Anda di halaman 1dari 2

Gaya kepimpinan pemimpin memainkan peranan penting dalam membantu pemimpin

meenguruskan oraganisasi dengan baik. Ia menjadi faktor penyumbang terbesar dalam

memastikan kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi. Menurut Gardner et al. (2005) pemimpin

tidak autentik terdedah kepada ketidakseimbangan kognitif dan ketidakselarasan tingkah laku yang

mengakibatkan pemimpin menunjukkan tingkah laku tidak beretika, tidak memberikan dorongan

dan tidak memperdulikan keperluan dan kebajikan pekerja. Ini menjurus kepada salah laku pekerja

dan menyebabkan pekerja tidak memberikan komitmen yang baik terhadap organisasi. Oleh itu,

dengan memilih kepimpinan autentik sebagai gaya kepimpinan, ia mampu meningkatkan

komitmen dari segi nilai, sikap, peranan dan pencapaian guru di sekolah. Duignan (2014) dan

Begley (2006) menyatakan kepimpinan autentik memainkan peranan yang penting dalam

mengurangkan beberapa tingkah laku negatif dan membolehkan guru dan Guru Besar bekerja

bersama-sama dalam mencapai kecemerlangan sekolah. Dalam Avalio et al. (2004) dalam model

menyatakan bahawa kepimpinan autentik memberi kesan kepada tingkah laku seperti budaya

berhenti kerja, budaya bertukar kerja dan budaya ponteng kerja dan lambat hadir ke tempat kerja.

Tanpa sokongan dan dorongan dari pihak pemimpin akan menjejaskan prestasi kerja ahli-

ahli organisasi. Seperti dalam kajian lepas, Ramli (2003) mendapati kegagalan pentadbir sekolah

memberi sokongan kepada guru menyebabkan guru tertekan dan ini memberi kesan terhadap

komitmen guru. Dan dalam kajian yang dijalankan oleh Mohammad Razi (2013) terhadap amalan

kepimpinan autentik Pengetua Cemerlang dengan komitmen guru di daerah Muar menunjukkan

impak positif namun bersifat sederhana. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap

kepimpinan autentik dalam kalangan pemimpin utama sekolah dan mengetahui dengan lebih jelas

hubungan kepimpinan autentik dengan komitmen guru di sekolah-sekolah daerah Kuala Kangsar.
Walaupun terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan tajuk ini, namun ianya

dijalankan di tempat- tempat lain dan kajian ini tidak pernah dijalankan di sekolah-sekolah Kuala

Kangsar. Oleh itu, penyelidik berminat untuk menjalankan kajian ilmiah ini di daerah sendiri

walaupun tidak terdapat isu besar yang berlaku di sekitar tempat pengkaji bedasarkan empat

dimensi kepimpinan autentik Guru Besar dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai