matlamat
tersebut.

Di samping itu, rekod berterusan dapat menilai keberkesanan sesuatu tempat,


sudut ataupun stesen pembelajaran. Keadaan sesuatu tempat pembelajaran sangat
  penting untuk perkembangan kanak-kanak maka guru harus mengetahui kesesuaian
tempat pembelajaran dengan mengambil pelbagai faktor seperti persekitaran, gangguan,
kemudahan, keceriaan, keselesaan dan sebagainya. Jika guru mendapati ada kekurangan
dan memberi kesan yang negatif terhadap muridnya misalnya seorang murid tidak 

14
  bersema ngat dengan keadaan
keadaa n pembelajaran,
pembelaja ran, guru boleh men
mengambil
gambil langkah-langkah
langkah-la ngkah
untuk mengatasi masalah tersebut seterusnya dapat meningkatkan lagi keberkesanan
 pembelajaran.

Tambahan pula, rekod berterusan tidak memerlukan seseorang guru itu mahir 
dalam kemahiran pemerhatian yang khusus. Cara ini memudahkan guru merekodkan
dengan hanya menggunakan pensel dan kertas. Dari segi kewangan, kaedah ini memang
menjimatkan dan memudahkan. Guru tidak perlu bersusah payah untuk menggunakan
  peralatan yang menggunakan komputer semasa merekod. Oleh kerana guru merekod
  peristiwa yang mana keadaan mungkin tidak menentu cepat atau lambatnya maka
dengan penggunaan pensel dan kertas dapat diguna oleh guru pada bila-bila masa
diperlukan.

Rekod berterusan juga dapat digunakan dalam apa juga situasi dan tujuan.
Rekod ini merupakan satu rekod yang lengkap dan tidak terhad kepada suatu aspek atau
kejadian sahaja. Ianya terbuka dan guru boleh mencatat apa sahaja yang dilihat. Rekod
ini diambil tidak formal dan boleh direkodkan pada keadaan-keadaan yang sesuai
seperti semasa aktiviti pembelajaran sambil bermain, melukis, mewarna, menyanyi,
menyusun blok-blok huruf, dan sebagainya asalkan ada tujuan dan melibatkan aktiviti
yang berkaitan dengan perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

Seterusnya, penggunaan rekod berterusan dapat mengumpul data secara objektif 


dan tepat. Data dan maklumat perlu mencapai objektif yang dikehendaki dan bukannya
guru mengambil sambil lewa untuk mempercepatkan proses kerja. Secara langsung,
segala maklumat yang diperoleh oleh guru adalah benar kerana direkodkan semasa
 pemerhatian dilakukan. Guru tidak boleh menokok tambah atau mengurangkan
mengurangkan segala
  pandangan kanak-kanak kerana bagi ibu bapa dan guru, rekod ini dapat mengelakkan
 bahaya dan kerendahan daya penggerak
penggerak masing-masing.
masing-masing. Apa yang penting, harapan dan
 pandangan kanak-kanak
kanak-kanak a dalah positif.

Hasil yang terbaik dari rekod berterusan ini adalah dapat memberi fokus pada
kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak adalah berbeza maka jika guru dapat
mengesan
mengesa n kanak
kana k-kanak
-ka nak yang bermasalah
bermasa lah misalnya kurang bersosial
bersosia l pemalu dan sensitif 
sensit if 
guru dapat memberi lebih tumpuan terhadap kanak-kanak tersebut. Rekod berterusan
memberi makna yang besar bagi kanak-kanak. Kemampuan dan kejayaan akan

15
meninggikan azam, kepercayaan diri sendiri dan pandangan diri sendiri. Setiap tingkah
laku dan perbualan murid dapat dijadika n data mentah yang berguna dalam penilaian.

Dalam kajian Bayrei dan rakan-rakannya, mereka menggunakan rekod


 berterusan untuk menilai sejauh mana perkembangan psikomotor
psikomotor halus terhadap salah
ah
seorang kanak-kanak prasekolah. Dalam pemerhatian menggunakan rekod berterusan
ini, fokus pemerhatian mereka adalah pada aspek perkembangan psikomotor halus
kanak-kanak dengan menggunakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan
  psikomotor halus kanak-kanak. Penggunaan rekod berterusan dapat merekod segala
tingkah laku dan mengenal pasti sama ada aspek psikomotor halus dan koordinasi mata
tangan kanak-kanak tersebut sudah mempunyai perkembangan yang sesuai dengan
umurnya.

Mengikut kajian mereka, dengan menggunakan rekod berterusan, pemerhatian


untuk menilai perkembangan psikomotor halus dan koordinasi mata dan tangan kanak-
kanak dijalankan dengan melibatkan li ma aktiviti iaitu :

i. aktiviti mewarna,

ii. aktiviti menggunting,

iii. aktiviti menampal,

iv. aktiviti melukis dan melorek, dan

v. aktiviti memasukkan benang ke dala m lubang.


lubang.

Dalam pemerhatian ini, rekod berterusan dapat membantu mengesan tahap


  perkembangan psikomotor halus kanak-kanak dan tindakan susulan perlu dibuat bagi
meningkatkan lagi tahap kemahiran kanak-kanak tersebut. Rekod berterusan ini amat
membantu dan dengan adanya kefahaman terhadap kemahiran murid, akan membantu
guru untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan sesuai
dengan tahap murid-muridnya.

10.0 Kelemahan Menggunakan Rekod Berterusan

Rekod berterusan
berterusan ini memerlukan pengkaji atau guru untuk memerhatikan setiap
tingkah laku kanak-kanak yang dikaji dan ini memerlukan masa yang banyak bagi

16
mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih tepat. Ini memenatkan guru kerana
member lebih tumpuan pada proses merekodkan. Selain itu, guru juga akan mengalami
kesukaran bagi mencatatkan setiap kejadian yang berlaku dalam pemerhatian yang
terperinci. Rekod berterusan juga lebih sesuai digunakan bagi pemerhatian secara
individu kerana sukar bagi guru untuk merekod pemerhatian jika secara kumpulan.
Ianya membatasi penyeliaan guru kepada kanak-kanak kerana perhatian diberi kepada
  proses merekodkan.

Selain itu, pemerhati juga perlu menjauhkan diri mereka daripada kanak-kanak 
yang diperhatikan. Ini adalah bagi mengelakkan kanak-kanak
kanak-kanak sedar akan mereka sedang
diperhatikan oleh guru. Kanak-kanak juga akan hilang tumpuan semasa sedang
melakukan sesuatu dengan kata lain kanak-kanak
kanak-kanak akan berlaku
berlaku tingkah laku yang lain
daripada tingkah laku yang sebenar kanak-kanak yang sedang diperhatikan. Begitu juga
antara kelemahan yang dapat dikesan terhadap guru iaitu memerlukan latihan kepada
guru bagi kemahiran merekod. Guru perlu tahu dan mahir bagaimana untuk merekod,
oleh itu latihan yang sewajarnya perlu diambil kira bagi menjamin rekod yang diambil
tiada sebarang ralat.

11.0 Contoh Rekod Berterusan

  Nama : Ainon Bakar 

Umur : 6 Tahun

Tarikh : 26 September  2002

Masa : 10.00 ± 10.10 pagi

  Nama Guru : Puan Sofia

Catatan / Pemerhatian Ulasan

Ainon sedang bermain pasir dengan beberapa


orang rakannya. Dia bangun dan mengatakan
³Penatlah main pasir, jom main jongkang
  jongkit. Ainon memanggil rakan-rakannya.
Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki

17
 jongkang jongkit itu.

Ainon : Janganlah berebut-rebut Menunjukkan sifat toleransi dan


kerjasama
Liza : Saya pun nak naik juga

Ainon : Gilir-gilirlah. OK.


OK. Minah, Rozi duduk 

di hujung sana. Noni dan Milah di

hujung sini, ya!


Memahami konsep matematik 
Milah : Saya tak boleh dengan Noni, sebab

Saya dua-dua kurus, tentu lebih

ringan, nanti tak sama

Ainon : ya betul, nanti tak sama

Rozi : tak mau, saya nak duduk dengan Minah

 juga
Memahami konsep keseimbangan
Ainon : OK. Som pun kurus, tolong duduk 

depan Noni. Hah, baru sama berat.

Contoh di atas menunjukkan rekod yang diambil untuk mengesan dan menilai
  perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain jongkang-jongkit.
Permainan ini boleh dijalankan di luar kelas. Ruang permainan haruslah berkeadaan
selamat dan selesa untuk kanak-kanak bermain. Guru harus menyediakan pelbagai
  peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan penemuan
 baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain jongkang-jongkit,
jongkang-jongkit, kanak-
kanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan permainan bersama rakan-rakan,
hormat-menghormati, menghargai sumber dan idea orang lain, dan bekerjasama sesama
rakan. Oleh itu, jelas menunjukkan
menunjukkan penyesuaian
penyesuaian antara kanak-kanak semasa bergaul
adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.
kanak-kanak.

18
11.1. Contoh Rekod Berterusan Keberkesanan Bacaan

11.1.1 Keberkesanan membaca suku kata

Rekod berterusan juga boleh digunakan untuk mengesan tahap


  perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak. Seperti contoh di bawah, rekod
  berterusan ini digunakan untuk mengesan keberkesanan seseorang murid itu
menguasai suku kata. Seperti contoh di bawah guru boleh menggunakan
kreativiti dan idea tersendiri untuk menilai tahap penguasaan suku kata
seseorang murid itu dengan simbol-simbol tertentu misalnya eksperisi muka
disamping tampak lebih menarik dan kemas.

19
11.1.2
11.1.2 Keberkesanan membaca teks bacaan

20
11.
11. 2 Contoh Borang Rekod Berterusan

 Nama Murid :
Umur :
Tarikh :
Masa :
Setting / Tempat :
Item / Kemahiran :
  Nama Guru :

Catatan / Perkara

Ulasan dan Tindakan Susulan :

21
12.0 Pemilihan Aspek Perkembangan Yang Digunakan Dalam Rekod
Berterusan

Antara lima aspek perkembangan yang biasa digunakan oleh


oleh guru untuk menilai
kanak-kanak ialah :

12.1 Aspek Perkembangan Kognitif 

Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main


dan pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget, keupayaan adaptasi
  psikologikal adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur 
kognitif atau mental kanak-kanak. Piaget memandang main sebagai aktiviti
  pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun main bukan
kesamaan dengan pembelajaran, apa yang pasti, main mempermudahkan cara
 pembelajaran. Ini adalah kerana bermain memberi peluang kepada kanak-kanak 
untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur 
kognitif mereka.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang


  perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak 
  berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran
kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka
menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan
seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung
akan membantu perkembangan kognitif mereka.

Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air.
Permainan air boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh
  berbentuk tetap atau sementara. Guru perlu mengambil kira beberapa aspek 
semasa kanak-kanak menjalani aktiviti main air. Antaranya ialah penyediaan
 bahan, penyediaan tempat atau ruang, pakaian yang sesuai, mestilah berdekatan
dengan sumber air, dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu.

Berbagai perkara dalam aspek kognitif dapat dikembangkan melalui


 permainan air seperti kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat
anggaran, dan membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat
menambah pengetahuan tentang konsep isi padu, kapasiti, saiz, bentuk, konsep

22
  penyerapan, timbul tenggelam, serta penyejukan dan pemanasan. Melalui

  permainan air kanak-kanak boleh meneroka persekitaran, mempelajari perkara


 baru dan juga belajar dalam menyelesaikan
menyelesaikan masalah.

Aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif 


kanak-kanak. Contohnya bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai
  bentuk, saiz dan ciri-ciri, kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara
 bermain seperti mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iait u
mengumpulkan semua bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua
  bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya. Menurut Piaget,
main dengan binaan mengajar pelbagai konsep kuantitatif dan ruang.

Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak 


dapat meneroka kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang
  perkembangan kognitif. Contohnya, bagi kemahiran membezakan warna dan
  bentuk, guru
gur u akan menggunaka n bongkah pelbagai warna dan bentuk. Kana k-
kanak menyusun dan mengumpul bongkah mengikut warna serta menamakan
warna itu. Kanak-kanak memberikan bongkah yang sama warna seperti yang
dikehendaki guru. Permainan diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk 
 pula.

12.2 Aspek Perkembangan Bahasa

Melalui bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-


kanak. Permainan yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-
kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata.
Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama
dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi
  peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti
 bermain bongkah, bermain pondok-pondok, main pasir dan main peranan.

Melalui aktiviti bermain bongkah, kanak-kanak bermain dengan bongkah


yang pelbagai warna, saiz, dan bentuk. Mereka membuat binaan seperti rumah,
  jambatan, jalan raya, bangunan, kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini
 berjalan guru menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita,
  berimaginasi, dan menyanyi ketika bermain dengan bongkah. Oleh itu, secara

23
tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui

  permainan ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama sendiri mengenai


  bahan binaan mereka. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan
mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak
kanak-kanak berbual
dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.

Aktiviti main pondok-pondok juga boleh menggalakkan perkembangan


  bahasa di kalangan kanak-kanak. Sewaktu bermain pondok-pondok, kanak-
kanak meniru perwatakan ahli keluarga seperti bapa, ibu, kakak, abang, dan
adik. Mereka juga akan meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka
seperti doktor, anggota polis, guru, peniaga dan sebagainya. Sewaktu bermain
kanak-kanak akan berbual sesama mereka berdasarkan watak yang telah dipilih.
Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan
daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak 
dapat dipertingkatkan.

Selain aktiviti main bongkah dan main pondok-pondok, aktiviti main


sambil menyanyi juga adalah sat u
satu cara bagaimana
ba gaimana kanak-kana
kanak-kanak 

memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat
memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia
mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan
 bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row
Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil
membuat aksi mendayung sampan seca ra berpasangan. Kanak-kanak
Kanak-kanak memegang
tangan pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan
kaki bergerak secara berselang-seli
berselang-seli seperti mendayung sampan sa mbil menyanyi
lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik.
Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti
tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu
itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru
dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan s emakin bertambah.

Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan


meniru bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang

24
dewasa dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu.
Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal,
menghasilkan , mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam
  pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka
cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan
enga n cara ini, kana
k anak
k-
kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh
 permainan lagu berantai ialah seperti:

Malam yang sepi pi« pi

Pak Mat jual topi pi«pi

Topinya koyak yak«yak 

Pak Mat jual tempoyak yak«yak 

Tempoyaknya basi si«si

Pak Mat jual nasi si« si

12.3 Aspek Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan


dipelajari
dipelaja ri sejak kecil. Kemahira
Ke mahiran
n asas sosial yang perlu dikuasai
dikuasa i oleh kanak-
kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi,
meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan.
Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan
orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah
 berkongsi,
 berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.

Pelbagai aktiviti bermain boleh dilakukan di prasekolah dalam


membantu perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain pasir.
Permainan pasir boleh dijalankan di dalam dan di luar kelas. Ruang pasir 
haruslah berkeadaan teduh dan
da n selesa untuk kanak-kanak
kanak-kanak bermain. Guru harus
menyediakan pelbagai peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat
 penerokaan dan penemuan baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa
  bermain pasir kanak-kanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan
  peralatan bersama rakan-rakan, hormat-menghormati, menghargai sumber dan
idea orang lain, dan bekerjasama sesama rakan.

25
Selain itu, aktiviti bermain di taman permainan juga boleh menggalakkan
kanak-kanak
kanak-ka nak meningkatkan
meningkat kan aspek perkembangan sosial
sosia l di kalangan
kalanga n kanak-
kanak. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti bermain di taman permainan
kanak-kanak perlu bergaul dengan semua rakan sebaya. Di samping itu, mereka
dilatih bersifat sabar dan mematuhi peraturan kerana perlu bergilir-gilir semasa
  bermain
berma in dengan alatan permainan
perma inan yang terhad.
terha d. Secara tidak
tida k langsung kanak-
kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan hak orang lain.

Begitu juga aktiviti bermain pondok-pondok, bermain doh ataupun


semasa bermain permainan dalaman seperti congkak, dam ular, ketingting dan
sebagainya. Semasa bermain bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya
sedang belajar cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar 
daripada lingkungan ahli keluarga. Memberi pendedahan sosial yang awal
kepada kanak-kanak memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan
 persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapa n.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti main ini


menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung
membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan ka nak-kanak 
lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia
terjalin. Ini adalah
adala h kerana penyesuaian semasa bergaul adalah
adalah asas kepada proses
sosialisasi kanak
kana k-kanak.

12.4 Aspek Perkembangan Emosi

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-


kanak di peringkat prasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan
semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula
diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato,
Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-
teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan
kaitannya dengan kehidupan manusia.

Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang


mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh
dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa
  badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut

26
Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan
  pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada
kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi
 biasanya digambarkan dengan bahasa badan f izikal , iaitu bahasa bukan lisan.

Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu
daya taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen
emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan
kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar 
dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.

Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting.


Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka
mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi
dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif 
amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana
  bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada
kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan
 berimaginasi tanpa ga
gangguan
ngguan..

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan


menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti
Komponen Kreativiti
Kreativiti dan Estetika. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk 
kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan
mereka dalam pelbagai cara. Contohnya aktiviti seni visual dengan
menggunakan warna air. Kebanyakan kanak-kanak suka bermain dengan warna
air kerana pada mereka aktiviti ini mencabar kebolehan mereka. Aktiviti
  percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan. Semasa aktiviti ini
dijalankan, kelihatan kanak-kanak seronok dan emosi kegembiraan terpancar di
wajah mereka. Banyak lagi aktiviti seni visual yang boleh dijalankan di
 prasekolah dalam membentuk perkembangan
perkembangan emosi kanak-kanak.
kanak-kanak.

Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru


mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana
muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik.
muzik. Aktiviti muzik 

27
dapat membantu
membant u menggalakkan perkembangan
perkemba ngan emosi kanak-kanak.
-kana k. Antaranya
Antara nya
semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-
kanak akan
aka n menyanyi dan menari
menar i bersama rakan
raka n-rakan
-raka n yang lain. Dengan cara
ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui
ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat
menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-
kanak.

12.5 Aspek Perkembangan Fizikal

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat


dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus
serta kesedaran tenta ng badan mereka. Kanak-kanak
Kanak-kanak berasa seronok dan gembira
gembira
sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk 
  bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang
membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari.
Dalam masyarakat di mana kanak-kanak
kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan da n
sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan.

Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan


awal kanak-kanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada
empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan
  psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Aspek perkembangan fizikal
kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan.
Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk 
memupuk perkembangan
perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:

12.5.1 Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar

Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti


  pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain
terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal
 pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan
sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem sara f.

Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan


menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal

28
serta dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya melalui
  pengalaman yang diperolehi melalui permainan, pergerakan kreatif dan
gimnastik.

Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti


memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada µ monkey bar ¶,
  bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal
kanak-kanak.

12.5. 2 Aspek Perkembangan Motor Halus

Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan


kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta
koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik amat
 penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada
kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh
dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah
seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas,
melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam


membantu aspek perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh.
Sebelum kanak-kanak bermain dengan doh, guru hendaklah
membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh
sendiri memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur 
doh dan memilih sendiri warna yang mereka suka. Biarkan kanak-kanak 
kanak-kanak 
menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih
  pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul,
meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah
latihan awal bagi persediaan untuk menulis.

13.0 Penyimpanan Rekod Berterusan Dalam Portfolio

Segala maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik 


direkodkan dan dikumpulkan dalam portfolio. Portfolio adalah untuk merekod

29
 pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang diperolehi
diperolehi murid secara sendirian serta
yang diperolehi bersama rakan-rakan lain. Portfolio boleh dijadikan asas untuk guru
menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk menyediakan pembelajaran
selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu bapa murid untuk 
memaklumkan mereka tentang perkembangan
perkembangan dan kemajuan anak mereka.

Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah :

i. Pelaporan Perkembangan Murid

ii. Rekod Peribadi

iii. Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid

iv. Hasil Kerja terpilih

v. Perlu dinilai dan diberi ulasan

vi. Pemilihan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian

vii. Pemilihan hasil kerja murid perlu dipilih dan dinilai dari setiap
komponen sekurangnya 2 bulan sekali.

Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam portfolio.
Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid
termasuklah:

i. Gambar atau lukisan

ii. Tulisan

iii. Binaan yang disempurnakan

iv. Cerita yang ditulis

v. Buku skrap

Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah
dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan,
contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Koleksi hasil
kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid
khususnya
khususnya semasa pemilihan
pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria pemilihan isi
isi
kandungan,
kandunga n, penentuan
penentua n kriteria untuk menilai dan bukti refleksi
refle ksi yang dibuat oleh murid.
Maklumat daripada hasil kerja murid
murid ini membantu guru memahami murid dari segi

30
 perasaan, sikap dan mengenalpasti kemajuan tahap
tahap penguasaan murid terhadap sesuatu
kemahiran, pengetahuan dan a malan nilai-nilai
nilai-nilai murni.

14.0 Kesimpulan

Di peringkat prasekolah, pemerhatian dan penilaian dijalankan secara tidak 


formal dan berterusan. Guru prasekolah hendaklah menilai kanak-kanak dari semasa ke
semasa. Setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah dinilai. Tujuannya
supaya guru dapat mengumpul maklumat sepanjang proses pengajaran dan
  pembelajaran serta mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam berbagai aktiviti dan
  perkembangan sikap mereka. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu, dan seimbang
  perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana
  pengala man pembelajaran
pembelajara n di prasekolah
prasekola h bakal mencorakkan
mencora kkan perkembangan
perkembanga n kana
kanakk-
kanak seterusnya

Kesimpulannya, rekod berterusan merupakan satu cara yang dapat membantu


guru mencatat tingkah laku yangdiperhatikan ke atas individu ataupun kumpulan kanak-
kanak semasa peristiwa berlaku. Guru juga dapat menilai keberkesanan tempat, sudut
ataupun stesen pembelajaran. Rekod berterusan membantu pemerhati merekodkan
  perlakuan kanak-kanak dalam jangka masa yang ditetapkan dalam suasana sebenar. Ia
memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak pada satu-satu masa.
Rekod berterusan dapat memberikan maklumat berguna dalam meningkatkan lagi
 potensi kanak-kanak.

31
Rujukan

Surayah Zaidon dan Haslinda Md. Ali. 2009.  P enilaian prasekolah .


enilaian dalam pendidikan prasekolah.
PTS Professional S dn.Bhd.
dn.Bhd.

Kebangsaan .
 Huraian Kurikulum  P rasekolah Kebangsaan. Diperolehi pada 16 Ogos 2010 daripada
http://www.sribd.com.

prasekolah .
 Menilai perkembangan psikomotor halus kanak-kanak prasekolah. Diperolehi pada 16
Ogos 2010 daripada http://www.sribd.com.

 P enilaian
enilaian di prasekolah.
prasekolah. Diperolehi pada 28 Ogos 2010 daripada
cikguani.blogspot.com

32

Anda mungkin juga menyukai