Anda di halaman 1dari 4

Tarikh 1 April 2019

Kelas 1 Aspirasi
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Hasil Pembelajaran Psikomotor:
1) Murid dapat memegang pensel dengan betul ketika
melakukan aktiviti lembaran kerja.
Afektif:
1) Murid seronok melakukan aktiviti yang diberikan oleh
guru.
2) Murid berupaya membentuk kerjasama dalam
kumpulan.
Kognitif:
1) Murid dapat mengetahui jenis aktiviti masa lapang di
dalam rumah dan aktiviti masa lapang di luar rumah.
2) Murid dapat memberi contoh aktiviti masa lapang di
dalam rumah dan contoh aktiviti masa lapang di luar
rumah.
ABM / Bahan sumber yang Komputer riba, video berkaitan dengan aktiviti masa lapang,
digunakan slaid, kad, gambar, lembaran kerja.
Strategi pengajaran yang Saya menggunakan strategi pengajaran secara:
digunakan hari ini (terangkan Berpusatkan guru
bagaimana strategi telah Saya telah mengajar di hadapan kelas, manakala murid-murid
dilaksanakan) duduk di tempat masing-masing. Semua murid mendengar
pengajaran yang saya sampaikan di hadapan kelas.

Berpusatkan aktiviti
Saya telah menggunakan alat bantu mengajar bagi membantu
pengajaran saya lebih difahami oleh murid-murid. Selain itu,
aktiviti secara berkumpulan juga dijalankan bagi mewujudkan
komunikasi antara murid dan murid.
Adakah hasil pembelajaran Ya tercapai. Semua murid mencapai hasil pembelajaran tanpa
saya dicapai? Bagaimana bimbingan guru. Di mana, murid dapat menjawab soalan-
saya tahu? soalan yang berkaitan dengan pembelajaran yang diberikan
oleh saya.
Adakah murid saya Secara keseluruhannya, semua murid saya melibatkan diri
melibatkan diri secara secara aktif sepanjang sesi pengajaran dan pemudahcaraan
produktif/aktif? Kalau ya – dijalankan. Hal ini dapat saya nyatakan apabila murid-murid
bagaimana saya tahu? Kalau saya memberi respon yang positif sepanjang sesi soal jawab
tidak – mengapa. bersama saya dijalankan. Selain itu, murid-murid saya juga
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berkumpulan yang
dijalankan. Di mana, di dalam aktiviti tersebut murid-murid
saya berinteraksi secara aktif bersama ahli kumpulan ain untuk
selesaikan tugasan yang saya berikan. Di samping itu, ada di
kalangan murid saya yang berani untuk berdiri bagi
membentangkan tajuk yang telah dipelajari. Manakala bagi
aktiviti latihan di dalam lembaran kerja. Murid-murid saya juga
melibatkan diri secara aktif. Mereka telah memadankan
gambar yang terdapat di dalam lembaran kerja dengan jenis
masa lapang yang telah dipelajari mengikut arahan yang
terdapat di dalam lembaran kerja.
Adakah saya mengubah Tiada. Saya mengikut perancangan yang telah saya buat di
rancangan pengajaran saya dalam Rancangan Pengajaran Harian.
semasa pengajaran saya?
Mengapa?
Apakah bantuan tambahan, Bantuan tambahan atau sokongan lain yang dapat membantu
sokongan dan / atau sumber- mempertingkatkan lagi pelajaran ini adalah, saya perlu
sumber lain yang dapat menggunakan kad bergambar yang boleh dilekatkan di papan
pertingkatkan pelajaran ini putih selain daripada gambar yang terdapat di slaid. Hal ini
lagi? kerana, kemudahan untuk penggunaan slaid di komputer riba
tidak lengkap kerana kemudahan di kelas tidak mencukupi.
Jadi saya perlu mencari inisiatif lain iaitu menggunakan kad
bergambar. Selain itu, bantuan tambahan atau sokongan lain
yang dapat membantu meningkatkan lagi pelajaran ini adalah,
saya perlu menunjukkan video-video berkaitan aktiviti yang
boleh dilakukan ketika masa lapang ketika berada di dalam
rumah dan juga di luar rumah. Melalui video-video ini dapat
membantu murid saya memahami secara lebih mendalam lagi
tentnag perbezaan aktiviti yang boleh dilakukan di dalam
rumah dan juga di luar rumah.
Jika saya mempunyai Jika saya diberi peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali
peluang untuk mengajar lagi untuk kumpulan yang sama. Saya akan membuat secara
pelajaran ini sekali lagi untuk berbeza kerana pada pandangan saya, murid-murid saya
kumpulan murid yang sama, akan lebih mudah untuk memahami pelajaran yang ingin saya
apakah yang saya akan buat sampaikan. Selain itu, saya akan mencari inisiatif lain yang
secara berbeza? Mengapa? sesuai digunakan untuk menjadikan pengajaran saya lebih
menarik dan lebih mencabar untuk murid-murid saya.
Apakah teori pengajaran dan Teori pengajaran dan pembelajaran yang telah saya
pembelajaran yang saya telah praktikkan dalam kelas ialah:
praktikkan dalam kelas saya?
Terangkan dengan ringkas. Teori Pembelajaran Kognitif
Saya menggunakan teori ini untuk melibatkan pengamatan,
pengetahuan dan pemahaman murid sepanjang di dalam
kelas. Melalui teori ini, dapat membantu saya mengetahui
tahap pemahaman murid-murid saya tentang pengajaran yang
dipelajari.

Model Inkuiri
Saya juga menggunakan model inkuiri dalam pengajaran
saya. Di mana saya gunakan inkuiri terbuka. Dalam
pengajaran yang dijalankan, saya telah meminta murid-murid
saya untuk berfikir sendiri aktiviti lain yang sesuai dijalankan di
dalam rumah dan juga di luar rumah.

Teori Pembelajaran Lev Vygotsky


Teori ini lebih menekan kepada interaksi. Di mana, saya
menekankan kepada interaksi antara guru dan murid, murid
dan murid. Hal ini kerana, saya ingin memastikan semua murid
saya berkomunikasi sepanjang pengajaran dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai