Anda di halaman 1dari 12

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

KPI6024

Isu-Isu dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (M182)

Pensyarah:

Dr. Abdul Halim bin Masnan

Oleh,
Nagarajan A/L Subramaniam
M20172002366

Analisis dan Kritik Artikel Jurnal:

1
ULASAN KRITIKAL BAGI JURNAL DAN ARTIKEL

1.0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan,


saya memilih enam jurnal dan artikel yang berkaitan dengan isu-isu cabaran guru di
sekolah. Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih.

1.1 ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH

(a) Tajuk Artikel : KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM


MEREKA BENTUK PERMAINAN DIGITAL BAGI TUJUAN
PEMBELAJARAN
Penulis : Laili Farhana Md Ibharim & Maizatul Hayati Mohamad Yatim
Bilangan muka surat : 9 muka surat
Sumber : https://www.researchgate.net/publication/280444657

2.0 Pendahuluan
Kanak-kanak pada hari ini yang lebih dikenali sebagai generasi digital mempunyai potensi
yang amat besar dalam mengembangkan kreativiti dan kemahiran mereka sebagai seorang
pereka bentuk permainan digital. Kebolehan kanak-kanak dalam mereka bentuk permainan
digital harus diberi sokongan sepenuhnya oleh ibu bapa, guru dan masyarakat. Terdapat
pelbagai impak positif yang dapat dikenalpasti hasil pendekatan aktiviti mereka bentuk
permainan digital ini terutamanya terhadap peribadi individu, sikap belajar, persekitaran
pembelajaran dan kaedah pengajaran guru

3.0 Permasalahan Jurnal Artikel:


 Masalah dalam jurnal ini hanya mengutarakan isu-isu berkenaan kreativiti dan
kemahiran melalui reka bentuk permainan digital yang dihasilkan daripada idea asal
kanak-kanak untuk kegunaan pendidikan. Selain itu, kajian ini juga hanya
2
mengetengahkan isu mengenal pasti peranan kanak-kanak sebagai pereka bentuk
permainan digital, mengenal pasti kreativiti kanak-kanak dalam mereka bentuk
permainan digital dan mengenal pasti kemahiran kanak-kanak dalam mereka bentuk
permainan digital serta mengenal pasti pengukuran kreativiti dan kemahiran dalam
mereka bentuk permainan digital. Pendekatan pembelajaran yang tidak sesuai dan hal
ini menyebabkan pelajar cepat bosan, tidak bermotivasi dan tidak mengambil perhatian
yang sepenuhnya semasa sesi pembelajaran dan pengajaran bermula. Walau
bagaimanapun, kajian ini tidak memberikan kriteria-kriteria atau personaliti yang
spesifik bagi setiap pelajar yang mana harus di ambil perhatian. Faktor persekitaran,
dan latar belakang kehidupan juga perlu diberi perhatian untuk meneliti sebab dan
berlakunya sesuatu isu atau permasalahan.
 Jurnal ini mempunyai permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian secara
konsisten namun tidak mempunyai latar belakang masalah, hipotesis kajian yang
mempunyai kepentingan tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian.
 Jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti masalah kajian, objektif
umum dan spesifik kajian, soalan kajian serta kepentingan kajian, namun tujuan kajian
tidak dinyatakan dengan jelas. Selain itu, skop kajian juga tidak dinyatakan kerana hal
ini dapat memudahkan pembaca jurnal ini bagi menentukan kefahaman terhadap hasil
penemuan kajian.
 Jurnal ini juga tidak mempunyai kerangka konseptual kajian (Research Conseptual
Framework) atau kerangka teoritikel kajian (Reserach Theoretical Framework) yang
mana penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoretikal, seterusnya ke
peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Menurut Chua Yan Piaw
(2006), pada peringkat teoritikal, terdapat sebilangan pernyataan, interaksi dan
anggapan tentang perhubungan antara konsep-konsep yang abstrak. Beliau juga
menyatakan bahawa pada peringkat ini, pernyataan, interaksi dan anggapan biasanya
dilakukan dengan merujuk kepada teori-teori atau model-model yang sedia ada.
Manakala pada peringkat konseptual, hubungan antara konsep-konsep tersebut
dinyatakan dalam bentuk hipotesis konseptual. Menurut beliau, peringkat operasional
pula konsep dijadikan sebagai asas pengukuran dan setiap variabel konseptual
dinyatakan secara tepat bagaimana ia diukur. Oleh yang demikian, gambaran

3
keseluruhan bagi kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta bagaimana carta
aliran sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan dengan teratur serta
mengikut prosedur yang sebenar.
 Selain itu, latar belakang kajian juga tidak berlandaskan teori-teori atau model-model
pembelajaran yang seharusnya dijadikan sesuatu bukti yang kukuh untuk menyokong
jangkaan awal pengkaji.
4.0 Reka Bentuk Kajian:

 Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan. Oleh yang demikian, kaedah tinjauan
ini selaras dan tepat untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang dinyatakan
dalam jurnal ini.
 Selain itu, jurnal ini juga ada menyatakan tentang instrumen kajian yang telah
digunakan iaitu borang soal selidik. Terdapat tiga bahagian borang selidik iaitu yang
pertama adalah borang soal selidik, yang kedua, borang soal selidik strategi
pembelajaran dan yang ketiga, 50 soalan multiple choice question (MCQ) untuk
mengukur prestasi pelajar dalam kursus penyelidikan 1. Pembahagian konstruk dan
kategori-kategori pembolehubah dinyatakan dengan jelas. Hal ini demikian membentuk
suatu pengukuran yang relevan sesuai dengan kehendak persoalan yang telah dibina.
Walaubagaimanapun, terdapat cadangan yang boleh diketengahkan bagi memperbaiki
mutu penjelasan berkenaan instrumen borang selidik iaitu membuat jadual bagi setiap
set instrumen supaya pembaca lebih memahami konsep-konsep konstruk yang
diketengahkan.

5.0 Analisis Dapatan Kajian


 Jurnal ini menerangkan tentang hasil kajian rintis yang telah digunakan bagi
menentukan tahap reliabiliti bagi sesuatu instrumen. Walaubagaimanapun, alat
pengukuran untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini tidak
dinyatakan secara terperinci dalam segenap aspek. Tambahan pula, ulasan yang
dinyatakan dalam jurnal berkenaan alat pengukuran kesahan dan kebolehpercayaan
tidak memberi gambaran yang luas bagaimana ia digunakan dan prosedur kajian rintis

4
yang sepatutnya digunakan bagi menentukan tahap kebolehpercayaan sesuatu
instrumen kajian.
 Kesimpulan dalam kajian dalam jurnal ini sejajar dan konsisten dengan hasil penelitian
yang dibuat oleh penyelidik. Walaubagaimanapun, jurnal ini sepatutnya menyatakan
lebih banyak sokongan maklumat daripada kajian-kajian terkini dan terdahulu bagi
mengukuhkan kesimpulan yang telah dibuat.
 Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam jurnal tidak dapat digeneralisasikan kepada
keseluruhan populasi kerana kajian ini menggunakan persampelan secara bertujuan dan
tidak rawak. Keputusan kajian ini hanya mewakili kumpulan subjek kajian tersebut
sahaja.
 Hasil dapatan data atau interpretasi oleh penyelidik kajian dalam jurnal ini hanya
mengetengahkan langkah-langkah atau metod dalam aspek strategi yang difokuskan
oleh kajian, pemahaman dan bimbingan dalam menentukan gaya pembelajaran tanpa
memberikan penekanan terhadap pemikiran secara kreatif dan kritikal dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini tidak memberikan pengaruh atau kesan
secara signifikan terhadap pelajar, tenaga pengajar atau perangka kurikulum dalam
menghasilkan sesuatu model atau teori yang memberikan produk atau outcome dalam
menjayakan tujuan sebenar kajian in

6.0 KESIMPULAN:

Secara keseluruhan, artikel jurnal dapat menerangkan dengan jelas Kreativiti dan kemahiran
saling berkait rapat antara satu sama lain. Ramai berpendapat bahawa kreativiti tidak dapat
dipelajari. Ia lahir bersama bakat secara semulajadi manakala kemahiran boleh dipelajari dan
diasah untuk lebih mahir. Namun, dalam dunia yang serba canggih dengan kemudahan
pelbagai alatan yang berteknologi tinggi serta ilmu yang semakin berkembang pesat seperti
teknologi kapasitif sentuhan, tidak mustahil seseorang individu itu dapat memperolehi kedua-
dua elemen tersebut dengan usaha dan minat yang tinggi.Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan di negara-negara maju yang lain, tidak mustahil kanak-kanak di Malaysia juga
mampu mengembangkan kemahiran dan kreativiti mereka sebagai pengeluar permainan

5
komputer dengan adanya peluang dari segi kemudahan peralatan, pendedahan berkaitan
teknologi dan sokongan moral dari masyarakat.

7.0 CADANGAN BACAAN LAIN:

a. Kreativiti merupakan suatu istilah yang amat besar untuk dibincangkan dan ia merupakan
sesuatu yang bersifat subjektif. Masyarakat selalu melihat dan menilai kreativiti seseorang
kanak-kanak itu melalui aktiviti seni. Dalam era digital dan globalisasi kini, indikator
kreativiti boleh diperluaskan dengan pelbagai teknik dan pendekatan selari dengan
matlamat pendidikan negara. Salah satunya adalah dengan melihat kemampuan kanak-
kanak ini menonjolkan kreativiti mereka dengan menzahirkan idea ke dalam bentuk
aplikasi. Berdasarkan soroton literatur yang telah dibincangkan, penyelidik telah dapat
mengenal pasti tiga isu utama dalam mengintegrasikan aktiviti reka bentuk permainan
digital dalam bilik darjah dalam aspek kreativiti dan kemahiran kanak-kanak

b. Teknologi yang bersesuaian mampu meningkatkan kebolehan kognitif dan sosial


disamping menyokong pembelajaran kanak-kanak. Di Malaysia, pembelajaran berasaskan
permainan digital secara mudah alih (Mobil Game-based Learning) sudah mula
dipraktikan di sekolah-sekolah terutamanya di kawasan bandar. Namun begitu, hal ini
menimbulkan keraguan beberapa pihak terutamanya di kalangan ibu bapa dan pakar
akademik apabila kandungan permainan yang digunakan tidak sesuai dengan kandungan
dan pedagogi pembelajaran di sekolah (Kamisah dan Nurul Aini, 2013; Maizatul, 2009;].
Malah, terdapat guru-guru yang bergantung sepenuhnya kepada aplikasi yang sedia ada
sedangkan kebanyakkan permainan digital yang direka bentuk oleh golongan professional
hanya mementingkan nilai komersil dan hiburan semata-mata. Suatu panduan yang sesuai
untuk guru-guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kanak-kanak sebagai pereka bentuk sebagai salah satu pendekatan dalam pembelajaran
berasaskan permainan digital secara mudah alih perlulah dirangka agar proses pengajaran
dan pembelajaran mencapai objektifnya dan berlaku secara sistematik.

(b) Tajuk Artikel : Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam


6
Pendidikan Prasekolah Malaysia

Penulis : Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

Bilangan muka surat : 13 muka surat

Sumber : file.upi.edu/.../06_Ling_Pik_Kuong_dan_Hasnah_Toran.pdf

2.0 Pendahuluan
kepentingan perkembangan daya kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak jelas ternyata
dalam huraian kurikulum pendidikan prasekolah. Antara enam komponen dalam buku huraian
kurikulum prasekolah, komponen kreativiti dan estetika memberi fokus kepada
memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2003). Namun, penghayatan, kefahaman dan perlaksanaan sering
dipersoalkan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2008). Dari segi realiti kurikulum pendidikan
prasekolah pada hari ini, ia lebih banyak memberi tumpuan kepada pendidikan berbentuk
formal yang menekankan kepada pencapaian akademik kanak-kanak prasekolah (Rohaty,
1984; Halim, 1989; Fazidah, 2006). Ini bertentangan dengan pandangan pakar perkembangan
kanak-kanak (Fortson & Reiff, 1995; Puckett & Diffily, 2004; Driscoll & Nagel, 2005;
Gonzalez-Mena & College, 2005) yang kerap menegaskan bahawa adalah perlu menyediakan
perkembangan yang menyeluruh kepada kanak-kanak. Dengan ini, perkembangan kreativiti
dan estetika perlu dibangkitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan
prasekolah. Antara yang diusahakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia ialah aktiviti-aktiviti seni kreatif yang diperkenalkan sebagai ‘alat’ dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu memperkembangkan domain intelek, afektif,
psikomotor dan emosi-sosial kanak-kanak

3.0 Permasalahan Jurnal Artikel:


 Masalah dalam jurnal ini hanya mengutarakan isu-isu berkenaan Mengenal pasti sama
ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi ibu bapa dan guru prasekolah
terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan prasekolah, mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan persepsi guru
7
prasekolah yang signifikan berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah terhadap
kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
prasekolah, mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan persepsi ibu bapa yang
signifikan berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah terhadap kepentingan aktiviti
seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah, mengenal pasti
sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif yang
signifikan dalam kalangan guru prasekolah berdasarkan lokasi dan jenis sekolah dan
mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap persepsi
dan kefahaman perlaksanaan aktiviti seni kreatif dalam kalangan guru
prasekolah.Jurnal ini mempunyai permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan
kajian secara konsisten namun tidak mempunyai latar belakang masalah, hipotesis
kajian yang mempunyai kepentingan tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu
kajian.
 Jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti masalah kajian, objektif
umum dan spesifik kajian, soalan kajian serta kepentingan kajian, namun tujuan kajian
tidak dinyatakan dengan jelas. Selain itu, skop kajian juga tidak dinyatakan kerana hal
ini dapat memudahkan pembaca jurnal ini bagi menentukan kefahaman terhadap hasil
penemuan kajian.
 Jurnal ini juga tidak mempunyai kerangka konseptual kajian (Research Conseptual
Framework) atau kerangka teoritikel kajian (Reserach Theoretical Framework) yang
mana penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoretikal, seterusnya ke
peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Menurut Chua Yan Piaw
(2006), pada peringkat teoritikal, terdapat sebilangan pernyataan, interaksi dan
anggapan tentang perhubungan antara konsep-konsep yang abstrak. Beliau juga
menyatakan bahawa pada peringkat ini, pernyataan, interaksi dan anggapan biasanya
dilakukan dengan merujuk kepada teori-teori atau model-model yang sedia ada.
Manakala pada peringkat konseptual, hubungan antara konsep-konsep tersebut
dinyatakan dalam bentuk hipotesis konseptual. Menurut beliau, peringkat operasional
pula konsep dijadikan sebagai asas pengukuran dan setiap variabel konseptual
dinyatakan secara tepat bagaimana ia diukur. Oleh yang demikian, gambaran
keseluruhan bagi kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta bagaimana carta

8
aliran sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan dengan teratur serta
mengikut prosedur yang sebenar.
 Selain itu, latar belakang kajian juga tidak berlandaskan teori-teori atau model-model
pembelajaran yang seharusnya dijadikan sesuatu bukti yang kukuh untuk menyokong
jangkaan awal pengkaji.

4.0 Reka Bentuk Kajian:

 pembolehubah bersandar yang utama. Pertama, persepsi ibu bapa dan guru
prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif. Kedua, kefahaman guru
prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Manakala pembolehubah
tidak bersandar atau bebas pula ialah faktor-faktor sekolah seperti lokasi
sekolah, iaitu bandar atau luar bandar dan juga jenis sekolah, iaitu prasekolah
KPM atau prasekolah swasta.
 Dalam kajian ini dua instrumen kajian berbentuk soal selidik digunakan untuk
mengumpul maklumat berkaitan faktor demografi sekolah, guru dan ibu bapa.
Soal selidik yang digunapakai adalah berdasarkan soal selidik penyelidik Chang
Yu Hsing yang juga mengkaji persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap
pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah di Taiwan pada tahun
2003.
 Kajian ini menggunakan dua instrumen iaitu Instrumen A untuk dijawab oleh
guru sekolah prasekolah dan instrumen B untuk dijawab oleh ibu, bapa/penjaga.
Instrumen A mengandungi empat bahagian iaitu, Bahagian A mengandungi
tujuah soalan berkenaan maklumat demografi responden, Bahagian B
mengandungi 20 soalan tentang kepentingan aktiviti seni kreatif, Bahagian C
mengandungi 20 soalan tentang cara perlaksanaan aktiviti seni kreatif; dan
Bahagian D mengandungi tiga soalan terbuka, dimana guru bebas memberikan
cadangan dan pendapat.
 Instrumen B pula mempunyai tiga bahagian. Bahagian A mengandungi tujuh
soalan berkenaan maklumat demogarfi responden, Bahagian B mengandungi 20
soalan tentang persepsi ibu bapa terhadap aktiviti seni kreatif dan Bahagian C

9
mengandungi dua soalan terbuka, dimana ibu bapa/penjaga bebas memberikan
cadangan dan pendapat.
 Selain daripada kenyataan untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa dan guru
prasekolah, soal selidik guru prasekolah merangkumi cara pelaksanaan aktiviti
seni kreatif dalam empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran iaitu
pengurusan ruang, masa, pengelolaan aktiviti, sumber/bahan, kefahaman
konsep aktiviti seni kreatif serta penilaiannya. Jadual 2 menunjukkan beberapa
kenyataan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pendidik dalam
melaksanakan aktiviti seni kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Setelah skor item negatif dikodkan semula, maka setiap bahagian B dan C yang
mengandungi 20 item mempunyai skor maksimum ialah 100 dan skor minimum
sebanyak 20. Pengukuran skor kumulatif

5.0 Analisis Dapatan Kajian


 Untuk perbandingan persepsi antara ibu bapa dan guru prasekolah terhadap
kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pendidikan prasekolah, ujian-t telah
dijalankan dan keputusannya dipaparkan pada Jadual 7.
 Keputusan Ujian-t ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min
yang signifikan pada aras p > 0.05, di mana nilai t = 1.608 dan p = 0.109. Kedua-
dua pihak yang memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak
masing-masing setuju tentang kepentingan aktiviti seni kreatif dalam
pendidikan prasekolah. Ini memberi gambaran bahawa perlaksanaan aktiviti
seni kreatif dialu-alukan oleh ibu bapa dan guru prasekolah.
 Selain daripada skor min yang homogenous antara persepsi ibu bapa dan guru
prasekolah, perbezaan skor min yang tidak signifikan juga diperolehi daripada
perbandingan persepsi dalam kalangan guru prasekolah berdasarkan jenis
sekolah dan lokasi sekolah berkaitan kepentingan aktiviti seni kreatif. Ini
dijelaskan lagi dengan menggunakan keputusan ujian ANOVA-dua hala pada
Jadual 8.

10
 Keputusan ujian ANOVA-dua hala di atas, telah menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p<0.05 kepada kesemua punca
variasi ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru prasekolah yang
tinggi terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif tidak dipengaruhi oleh faktor
lakasi sekolah dan jenis sekolah.
 Untuk perbandingan persepsi ibu bapa terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif
berdasarkan jenis sekolah dan lokasi sekolah pula, keputusan ujian ANOVA-
dua hala yang dipaparkan pada Jadual 9 telah untuk menunjukkan perbezaan
skor min yang signifikan pada aras p<0.05 bagi punca variasi lokasi sekolah dan
jenis sekolah.
 Ibu bapa dari prasekolah KPM luar bandar telah memberi pemarkahan persepsi
yang paling rendah berkaitan kepentingan aktiviti seni kreatif. Kumpulan ibu
bapa ini juga dikesan mempunyai tahap pendidikan yang lebih rendah dan ini
mungkin merupakan salah satu penyebab terhadap skor tahap persepsi yang
rendah itu. Nilai partial eta square sebanyak 0.044 dan 0.071 telah menunjukkan
pengaruh pembolehubah lokasi sekolah tini adalah pada tahap sederhana
 Selain daripada kajian persepsi kepentingan aktiviti seni kreatif, kajian
berkaitan tahap kefahaman guru prasekolah dalam perlaksanaan aktiviti seni
kreatif juga dijalankan dengan menggunakan soal selidik
 Untuk tujuan tinjauan yang lebih terperinci, data kualitatif juga dikumpul untuk
mengenal pasti kehendak dan cita rasa guru prasekolah dalam perlaksanaan
aktiviti seni kreatif.\

6.0 KESIMPULAN:

Secara keseluruhan, kajian ini memperlihatkan persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap
kepentingan aktiviti seni kreatif untuk memberi rekomendasi yang tinggi demi perlaksanaan
aktiviti tersebut dalam pendidikan prasekolah. Selain itu, perbandingan perbezaan skor min
antara persepsi ibu bapa dan guru prasekolah berdasarkan lokasi sekolah dan jenis sekolah
memberi perspektif dan fokus yang jelas terhadap kelompok ibu bapa dan guru prasekolah
yang perlu diberi perhatian lebih spesifik dalam perlaksanaan aktiviti seni kreatif. Tindakan

11
atau projek yang membantu perlu ditujukan kepada ibu bapa KPM luar bandar kerana
kumpulan ini hanya memberi pemarkahan yang sederhana tinggi bagi persepsi kepentingan
aktiviti seni kreatif. Pendedahan konsep dan fungsi aktiviti seni kreatif perlu didedahkan
kepada kumpulan ini. Walaupun faktor lokasi sekolah dan jenis sekolah tidak menjejaskan
pemarkahan persepsi dikalangan guru prasekolah, tahap kefahaman guru prasekolah tidak
didapati pada tahap yang memuaskan sepertimana yang diharapkan. Perbezaan skor min yang
signifikan bagi tahap kefahaman guru prasekolah kerajaan dan swasta perlu dipandang serius
oleh pihak yang berkuasa terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia. Usaha
mengurangkan jurang perbezaan tahap pendidikan guru prasekolah adalah perlu demi
mengoptimakan perlaksanaan aktiviti seni kreatif untuk perkembangan menyeluruh, bersepadu
dan seimbang bagi kanak-kanak.

Rujukan

Fatimah, A., Sarnon, N., Hoeshi, S.M., & Wan Azreena, W.J. (2008). Dari Halaman Rumah
ke Hadapan Layar: Pola Permainan dan Fungsinya Kepada Perkembangan Kanak-
Kanak. Dalam Jurnal e-Bangi, 1(3).

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2008. Early Childhood Care and Education Policy
Implementation Review 2007.

Open University Malaysia. (2011). HBAE Seni Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor:


Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Mohd Azhar Abdul Hamid. (2007). Meningkatkan daya fikir. Kuala Lumpur: PTS
Professional.

Oxford, R. (1990). Language learning strategies: what every teacher should know. Boston:
Heinle and Heinle.

12

Anda mungkin juga menyukai