Anda di halaman 1dari 3

MESYUARAT JK ICT SK KOMPRA KALI KE 2 2017

Tarikh : 14 MEI 2017


Masa : 1.00 p.m.
Tempat : Pejabat

Kehadiran : 1. W Razali bin W Muda (Penasihat)


2. En. Mohd Azmi bin Saliman (Penyelaras Bestari)
3. Pn. Zaiton Bt Muda (AJK)
4. Pn. NurulAslyza bt Zakaria (Juruteknik)
5. Pn. Akmar Suhaida bt Azman (EIO)

Agenda 1. Ucapan Pengerusi.

Majlis dimulai dengan bacaan al-Fatihah.

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yangdapat


meluangkan masa menghadiri mesyuarat.
1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada Pn. Akmar Suhaida Bt
Azman menggantikan Pn Akma bt Abd Ghani yang telah menamatkan
kontrak.
1.3 Pengerusi mengharapkan pada tahun ini lebih banyak program dirancang
oleh unit ICT bagi meningkatkan lagi kerberkesanan pdpc dan menambah
kemahiran ICT guru-guru di sekolah ini.
1.4 Program Frog VLE harus ditingkatkan lagi penggunaan kerana ia
merupakan KPI KPM.
1.5 Unit ICT juga perlu memastikan makmal komputer sekolah menerima
penarafan 5 bintang pada tahun ini.

Agenda 2. Ucapan Penyelaras

2.1 Penyelaras mengucapkan terima kasih diatas sumbangan semua pihak yang
telah banyak membantu menjayakan program Unit ICT sepanjang tahun
lepas.
Tindakan: Makluman
2.2 Makmal Maya juga semakin ceria dengan kehadiran Juruteknik dan EIO
baru.
Tindakan: Makluman

2.3 Pada tahun lepas sekolah kita telah menerima penggantian komputer di
Bilik Akses sebanyak 10 Buah.
Tindakan: Pengurusan

2.4 Beberapa tugasan juga telah diberikan kepada juruteknik dan EIO semasa
cuti sekolah yang lalu agar makmal komputer dan makmal maya dapat
beroperasi sebaik mungkin pada tahun ini.
Tindakan: Juruteknik dan EIO

2.5 Beberapa agenda telah dirancang pada tahun 2017 agar unit ICT dapat
memenuhi hasrat kementerian untuk memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti PdPc di sekolah. (Rujuk lampiran perancangan unit
ICT 2017)
Tindakan: Makluman

2.6 Penggunaan Frog VLE akan ditingkat lagi pada tahun ini dengan
menggunakan platfom kelas bersama EIO pada waktu petang.
Tindakan : EIO

2.7 Program Zoom A juga akan digunakan semaksima mungkin pada tahun ini.
Seramai 15 orang murid tahun 6 telah mendaftar untuk menyertai
program ini.
Tindakan : Makluman

2.8 Guru-guru akan didedahkan dengan Frog VLE pada awal tahun dan PdPc
menggunakan platform ini sangatlah digalakkan kerana ICT merupakan
anjakan ke 7 dalam PPPM 2013 - 2025.
Tindakan : Makluman

Agenda 3. Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat disahkan tanpa sebarang pindaan.


Agenda 4. Perkara Berbangkit

4.1 Guru Besar memaklumkan sekolah tiada peruntukan untuk membaik pulih
penyaman udara yang rosak.
Tindakan: Makluman

Agenda 5. Hal-hal Lain

5.1 Guru Besar memaklumkan sebarang kehilangan dan baik pulih komputer
adalah dibawah bidang tugas Juruteknik Komputer.
Tindakan: EIO

5.2 Guru besar meminta supaya Blog SK Kompra dikemaskini oleh EIO seminggu
sekali dengan mengemaskini aktiviti yang berlaku di sekolah.
Tindakan: EIO

Mesyuarat diakhiri dengan surah al-As dan ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh. Disahkan oleh.

……………………………………………………….. ……………………………………………
( EN. MOHD AZMI SALIMAN) (W RAZALI BIN W MUDA)
Penyelaras Bestari, Guru Besar,
SK KOMPRA, SK KOMPRA,
Dungun Terengganu. Dungun Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai