Anda di halaman 1dari 7

SMK PENDAMARAN JAYA

PENILAIAN KURIKULUM 1 – MAC


PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 5
1 Jam (2019)

NAMA :………………………………………………………… TING : ……………………….

Arahan: Jawab semua soalan di Lembaran Jawapan yang disediakan.


1. Manakah antara berikut bukan komponen kecergasan berasaskan kesihatan
A Kelenturan B Kekuatan otot
C Daya tahan otot D Daya tahan kardiovaskular

2 Organ-organ yang terlibat dalam sistem kardiovaskular ialah


A hati dan hempedu B salur darah dan jantung
C paru-paru dan salur nadi D salur darah dan salur nadi

3 Kesihatan meliputi semua aspek berikut


I sosial II rohani
III fizikal IV kekuatan
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV

4 Apakah kesan senaman terhadap tubuh badan ?


A Menjadi mengantuk B Menjadi letih dan lesu
C Menjadi cergas dan sihat D Meningkatkan selera makan

5 Aktiviti jangkauan melunjur dilakukan bagi mengukur


A Kelenturan B Kekuatan otot
C Daya tahan otot D Daya tahan kardiovaskular

6 Fleksibiliti ditakrifkan sebagai


A otot dan sendi gerak untuk bekerja
B sekumpulan otot bekerja tanpa kelesuan
C jantung membekalkan oksigen kepada sel-sel otot
D sendi badan dapat digerakkan sejauh yang mungkin

7 Aktiviti regangan bertujuan untuk


A meningkat suhu badan B mencegah kecederaan otot dan tisu
C meningkatkan tenaga D menyesuaikan dengan persekitaran latihan

8 Kekuatan otot bermaksud


A kemampuan otot mengembang
B kemampuan otot mengatasi rintangan
C kemampuan otot dalam masa yang lama
D kemampuan otot mengembang dan menguncup

1
9 Daya tahan otot bermaksud
A kemampuan otot mengembang
B kemampuan otot mengatasi rintangan
C kemampuan otot mengembang dan menguncup
D kemampuan otot bekerja dalam jangka masa yang lama

10 Proses dehidrasi dan infeksi badan mengganggu proses fisiologi badan, antara yang berikut,
manakah penyesuaian yang dilakukan oleh badan kita ?
A Proses perpeluhan B Penyerapan air daripada paru-paru
C Penyerapan air daripada plasma darah D Degupan jantung yang makin kencang

11 Sistem kardiovaskular bertindak sebagai


I pengekal suhu badan II pengeluar bahan kumuh dari sel badan
III pengimbang isipadu darah dalam badan IV penghantar oksigen dan nutrien ke sel badan
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV

12 Apabila perlawanan bola sepak tamat, kelihatan pemainnya berlari perlahan dan membuat aktiviti
regangan. Apakah tujuannya ?
A Untuk menyingkirkan bahan kumuh melalui peluh
B Untuk menyingkirkan oksigen berlebihan dari sel badan.
C Untuk menyingkirkan asid laktik yang terkumpul dalam otot
D Untuk menyingkirkan asid urik yang terkumpul dalam plasma darah

13 Antara berikut, yang manakah menunjukkan aktiviti untuk meningkatkan daya tahan otot?
I Bicep curl II Half squat
III Parcourse. IV Bench press
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV

14 Aktiviti aerobik yang berterusan memberikan kebaikan kepada fisiologi sistem kardiovaskular.
Apakah kesan fisiologi yang berlaku terhadap sistem kardiovaskular ?
I Meningkatkan isipadu jantung
II Meningkatkan saiz ruang jantung
III Meningkatkan ketebalan otot dinding ventrikel kiri
IV Meningkatkan kadar nadi kerja dan kadar nadi rehat
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV

15 Apakah yang dimaksudkan dengan output kardiak ?


A Isipadu darah yang dipam keluar oleh jantung dalam seminit
B Isipadu darah yang dipam keluar dari paru-paru dalam seminit
C Isipadu oksigen yang dipam keluar dari jantung dalam seminit
D Isipadu karbondioksida yang dipam keluar dari paru-paru dalam seminit

16 Apakah latihan bebanan yang mensasarkan otot pectoralis major ?


A Calf raise B Half squat
C Bicep curl D Bench press

2
17 Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan daya tahan dan kekuatan otot dalam
kehidupan seharian.
I Lambat letih II Risiko cedera berkurangan
III . Cepat pulih dari kecederaan IV Peningkatan kadar denyutan jantung
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV

18 Peratusan lemak dalam badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan dikenali sebagai
A komposisi badan B komponen badan
C nisbah organ badan D nisbah lemak badan

19 Namakan ujian-ujian yang dijalankan dalam saringan kesihatan?


I Ujian air kencing
II Ujian tekanan darah
III Pemeriksaan secara teratur
IV Pemeriksaan sendiri payudara dan testis
A I , II dan III B I , II dan IV
C I , III dan IV D II , III dan IV

20 Laporan penyelidikan WHO telah menunjukkan peningkatan penyakit kronik, apakah punca-punca
berlaku peningkatan jumlah pesakit kronik?
I Mengamalkan gaya hidup sihat
II Mengamalkan makanan segera
III Mengambil diet yang tidak seimbang
IV Mengambil makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat
A I dan II B II dan III
C III dan IV D I dan IV

21 Apakah alat yang digunakan untuk mengesan penyakit hipertensi?


A Teleskop B Termometer
C Sfigmomanometer D Elektrokardiogram

22 Apakah penyebab utama penyakit diabetes?


A Mengambil pil pelangsing
B Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
C Kegagalan organ pankreas berfungsi dengan baik
D Mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi

23 Apakah fungsi alat ECG?


A Mengesan penyakit asma B Mengesan penyakit jantung
C Mengesan penyakit diabetes D Mengesan penyakit kanser

24 Antara yang berikut yang manakah masalah kecacatan fizikal?


I Jerawat II Kurang upaya
III Jantung berlubang IV Keabnormalan ortopedik
A I dan II B II dan III
C III dan IV D I dan IV

3
25 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan muka ditumbuhi jerawat?
I Bahan kimia
II Makanan yang berminyak
III Terdedah kepada sinaran matahari
IV Mengamalkan rutin pembersihan muka
A I , II dan III B I , II dan IV
C I , III dan IV D II , III dan IV

26 Bagaimanakah seseorang individu boleh menjaga kesihatan diri?


A Menyuntik hormon
B Makanan yang tidak seimbang
C Makan makanan secara berlebihan
D Mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan seimbang

27 Apakah aktiviti fizikal yang diamalkan untuk mencapai tahap kecergasan?


A Menyertai sukan lasak B Membuat pemeriksaan sendiri
C Mengamalkan makanan yang seimbang D Membuat ujian-ujian saringan kesihatan

28 Apakah punca tekanan emosi?


I Masalah psikologi II Masalah persekitaran
III Pengaruh media massa IV Mendapat kemenangan
A I dan II B II dan III
C III dan IV D I dan IV
29 Apakah kaedah-kaedah untuk menangani tekanan emosi?
I Mendengar muzik II Meluahkan perasaan
III Mendapat rawatan pakar IV Menyertai aktiviti rekreasi
A I , II dan III B I , II dan IV
C I , III dan IV D II , III dan IV

30 Penyataan di bawah adalah berkaitan dengan daya tahan otot.


A Atlet dapat melakukan larian yang lebih pantas.
B Seorang pemain tenis melakukan pukulan berulang kali.
C Atlet renang tidak dapat menghabiskan acara 100 meter kuak kupu-kupu.
D Peserta judo dapat menumbangkan lawannya yang mempunyai berat badan 90kg.

31 Berikut merupakan tip pengawalan berat badan kecuali


A kurangkan bersenam
B makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
C. kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berkalori tinggi
D makan pelbagai makanan yang rendah kalori dan tinggi kandungan nutrien

32 Kecergasan terbahagi kepada 2 komponen iaitu berasaskan .......... dan ......... .


A otot ... saraf B fizikal ... mental
C. kardiovaskular ... otot D kesihatan ... lakuan motor

33 Berikut adalah akibat tidak melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan fizikal kecuali
A kecederaan otot B pening dan pitam
C kelesuan pada otot D pengumpulan asid laktik di dalam otot

4
34 Long slow distance (LSD) ialah latihan daya tahan kardiovaskular yang biasa dilakukan oleh atlet
kecuali
A. atlet yang ingin menguatkan otot
B. atlet yang berlatih untuk kesesuaian fizikal umum
C. atlet yang ingin mengekalkan daya tahan kardiovaskular di luar musim pertandingan
D. individu yang ingin mengekalkan tahap kecergasan fizikal bagi keperluan yang berkaitan dengan
kesihatan

35 Manakah penyataan yang benar mengenai aspek-aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian
ketika membuat latihan daya tahan kardiovaskular?
I. Melakukan aktiviti semasa cuaca panas terik.
II. Memaklumkan masalah kesihatan kepada jurulatih.
III. Memakai pakaian daripada bahan yang mudah menyerap peluh.
IV. Melakukan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan.
A I dan II B I, II dan III
C I, III dan IV D II, III dan IV

Soalan 36 berdasarkan Rajah 1.

Rajah 1
36 Alat-alat di atas digunakan untuk...
A pengukuran saiz otot B pengukuran lipatan kulit
C pengukuran berat badan D pengukuran Body Mass Index
(BMI)

Soalan 37 berdasarkan Rajah 2.

Rajah 2

5
37 Latihan litar dalam Rajah 2 boleh digunakan untuk latihan...
A daya tahan dan kekuatan otot
B daya tahan dan kekuatan tulang
C. daya tahan dan kekuatan mental
D daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular

38 Namakan komponen yang terlibat dalam daya tahan kardiovaskular.


A Jantung dan otak B Paru-paru dan hati
C Jantung dan saluran darah D Jantung

39 Berikut adalah latihan-latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan daya tahan
kardiovaskular, KECUALI
A Joging B Jeda Jarak Dekat
C LSD D Senamrobik

40. Atlet Malaysia dalam era 1960-an yang pernah diberi gelaran The Flying Doctor ialah
A Usain Bolt B Dato' M.Jegathesan
C Khairul Hafiz Jantan D Watson Nyambek

Bahagian B: Lorekkan A untuk BENAR dan B untuk SALAH di bahagian Lembaran Jawapan.

41. Naufal selalu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk kecergasan badan dan minda
42. Antara kesan senaman ke atas badan ialah selalu berasa penat dan lesu.
43. Makanan berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
44. Hemoglobin dalam darah berfungsi untuk mengangkut oksigen.
45. Darah dipam oleh jantung dan dialirkan ke seluruh tubuh melalui arteri.
46. Nilai BMI (Indeks Jisim Badan) yang sihat adalah di antara 19.5-24.5 sahaja.
47. Denyutan jantung boleh dikesan pada bahagian nadi radial (pergelangan tangan).
48.‘Blood doping’ merupakan antara bahan tambahan yang dibenarkan dalam sukan.
49. Contoh aktiviti daya tahan otot ialah marathon dan merentas desa.
50. Dato Lee Chong Wei; pemain badminton kebangsaan, pernah dikaitkan dengan masalah rasuah

~ kertas soalan tamat~

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

...................................... ...................................... ...................................


(Cik Manonmani Jayaraman)
KP PJPK

6
7

Anda mungkin juga menyukai