Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara Memupuk Semangat Patriotik/Semangat Cinta Akan Negara

Semangat patriotik merujuk kepada perasaan cinta akan negara dan


sanggup mempertahankan kedaulatan negara. Sebenarnya terdapat
banyak cara yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Antaranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku
sekolah lagi.Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam
diri pelajar seperti peribahasa Melayu”melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.Contohnya,sekolah boleh mengadakan program seperti
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah dan sebagainya.
Selain itu,ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk
memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak-anak.Ibu bapa harus
menanamkan kesedaran tentang pentingnya memelihara kemerdekaan
negara sejak anak-anak masih kecil lagi.Ibu bapa juga mesti menjadi
teladan yang baik kepada anak-anak.
Seterusnya,pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan
kempen secara besar-besaran melalui media massa.Kempen-kempen
yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Di samping itu,ibu bapa boleh melawat tempat-tempat bersejarah
tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya.Oleh itu,anak-anak akan
mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah
air daripada ibu bapa sejak kecil lagi.
Natijahnya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan
warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu
yang berguna kepada bangsa,agama dan negaranya sendiri. Justeru,
semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-
masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai