Anda di halaman 1dari 2

Bahagian C

[30 markah]
Jawab semua soalan

29. Selesaikan dengan menukarkan nombor – nombor berikut :


a. 82 kepada nombor perlapanan
b. 1236 kepada nombor perlapanan
c. 2163 kepada kepada nombor perenambelasan
d. 7DA kepada nombor perpuluhan
e. 101011000100 kepada nombor perenambelasan
[10 markah]

30. Ramlee ingin membina satu aturcara yang memaparkan gred yang dicapai oleh
seorang murid. Algoritmanya adalah seperti dibawah. Ubah suai algoritma tersebut
untuk menjadikannya pilihan bersarang dan lukis carta alir yang mewakili algoritma
tersebut.

1. Paparkan mesej “ Masukkan markah”


2. Jika markah >= 80, paparkan “A”
3. Jika markah >= 70, paparkan “B”
4. Jika markah >= 60, paparkan “C”
5. Jika markah >= 50, paparkan “D”
6. Jika markah >= 40, paparkan “E”
7. Jika tidak, papar “F”

a. Lukis carta alir untuk mewakili algoritma tersebut.

[10 markah]

8
31. Ketua Pengawas, Ahmad, telah menaip senarai nama murid-murid yang telah
melanggar disiplin sekolah di dalam komputer. Ahmad perlu menyulitkan nama fail
tersebut dari pengetahuan pihak lain. Nama fail tersebut adalah SENARAI MURID
TINDAKAN DISIPLIN. Bagaimanakah cara-cara Ahmad melakukan penyulitan mesej
tersebut dengan kunci = SIBER menggunakan kaedah Columnar Transposition
Cipher? Tunjukkan cara penyelesaian

a. Ahmad akan menyusunkan perkataan kunci SIBER tersebut.


[2 markah]

b. Bagaimana Ahmad mendapatkan bilangan baris tersebut ?


[2 markah]

c. Ahmad akan membina jadual dan memasukkan setiap abjad mesej tersebut.
Sekiranya masih ada ruang kosong dalam jadual, Ahmad akan masukkan abjad
X dan Y.
[2 markah]

d. Ahmad akan menuliskan lajur mulai lajur 1 sehingga lajur terakhir.

[2 markah]

e. Apakah teks sifer yang dihasilkan oleh Ahmad untuk diberikan kepada guru
disiplinnya?
[2 markah]

- SOALAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai