Anda di halaman 1dari 16

KFP 6014

KAEDAH TINJAUAN

AHLI KUMPULAN :-
NAGARAJAN SUBRAMANIAM
M20172002366
MOHANA SUNDARI
M20172001360
TAHAP
KEMAHIRAN ICT
DALAM KALANGAN
GURU-GURU SJKT
DAERAH IPOH
PENGENALAN
Walaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information
Communication Technology (ICT) telah lama bertapak namun ia masih boleh
dianggap baru dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penggunaan ICT hampir
meliputi seluruh urusan sesebuah negara seperti pengurusan pentadbiran
kerajaan, pembangunan negara, meramal perkembangan ekonomi negara dan
sebagainya. Walaupun penggunaannya amat meluas, masih terdapat
segelintir masyarakat kita yang masih belum mendapat pendedahan tentang
penggunaan ICT dalam kehidupan harian dan ada juga yang masih sangsi
dengan kemajuan teknologi sehinggakan masih mengamalkan corak
konvensional dalam pengurusan aktiviti harian. Sebagai sebuah negara yang
sedang membangun sedang mengamalkan prinsip globalisasi, sememangnya
Malaysia perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT yang terkini
supaya tidak ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain.
LATAR BELAKANG KAJIAN
 Kemahiran ICT di peringkat sekolah sememangnya tidak dapat disangkal kepentingannya
dalam sistem pendidikan negara masa kini. Untuk melahirkan generasi yang celik IT,
pendidikan ICT seharusnya dimulakan seawal pendidikan sekolah rendah dan berterusan
sehingga guru melanjutkan perguruan ke peringkat yang tertinggi. Oleh itu, pengetahuan ICT
dalam kalangan guru adalah penting untuk memberikan maklumat dan informasi kepada
guru. Pendedahan kemahiran ICT kepada guru adalah satu agenda utama setiap institusi
pendidikan supaya bakal guru tidak janggal dengan peralatan ICT di sekolah nanti dan dapat
mengaplikasikannya dalam PDPC mereka.

 Justeru itu, bakal-bakal pendidik perlu melengkapkan diri dengan kemahiran ICT supaya
tidak ketinggalan dan terbelakang daripada guru. Bagi guru-guru yang berada di pedalaman
dan yang masih kurang terdedah kepada peralatan ICT, menjadi tugas guru untuk
memperkenalkannya dan membimbing guru untuk bersedia menghadapi gelombang ICT
apabila keluar dari populasi mereka itu.
PERNYATAAN MASALAH
 Masih ada segelintir guru yang belum cukup ilmu teknikal dalam
mengendalikan peralatan yang bersifat teknologi

 Guru harus mengambil inisiatif dan mengetahui perkembangan


semasa untuk menarik minat murid dalam mendalami ilmu yang
disampaikan.

 Melihat sejauh mana guru sjkt mahir dalam mengendalikan


peralatan ICT.
KEPENTINGAN KAJIAN
Antara kepentingan kajian adalah seperti berikut:

1. Mengaitkan dapatan kajian dengan teori-teori yang sedia ada


dan menambahbaikkan teori tersebut.

2. Memberi cadangan terhadap organisasi yang terlibat dalam


merangka subjek ICT di SJKT untuk menambahbaikkan
struktur subjek tersebut supaya sesuai dengan kehendak
terkini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :

1. Mengenal pasti tahap latihan ICT dalam kalangan guru SJKT

2. Mengenal pasti tahap kekerapan guru SJKT mengendalikan


peralatan ICT.

3. Menganalisis tahap kesesuaian subjek ICT yang diajar di SJKT


HIPOTESIS KAJIAN

Tidak terdapat hubungan yang


signifikan diantara komitmen guru
dengan penggunaan ICT dalam
kalangan guru SJKT daerah
Ipoh,Perak.
BATASAN KAJIAN
Kajian hanya dilakukan melalui soal selidik secara tertutup
berdasarkan tiga skala iaitu tidak setuju, setuju dan sangat
setuju. Selain itu, kajian ini juga hanya melibatkan 5 buah
SJKT iaitu sebanyak 36 orang guru sahaja yang terdiri
daripada guru pengalaman dan kurang pengalaman. Batasan
ini dibuat bagi memudahkan pengkaji membuat kajian yang
mempunyai skop kajian yang khusus. Pengkhususan skala
responden ini menyebabkan dapatan kajian tidak menyeluruh
kepada jumlah guru sebenar SJKT yang berada di dalam
SJKT.
KERANGKA KONSEPTUAL

Pemboleh Ubah Pemboleh Ubah


Bebas Bersandar

Tahap Kekekrapan Tahap Kesesuaian Tahap Kemahiran


Tahap Latihan ICT
Penggunaan ICT Program ICT Yang ICT Dalam
Dalam Kalangan
Dalam Kalangan Diajar Kepada Kalangan Guru
Guru SJKT
Guru SJKT Guru SJKT SJKT
PENSAMPELAN KAJIAN
 Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada 60 orang guru
SJKT. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), sampel adalah
sumber untuk mendapatkan data kerana sampel sebenarnya
mewakili keseluruhan populasi yang besar. Kesemua yang
menjadi sampel kajian ini adalah dipilih secara pensampelan
sistematik. Oleh itu, seramai 36 orang guru dari 5 buah SJKT
telah dipilih dalam menjalankan kajian ini.
.
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang dijalankan terbahagi kepada empat
bahagian iaitu Bahagian A mengandungi 1 item tentang
maklumat responden. Responden hanya perlu menandakan di
dalam petak-petak yang disediakan berkaitan dengan diri
responden. Maklumat latar belakang ini terdiri daripada jantina
sahaja. Bahagian B mengandungi 6 item yang mengukur
tahap kemahiran responden terhadap penggunaan ICT.
Bahagian C pula terdiri daripada 13 item yang melihat tahap
kekerapan responden menggunakan ICT. Bahagian 4
terkandung 4 item yang menilai keberkesanan subjek ICT
yang ditawarkan kepada guru SJKT.
KAJIAN RINTIS

Pengkaji telah melaksanakan kajian rintis ini ke atas 15 orang guru SJK.
Responden yang dipilih bukan responden sebenar kajian. Hasil daripada kajian
rintis yang dilakukan, didapati bahawa responden tidak menghadapi masalah
di dalam memahami item-item soal selidik tersebut. Borang soal selidik yang
telah diisi lengkap oleh responden telah dianalisis dengan menggunakan
Statistical Package For The Social Sciences Version 11.5 (SPSS). Dapatan
analisis menunjukkan keseluruhan nilai-nilai alpha ( ) untuk semua item dalam
soal selidik ialah 0.55. Nilai alpha kebolehpercayaan yang sesuai digunakan
dalam penyelidikan bagi sesuatu alat ukur ialah yang mempunyai nilai yang
lebih daripada 0.70. Ini menunjukkan bahawa nilai dan tahap
kebolehpercayaan item-item soal selidik adalah tinggi dan boleh digunakan
bagi tujuan penyelidikan sebenar.
JULAT PENSKORAN MIN

.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini adalah berdasarkan analisis
data yang telah dijalankan dengan kaedah-
kaedah yang telah dinyatakan untuk
mendapatkan jawapan kepada persoalan-
persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh
pengkaji untuk tujuan kajian ini. Metodologi
kajian ini membantu pengkaji dalam mencapai
objektif kajian.

Anda mungkin juga menyukai