Anda di halaman 1dari 31

INSTITUT PERGURUAN IPOH PERAK

SEJARAH PERKEMBANGAN BANGSA DAN BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR NO K.P KUMPULAN/UNIT KOD DAN MATA PELAJARAN

: MOHD BUKHARI BIN ABD RASHID : 900913-11-5341 : H3 :

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN HABIBAH BINTI MOHD SAMIN TARIKH SERAHAN : 2 SEPTEMBER 2008

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan semuanya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: .. : .. : ..

SEJARAH PERKEMBANGAN BANGSA DAN BAHASA MELAYU

JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PERGURUAN IPOH PERAK

ii PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengannya izinNYA, saya dapat menjalankan tugasan ini dengan lancar dan sempurna.Dengan keberkatan dariNYA, sayatelah dapat menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah diberikan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Habibah binti Mohd Samin, Pensyarah Bahasa Melayu yang telah banyak menyumbangkan idea serta memberi bimbingan semasa tugasan ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan yang selama ini bersama-sama saya menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih ini juga saya tujukan kepada semua individu yang terlibat secara tidak langsung memberi maklumat kepada saya semasa tugasan ini dijalankan.

iii SENARAI KANDUNGAN Pendahuluan .1 Teori asal usul bangsa Melayu 3 I. Bangsa Melayu berasal dari Yunnan .3 a) Orang Negrito 5 b) Kumpulan Melayu Proto ..5 c) Kumpulan Melayu Deutro .........................6 II. Bangsa Melayu berasal dari Nusantara 7 Asal usul bahasa Melayu ..9 I. Perkembangan bahasa Melayu .11 a) Bahasa Melayu Kuno ..11 1) Peralihan bahasa Melayu Kuno ke bahasa Melayu klasik ..13 b) Bahasa Melayu Klasik .15 c) Bahasa Melayu Moden 16 1) Fungsi bahasa Melayu Moden ...16 (a) Bahasa Kebangsaan ..17 (b) Bahasa rasmi ...17 (c) Bahasa perpaduan .18 (d) Bahasa ilmu .18 Rumusan ..19 Refleksi .21 Bibliografi 22

Lampiran ..23 iv 1.0 PENDAHULUAN Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan) Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara) Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang

Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh. Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut: a) Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-loyeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. b) Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

1 c) Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. d) Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. e) Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

2 2.0 TEORI ASAL USUL BANGSA MELAYU Secara amnya, sejarawan telah mentafsirkan bahawa terdapat 2 hipotesis tentang asal usul bangsa Melayu. Hipotesis tesebut boleh dijelaskan seperti berikut:

TEMPAT ASAL

YUNNAN

NUSANTARA

2.1 BANGSA MELAYU BERASAL DARI YUNNAN Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut: 1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

3 2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). 3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan. Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunnan. Menurut hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan. Mereka dikatakan berasal dari Selatan China antaranya ialah daerah Yunan di selatan China, Assam di Burma dan Campa di selatan Indo-China. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro.

4 2.1.1 ORANG NEGRITO Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek. 2.1.2 KUMPULAN MELAYU PROTO Kumpulan Melayu Proto dikatakan berhijrah ke Nusantara kira-kira pada tahun 2500SM. Peradaban orang Melayu Proto lebih maju daripada orang Negrito yang sudah sedia ada di Nusantara. Kumpulan ini mempunyai kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang. Ciri-ciri Melayu Proto: a) Hidup berpindah-randah b) Dikenal sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru

c) Menjadi nenek moyang kepada orang asli seperti Semang,Jakun dan Senoi 5 d) Membuat beliung-beliung batu bersegi panjang ( dibawa oleh orang-orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu )

2.1.3 KUMPULAN MELAYU DEUTRO Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Kumpulan ini dipercayai datang dari Daerah Yunan, di Selatan China. Mereka memiliki tamadun yang lebih maju daripada Melayu Proto. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar. Ciri-ciri Melayu Deutro a) Menetap di pesisir pantai dan hidup sebagai nelayan b) Membina pertempatan berhampiran sungai dan lembah yang subur ( menjalankan kerja pertanian dan memburu binatang ) c) Pandai bermasyarakat [ belayar ke seluruh Kepulauan Melayu ] (menjadi bangsa Melayu dan bangsa Indonesia yang ada sekarang)

6 2.2 BANGSA MELAYU BERASAL DARI NUSANTARA Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah: a) Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah

perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. b) K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan" c) Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. d) Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

7 Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia. Teori ini menolak pendapat bahawa bangsa Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Para pengkaji yang mendukung hipotesis ini

mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Austronesia,iaitu rupanya bahasa yang menurunkan bahasa Melayu.Antaranya termasuklah Sumatera, Jawa, Melanesia, Formosa, New Guinea dan Filipina.

8 3.0 ASAL USUL BAHASA MELAYU Kewujudan bahasa Melayu sebenarnya berkait rapat dengan teori asal usul bangsa Melayu. Bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama yang dikenali sebagai Melayu Proto telah berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunan kumpulan tersebut dipercayai adalah Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Kumpulan ini telah berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya merupakan orang Melayu di Malaysia. Kumpulan ini

dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Kumpulan ini mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangannya lebih ramai daripada Melayu Proto. Kumpulan Melayu Proto ini tinggal di kawasan pantai dan lembah sungai di Asia Tenggara. Kumpulan pertama dan kedua ini dikenali sebagai Austronesia. Bahasabahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). 10 Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. 3.1 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: a) Bahasa Melayu Kuno b) Bahasa Melayu Klasik c) Bahasa Melayu Moden. 3.1.1 BAHASA MELAYU KUNO Bahasa Melayu Kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara.

Kegemilangannya bermula dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penduduk di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera telah menggunakan bahasa ini dalam kehidupan hariannya pada masa itu.

a) Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana: b) Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. c) Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat d) Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. 11 Bahasa ini banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit kerana: a) Pengaruh agama Hindu b) Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi dalam susun atur masyarakat dalam kerajaan Srivijaya. c) Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Batu-batu bersurat pada abad ke-7 menggunakan bahasa Melayu Kuno yang ditulis dengan huruf Pallawa: a) Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) b) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) c) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

d) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) Bahasa Melayu Kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

12 Ciri-ciri bahasa Melayu Kuno adalah seperti berikut: a) Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit b) Susunan ayat bersifat Melayu c) Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) d) Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) e) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) f) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat niparwuat) g) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) h) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya) 3.1.1.1 PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu Kuno mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang menunjukkan perkembangan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik: 13 a) batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) I. ditulis dalam huruf India II. mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. III. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke7. b) Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) I. masih memakai abjad India II. buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat c) Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) I. ditulis dalam tulisan Jawi II. membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga perkembangan

batu bahasa

bersurat Melayu

ini

merupakan selepas

bukti abad

catatan ke-14,

terakhir muncul

kerana

kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

14 3.1.2 BAHASA MELAYU KLASIK Kegemilangan bahasa Melayu Klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: a) Zaman kerajaan Melaka b) Zaman kerajaab Acheh c) Zaman kerajaan Johor-Riau Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf alSingkel. Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik adalah seperti berikut: a) ayat: panjang, berulang, berbelit-belit. b) banyak ayat pasif c) menggunakan bahasa istana

d) kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) e) banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. f) ayat songsang g) banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

15 3.1.3 BAHASA MELAYU MODEN Penggunaan bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa

Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu Moden telah digunakan hingga masa sekarang. 3.1.3.1 FUNGSI BAHASA MELAYU MODEN Secara umumnya, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa

Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu. 16 3.1.3.1.1 BAHASA KEBANGSAAN Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara. Perwujudan satu bahasa amat

penting di Malaysia kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, iaitu bangsa Melayu, Cina, dan India di samping kumpulan-kumpulan etnik yang lain seperti kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, bahasa Kebangsaan amat perlu bagi melambangkan identiti yang sama bagi semua kaum yang tinggal di Malaysia. 3.1.3.1.2 BAHASA RASMI Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan untuk urusan rasmi negara. Di Malaysia, walaupun bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan, namun bahasa Inggeris masih digunakan dalam urusan rasmi negara antara tahun 1957 hingga 1969.

Bagi menjalankan fungsinya sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah digunakan sebagai alat komunikasi dalam bidang pemerintahan dan

pentadbiran, perundangan, pendidikan, perdagangan, dan perusahaan.

17 3.1.3.1.3 BAHASA PERPADUAN Dari segi fungsi penyatuan, bahasa Melayu baku bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa yang sama. Dari segi pengasingan pula, bahasa Melayu baku bertindak sebagai variasi bahasa yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama yang dapat melambangkan identiti kebangsaan. Sementara fungsi prestij dapat mewujudkan satu bahasa baku yang menimbulkan perasaan atau semangat megah terhadap negara. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan disalurkan menerusi dasar pelajaran kebangsaan. 3.1.3.1.4 BAHASA ILMU Bahasa Melayu juga telah digunakan sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, pada tahun 1981

bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran disemua sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

18 4.0 RUMUSAN Kewujudan bangsa Melayu asalnya telah diterima pakai berasal daripada Yunnan. Berdasarkan peninggalan bukti-bukti sejarah, ia telah menguatkan lagi teori asal usul bangsa Melayu dari Yunnan. Peninggalan Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah telah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Adat resam bangsa Melayu pula mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan.

Berdasarkan bukti-bukti yang dijumpai, hal yang amat ketara dalam bahasa Melayu kuno ialah pengaruh bahasa Sanskrit, khususnya dari segi kosa kata. Dalam bahasa Melayu kuno, banyak kosa kata Sanskrit ditemui.

Perkembangan bahasa Melayu dari zaman praklasik sehingga zaman klasik, didapati bahawa pengaruh asing amat member kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Pengaruh asing seperti Hindu dan Arab bukan

19 sahaja mempengaruhi kosa kata, malah tulisan juga turut diperngaruhi oleh pengaruh asing ini.

Kesedaran orang Melayu untuk mempelajari bahasanya sendiri dikesan sejak pertengahan abad ke-19, iaitu kesedaran terhadap kepentingan bahasa oleh Abdullah B. Abdul Kadir Munsyi. Sejak itu, bahasa Melayu telah

diperjuangkan untuk menjadi bahasa yang mempunyai kedudukan yang tinggi, sama ada secara individu atau melalui persatuan-persatuan tertentu.

Bagi memastikan bangsa Melayu terus bertapak di dunia ini, kita perlulah bersama-sama memperjuangkan bangsa kita. Oleh itu, kita perlulah bersatu demi mempertahankan maruah bangsa dan bersama-sama menangkis segala anasir-anasir jahat yang membelenggu kehidupan seharian bangsa kita.

20 REFLEKSI

Setelah mendapat arahan serta tajuk daripada pensyarah mengenai kajian yang akan dijalankan, saya telah merangka satu jadual secara kasar supaya perjalanan kajian saya berjalan dengan lancar dan lebih tersusun.

Dengan pertolongan rakan-rakan, saya telah mula mencari maklumat yang berkaitan tentang tajuk kajian saya. Saya telah membuat sedikit rujukan di perpustakaan serta mengumpul maklumat daripada internet. Melalui beberapa laman web yang dibekalkan daripada rakan-rakan, saya telah cuba mengumpul dan mengolah maklumat yang telah diperolehi. Secara tidak langsung, ia telah meningkatkan kemahiran saya menggunakan kemputer serta melayari internet.

Kerja kursus ini telah banyak memberi maklumat kepada saya tentang sejarah awal bangsa dan bahasa Melayu. Ia telah melahirkan satu kesedaran yang mendalam dalam diri saya tentang bangsa Melayu yang seakan-akan ditindas dengan bangsa itu sendiri. Kita perlulah bersama-sama bersatu untuk mengukuhkan kedudukan bangsa kita di Malaysia dan janganlah hanya melihat bangsa asing mengambil kesempatan terhadap kita.

21 BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan.(1987).Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia.Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan.(1984).Isu-isu Bahasa Malaysia.Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ISBN 967-933-190-3. http://www.Kadayan WikiApakian.com http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Melayu&action=history http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkembangan_Bahasa_Malaysia

22

LAMPIRAN

23

24

24

Anda mungkin juga menyukai