Anda di halaman 1dari 5

LAWATAN EKSPLORASI KERJAYA TINGKATAN 5

KELAS ALIRAN VOKASIONAL & TEKNIK


2019
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK CONVENT, TAIPING, PERAK.

TARIKH:
30 JULAI 2019 (SELASA)

TEMPAT LAWATAN:
POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH
QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY, IPOH
KOLEJ KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH, TANJUNG RAMBUTAN

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING,
SMK CONVENT, TAIPING, PERAK.
1.0 PENGENALAN

1.1 Pelajar di sekolah ini terutamanya menengah atas digalakkan untuk mempunyai

pengalaman dan peluang melawat ke pusat pengajian tinggi untuk mengumpul

maklumat tentang peluang pendidikan yang dapat digunakan sebagai penentu

halatuju selepas SPM.

1.2 Program ini adalah salah satu aktiviti yang dapat digunakan untuk membantu

pertumbuhan dan perkembangan diri pelajar ke arah membentuk motivasi dan ilmu

pengetahuan dalam bidang kerjaya. Di samping itu, lawatan ini sebagai penyuntik

semangat untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM tahun 2019.

1.3 Menjalankan aktiviti ini adalah satu peluang yang baik untuk memberi pengalaman

kepada pelajar supaya dapat mengumpul maklumat yang perlu untuk melanjutkan

pelajaran ke peringkat tinggi selepas SPM

2.0 JUSTIFIKASI

Justifikasi cadangan mengadakan program ini adalah seperti berikut:

2.1 Memberikan pendedahan untuk meningkatkan motivasi hendak belajar.

2.2 Meningkatkan kemahiran mengumpul maklumat tentang peluang belajar selepas

SPM.

2.3 Mendedahkan pelajar mengenai peluang belajar yang sentiasa terbuka untuk

mereka

2.4 Melatih, memupuk dan menyemai serta melahirkan pelajar SPM yang cemerlang.
3.0 CADANGAN PROGRAM

Nama Program : Lawatan Eksplorasi Kerjaya Tingkatan 5 Tahun 2019

Tempoh Program : 1 hari

Kelolaan : Kaunselor Sekolah ( Pn Low Siew Chu)

Objektif program :

Pada akhir program dapat:

1. Memupuk sikap dan nilai positif serta dapat menyuburkan motivasi dalam kalangan

pelajar.

2. Memahami dan mengenali terhadap peluang-peluang pendidikan yang berpotensi untuk

digunakan selepas SPM.

3. Memperkukuhkan lagi ciri-ciri keperibadian pelajar terhadap merealisasikan sebagai

pelajar cemerlang SMK Convent, Taiping.

Kandungan Program : Lawatan sambil belajar, bengkel, dan ceramah kerjaya.

Bilangan Peserta : 1) SMK Convent, Taiping, Perak.

Guru pengiring 4 orang, 40 orang pelajar.

Tarikh Program : 30 Julai 2019 (Selasa)

Tempat : 1) Politeknik Ungku Omar

2) QUEST International University

3) Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah


Jadual Program :

Tarikh / Masa Perkara


30hb Julai 2019 ( SELASA )
6.45am Berkumpul di SMK Convent Taiping
- Taklimat SOP Lawatan oleh Ketua Rombongan
7.00am Bergerak ke Ipoh
8.30-10.30am Ceramah Kerjaya & Peluang Pendidikan di QUEST International
University
- Bengkel Masakan / Bengkel Perniagaan
-Minum Pagi
11.00-11.30am Bergerak ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh
11.30 - 1.30pm - Ceramah Kerjaya & Peluang Pendidikan di Politeknik Ungku
Omar
- Makan tengah hari
- Solat Zohor
1.30 – 2.00 pm Bergerak ke Kolej Kejururawatan Tanjung Rambutan
2.30 - 4.30pm - Ceramah Kerjaya & Peluang Pendidikan di Kolej Kejururawatan
Tanjung Rambutan
- Minum Petang
4.30pm Bergerak pulang ke SMK Convent, Taiping
6.30 pm Dijangka tiba di SMK Convent Taiping

Jawatankuasa Kerja :

Penasihat Program : Pn Saharidah Bt Sahaban

Pengarah Program : Pn Hjh Roslina Bt Abu Bakar

Penyelaras Program : Pn Low Siew Chu

Ahli Jawatankuasa

1. Displin : Pn Noor Zuryati Bt Mohamad Arshad

3. Makanan : Cik Fateha Alia bt Jaafar

4. Kebajikan/Kerohanian : Pn. Wan Rusni Bt Wan Osman

5. Dokumentasi/Fotografi : Pn. Low Siew Chu


4.0 ANGGARAN WANG

PENDAPATAN
Perkara Jumlah

Sumbangan QUEST University RM 1000.00

Jumlah Besar RM 1000.00

PERBELANJAAN
Perkara Jumlah

Pengangkutan ( Bas) RM 800.00

Sarapan pagi RM 176.00

First Aid dan alatan kecemasan RM 74.00

Jumlah Besar RM 1000.00

5.0 SYOR

Dengan hormatnya, Pengetua Sekolah dipohon menimbangkan dan seterusnya meluluskan

pemohonan ini.

Disediakan oleh: Disemak & Disokong oleh:

___________________ _______________________

(LOW SIEW CHU)


Penyelaras Program

Disahkan & Diluluskan oleh :

____________________

Tarikh : ......

Anda mungkin juga menyukai