Anda di halaman 1dari 4

Program Perkhemahan Keselamatan dan Kesihatan Sesi Januari Jun 2014

Anjuran: PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PBSM)

1.0

PENGENALAN

Perkhemahan ini adalah aktiviti yang dianjurkan oleh Badan beruniform Bulan Sabit Merah Intitut Kemahiran Mara Bintulu yang akan di adakan di Taman Negara Similajau Bintulu Sarawak. Program ini dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya latihan amali diadakan untuk membentuk pelajar yang mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berdikari serta amanah dan dapat memenuhi tanggungjawab. Misi utama perkhemahan ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam dalam operasi menyelamatkan mangsa dan dapat menggunakan teori-teori yang telah dipelajari.

2.0 2.1

LATAR BELAKANG Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Cawangan Institut Kemahiran MARA Bintulu dan Persatuan Pendidikan Islam adalah persatuan yang berdaftar di dalam kokurikulum IKM Bintulu. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 7 Julai 2012 dengan ahli terkini yang berdaftar seramai 90 orang dan diselia oleh 10 orang penyelaras. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan kehendak silibus yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, Kuala Lumpur. Aktiviti merawat mangsa yang terlibat dalam bencana alam adalah salah satu aktiviti yang disenaraikan dalam silibus tersebut

2.2 2.3 2.4

3.0

RASIONAL

Perkhemahan ini penting diadakan kerana memenuhi syarat yang termaktub dalam silibus kokurikulum PBSM dan silibus program sijil. Perkhemahan ini juga dapat memberikan pendedahan kepada ahli persatuan PBSM dalam aspek menyelamatkan mangsa dan dapat mempraktikkan teori yang dipelajari.

4.0

RASIONAL PEMILIHAN TEMPAT

Faktor pemilihan Taman Negara Similajau menjadi tapak program adalah seperti berikut : 4.1 Kawasannya yang luas dapat memudahkan perjalanan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang 4.2 Menarik minat ahli PBSM untuk menyertai perkhemahan PBSM 4.4 Melatih daya tahan fizikal dan mental peserta dengan kawasan Hutan dan bersedia menghadapi situasi kecemasan di kawasan hutan 5.0 OBJEKTIF

5.1 Memupuk sikap berani mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti yang dijalankan, 5.2 Memupuk semangat kerjasama, tolak ansur dan matang ketika membuat keputusan, 5.3 Melahirkan ahli PBSM yang mempunyai daya tahan fizikal dan mental, 5.4 Melatih ahli supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi kecemasan, 5.6 Memenuhi kehendak silibus untuk memenuhi jam kredit yang telah ditetapkan oleh pihak BKT. 6.0 MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH : 4 hingga 6 April 2014 TEMPAT : Taman Negara Similajau PESERTA : Ahli Persatuan Bulan Sabut Merah cawangan IKM Bintulu PENGENDALI : Penyelaras PBSM

7.0

TENTATIF PROGRAM

JUMAAT (4 APRIL 2014) 1400 H 1430 H 1500 H 1530 H 1600 H 1800 H 2000 H

2300 H SABTU (5 APRIL 2014) 0700 H 0730 H 1000 H 1100 H 1230 H 1300 H 1600 H 1630 H 1800 H 2000 H 2300 H AHAD (6 APRIL 2014) 0700 H 0800 H 1000 H 1130 H

Pendaftaran para peserta Bertolak ke Taman Negara Similajau Safety Briefing , Pembahagian kumpulan Rehat (Sembahyang Asar Berjemaah , Minum Petang) Ceramah Pengetahuan PBSM Rehat (Kemas diri , Sembahyang Maghrib Dan Isyak) LDK 1 LDK 2 LDK 3 LDK 4 LDK 5 Rehat (Tidur) Senaman pagi , Sarapan Pagi Jungle tracking RunningMan PBSM Style Wan Faris Berjalan pulang ke tapak perkhemahan Rehat (Sembahyang Zuhur Berjemaah, Makan Tengah Hari) Persiapan untuk persembahan malam PBSM Rehat (Sembahyang Asar Berjemaah , Minum Petang) Pertandingan Masakan Menu Ala Rimba Rehat (Kemas Diri , Sembahyang Maghrib Dan Isyak) Malam PBSM Rehat (Tidur) Senaman pagi , Sarapan pagi Gotong Royong di sekitar kawasan perkhemahan Majlis penutupan Penyampaian Hadiah Berangkat pulang ke IKM Bintulu

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Perkara Bahan mentah untuk pertandingan masakan menu ala rimba Beras Roti Tin kaya Kordial sirap Plastik sampah Hamper Penginapan Pengangkutan Minum petang, Makan malam Sarapan pagi (2 kali) Makan tengahari Kadar (RM) Kuantiti Jumlah (RM)

300.00 25.00 2.00 7.00 5.00 5.00 25.00 200 1.00 4.00 1.00 4.00

2 15 2 3 1 10 4 100 100 200 100

300.00 50.00 30.00 10.00 15.00 5.00 250.00 800 100 400 200 400

Jumlah Keseluruhan

9.0

PENUTUP Kertas kerja Program Perkhemahan Keselamatan dan Kesihatan, Sesi Januari-Jun 2014 dikemukakan ke pihak pentadbiran Institut Kemahiran MARA Bintulu untuk pertimbangan dan kelulusan dengan kos berjumlah RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ringgit Sahaja). DISEDIAKAN OLEH :

10.0

.................................................................. SAFWAN HAFIZI BIN MASAKHOH Penyelaras Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Institut Kemahiran MARA Bintulu

Anda mungkin juga menyukai