Anda di halaman 1dari 36

022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN SJK

MAKLUMAT KERTAS PEPERIKSAAN

Kod Mata Pelajaran : 022 (SJKC), 032 (SJKT)


Markah Penuh : 50
Masa : 1 jam 15 minit

FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN

Kertas Bahasa Melayu Penulisan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A: Markah yang diperuntukan ialah 10.

Bahagian B: Markah yang diperuntukan ialah 15.

Bahagian C: Jawab satu soalan sahaja. Markah yang diperuntukkan ialah 25.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


PRESTASI TERPERINCI

Bahagian A

SOALAN 1

Soalan ini menghendaki calon menulis lima ayat yang lengkap tentang keadaan di
sebuah stesen bas. Calon mestilah menulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
tunggal yang diberi.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon dapat mengemukakan jawapan yang cemerlang dengan memberikan idea yang
menepati gambar mengikut kehendak soalan yang diberikan. Calon mampu menulis lima
ayat yang gramatis berkaitan keadaan di sebuah stesen bas.
Ayat yang ditulis mengandungi perluasan subjek dan predikat serta keterangan yang
meluas.
Contoh: Seorang wanita sedang duduk berehat di atas bangku sambil
membaca buku supaya tidak membazirkan masa ketika menunggu
bas.
Namun begitu, terdapat satu kesalahan penggunaan kata yang tidak menjejaskan
struktur ayat.
Contoh: Seorang wanita sedang beratur di hadapan kaunter tiket untuk
membeli tiket bas ekspres.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Skrip ini menunjukkan calon dapat memberikan jawapan yang cemerlang dengan idea
yang menepati gambar mengikut kehendak soalan yang diberikan. Calon dapat
membina lima ayat yang gramatis berkaitan keadaan di sebuah stesen bas. Ayat yang
ditulis mengandungi subjek dan perluasan predikat.
Contoh: Encik Kamal menelefon adiknya yang tinggal di Johor Bahru
sementara menunggu bas.
Ayat-ayat tersebut tiada mengandungi kesalahan tatabahasa.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon masih dapat mengemukakan lima idea yang menepati kehendak soalan.
Contoh: 1. …membeli tiket…
2. …membuang sampah…
3. …duduk…
4. …membawa…
5. …menggunakan telefon…
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan penggunaan kosa kata dan ejaan
dalam ayat yang dibina.
Contoh: Kita perlulah membuang sambah ke dalam tong sampah
di mana-mana.
Calon terpengaruh dengan penggunaan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris, tetapi
masih menjawab tugasan.
Contoh: Kita haruslah duduk dibankang untuk wait bas.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon hanya dapat mengemukakan empat idea yang tepat menggunakan ayat yang
mudah. Terdapat satu idea yang tidak diterima.
Contoh: Encik Kamal melayan pembimbitan yang dibimbit oleh kawan
Encik Kamal.
Terdapat beberapa kesalahan penggunaan kosa kata yang tidak menjejaskan ayat.
Contoh: Puan Rozana membaca buku cerita yang kegemarannya.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Bahagian B

SOALAN 1

Ulasan perlulah berkaitan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah dalam bentuk
perenggan berdasarkan poster yang diberi. Panjangnya ulasan calon hendaklah antara
40 hingga 70 patah perkataan. Namun, calon boleh menulis lebih daripada 70 patah
perkataan.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon berupaya menulis ulasan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah
berdasarkan poster. Jawapan mengandungi idea yang sangat jelas, tersusun dan
menarik serta dapat memberikan pendapat, pandangan dan menggunakan idea tersirat.
Contoh: …agar kulitnya tidak mudah terlipat dan kelihatan kemas.
Ayat yang ditulis gramatis, penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta ejaan dan
tanda baca yang betul. Tiada kesalahan tatabahasa.
Contoh: Selain itu, kita haruslah menjaga buku-buku teks dengan baik
supaya murid yang lain dapat menggunakannya.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Contoh jawapan yang baik ini, mencakupi kehendak soalan. Jawapan yang ditulis
mengandungi idea tersirat.
Contoh: …agar buku-buku kelihatan kemas dan cantik.
Calon juga dapat mengolah dan menyusun idea tersebut dengan baik. Selain itu,
struktur ayat yang gramatis, penggunaan kosa kata yang tepat dan tiada kesalahan
tatabahasa dalam jawapan calon.
Contoh: Seterusnya, murid-murid tidak dibenarkan untuk menconteng dan
mengoyak buku teks yang telah diberi.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon masih menjawab tugasan namun, terdapat idea yang tidak menepati tugasan.
Contoh: …untuk menjamin kesejahteraan hidup.
Evidens calon ini menunjukkan penggunaan kosa kata yang terhad dengan susunan
ayat yang mudah. Di samping itu, masih ada beberapa kesalahan imbuhan dalam
jawapan calon.
Contoh: …untuk memudahkan penguna lain.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon masih menjawab tugasan walaupun hanya menggunakan sepenuhnya bahan


rangsangan yang diberi, tanpa mengemukakan idea tersirat dalam jawapan.
Penggunaan kosa katanya terhad, di samping kesalahan tanda baca dan imbuhan yang
agak ketara.
Contoh 1: Contohnya buku bahasa melayu, buku bahasa tamil, buku
pendidikan jasmani dan sebagainya.
Contoh 2: Akhir sekali, kita ta bolehlah dikoyakkan atau diconteng di
semua buku teks.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Bahagian C

SOALAN 1

Soalan ini menghendaki calon sebagai setiausaha Kelab Seni sekolah, menulis sebuah
karangan tentang laporan lawatan sambil belajar ke pusat jualan kraf tangan seperti
yang terdapat dalam maklumat yang diberi. Walaupun arahan soalan menetapkan
panjang karangan antara 70 hingga 100 patah perkataan, namun calon boleh menulis
lebih daripada jumlah perkataan yang telah ditetapkan.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Bahasa Melayu Penulisan SJK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Bahasa Melayu Penulisan SJK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Calon mampu memahami kehendak soalan iaitu menghasilkan karangan berformat
laporan tentang lawatan sambil belajar ke pusat jualan kraf tangan seperti yang terdapat
dalam maklumat yang diberi. Pengolahan idea disertakan dengan huraian dan contoh.
Idea yang disampaikan juga jelas, tersusun dan menarik.
Contoh: Kami melawat ke Pusat Jualan Kraf Tangan pada pukul 10.00 pagi.
Kami berpeluang untuk melihatkan pelbagai jenis kraf tangan
seperti tikar, bakul-bakul yang dianyam daripada mengkuang. Kami
juga melihat cara-cara menggunakan tanah luit untuk membuat
pelbagai jenis pasu bunga. Kami disetujukan untuk membuat pasu
bunga sendiri dan membeli pasu bunga yang dibuat sendiri.

Jawapan juga menggunakan pelbagai ayat yang gramatis, penggunaan imbuhan dan
kosa kata yang ditulis dalam karangan adalah meluas. Terdapat sedikit kesalahan tanda
baca dan penggunaan kata yang tidak menjejaskan karangan.
Contoh: Kami melawat ke Pusat Jualan Kraf Tangan pada pukul 10.00 pagi.
Kami berpeluang untuk melihatkan pelbagai jenis kraf tangan
seperti tikar, bakul-bakul yang dianyam daripada mengkuang. Kami
juga melihat cara-cara menggunakan tanah luit untuk membuat
pelbagai jenis pasu bunga. Kami disetujukan untuk membuat pasu
bunga sendiri dan membeli pasu bunga yang dibuat sendiri.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Bahasa Melayu Penulisan SJK 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Bahasa Melayu Penulisan SJK 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017
Calon menunjukkan kematangan dalam jawapan dengan mengemukakan idea yang
bernas dalam format laporan yang tepat. Idea yang ditulis beserta huraian dan contoh
yang menarik.
Contoh: Murid-murid melihat banyak jenis kraf tangan di sana. Contohnya
bakul, tudung saji, seruling, labu sayung, bola dan lain-lain lagi.
Semua kraf tangan di sana diperbuat daripada buluh.
Penggunaan kosa kata yang meluas dengan struktur ayat yang diolah secara tersusun
dan gramatis.
Contoh: Mereka juga membeli kraf tangan yang sangat diminati sebagai kenangan.
Terdapat beberapa kesalahan tanda baca, imbuhan dan penggunaan kata, di samping
penggunaan simpulan bahasa yang tidak tepat.
Contoh: bergelap mata kerana semua kraftangan di sana sangat cantik.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 1:

Bahasa Melayu Penulisan SJK 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Evidens calon tidak ditulis dalam format laporan. Calon hanya mengemukakan idea
tanpa huraian dan contoh.
Contoh: Bayaran adalah tambang bas dan makan tengah hari. Kami
bertolak pada 8.00 pagi dengan menaiki bas. Bilangan peserta
ialah 40 orang murid.
Terdapat banyak kesalahan imbuhan, kosa kata, ejaan, dan tanda baca tetapi tidak
menjejaskan keseluruhan karangan.
Contoh: Pada _ 11.15 pagi _ kami ada di dalam pusat jualan kraf tangan.
Pada _ 11.50 pagi _ kami sedang membeli teket untuk masuk ke
dalam _ .
Ada juga kesalahan stuktur ayat namun tidak mengganggu idea yang hendak
dikemukakan.
Contoh: Saya berasa gembira kerana boleh dengan kawan pergi ke Pusat
jualan kraf tangan.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 2:

Bahasa Melayu Penulisan SJK 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Karangan ini ditulis dalam format laporan yang lengkap. Walau bagaimanapun,
sebahagian daripada jawapan yang diberi kurang menepati tugasan yang dikehendaki.
Pengolahan idea terhad dengan kesalahan tatabahasa yang ketara. Terdapat juga
kesalahan struktur ayat yang menjejaskan idea.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SOALAN 2

Calon perlu menulis sebuah karangan tentang aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk
mengisi masa lapang. Walaupun arahan soalan menetapkan panjang karangan antara
70 hingga 100 patah perkataan, namun calon boleh menulis lebih daripada jumlah
perkataan yang telah ditetapkan.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Bahasa Melayu Penulisan SJK 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Jawapan ini menunjukkan calon menjawab tugasan yang diberi dengan cemerlang.
Pengolahan idea tersusun, jelas dan menarik beserta huraian dan contoh yang tepat.
Contoh: Salah satu aktiviti yang saya lakukan ialah bersenam di taman rekreasi.
Bersenam boleh mencerdaskan otak dan mencergaskan tubuh badan
saya. Bersenam juga dapat menyihatkan tubuh badan saya. Oleh itu,
mengisi lapang dengan bersenam sangat baik.
Calon berjaya menggunakan ayat yang gramatis dengan kosa kata yang meluas.
Contoh: Bersenam boleh mencerdaskan otak dan mencergaskan tubuh badan
saya.
Gangguan kesalahan tatabahasa tidak menjejaskan keseluruhan karangan.
Contoh: Saya melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dapat mengelakkan saya
membuat gejala yang buruk.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Bahasa Melayu Penulisan SJK 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Evidens menunjukkan kemampuan calon mengolah karangan dengan cemerlang. Idea
berjaya diolah dengan ayat yang gramatis, jelas dan menarik.
Contoh: Antaranya, saya bersukan untuk mengisi masa lapang saya.
Apabila saya bersukan tubuh saya akan berpeluh. Secara tidak
langsung, badan saya akan menjadi sihat. Sebagai contoh,
saya bermain badminton kerana ia adalah antara senaman yang
menjadikan tubuh sihat.
Dalam aspek tatabahasa, calon berjaya menggunakan kosa kata yang meluas dan
menarik. Contoh: terjebak dalam gejala sosial. Penggunaan peribahasa yang sesuai
dapat diaplikasikan oleh calon. Contoh: melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 1:

Bahasa Melayu Penulisan SJK 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Jawapan calon ini masih menepati kehendak soalan yang diberi. Idea yang diberikan
tidak dapat dihurai dengan jelas kerana kesilapan penggunaan kosa kata yang tidak
sesuai dan bercampur aduk dengan bahasa Inggeris.
Contoh: Pada hari Sabtu, saya mengambil masa lapang untuk membaca
buku-buku kerana tahun enam akan peperiksaan UPSR. Target
saya ialah tiga A.
Calon juga melakukan kesilapan dalam aspek tanda baca dan penggunaan imbuhan.
Contoh: Selepas itu, saya ambil buku-buku bahasa cina untuk membaca.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Contoh Jawapan Sederhana 2:

Bahasa Melayu Penulisan SJK 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Penulisan evidens calon masih menepati tugasan. Idea dinyatakan tetapi tidak
disertakan dengan huraian dan contoh.
Contoh: Tengahari, saya melakukan aktiviti bermain bola sepak dan
badminton di padang sekolah. Selepas saya bermain saya pulang
ke rumah.
Ayat yang digunakan juga kurang variasi dan terdapat pengulangan frasa dalam
beberapa perenggan. Contoh: saya melakukan aktiviti.
Penggunaan ayat yang tidak gramatis.
Contoh: Saya sudah bermain saya merehatkan otak saya setengah jam.
Ada juga kesalahan penggunaan kata majmuk dan ejaan yang tidak menjejaskan ayat.
Contoh: tengahari dan takrow

Bahasa Melayu Penulisan SJK 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SARANAN KEPADA CALON

Bahagian A

1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.


Mereka perlu mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam gambar sebelum
menulis ayat.
2. Tandakan aktiviti yang dilakukan oleh pelaku (watak) dalam gambar. Calon perlu
mengenal pasti dan mempelbagaikan subjek dalam ayat.
3. Tulis dan catat kata kerja yang tepat berkaitan gambar. Kemudian, bina lima ayat
yang lengkap. Elakkan menulis dalam bentuk penceritaan.
4. Calon boleh menggunakan nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam
gambar atau bahan rangsangan.
5. Calon perlu membina ayat yang mengandungi perluasan subjek dan predikat
atau salah satu daripadanya serta bervariasi.
6. Banyakkan membaca serta menjawab latihan bagi meningkatkan tahap
penguasaan kosa kata.
7. Jadikan buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian
Pendidkan Malaysia sebagai satu sumber rujukan utama dan bahan
pembelajaran.
8. Penanda wacana tidak diperlukan.

Bahagian B

1. Arahan dan kehendak soalan perlu difahami oleh calon dengan jelas.
2. Sebelum menulis ulasan, garisi kata kunci pada soalan.
3. Calon perlu menggunakan idea tersurat yang terdapat dalam poster.
4. Jawapan calon perlu mengandungi pendapat, pandangan atau idea tersirat
berdasarkan poster.
5. Calon perlu menulis ulasan yang jelas, tersusun dan menarik berdasarkan
poster.
6. Calon perlu menulis ayat yang gramatis, penggunaan imbuhan, kata ganda, kata
majmuk dan kosa kata yang meluas.
7. Bagi menghasilkan jawapan yang baik, calon perlu menggunakan penanda
wacana yang sesuai seperti di samping itu, selain itu, seterusnya dan
sebagainya.
8. Ulasan mesti ditulis dalam bentuk perenggan.
9. Semak semula setiap jawapan yang telah ditulis supaya tiada kesalahan ejaan
dan tanda baca.
10. Elakkan pengaruh bahasa ibunda dan bahasa asing dalam ayat. Bagi
menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak membuat latihan
penulisan serta membuat rujukan daripada pelbagai sumber.

Bahagian C

1. Calon perlu membaca dan memahami arahan dan kehendak soalan.


2. Baca kedua-dua soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. Garisi kehendak
soalan yang dibaca tadi. Kemudian, pilih soalan yang boleh dikuasai dengan
baik.
3. Baca dan fahami stimulus soalan karangan yang diberi untuk membantu
penulisan karangan.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


4. Bagi karangan yang berformat, hendaklah menulis karangan dengan format yang
lengkap.
5. Sebelum menulis, bina rangka karangan atau peta minda berdasarkan kehendak
soalan. Karangan mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan isi
dan diakhiri dengan penutup.
6. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi disertakan dengan huraian dan contoh
dengan pengolahan idea yang sangat baik, penyampaian yang jelas, tersusun
dan menarik.
7. Guna penanda wacana untuk merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan
dengan perenggan sebagai kesinambungan tugasan.
8. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


SARANAN KEPADA GURU

Bahagian A

1. Guru perlu menggunakan buku teks dalam pengajaran serta bahan rujukan lain
sebagai panduan. Penggunaan Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian
Perkembangan Kurikulum haruslah dititikberatkan bagi peluasan kosa kata
murid.
2. Guru hendaklah memastikan murid dapat mengenal pasti idea yang tepat
berpandukan bahan rangsangan.
3. Guru perlu memandu murid untuk membina ayat yang mengandungi perluasan
subjek dan predikat atau salah satu daripadanya serta bervariasi.
4. Guru perlu membimbing murid membina lima ayat yang gramatis.

Bahagian B

1. Guru perlu menjelaskan kepada murid perbezaan antara idea tersurat dan idea
tersirat berpandukan bahan rangsangan.
2. Guru perlu kreatif dalam mencipta teknik yang mudah difahami oleh murid untuk
mencari idea tersirat.
3. Guru perlu membimbing murid memberikan pendapat atau pandangan sendiri
berdasarkan idea tersurat untuk menulis ulasan.
4. Murid perlu didedahkan dengan pelbagai bentuk latihan dan bahan rangsangan.
5. Guru perlu menyesuaikan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan serta
bahan rangsangan, mengikut tahap penguasaan murid.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017


Bahagian C

1. Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan oleh guru
dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan bagi menarik minat murid.
Teknik membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses
membina karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid
meningkatkan mutu penulisan karangan yang mantap dan menarik.
2. Bagi membantu murid mengatasi kelemahan dalam penulisan, guru perlulah
memberi bimbingan secara terperinci berkaitan kekuatan dan kelemahan
tugasan yang dihasilkan oleh murid. Hasil-hasil karangan yang cemerlang
dipamerkan di sudut bacaan atau di ruangan bahasa sebagai satu rangsangan
kepada murid lain untuk dijadikan contoh.
3. Dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan, setiap kemahiran dengar tutur,
membaca dan menulis perlu dilaksanakan bagi memastikan murid menguasai
kemahiran asas bagi menghasilkan karangan yang baik. Guru perlu memberi
perhatian kepada murid yang masih belum menguasai penulisan dengan
memberikan pelbagai bentuk latihan seperti karangan berpandu, karangan
separa berpandu, karangan terkawal, karangan separa terkawal serta karangan
bebas mengikut tahap kemampuan murid.
4. Kepelbagaian jenis karangan wajar didedahkan kepada murid dengan memberi
contoh-contoh sebagai bahan rangsangan.
5. Guru mestilah memberi penerangan dan penekanan format karangan agar murid
dapat menulis karangan yang lengkap dengan tepat.

Bahasa Melayu Penulisan SJK 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Anda mungkin juga menyukai