Anda di halaman 1dari 4

BENGKEL SEHARI MOTIVASI PELAJAR

PENGENALAN Program ini adalah Bengkel untuk menjelaskan dan memberi kefahaman kepada pelajar atau remaja supaya mereka mendapat maklumat serta halatuju kehidupan dimasa muka,sesuai dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku pada diri mereka; baik dari sudut biologi, pemikiran dan perasaan mereka. Adalah diharapkan penjelasan dan pendedahan ini akan dapat diterapkan dengan harapan mereka dapat menghayati dan merealisasikannya dalam kehidupan masingmasing. Agak sukar bagi kita menjelaskan konsep ini kepada semua mereka. Oleh sebab itu kertas cadangan ini berpendapat bahawa pelajar/remaja merupakan golongan sasaran yang perlu diberi keutamaan agar mereka tidak dipengaruhi berbagai elemen yang memungkin terjebak dalam perkara yang merosakkan atau tiada halatuju yang bermakna kerana tanpa didikan, pemahan dan bimbingan, kesempatan yang ada perlu digunakan agar mereka terbimbing dan disantuni. TUJUAN BENGKEL Antara lain BENGKEL ini bertujuan: 1. memberikan penjelasan tentang ibadah, keremajaan dan kaitan dengannya - mengikut kesesuaian dengan taraf fikiran pelajar sekolah. 2. Menyebarluaskan maklumat yang berkaitan alam remaja , khususnya dalam kalangan pelajar sekolah yang menjadi teras utama pembangunan negara. MATALAMAT SEMINAR Antara lain, matlamat seminar ini ialah: 1. Mewujudkan suatu kefahaman yang mendalam dan tuntas tentang alam keremajaan khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.
8

kertas cadangan

2. Para pelajar dapat memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar, remaja muslim seterusnya diharapkan dapat menghayati dan merealisasikan ilmu dalam bentuk tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari.

KHALAYAK SASARAN Khalayak sasaran bengkel ini ialah: 1. para pelajar darjah 6 tingkatan 5. PENGANJUR BENGKEL Bengkel dicadangkan supaya dianjurkan oleh: Surau Ihsaniah, Kondo Rakyat Desa Pantai dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kg Pantai dan Persatuan dan Pertubuhan lain di Kondo Rakyat TARIKH PELAKSANAAN Hari Sabtu pada bulan Rabiul Awal 1428. ( 7 April 2007 ) TEMPAT BENGKEL Di Surau Ihsaniah, Kondo Rakyat. PENDEKATAN PELAKSANAAN Pelaksanaan bengkel bahagian iaitu: 1. Ceramah
9

ini

dibahagikan

kepada

dua

2. Bengkel praktikal dan Pengukuhan Toharah dan Ibadah Solat BAYARAN Tiada bayaran yang dikenakan

JAWATANKUASA PELAKSANA Jawatankuasa pelaksana terdiri daripada jawatankuasa bersama antara SURAU IHSANIAH dengan GERAKAN BELIA 4B (M) dan PERTUBUHAN LAIN DI KONDO RAKYAT. Fungsi umum jawatankuasa seperti berikut: GERAKAN BELIA 4B (a) menanggung semua kos yang terlibat berdasarkan belanjawan yang dipohon. SURAU IHSANIAH (b) Mendapatkan fasilitator. semua penceramah dan

(c) Menyediakan dan membekalkan semua kertas kerja, fail seminar, bayaran kepada penceramah, fasilitator dan cenderamata umum. Persatuan dan Pertubuhan lain (d) Membentukkan jawatankuasa peringkat perlaksanaan kerja

(e) Mengurus dan menyediakan semua kemudahan, peralatan dan mendapatkan peserta (termasuk mengedarkan borang penyertaan). (f) Mengurus dan mentadbir bengkel termasuk memproses borang penyertaan dan
10

pendaftaran peserta dan sebagainya untuk menjayakan bengkel. JADUAL TENTATIF Sila Rujuk Lampiran 1 PERBELANJAAN Sila Rujuk Lampiran 2

11

Anda mungkin juga menyukai