Anda di halaman 1dari 4

Jawab semua soalan. Tulis jawapan yang betul sahaja.

1.Obsesif adalah merujuk kepada seseorang yang mengalami _________________


A. perlakuan yang berulang-ulang kerana menganggap perkara yang dilakukan
sebelum tidak bersih.
B. perasaan bahawa dia adalah manusia istimewa yang memiliki pelbagai bakat
yang dianugerahkan oleh tuhan.
C. pemikiran, imej atau impuls yang berterusan dan tidak mudah hilang dan
ianya menceroboh kesedaran di mana individu tersebut tidak berupaya untuk
mengawal dan melupakannya.
D. suasana yang menakutkan dan mengejutkan bagi satu jangka masa yang
panjang yang menyebabkan gangguan ingatan, mimpi yang mengerikan dan kerap
berasa seolah-olah berada dalam suasana ketegangan

2. ___________________adalah sebahagian daripada kategori ketidakfungsian


seksual yang berkaitan dengan kesakitan yang dialami oleh wanita semasa
mengadakan hubungan jenis.
A. Aversion
B. Mati pucuk
C. Hypoactive
D. Vaginismus

3. Seorang pelajar yang terjatuh dari motosikal dan dia hanya menyedarinya
apabila ibunya menceritakan apa yang telah berlaku semasa berada di hospital.
Isteri yang baru dikahwininya juga datang dan apabila berjumpa dia meluahkan
kesyukuran dan sayang kepada isterinya. Tetapi apabila isterinya berlalu dari
tempatnya dia bertanya kepada ibunya “siapakah perempuan itu (isterinya)?”.
Kecelaruan tersebut merujuk kepada ___________

A. Delusi
B. Obsesi
C. Delirium
D. Demensia
4. Remaja yang mengalami kecelaruan personaliti histrionik menunjukkan
_______________ .
A. sifat ingin kesempurnaan, pendominasi, kurang upaya untuk meluahkan
perasaan kasih sayang, terlalu menghambakan diri pada kerja.
B. suka menipu orang lain, lari dari rumah, tidak suka belajar, melawan guru,
berkelahi, mencuri dan melakukan sesuatu yang melanggar norma masyarakat.
C. tingkah laku pendiam, suka hidup secara bersendirian, tidak mahu berkahwin
dan tidak minat dalam aktiviti sosial dan seringkali tidak menunjukkan sebarang
reaksi apabila dipuji atau dikeji.
D. sifat yang mahukan orang lain memberi tumpuan atau dirinya sebagai
pusat tumpuan, tetapi memanipulasi orang lain dengan melebih-lebihkan
melalui ekspresi emosi dan tidak begitu memperdulikan perasaan orang lain.

5. Pernyataan yang manakah yang bukan menerangkan kecelaruan demensia?


A. Demensia ialah masalah pertuturan dan kefahaman yang semakin
berkurang berpunca daripada masalah penuaan atau peningkatan usia.
B. Demensia juga dikenali sebagai nyanyuk di mana mereka mengalami hilang
ingatan atau lupaan yang teruk akibat dari kemerosotan fungsi otak.
C. Demensia dipenuhi dengan fantasi kejayaan pada masa akan datang,
mengharapkan perhatian dan pujian daripada orang lain secara berterusan.
D. Demensia berpunca daripada penyakit Alzheimer di mana seseorang itu
mengalami kekurangan vitamin B12 dan hormon tiroid seterusnya menyebabkan
kematian sel-sel otak secara abnorma
1. Kecelaruan fetishisma adalah sejenis kecelaruan seksual di mana dorongan,
fantasi, dan tingkah laku seksual adalah melibatkan objek seperti pelbagai pakaian
dalam lelaki atau wanita.

2. Nelly seorang pelajar yang digelar perfectionist, sombong dan egoistik oleh
kawan-kawannya. Walau bagaimanapun, dia selalu berusaha kuat untuk
memperolehi kejayaan dan tidak boleh terima kegagalan. Sekiranya dikritik, dia akan
cepat marah dan mahukan layanan yang istimewa dari orang lain. Dia juga suka
membesar-besarkan pencapaian dan bakatnya. Nelly dikatakan mengalami
kecelaruan personaliti narsistik.
3. Kecelaruan personaliti skizoid dicirikan sebagai seorang individu pendiam.

4. Nyatakan 4 jenis kecelaruan skizofrenia.


i. Skizofrenia paranoid
ii. Skizofrenia hebefrenik
iii. Skizofrenia katatonik
iv. Skizofrenia Delusi

5. Voyuerisme adalah kecelaruan seksual yang didorong oleh fantasi dan tingkah
laku seksual melibatkan pengintaian (melihat) manusia berbogel, menanggalkan
pakaian atau melakukan aktiviti seksual.

6. Masokisme seksual adalah kecelaruan seksual yang menikmati seksual yang


melibatkan dicedera dan dihina oleh pasangan dan memperoleh kenikmatan seksual
apabila dicederakan oleh pasangan.

7. Aaron mengalami masalah tidak dapat mengawal waktu tidur dan dia sering
tertidur sewaktu menunggu giliran untuk membayar bil air, api, telefon dan
sebagainya. Aaron dikatakan mengalami kecelaruan tidur dari jenis narcolepsy .

8. Kecelaruan tidur Apnea merupakan gangguan tidur yang dicirikan kesukaran


bernafas berulang kali ketika sedang tidur. Kecelaruan ini kerap berlaku kepada
orang lelaki terutama yang lebih berat badan, mempunyai leher yang besar dan lidah
yang besar.
9. Kategori kecelaruan tidur yang berkaitan dengan gangguan mimpi ngeri semasa
tidur, tidur berjalan dan ketakutan sehinggakan dia sering terjaga, menjerit,
menangis dan sebagainya adalah merujuk kepada kecelaruan tidur dari
jenis parasomnias.

10. Bulimia nervosa merupakan satu gangguan fungsi makan yang ditandai oleh
episod nafsu makan yang lahap tanpa dapat dikawal dan diikuti dengan
memuntahkan makanan dengan sengaja dengan tujuan untuk mengawal
meningkatnya berat badan.

Anda mungkin juga menyukai