Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI

TANJUNG TUAN,
ALOR GAJAH, MELAKA
1.0 OBJEKTIF

Program Pendidikan Biodiversiti ( PPBD ) merupakan program anjuran Jabatan


PERHILITAN yang bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat
awam tentang kepentingan konservasi hidupan liar terutama sekali untuk golongan
peringkat sekolah dan universiti.

2.0 AKTIVITI DI DALAM PROGRAM PENDIDIKAN BIODIVERSITI

2.1 Pasang Khemah

Aktiviti pemasangan khemah adalah satu aktiviti dimana peserta perlu memasang
khemah meraka sendiri di kawasan tapak pekhemahan yang telah disediakan dengan
bimbingan dan tunjuk ajar dari pihak fasilitator.

2.2 Ice Breaking

Aktiviti Ice breaking adalah penting sebagai medium suai kenal diantara fasilitator
dengan perserta dan mungkin juga antara peserta dengan peserta yang tidak
mengenali antara satu sama lain. Semasa sesi ice breaking ini juga pihak fasilitator
akan memberi pencerahan mengenai kawasan pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung
Tuan kepada para peserta.

2.3 Ceramah Jabatan PERHILITAN

Ceramah PERHILITAN lebih tertumpu kepada pengenalan kepada Jabatan


PERHILITAN diantaranya misi dan visi Jabatan, sejarah Jabatan, bidang tugas di
Jabatan PERHILITAN. ceramah ini akan disusuli dengan seidkit taklimat program yang
akan di jalankan serta peraturan yang perlu di ikuti oleh setiap peserta di Pusat
Pendidikan Tanjung Tuan, Melaka.
2.4 Night walk

Aktiviti Night Walk merupakan aktiviti berjalan di waktu malam, melalui jalan berturap
dari pintu masuk PPBD Tanjung Tuan sehingga Rumah Api Tanjung Tuan dimana jarak
perjalanan sejauh 900M tanpa menggunakan sumber cahaya. aktiviti ini akan
mengambil masa lebih kurang 2 jam. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada
peserta mengenai hidupan liar yang aktif pada waktu malam seperti kongkang, musang,
kelawar, serangga malam dan burung hantu yang berkeliaran di sekitar laluan aktiviti.

2.5 Compass Matching

Aktiviti ini akan membari pendedahan kepada peserta mengenai cara penggunaan dan
fungsi kompas. di dalam aktiviti ini, peserta akan dibekalkan kompas dan perlu mencari
check point seterusnya sehingga check point terakhir. Aktiviti ini dijangka mengambil
masa lebih kurang 2 jam.

2.6 Jungle Trekking

Jungle trekking di PPBD Tanjung Tuan akan menggunakan laluan pesisir pantai dan
hutan diptrokap. sepanjang aktiviti ini, fasilitator akan memberi intepretasi mengenai
elemen-elemen menarik yang terdapat di sepanjang trek yang di lalui. aktiviti ini akan
dapat member pendedahan kepada para peserta akan keunikkan sumber hutan. selain
aktiviti trekking, fasilitator juga akan memberikan tunjuk ajar ikhtiar hidup di dalam
hutan.

2.7 Karya Hutan

Aktiviti ini memerlukan kreativiti peserta untuk menyiapkan tugas yang diberikan oleh
fasilitator dalam tempoh masa yang ditetapkan. Peserta perlu kreatif menggunaka
sumber alam dan diakhir aktiviti, peserta perlu membuat pembentangan hasil akhir
meraka. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kreativiti peserta serta membina keyakinan
diri ketika melakukan pembentangan.

2.8 Jejak Kelawar / Jejak sibuta

Aktiviti memerlukan mata peserta ditutup dan diberikan tali sebagai panduan untuk
bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. aktiviti bertujuan meningkatkan
keyakinan diri dan berpegang teguh kepada pendirian.
2.9 Tayangan Video

Pihak fasilitator akan menayangkan Video berkenaan Taman Negara dan Operasi
tangkan dan pemindahan gajah bertujuan mendedahkan kerja-kerja yang dilakukan di
Dalam Jabatan PERHILITAN. aktiviti mengambil masa 1 jam 30 minit.

2.10 Nature game

Nature game adalah aktiviti-aktiviti ringan yang bertujuan membentuk sahsiah diri
peserta dan memupuk semangat berpasukan kepada peserta.

2.11 Lawatan Bilik Interpretif PPBD Tanjung Tuan

Para peserta akan dibawa melawat Bilik Interpretif yang terdapat di PPBD Tanjung
Tuan diaman peserta dapat melihat dengan lebih dekat specimen taksidermi hidupan
Liar yang terdapat di Negara kita. Fasilitator akan meberikan interpretasi terhadap
semua spesimen yang terdapat di sana.

3.0 JANGKA MASA KESELURUHAN PROGRAM

Jangka masa yang sesuai untuk menghabiskan semua aktiviti di PPBD Tanjung Tuan
adalah selama 3 hari 2 malam dengan kapasiti maksimum peserta seramai 40 peserta
dan 5 orang guru pengiring.

4.0 Senarai kemudahan yang disediakan oleh Pusat Pendidikan Biodiversiti


Tanjung Tuan

4.1 Tapak Perkhemahan


4.2 Dewan Kuliah
4.3 Tandas & Tempat Mandi
4.4 Khemah Makan
4.5 Denai Hutan
4.6 Gelanggang Futsal & Bola Jaring
4.7 Penyidai Pakaian
4.8 Surau lelaki/perempuan
4.9 Peralatan setiap aktiviti
5.0 Pakaian & Keperluan Peribadi yang perlu dibawa (PESERTA)

5.1 Pakaian Sukan


5.2 Pakaian Solat
5.3 Pakaian Tidur
5.4 Kain Basahan / Kain Mandi
5.5 Tuala
5.6 Baldi & Gayung
5.7 Kasut Sukan
5.8 Kasut Getah / Tahan Air
5.9 Selipar / Capal / Sendal
5.10 Stokin
5.11 Sleeping Bag
5.12 Torchlight
5.13 Ubat-ubatan Persendirian & Mopiko
5.14 Buku Nota / Catatan Persendirian
5.15 Alat Tulis

6.0 Keperluan Perkhemahan yang perlu dibawa (Urusetia IPTA / IPTS / Sekolah)

6.1 Khemah untuk peserta


6.2 Belerang (Sulfur)
6.3 First Aid Kit
6.4 Tali Rafia 1 gulung
6.5 Ubat-ubatan tambahan (sekiranya perlu)
7.0 KOS MAKANAN

Pihak PERHILITAN tidak menyediakan makan kepada para peserta, wakil peserta perlu
menguruskan tempahan makanan sendiri. Pihak Jabatan tidak membenarkan aktiviti
memasak diadakan di dalam kawasan PPBD Tanjung Tuan. Walaubagaimanapun,
terdapat pembekal makanan yang berhampiran dengan PPBD tanjung Tuan yang
bersedia untuk menerima tempahan dari wakil peserta. kadar harga yang dikenakan
oleh pihak pembekal adalah sebanyak RM50/orang untuk 10kali sesi makan selama 3
hari 2 malam program berlansung.

Anda mungkin juga menyukai