Anda di halaman 1dari 6

MUKADDIMAH

Hikmah kebijaksanaan seseorang wujud hasil dari didikan yang berterusan atau datangnya
langsung dari Allah swt kepada hamba-hambaNya yang terpilih.

Hikmah kebijaksanaan yang diperolehi Luqman al-Hakim,menjadikan beliau seorang yang


sentiasa taat serta patuh kepada perintah yang MahaKuasa dan sentiasa bersyukur
terhadapNya.Beliau tidak pernah berbangga dengan kelebihan yang ada pada dirinya.Beliau
amat dikagumi dan dihormati oleh sesiapa sahaja yang pernah berbicara dengannya
disebabkan kebijaksanaannya.

SIAPAKAH LUQMAN AL-HAKIM

‫ولقد ءاتينا لقمان الحكمة ان اشكر هلل ومن يشكر فانما يشكر لنفسه ومن كفر فان هللا غني حميد‬

Ayat 12 surah Luqman

Dan sesungguhnyatelah Kami

berikanhikmahkepadaLuqmaniaitu;BersyukurlahkepadaAllah.Danbarangsiapa

yang bersyukuruntukdirinyasendiri,danbarangsiapa yang

tidakbersyukur,makasesungguhnya Allah MahakayalagiMahaterpuji.

Terdapat banyak pendapat dan perdebatan tentang asal-usul dan siapakah Luqman al
Hakim,adakah dia seorang nabi atau seorang hamba yang soleh;

a) Ibnu Jarir berkata menurut Khalid arRib’I;Luqman adalah seorang hamba(budak) dari
Habsyi(Ethiopia) dan tukang kayu.Tuannya berkata kepadanya;Sembelihlah kambing
ini untuk kami!Lalu dia menyembelihnya.Tuannya berkata;Keluarkanlah duadaging
yang paling baik! Lalu dia mengeluarkan lidah dan hati.Kemudian ia diam sejenak
lalu berkata;Sembelihkanlah kambing ini pula untuk kami!Lalu dia
menyembelihnya.Maka tuannya berkata;Keluarkanlah dua daging yang paling
buruk.Lalu dia mengeluarkan lidah danhati.Tuannya berkata kepadanya.Aku
perintahkan kepadamu mengeluarkan dua daging yang paling baik,lalu kamu
mengeluarkan keduanya dan aku perintahkan kamu untuk mengeluarkan dua daging
yang paling buruk lalu kamu mengeluarkan keduanya juga.
Maka Luqman menjawab;Kerana tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada
keduanya jika keduanya baik dan tidak ada sesuatu yang lebih buruk daripada
keduanya jika keduanya buruk.
Ini menunjukkan kata-kata hikmah dan kebijaksanaan Luqman al-Hakim.
b) Ibnu Abi Hatim berkata;Suatu hari Abud Darda’menceritakan Luqman al-Hakim;Dia
tidak pernah diberikan sesuatu seperti keluarga,harta,kehormatan dan sesuatu
hal.Namun dia adalah seorang yang penyabar,pendiam,pemikir,tidak pernah tidur
siang,tidak meludah,riak dan ketawa.Tidak pernah mengulang perkataannya kecuali
kata-kata hikmah yang diminta oleh seseorang untuk mengulanginya.
c) MenurutZamakhsyari
Didalam kitab “al-Kasysaf”,Luqman al-hakim hidup di zaman nabi Daud.Beliau
adalah seorang hamba sahaya yang berkulit hitam,bibir tebal dan dua telapak kakinya
pecah.
Menurut Hadis riwayat Ibnu Abas;
Sesungguhnya Luqman itu bukan seorang nabi dan bukan seorang raja tetapi dia
adalah seorang pengembala yang hitam,Allah swt memberi rezeki dengan
menjadikannya seorang budak yang diterima ucapan dan wasiatnya.
d) Mujahid juga berpendapat sama seperti Zamakhsyari;
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Musayyap,menyebutkan bahawa Luqman seorang
budak berkulit hitam dari Sudan dan pekerjaannya sebagai tukang jahit.
e) Ada yang mengatakan;

Luqman al-Hakim adalah anak kepada Faqhur bin Nakhur bin Tarikh,beliau
merupakan anak saudara kepada nabi Ibrahim a.s dan ada yang mengatakan beliau adalah
anak saudara nabi Ayuba.s.

f) Para ulamak sepakat mengatakan bahawa Luqman al-Hakim adalah seorang ahli
hikmah(bijaksana) dan bukan seorang nabi.

g) Manakala menurut Ikrimah dan Assyi’bi,Lukman al-Hakim adalah seorang nabi


kerena lafaz “Hikmah” dalam ayat 12 surah Luqman bermakna “kenabian”

Luqman al-Hakim hidup selama seribu tahun sehingga beliau dapat menemui nabi Dauda.s.
di zaman kebangkitan baginda serta membantu dengan hikmah.Beliau pernah menjadi hakim
untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
h) Menurut Ahmad Sonhadji Mohamad di dalamTafsir al-Quran,PustakaMizan:

Terdapat beberapa versi cerita mengenai asal-usul atau siapakah Luqman al-Hakim;

1) Luqman al-Hakim adalah seorang hamba berbangsa Habsyi,pekerjaan yang


dilakukan sebagai tukang kayu dan pengembala kambing.Suatu masa,beliau
bertemu seorang lelaki dan menuturkan kata-kata dengan penuh hikmah
sehingga lelaki itu takjub lalu bertanya;
Lelaki: “Bukankah kamu seorang pengembala kambing?
Luqman menjawab: “Benar”
Lelaki: Bagaimana kamu mencapai kedudukan begini?
Luqman al-Hakim: Aku memperolehi untuk bercakap benar,memelihara amanah dan
tidak ambil tahu apa yang bukan urusanku.
2) Sesetengah para ulamak mengatakan Luqman al-Hakim adalah seorang
hamba berkulit hitam berasal dari Sudan,bibirnya tebal dan tapak kakinya
retak.
3) Suatu masaLuqman al-Hakim telah tertidur pada waktu tengahari,lalu
terdengar satu suara memanggilnya;wahai Luqman!Mahukah kamu jika Allah
menjadikan kamu khalifah dibumi dan memerintah manusia dengan hukum
yang benar?Jawabnya;Jikalau tuhanku menyuruh memilih,aku akan memilih
afiat(selamat) dan aku tidak mahu bala(ujian).Tetapi jika ditugaskan juga,aku
akan taat kerana aku tahu bahawa Allah apabila menetapkan sesuatu
kepadaku,Dia pasti akan menolongku dan memeliharaku.
Para malaikat bertanya:Wahai Luqman!Adakah kamu suka jika diberi
hikmah?Luqman menjawab:Sesungguhnya kedudukan seorang hakim adalah
berat,dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat.Jika
hakim tersebut adil maka dia akan selamat dan jika sebaliknya dia akan ke
neraka.Siapa yang memilih dunia lebih dari akhirat dia akan terfitnah oleh dunia dan
tidak akan mendapat akhirat.Malaikat menjadi takjub apabila mendengar kata-kata
Luqman.Apabila Luqman tertidur,dia dikurniakan hikmah lalu terjaga dan berbicara
dengan kata-kata yang berhikmah.

PENGAJARAN DAN HIKMAH KISAH LUQMAN AL-HAKIM


Terdapat banyak pengajaran yang boleh diperolehi dalam kisah Luqman al-Hakim
yang Allah swt ingin sampaikan dalam pendidikan kepada hambaNya;
Ini dirakamkan didalam dialog Luqman al-Hakim kepada anaknya;
1)

‫يبني ال تشرك باهلل ان الشرك لظلم عظيم‬


Hai anakku,janganlah kamu mempersekutukan Allah,sesungguhnya

mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang

besar.(Ayat 13)

Nasihat pertama dan yang terpenting Luqman terhadap anaknya ialah jangan
mempersekutukan Allah kerana perbuatan tersebut merupakan dosa yang amat besar.

2) ‫ووصينا االنسان بوالديه حملته امه وهنا على وهن‬

Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuatbaik) kepada kedua


ibubapanya,ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang
bertambah-tambah.

(Ayat 14)

Betapa ibu yang mengandung sanggup menanggung kelemahan dan kesulitan yang amat
berat dan bertarung nyawa demi anaknya.

3) ‫ان اشكر لي ولولديك الي المصير‬


Bersyukurlah kepadaKu dan keduaibubapamu ,hanya kepadaKulah kamu
kembali.

(Ayat 14)

Perlunya mensyukuri setiap nikmat dari Allah dan segala sesuatu mendapat ganjaran
daripadaNya kerana Dialah tempat kita kembali kelak.

4) ‫وان جهداك على ان تشرك بي ما ليس لك به علم فال تطعهما‬


Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu
yang engkau tidak punyai ilmu tentangnya maka janganlah engkau taati
keduanya..

Apabila kedua ibubapa memaksamu untuk menuruti agama mereka maka janganlah patuhi
mereka.Namun kamu perlu berlaku baik terhadap keduanya didunia ini secara maaruf .

5) ‫ثم الي مرجعكم فانبئكم بما كنتم تعلمون‬

Kemudian hanya kepadaKu tempat kembalimu maka akanAku beritahu


kepadamu apa yang telah kamu kerjakan...

6)

‫يبني انها ان تك مثقال حبة من خردل فتكن في صخرة او في السموت‬

‫او االرض يات بها هللا ان هللا لطيف خبير‬

Luqman berkata:Wahai anakku,sesungguhnya jika ada (sesuatu perubatan) seberat


biji sawi dan berada didalam batu atau di langit atau di dalam bumi,nescaya Allah
akan mendatangkannya (membalasinya).Sesungguhnya Allah Maha halus lagi
Maha mengetahui.

Ini adalah wasiat-wasiat bermanfaat dari Luqman al Hakim yang diceritakan oleh Allah swt
agar manusia menjunjung tinggi dan mentauladaninya.

Kezaliman dan kesalahan sekalipun sebesar biji sawi pasti akan mendapat pembalasan dari
Allah swt kerana Dia Maha Teliti pada setiap sesuatu,tidak ada sesuatupun yang
tersembunyi.Allah swt akan menghadirkannya pada hari kiamat ketika mendirikan timbangan
keadilan serta membalasnya.

7)

‫يبني اقم الصلوة وامر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما اصابك‬
‫ان دلك من عزم االمور‬
Wahai anakku dirikanlah solat dan suruhlah(manusia) melakukan kebaikan dan
mencegah (mereka) dari perubatan mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang
menimpamu.

Luqman al –Hakim menasihati anaknya supaya mendirikan solat dengan menegakkan batas-
batas,melakukan fardu dan menepati waktunya.Mengajak manusia melakukan kebaikan dan
mencegah kemungkaran serta kejahatan sesuai dengan kemampuan dan kesungguhan
diri.Perlu banyak bersabar dalam berdakwah.

8)

‫وال تصعر خدك للناس وال تمش في االرض مرحا ان هللا ال يحب كل مختال فخور‬

Dan janganlah memalingkan muka dari manusia(kerana sombong) dan janganlah


kamu berjalan dimuka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Dia berkata:Janganlah engkau palingkan wajahmu dari manusia jika engkau berkomunikasi
dengan mereka atau mereka berkomunikasi denganmu kerana kesombongan.Akan tetapi
rendahkanlah dan maniskanlah wajahmuterhadap mereka.Janganlah sombong dan takabbur
kerana Allah amat murka terhadap orang-orang yang bersifat demikian.

9)

‫واقصد في مشيك واغضض من صوتك ان انكر االصوت لصوت الخمير‬

Dan bersederhanalah kamu ketika berjalan dan lunakkanlah


suaramu.Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

Berjalanlah secara sederhana,tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat.Janganlah kamu
berlebihan dalam berbicara dan jangan menguatkan suara pada sesuatu yang tidak
bermanfaat.Suara yang amat buruk umpama suara keldai yang sangat kuat,hal ini amat tercela
dan haram serta dimurkai oleh Allah swt.

Anda mungkin juga menyukai