Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA ISMP 2019

SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM ePenawaran

ARAHAN

Semua calon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi panduan
permohonan yang telah ditetapkan.

Panduan Am Mengisi Borang Permohonan Secara Atas Talian

1. Calon perlu mengemukakan permohonan secara atas talian (online) melalui portal
ePenawaran yang boleh diakses melalui pautan
https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm

2. Calon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan di halaman Daftar
Pengguna. Kata laluan yang digunakan hendaklah tidak melebihi enam (6) aksara. Kata
laluan yang telah didaftarkan hendaklah disimpan dengan baik bagi membolehkan
rujukan/kemas kini.

3. Calon dibenarkan menghantar satu (1) permohonan dan membuat pindaan sebanyak
tiga (3) kali sahaja.

Peringatan:
i. Borang permohonan yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak
akan diproses.

ii. Permohonan secara online tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil.


Sijil-sijil ASAL perlu dibawa semasa temu duga.

iii. Calon dinasihatkan supaya memuat turun borang permohonan sebagai


panduan untuk memudahkan proses mengisi borang secara online.

4. Calon perlu mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti


permohonan telah dibuat. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian berikut:

i. Masalah teknikal semasa mengisi permohonan online:


03-8321 7034 / 7147

ii. Pertanyaan mengenai urusan penawaran:


03-8870 4020 / 6000 / 6373 / 6442 / 4961 / 6338 / 6361

iii. Pertanyaan mengenai program tajaan: 03-8321 7128/7082

Halaman 1 daripada 5
PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA ISMP 2019
SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM ePenawaran

5. Permohonan bagi sesi tajaan 2019/2020 adalah mulai 1 Mac 2019 (Jumaat), jam 4.00
petang (GMT+8) hingga 31 Mac 2019 (Ahad) jam 11.59 malam (GMT+8). Permohonan
yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Panduan Terperinci Bagi Mengisi Borang Permohonan Online

A. Diri

1. No. Kad Pengenalan

 Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan. Jangan masukkan tanda sempang


atau ‘-‘.

 Contoh: bagi no. K/P 811111-11-5111, hanya perlu memasukkan


811111115111.

 Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh
dipinda selepas pendaftaran.

2. Nama

 Sila isi nama penuh dengan HURUF BESAR seperti dalam Kad Pengenalan
baharu.

 Contoh: RAYYAN AN-NAUFAL BIN ROSLI

3. Alamat Rumah

 Sila masukkan alamat rumah dengan lengkap. Jika ruang tidak mencukupi, sila
gunakan perkataan yang ringkas.

 Contoh: NO. 8, JLN 1/8, TMN DESA IMPIAN

4. Nombor Telefon Rumah Dan Telefon Bimbit

 Sila masukkan nombor telefon tanpa sebarang tanda sempang atau ‘-‘ antara
nombor.

 Contoh: bagi talian 012-3456789, hanya masukkan 0123456789.

Halaman 2 daripada 5
PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA ISMP 2019
SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM ePenawaran

B. Pengajian

1. Bidang/Kursus

 Sila buat pilihan bidang/kursus yang sedang anda ikuti (seperti dalam surat
tawaran universiti). Kod dan bidang/kursus yang ditawarkan adalah seperti
dalam senarai pilihan yang diberikan.

C. Akademik

1. Maklumat Akademik

 Sila isi semua ruangan jawapan (seperti perincian di bawah) dan tekan butang
SIMPAN untuk ke halaman seterusnya.

D. Ko-Kurikulum

1. Sukan

 Sila nyatakan jenis sukan yang diceburi semasa menuntut di Universiti Awam
dan pilih peringkat tertinggi yang pernah bertanding.

Halaman 3 daripada 5
PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA ISMP 2019
SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM ePenawaran

2. Persatuan

 Sila nyatakan nama persatuan yang dianggotai semasa menuntut di Universiti


Awam dan jawatan yang disandang dalam persatuan.

3. Pasukan Beruniform

 Sila nyatakan nama pasukan beruniform yang dianggotai semasa menuntut di


Universiti Awam dan jawatan yang disandang dalam pasukan.

E. Ibu Bapa/Penjaga

1. Nombor Kad Pengenalan

 Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan baharu/No. Tentera/No. Polis. Jika


ibu/bapa telah meninggal dunia/tiada, sila masukkan TIADA.

 Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa tanda sempang atau ‘-‘.

 Contoh: bagi no. K/P 770707-07-5007, hanya perlu masukkan 770707075007.

2. Alamat Majikan Dan Alamat Rumah

 Sila masukkan alamat dengan lengkap. Jika ruang tidak mencukupi, sila
gunakan perkataan yang ringkas.

 Contoh: NO. 1, JLN 1/8, TMN ANGSA EMAS.

3. Nombor Telefon Majikan Dan Nombor Telefon Rumah

 Sila masukkan nombor telefon tanpa sebarang tanda sempang atau ‘-‘ antara
nombor.

 Contoh: bagi talian 03-5413 2100, masukkan sebagai 0354132100.

4. Butiran Pendapatan Dan Tanggungan Ibu Bapa/Penjaga

 Sila masukkan maklumat tanggungan ibu/bapa/penjaga.

Halaman 4 daripada 5
PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA ISMP 2019
SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM ePenawaran

 Jika ibu/bapa/penjaga telah meninggal dunia/tiada, sila masukkan ‘0’ (nombor


kosong) di ruangan berkenaan.

F. Pengakuan

1. Sila tandakan pengakuan (√) di petak yang disediakan.

PERINGATAN

 Sila semak semua maklumat yang telah diisi dan pastikan maklumat betul sebelum
menghantar permohonan.

 Sila klik HANTAR setelah melengkapkan permohonan dan pastikan Slip Pengesahan
Penghantaran Permohonan dicetak sebagai bukti permohonan telah dihantar.

 Permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemas kini.

Halaman 5 daripada 5

Anda mungkin juga menyukai