Anda di halaman 1dari 1

Untuk subjek ini, saya berpendapat ianya banyak membantu saya dalam mengulangkaji tentang

isu-isu semasa yang berkaitan dalam dunia pendidikan. Ia menggalakkan saya berfikiran lebih
kritis dalam melontarkan idea dan memberi pendapat dalam tajuk-tajuk yang diberikan.
Perkongsian yang diberikan oleh rakan-rakan sekelas banyak membantu saya memahami sesuatu
isu dengan lebih baik. Terutamanya dalam memahami fungsi sebenar Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, mendalami Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, memahami kekangan dan
cabaran dalam pendidikan di peringkat global serta memahami isu pelaksanaan KSSR, KBSR,
KBSM dan KSSM.
Selain itu, saya juga memperolehi idea dalam menangani isu penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
sekolah melalui perkongsian rakan dalam aktiviti Sarana Ibu Bapa selain dapat mengetahui betapa
pentingnya fungsi organisasi ibu bapa dalam melahirkan keputusan yang cemerlang dan seterusnya
dalam mencapai matlamat sekolah yang dirancang. Kursus ini juga membincangkan isu yang
masih belum selesai iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI). Tambahan ianya berkaitan dengan isu program dwibahasa yang masih diperkatakan
sehingga kini.
Secara keseluruhannya saya merasakan kursus ini banyak memberi saya pengetahuan tentang isu-
isu dunia pendidikan. Pendapat dan idea yang dikongsi rakan membuka mata dan minda saya
tentang betapa pentingnya isu-isu semasa ini kerana ia memberi impak terhadap pemikiran dan
pandangan saya terhadap dunia pendidikan. Pensyarah juga banyak memberi soalan dan
pandangan yang menjurus kepada pemikiran lebih kritis dalam membincangkan hal dan topik-
topik yang diberikan. Bahkan melalui kursus ini, saya dapat mengeratkan lagi hubungan anatara
rakan dengan memberikan idea dan pandangan masing-masing terhadap sesuatu topik yang
dibincangkan. Justeru, saya berpendapat, kursus ini menyeronokkan kerana ia banyak membantu
saya memahami isu semasa pendidikan diperingkat Negara dan antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai