Anda di halaman 1dari 22

LIST 20

Kisah Saya Dulu-dulu.. [SS] - Syok Sendiri

Salam, hai saya Affiq Fadzil, seorang usahawan


internet. Berbalik pada tahun 2012 dahulu, ketika
saya baru bermula, saya selalu dapat idea untuk
buat bisnes produk yang saya rasa sangat
membantu dan diperlukan oleh ramai orang, saya
fikir ramai orang akan beli dari saya, jadi saya akan
untung besar!

Jadi, saya pun beli stok produk tersebut dalam kuantiti yang banyak, buat
facebook page dan belajar buat borang tempahan online, belajar juga buat
facebook ads. Siap beli sampul bungkusan untuk pos barang.

Ambil gambar produk, edit cantik-cantik dalam photoshop, lepas tu posting kat
facebook page, kemudian set post tu jadi facebook ads. Bersedia tunggu sms
atau komen orang yang berminat nak beli.

Tunggu punya tunggu…hmm….krik..krik…. ada seorang dua yang komen


bertanya, lepas tu diam menyepi. Sehari ok lagi, sampai sebulan nak cecah 5
sale pun susah! Senang cerita balik modal pun tidak..zero..zero profit! Tak
untung!

Sedih , ayat iklan rasanya dah memukau, teknikal gambar dan susunan iklan
untuk fb ads dah ikut macam dalam belajar dari ebook panduan, apa lagi yang
tak kena sebenarnya saya pun tak tahu.

Anda pernah jadi macam ni??

2
Sebenarnya ramai peniaga online ada masalah ini. Jika semua aspek dah betul,
hanya tinggal satu kemungkinan sahaja, iaitu produk itu sendiri. Produk itu
tiada permintaan, tiada demand, bukan hot produk pada waktu tersebut!

Saya SS – Syok Sendiri dengan buat andaian produk yang saya rasa bermanfaat
akan dibeli oleh ramai orang. JANGAN JADI MACAM SAYA masa dulu-dulu.

Jadi apabila saya tahu produk itu sendiri puncanya, saya mula buat research
produk hot. Dan hasilnya.. ☺ seperti yang saya mahukan. Ini hasil yang anda
juga boleh dapat jika produk yang anda jual adalah produk yang hot, mendapat
permintaan tinggi pada masa tersebut!

Apa yang saya akan kongsikan kepada anda ialah senarai produk yang
mendapat permintaan tinggi, hot demand pada masa sekarang. Senarai ini
adalah hasil dari research saya sendiri.

3
Apakah Kegunaan List Produk HOT ini?

List produk HOT ini memberikan anda idea-idea fresh tentang produk fizikal
yang mendapat permintaan tinggi dan sesuai untuk anda jual di facebook pada
masa sekarang.

Anda tak perlu pening kepala untuk fikir dan meramal produk apa yang laku
keras dan menguntungkan anda. Saya sendiri sudah lakukan research untuk
anda dan produk yang saya senaraikan ini terbukti mendapat permintaan
tinggi.

Jadi anda tak perlu habiskan masa berhari hari dan berminggu minggu lakukan
research, anda boleh terus gunakan list yang saya berikan untuk mulakan
bisnes facebook anda. Anda boleh mula menjual dan profit secepat mungkin!

Jom lihat list 20 produk HOT ini di mukasurat seterusnya, enjoy!

4
List Produk HOT di Facebook Yang Bakal
Menguntungkan Bisnes Anda!
Macam mana, dah dapat sedikit idea apa yang anda nak jual di facebook?
Kesemua produk yang saya senaraikan di atas mendapat permintaan yang
sangat menggalakkan pada masa sekarang.
Ok, sebelum saya tamatkan perkongsian saya ini, saya nak berikan…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

…. BONUS kepada anda, iaitu saya akan kongsikan beberapa TEKNIK PROMOSI
PRODUK HOT melalui facebook. Jom ke mukasurat seterusnya.

ada di mukasurat seterusnya kawan ☺


Teknik Promosi Produk HOT Di Facebook

Sebelum lakukan promosi, anda perlu dapatkan gambar dan info produk serta
rangka ayat promosi.

Pilih salah satu produk HOT dalam senarai yang


Langkah 1
diberikan.

Dapatkan gambar yang sesuai dan info produk


Langkah 2 (contoh: kebaikan/manfaat, fungsi, saiz dan harga
produk

Rangka ayat promosi. Letakkan target pelanggan


Langkah 3 anda, beberapa manfaat produk anda, nama produk
dan CTA (Call to action)

Contoh ayat promosi:


Khas untuk ibu bapa yang mahukan:
1. Bayi sihat dan tidak meragam
2. Bayi cepat bercakap dan pintar
3. Bayi dapat berjalan awal
InsyaAllah Susu Bayi ABC boleh membantu. Kepada ibu bapa yang
berminat, sila komen “pm” sekarang.
PS: Stok Terhad
Anda boleh lakukan promosi anda melalui:
1. Facebook Wall / Profile
2. Facebook Group

Promosi di Facebook Wall/Profile

Ini adalah cara paling cepat untuk lakukan promosi produk HOT anda. Cara ini
kurang berkesan jika senarai friends anda kurang dari 500 friends.
Walaubagaimanapun anda boleh mulakan dengan cara ini dahulu untuk
melihat respon terhadap produk yang anda promosikan. Untuk promosikan
melalui Facebook Wall/Profile, ikuti langkah demi langkah di bawah:

Langkah 1
Login Facebook anda. Taip ayat promosi yang anda rangka
sebelum ini.

Langkah 2 Upload gambar produk yang sesuai dengan klik ikon

Langkah 3 Cari gambar di dalam komputer anda. Kemudian klik butang


"Open".

Taip ayat
promosi anda
18
Klik pada ikon iaitu "Public" supaya semua pengguna
Langkah 4 facebook boleh nampak promosi anda.

Langkah 5 Apabila semuanya dah OK, klik butang "Post" untuk


sebarkan promosi anda.
Promosi di Facebook Group

Cara ini adalah sangat sesuai untuk anda promosikan produk HOT anda kepada
komuniti yang lebih tertumpu. Contohnya anda menjual barangan bayi, anda
boleh mempromosikan di dalam Facebook Group yang berkaitan dengan bayi
atau barangan bayi.
Facebook Group terbahagi kepada dua iaitu Closed Group dan Open Group:
1. Closed Group: Anda perlu mohon untuk “Join” group ini terlebih dahulu
untuk melihat post di dalam group ini dan mempromosikan di dalam
group ini. Segala post dan promosi di dalam group ini hanya dapat dilihat
oleh ahli/member group ini sahaja.

2. Public Group: Anda boleh terus “Join” group ini. Segala post dan promosi
di dalam group ini dapat dilihat oleh ahli/member group dan juga semua
pengguna Facebook.
Untuk promosikan melalui Facebook Group, ikuti langkah demi langkah di
bawah:

Tips: Cari group yang berkaitan dengan produk anda yang mempunyai
lebih dari 10,000 members

Login Facebook anda. Cari group yang bersesuaian. Contoh jika


Langkah 1 anda menjual barangan bayi, taip perkataan "bayi" pada ruangan
search Facebook

Langkah 2 Klik butang "Find more results for..."

Klik butang "Groups" dan cari group yang mempunyai lebih dari
Langkah 3
10,000 members, kemudian klik butang "Join"
Apabila anda sudah disahkan untuk "Join" di dalam group
tersebut, lihat pinned post (post paling atas) atau bahagian
Langkah 4 "Description" (belah kanan) di dalam group itu. Ikut arahan
dan peraturan seperti yang diminta oleh admin sebagai
syarat sebelum anda dibenarkan beriklan/buat promosi

Apabila anda sudah dapat pengesahan dari admin group


Langkah 5 untuk beriklan, anda boleh mula beriklan (Sama seperti
langkah 1 -5 cara promosi di Facebook Wall)

Ok, sekarang anda dah tahu list produk HOT, teknik promosi melalui Facebook
pun saya sudah terangkan. Gunakan ilmu dan perkongsian ini sebaiknya.
Nasihat saya, take action, bertindak untuk bisnes anda. Semoga Berjaya.

Ikhlas & semoga membantu,

Affiq Fadzil

Anda mungkin juga menyukai