Anda di halaman 1dari 2

NAMA / NO.

KAD MATRIK EUGENE LOMINUS / M20182002047


PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN BAHASA KADAZANDUSUN
KURSUS GRU60104
TARIKH 9 MAC 2019

TUGASAN MINGGU 3

Subjek bahasa Kadazandusun merupakan salah satu subjek elektif yang


ditawarkan di sekolah rendah. Peruntukkan masa pengajaran bagi subjek ini adalah
90 minit seminggu dan jadual pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dimasukkan
dalam penjadualan induk sekolah. Dalam pengajaran dan pemudahcaraan subjek ini
di sekolah rendah, ada beberapa masalah yang dihadapi oleh guru. Masalah paling
ketara yang dihadapi oleh guru dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan subjek
bahasa Kadazandusun adalah murid sukar mengingat pengajaran guru dalam jangka
masa panjang. Masalah ini juga turut dihadapi oleh guru subjek lain dalam pengajaran
dan pemudahcaraan di sekolah rendah.

Dalam kajian Nor Ashikin (2015), murid mudah lupa akan sesuatu yang diajarkan
oleh guru kerana beranggapan apa yang diajarkan oleh guru mereka tidak penting,
kurang seronok atau tidak berguna. Murid beranggapan bahawa apa yang mereka
pelajari adalah tidak penting kerana cara guru mengajar tidak menyeronokan. Menurut
Razak Nordin (2015), murid yang mudah lupa akan pengajaran guru memerlukan
kreativiti guru untuk membimbing murid menangani masalah lupaan ini. Dalam hal ini,
guru perlu bijak untuk mencari alternatif agar perkara ini dapat diselesaikan dengan
segera. Selain itu, menurut Zuhairah Mahmud (2016), kegagalan murid-murid untuk
mengingat pengajaran yang lalu ini disebabkan oleh latar belakang murid yang berasal
daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan terabai yang menyebabkan
mereka ketinggalan daripada kemajuan dunia masa kini. Kekangan ini menyukarkan
murid mengingat akan pengajaran guru di sekolah. Ini akan mengakibatkan murid
tidak dapat menguasai kemahiran yang lebih sukar dalam sesuatu subjek. Hal ini
membawa masalah kepada murid tidak dapat mengingat perkara yang mudah
sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai ilmu baru yang akan diajarkan
oleh guru di dalam kelas.
Kajian lepas seperti Nor Ashikin (2015) dan Zuhairah Mahmud (2016) telah
mengkaji mengenai kelemahan guru dan latar belakang murid merupakan faktor murid
mudah lupa akan pengajaran guru di sekolah, namun kajian tersebut dijalankan secara
berasingan dan dalam konteks yang berbeza. Oleh itu, satu kajian yang komprehensif
perlulah dijalankan bagi menjaab permasalah berkaitan dengan penggunaan teknologi
masa kini dalam pengajaran kerana ini selaras dengan seruan kementerian
pendidikan untuk menggunakan teknologi masa kini dalam pengajaran dan
pemudahcaraan murid di dalam bilik darjah. Penggunaan teknologi amat sesuai
digunakan dalam pengajaran dan pemudahcaraan kerana murid-murid pada zaman
sekarang sudah terdedah dengan teknologi seperti komputer dan telefon pintar.
Penggunaan teknologi canggih ini akan membantu murid untuk lebih mengingati apa
yang dipelajari mereka di sekolah.

Justeru, penyelidikan ini cuba menganalisis masalah murid sukar mengingat


pengajaran guru dalam jangka masa panjang. Dalam menganalisis kajian ini, kaedah
tinjauan berasaskan soal selidik. Sampel kajian pula terdiri daripada murid-murid
sekolah rendah. Data dianalisis dengan menggunakan tematik.

Anda mungkin juga menyukai