Anda di halaman 1dari 1

Nama : Nurul Azlin Binti Abd Aziz

Selasa (11/6/2019)

Pada hari pertama bermulanya sesi praktikum kami, saya dan tiga orang rakan saya tiba di
Sekolah Kebangsaan Perdana Jaya SS19 pada 6.50 pagi. Kami terus ke pejabat dan
mendaftarkan diri bersama Penolong Kanan Pentadbiran SK Perdana Jaya, Encik
Muhammad Faisol Bin Abdul Majid. Kami dijemput dengan sangat mesra oleh beliau dan juga
guru-guru SK Perdana Jaya. Semasa mendaftarkan diri, kami diberi prosidur ringkas tentang
tugas kami sepanjang berkhidmat sebagai guru pelatih di dalam sekolah tersebut. Antaranya
ialah etika pemakaian, penyerahan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada setiap hari
Jumaat dan sebagainya lagi.

Kami juga diberikan jadual kelas iaitu kelas major Bahasa Melayu dan Minor
Matematik. Setiap daripada kami diberikan sebanyak 12 waktu pengajaran, 10 waktu Bahasa
Melayu selebihnya adalah waktu pengajaran subjek Matematik. Saya ditugaskan untuk
mengajar kelas tahun 5 Champion untuk Bahasa Melayu dan kelas tahun 4 Champion untuk
subjek Matematik. Di samping itu, kami juga meminta beberapa nasihat dan pesanan daripada
Encik Faisol tentang cara mengajar dengan baik serta berkesan kepada pelajar. Antaranya
ialah dengan penggunaan ‘Flash Card’ dimana guru dapat mengenalpasti kefahaman murid
atau objektif pembelajaran tersebut tercapai ataupun tidak.

Selepas mendaftarkan diri, kami mula beramah mesra dengan guru-guru di SK


Perdana Jaya di dalam bilik guru sekolah. Setiap daripada kami diberikan meja khas dan
sangat selesa. Guru-guru SK Perdana Jaya juga memberikan layanan yang mesra kepada
kami. Dalam masa yang sama, kami dapat bertanya dan mendapat pendapat daripada
mereka tentang pekerjaan profesionalisma guru ini. Kesimpulannya, hari pertama kami
berlangsung dengan ceria dan seronok kerana diberikanan layanan yang mesra oleh guru-
guru, staf dan murid SK Perdana Jaya. Kami juga berjaya mendapat banyak input yang
berkesan pada hari tersebut.

Anda mungkin juga menyukai