Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA CERAMAH PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR(ULAR) DI MALAYSIA

PENDAHULUAN
Ceramah ini merupakan kolaborasi antara Panitia Sains dan Persatuan Bahasa
Inggeris SJK C Lum Hua. Ceramah ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik
darjah bagi murid-murid sebagai satu pendedahan dengan hidupan hidupan liar iaitu
ular. Dengan itu, murid-murid lebih memahami pembelajaran yang telah
diajarkan dalam bilik darjah. Adalah besar harapan agar program ini akan berjalan
dengan jayanya. Sesungguhnya penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak
mampu memberikan impak yang positif bagi menjayakan niat murni ini.

OBJEKTIF
1.1 Menanam apresiasi alam dan kehidupan dalam diri murid.
1.2 Menambah pengetahuan dan kesedaran tentang kepelbagaian jenis, habitat dan
taburan ular yang mendiami alam ini.
1.3 Memberi pendedahan mengenai aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah .
1.4 Meningkatkan pengetahuan murid tentang alam semula jadi.
1.5 Memupuk minat belajar dan semangat ingin tahu mengenai hidupan liar..
1.6 Menyayangi dan menghargai keindahan alam semulajadi.
1.7 Memperkenalkan tempat-tempat yang menarik yang masih terpelihara
keindahan alam sekitarnya

MATLAMAT
Memberi pendedahan kepada murid mengenai pelbagai fakta menarik tentang
aspek kehidupan alam semula jadi dan menimbulkan minat murid terhadap bidang
sains dengan lebih mendalam. Ia juga memberi pengalaman sebenar kepada murid
dan melihat sendiri alam flora dan fauna. Ceramah ini juga dapat menambahkan
ilmu pengetahuan murid yang sedia ada.

PELAKSANAAN
Kumpulan Sasaran : Murid Tahap 2(kehadiran wajib) manakala murid pra sekolah
dan Tahap 1 dialu-alukan
Tarikh : 22/ 06/2022 (Rabu)
Masa : 2:30p.m. – 4.30p.m.

AJK PELAKSANAAN
(Rujuk Lampiran 1)

ANGGARAN PERBELANJAAN
ELAUN PENGANGKUTAN UNTUK PEMCERAMAH: RM100.00

SUMBER KEWANGAN
PIBG

TENTATIF CERAMAH
1. Pengenalan mengenai penceramah
En. John Howes dan Pn. Ting Lan Chee
2. Ceramah bermula
3. Sesi bergambar Bersama penceramah dan ularnya
4. Bersurai
PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini dapat mencapai objektif dan membantu murid
meningkatkan ilmu pengetahuan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian

Disediakan oleh, Disemak oleh,

______________ _____________
(KHOR SU WOON)
KETUA PANITIA SAINS
KERTAS KERJA CERAMAH
PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR(ULAR)
DI MALAYSIA
TAHUN 2022

SJK(C) LUM HUA


JALAN RAJA CHULAN,
45200 SABAK BERNAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

KOD SEKOLAH: BBC 6032


TEL/FAKS : 03-32161318
EMEL : bbc6032@moe.edu.my

Anda mungkin juga menyukai