Anda di halaman 1dari 14

Program

suit
Sahsiah Unggul Individu
Terbilang
PENDAHULUAN
Pemerhatian dan dapatan data
menunjukkan bahawa sahsiah murid di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semakin
menipis sehingga menimbulkan
kebimbangan dalam kalangan guru-guru
dan pentadbir sekolah
- murid yang tidak menunjukkan
pengamalan adab bersopan
- kadar kehadiran ke sekolah
menunjukkan trend penurunan
- kadar ponteng meningkat
Untuk mengekang gejala negatif
ini dari berterusan, JPWPKL
merangka satu program yang
dinamakan Program SUIT, iaitu
Sahsiah Unggul Individu Terbilang
RASIONAL
Keperibadian dan etika yang tinggi

+
Pencapaian akademik yang baik

Individu untuk berjaya


Program ini bertujuan mencari pelajar
holistik yang dikenalpasti oleh warga guru
serta warga pelajar sendiri dan memberi
peluang kepada para pelajar untuk
membuat penilaian kendiri.
MATLAMAT

Melahirkan murid sekolah yang


unggul dan holistik.
OBJEKTIF
Mengurangkan kes salahlaku disiplin di sekolah.
Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan
berketrampilan.
Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri
pelajar.
Memantapkan ciri kepimpinan pelajar.
Menghargai pelajar-pelajar yang menunjukkan
ciri peribadi yang cemerlang atau perubahan
sikap dari negatif kepada positif.
Memberi peluang kepada pelajar untuk memilih
pelajar contoh dalam kalangan mereka serta
membuat penilaian kendiri.
HURAIAN PROGRAM
Program ini dibahagikan kepada tiga
kategori utama, iaitu :

Kategori The Ultimate


Kategori The Butterfly
Kategori The Ant
KATEGORI THE ULTIMATE

Untuk mengenalpasti pelajar yang paling layak


untuk dijadikan pelajar contoh kepada pelajar-
pelajar lain.
Penilaian sekali setahun atau sekali setiap
penggal berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

Pencapaian akademik
Pencapaian kokurikulum
Ciri-ciri kepimpinan
Disiplin
Sifat peribadi
LETAK GAMBAR MURID
KATEGORI THE BUTTERFLY
Untuk mengenalpasti pelajar yang dapat menunjukkan
paling banyak perubahan dari tingkahlaku negatif
kepada tingkahlaku yang positif.
Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang bermasalah
disiplin tetapi atas daya usaha dan bimbingan yang
diberi dapat menonjolkan imej diri yang baru dan positif
serta disenangi oleh rakan-rakan dan guru-guru.

Penilaian untuk pelajar dalam kategori ini dibuat setiap


tiga bulan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

Peningkatan dalam pencapaian akademik


Perubahan dalam penglibatan kokurikulum
Perubahan dalam aspek disiplin
Perubahan dalam sifat peribadi
KATEGORI THE ANT
Untuk mengenalpasti dan menghargai
pelajar-pelajar yang sentiasa
menunjukkan peribadi yang cemerlang
tetapi tidak tergolong dalam dua kategori
di atas.
Penilaian untuk kategori ini boleh dibuat
setiap bulan dan dilihat dari aspek:
Ketaatan
Kesopanan
Kerjasama
Kerajinan
LETAK GAMBAR MURID
LETAK SIJIL
RUMUSAN
Program ini diharap dapat memberi ruang kepada
murid-murid untuk mempamerkan sifat dan sikap
murni dan mengambil peluang dari persekitaran
yang menyokong pembinaan sahsiah cemerlang
dan intelek yang dapat diterjemah melalui
kemenjadian murid yang hebat, iaitu Individu
Terbilang.
Program ini pada akhirnya dapat memenuhi
Keperluan Hasrat Diri (Teori Hierarki Keperluan
Maslow) yang berkaitan dengan keperluan sosial,
penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri
seseorang murid yang mempunyai sahsiah
unggul dan holistik.

Anda mungkin juga menyukai