Anda di halaman 1dari 1

Faktor- faktor kemahiran

Pengetahuan pelatih

Selain dari mengikuti kelas yang diajar secara teori, para pelajar juga memerlukan pengetahuan dari
segi kemahiran. Ini kerana perkara yang perlu dilakukan semasa kerja nanti mestilah berdasarkan
apa yang telah dipelajarinya bukan sahaja teori semata-mata kerana mereka adalah pelajar dari
Teknikal dan Vokasional. Peningkatan kebolehpasaran seorang graduan bukan sahaja bergantung
kepada pencapaian akademik insaniah dan kemahiran prakatikal (Beard, 2007; Mariana, 2008;
Yassin, 2008; Mohamad Sattar Rasul, eta al..2009; Nik Azman, 2011). Namun begitu, pihak industri
mahupun majikan bukan sahaja mahu kepada prestasi akademik semasa di institusi pngajian, malah
kemahiran yang perlu ada oleh seseorang pelajar adalah kemahiran psikomotor dan insaniah.

Kemahiran teknikal

Kemahiran psikomotor adalah sesuatu yang amat penting untuk pelajar terutama sekali dalam
bidang kejuruteraan. Ini kerana dalam melalui kemahiran psikomotor pelajar dapat mengaplikasikan
segala teori pelajaran mereka pelajari kearah kemahiran. Kemahiran manusia yang membina alat-
alat kegunaan bagi kehidupan harian adalah hasil gabungan banyak idea-idea yang berkebolehan
dalam menghasilkan idea yang inteleknya. Jadi kemahiran psikomotor mempunyai gaya, bentuk,
penyusunan dalaman dan penyelarasan dengan objek lain di persekitaran luar. Maka untuk
memberikan kemahiran kepada seseorang pelajar dalam menjalankan kemahiran sudah tentu boleh
dijalankan. Pensyarah perlu meninjau dan mengulangi kemahiran tersebut agar ianya menjadi sebati
didalam diri pelajar. Ini kerana apabila pelajar menjalani latihan industri membolehkan pelajar dapat
membuat kerja dengan baik setelah mengaplikasikan sepenuhnya kemahiran yang ada.

Penempatan

Pelajar mesti menjalani latihan industri di organisasi yang disahkan oleh Fakulti dalam bidang yang
berkaitan dengan pengajian, pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada
senarai yang disyorkan oleh Fakulti masing-masing berdasarkan kepada bidang pengkhususan
dengan menggunakan sistem yang disediakan. Penempatan latihan industri boleh melibatkan sama
ada sektor swasta atau sektor awam berdasarkan kesesuaian program. Pelajar tidak dibenarkan
menukar tempat dan tarikh latihan industri yang ditetapkan kecuali dengan kelulusan daripada
Dekan Fakulti. Permohonan penangguhan latihan industri hendaklah dibuat secara bertulis kepada
pihak Universiti melalui Dekan Fakulti. Fakulti dengan kerjasama Pusat Hubungan Industri perlu
memberikan skop tugasan kepada Penyelia Organisasi sebagai panduan pengambilan pelajar.
Dengan kerjasama daripada Fakulti, PHI akan menyediakan pangkalan data organisasi-organisasi
yang pernah menempatkan latihan industri di peringkat Universiti. Pelajar yang menukar tempat
latihan industri tanpa kebenaran pihak Fakulti akan digagalkan dan diberi Gred E atau status GAGAL;
viii) pelajar diberi pilihan untuk memilih sekurang-kurangnya tiga (3) organisasi yang berkaitan
dengan bidang pengkhususan. Pelajar tidak digalakkan menjalani latihan industri di organisasi yang
mempunyai pertalian keluarga terdekat dan Fakulti perlu melaporkan Pelajar-pelajar yang telah
diluluskan permohonan untuk menjalankan latihan industri.

Anda mungkin juga menyukai