Anda di halaman 1dari 3

NUR ARISYA AQILAH BT AHMAD NASIR

SMA NAHDZAH (ZON 2)

Assalamualaikumw.b.t
Alhamdulillahh..
Bak kata mutiara sarjana “jika kita ingin melihat jatuh dan bangunnya sesebuah Negara pada
masa hadapan lihatlah generasi muda pada hari ini”

Kalungan aprisiasi saya hulurkan buat saudara/I peneraju acara deligasi kehakiman yang sentiasa
berasmilasi dengan kebenara saudara/I penjaga nasa seterusnya hadirin hadirat warga intelektual
penerus wawasan Negara.
REMAJA BERAKHLAK MASYARAKAT SEJAHTERA menjadi mauduk diawal bicara
Remaja berakhlak dapat ditaarifkan sebagai remaja yang mempunyai budi pekerti dan kelakuan
yang baik manakala frasa masyarakat sejahtera dapat didefinisikan sebagai satu golongan
masyarakat yang hidup dalam keadan aman dan harmoni.Tuntasnya masyarakat sejahtera
berkehendakan kita agar menerapkan kelakuan yang baik yang merupakan medium memacu bagi
membentuk remaja berakhlak

Sidang penonton yang penuh santun,


Pertama:Solat Teras Remaja Berhemah
Hadirin,dalam konteks masyarakat sejahtera kita membicarakan mengenai masyarakat yang
cemerlang dalam kehidupam yang menjadikan solat sebagai satu ibadah asas yang utama yang
mampu membendung gejala sosial dalam kalangan remaja.Tidak dapat dinafikan bahawa kini
remaja semakin terbenam dan tersungkur dibawa arus budaya hedonisme yang tidak berfaedah
kerana kurangnya solat iaitu ibadah asas yang utama .Ali bin Abi Talib menjadi khalifah termuda
yang mempunyai formmulanya tersendiri iaitu menjadikan ilmu,iman dan,solat sebagai wadah
pemerintahan Negara .Allah berkata dalam surah AL-Maarij (19-22)

‫إن اإلنسن خلق هلوعا ۝ إذا مسه الشر جزوعا۝ وإذا مسه الخير منوعا۝إال المصلين۝‬

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh * apabila ditimpa kesusahan dia
berkeluh*apabila diberi kesenangan dia menjadi bakhil kecuali orang yang melaksanakan
solatnya* Lihat sahaja Saudari Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal ketika ditemuramah beliau
berkata “dalam hidup ini perkara paling penting dan mustahak ada dua pendidikan agama dan
melaksanakan kewajipan yang dituntut dalam islam , namun bagi membentuk masyarakat
sejahtera solat menjadi perkara paling utama”. Insan sebegini ibarat emas berharga yang bakal
menjadi asset terpenting bagi mewujudkan masyarakat harmoni dalam usaha mengejar wawasan
2020.Hadirin saudari Nik Nur Madihah yang dahulu keluarganya hidup dalam keadaan “kais
pagi makan pagi,kais petang makan petang” mampu membuka mata Malaysia dan membentuk
remaja yang berakhlak sejurus melahirkan ummah sejahtera.Tegasnya:Solat Teras Remaja
Berhemah.

Kedua:Rasulullah Ikon Remaja Berkepimpinan


Sudah 59 tahun kita menghela nafas kemerdekaan,remaja kini merupakan tunjang yang bakal
mengambil alih tampuk kepimpinan Negara kelak.Jadi,kondisiini jelas mencerminkan bahawa
remaja yang memiliki semangat kepimpinan yang tinggi mampu mengangkat martabat ummah
hingga ke puncak jagat .Sabda Rasulullah s,a,w

‫إنما بعثت ألتمما مكارم األخالق‬

“Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.Sultan


Hasanan Bolkiah yang telah memimpin Negara Brunei selama 49 tahun bermula dari tahun 1967
sehingga kini.kepimpinan beliau teserlah sejak remaja lagi,sehinggalah ketika umur 21 tahun
beliau dilantik menjadi pemimpin Brunei.Hadirin ruh perjuangan Rasulullah terus meresap ke
dalam diri Salahuddin Al-Ayubi yang mempertahankan Negara dari kerajaan Fatimiyyah di
Mesir walaupun usianya ketika itu baru 23 tahun. Sedarilah sekiranya remaja mempunyai sifat
kepimpinan yan tinggi maka masyarakat turut menjadi lebih harmoni
Tegasnya:Rasulullah sebagai Ikon Remaja Berkepimpinan

Ketiga:Remaja Berkaliber Peneraju Masyarakat Sejahtera


Sidang dewan,peribadi dan jati diri remaja yang harus diutamakan dalam menjana kegemilangan
tanah air amatlah penting.Hal ini kerana melihat rentetan kejadian-kejadian yang berlaku pada
sesetengah Negara hebat.Hari ini merekah hanya mementingkan gahnya kemodenan lantas
keinginan yang membara untuk mencapai kearah tersebut disusuli dengan perilaku masyarakat
yang buruk dan kecenderungan kepuasan .Namun, kebodohan terzahir tanpa diduga.Sebagai
contoh kerakusan Amerika Syarikat dalam merampas kekayaan galian minyak milik Negara Iraq
dan Afghanistan.Kuasa veto milik individu yang keruh hatinya yang durja pandangannya
meneyebabkan khabar perang ke atas Negara itu menjadi tiket untuk mereka merampas harta
Negara tersebut.Cuba kita berfikit sejenak bagaimana agaknya peribadi pemimpin-pemimpin
tersebut pada zaman remajanya? Sabda Rasulullah s.a.w

‫كل مولود يولد على الفطرة فأبواِه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه‬

“Setiap anak dilahirkan adalah putih bersih,maka terpulanglah kepada ibu bapa untuk
membentuknya yahudi,nasrani ataupun majusi (Riwayat Bukhari) . Bukan itu sahaja Rasulullah
juga mengajar agar mendisiplinkan remaja dengan kasih sayang dan bukan kekerasan.Ahmad
Ammar Ahmad Azzam yang dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam
dakwah memperjuangkan agama Islam,beliau yang mencurah bakti untuk kesejahteraan Ummah
tanpa mengira bangsa dan agama . Beliau boleh dijadikan ikutan remaja hari ini sekaligus
melahirkan masyarakat yang harmoni. “Apabila aku niatkan anakku ini untuk Allah dan
Rasulnya.perancangan Allah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkang
apa lagi untuk memahami dan tiada sebab untuk aku rasa kecewa.Subhanallah , kata-kata Tuan
Haji Ahmad Azzam Abd Rahman yang pastinya mampu menjadi peransang semangat kepada
remaja yang akhirnya melahirkan Ummah harmoni.TEgasnya:Remaja Berkaliber Peneraju
Masyarakat Sejahtera
Keempat:Akhlak Berkualiti Penjana Ummah Sejahtera
Firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran (104)

‫ولتكن منكم أمة يدعون الى الخير ويأمرون با لمعروف وينهون عن المنكر‬

“Sesungguhnya ada segolongan ummat diantara kamu yang menyeru kepada kebaikan menyuruh
berbuat makruf, dan mencegah dari kemungkaran.Merentasi zaman paskamodensasi yang penuh
dengan keunikan bangunan,keutuhan ekonomi, dan kejayaan yang dicapai menjadikan
masyarakat hidup dalam keadaan harmoni. Namun setelah diselidiki kecerdasan minda manusia
kini hanyalah sekadar satu alat untuk menjamin masa hadapan lantas membiarkan asas
pembinaan tamadun yang gah , tidak lain tidak bukan individu yang bukan sahaja cemerlang
akademiknya bahkan juga yang paling penting budi pekerti yang mulia sekaligus membentuk
komuniti sejahtera.Sebagai contoh, saya sisipkan disini persatuan 1 Malaysia untuk anda atau
lebih dikenali sebagai im4u yang telah menyumbang tenaga untuk membantu mangsa-mangsa
banjir di penempatan SMK Sultan Ismail Kota Bharu Kelantan mereka diberi dan dibinakan
khemah persis langkah Negara Jepun buat rakyatnya yang terjejas akibat bencana alam. Namun
jika kita telusuri secara mandalam Rasulullah ketika hayatnya bernafas di muka bumi ini sering
mengajak umatnya agar melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana apa?kerana
dengan mengajak berbuat baik agar mencapai mardhotillah iaitu ummat yang diredhoi Allah
Tegasnya:Akhlak Berkualiti Penjana Ummah Sejahtera

Konklusinya,masyarakat sejahtera merupakan masyarakat yang terhindar dari segala anasir


negatif.Pegangan yang utuh dan tidak digoyah ini akan mampu mewujudkan komuniti yang
sejahtera.jadi saya seru kepada semua masyrakat terutamanya golongan remaja untuk terus
bersama-sama mencanai minda memajukan Negara. Kita tidak wajar akur akan arus songsang
ini. Bagi membangunkan masyarakat sejahterakita harus melangkah dengan seribu kekuatan dan
memastikan apa yang dirancang itu dapat dilaksanakan dengan komited.Ayuh sama-sama kita
memanifestasikan apa yang kita impikan untuk bangsa,agama,dan Negara.Ayuh, ayuh remajaku
gegarkan dunia bina Ummah sejahtera.

‫سر على بركة هللا‬

Wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih

Anda mungkin juga menyukai