Anda di halaman 1dari 13

Stail G- Pengajaran Berpusat

Definisi
-aktiviti pengajaran berpusatkan murid. -pelajar bersama-sama mencari jawapan (tindak balas) yang betul kepada masalah yang ditetapkan. -Guru: membuat keputusan, termasuk konsep sasaran yang akan dicapai, dan merancang satu masalah atau isu untuk disampaikan kepada pelajar -Pelajar: terlibat dalam proses pemikiran, pertanyaan, dan logik untuk membuat perhubungan secara berurutan tentang kandungan pengajaran untuk mendapatkan jawapan.

Objektif
-untuk mencari penyelesaian kepada masalah. -untuk mencari urutan kandungan pembelajaran(bersambung secara logik) yang akan mengarah ke penyelesaian masalah. -untuk mencari pola pemikiran tentang kandungan pembelajaran. -untuk terlibat dalam penemuan konvergen, hasil daripada satu penyelesaian masalah.

-untuk mengaktifkan kemahiran menyelesaikan masalah secara logik, munasabah dan berurutan. -untuk membina urutan yang khusus dan mencari proses kognitif yang menghasilkan hierarki sementara yang dapat menyelesaikan masalah. -supaya pelajar dapat mengalami kepuasan dari segi kognitif dan emosi semasa menyelesaikan masalah.

Ciri-ciri
Pelajar mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah dengan menggunakan kemahiran logik dan munasabah dan membina dan menghubungkan soalan yang akan mengarah ke respon jangkaan. Pelajar mengeluahkan soalan dalam urutan logik yang akan mendapatkan jawapan jangkaan.

Pelajar menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menyelesaikan masalah, namun akhirnya mereka akan menghasilkan satu tindak balas yang sama. Peranan pelajar: menganalisa masalah, mengalami proses pemikiran untuk mendapatkan penyelesaian, menilaikan ketepatan prosedur dan jawapan dengan memeriksa ciri-ciri kandungan pengajaran.

Peranan Guru: menyatakan masalah, mengikuti proses pemikiran pelajar, membahagikan maklum balas atau clues tanpa menyatakan jawapan.

Cara Pelaksanaan
Pra Impak: -Guru merancang dan membuat keputusan -Guru mereka masalah atau isu yang akan mengarah kepada penemuan kognitif atau fizikal yang dijangka.

Impak: -Guru memberitahu pelajar masalah yang disediakan. -Guru memerhatikan pelajar di sepanjang proses penemuan -Pelajar membuat keputusan tentang siri dan urutan soalan yang akan ditanyakan kepada guru. -Pelajar memilih proses pemikiran -Pelajar adalah bebas di sepanjang tempoh mencari atau mendapatkan penyelesaian masalah.

Pos Impak: Pelajar menilai ketepatan jawapan dengan menyemak semula langkah-langkah, trial and error dan melihat sama ada jawapan tersebut dapat menyelesaikan masalah. Bergantung kepada tugasan yang dibuat, guru boleh bagi pelajar helaian kriteria supaya mereka dapat menilai jawapan mereka. Selepas itu, guru boleh menanya soalansoalan untuk menilai jawapan mereka.

Kebaikan
Pelajar dapat: Meningkatkan kemahiran belajar dan memperoleh pengetahuan yang bermakna Bertanggungjawab pada diri sendiri dan pembelajaran Merasai kejayaan hasil cara yang dipilih mereka Memperoleh lebih pengetahuan kerana mereka terlibat secara langsung dalam pembelajaran

Guru dapat: Mengurangkan beban dan kerja Pelajar memberikan lebih banyak perhatian dan sudi terlibat dalam proses P&P

Kelemahan
Proses penemuan memakan masa yang panjang dan menuntut kesabaran di kalangan guru. Guru sukar untuk mengawal kelas. Pelajar kurang motivasi diri.

Anda mungkin juga menyukai