Anda di halaman 1dari 5

Tren sesak semasa waktu puncak di Malaysia.

Bincangkan isu ini dengan memberikan sebab-sebab dan cadangan penyelesaian


yang akan membantu keadaan ini. Sokong sebab-sebab anda dengan
memberikan rujukan sumber yang berkaitan.

Pengangkutan rel bermula pada tahun 1885 dengan pembukaan aliran keretapi yang
pertama di antara Taiping dengan Port Weld (sekarang Kuala Sepetang).[2] Kini,
pengangkutan rel ini yang terdiri daripada rel berat (termasuklah rel kelajuan tinggi),
transit aliran ringan (LRT), monorail dan aliran landasan funicular. Rel berat yang
sebanyaknya digunakan untuk pengangkutan penumpang antarabandar dan muatan
dan pengangkutan awam, manakala LRT digunakan untuk pengangkutan dalam
bandar dan penggunaan khas seperti pengangkutan di antara bangunan lapangan
terbang.

Pada 1 Jun 1885, aliran landasan keretapi yang pertama di Tanah Melayu yang
menyambung Taiping dengan Port Weld sepanjang 8¼ batu dibuka secara rasmi oleh
Sir Hugh Low, Residen British Perak pada ketika itu. Kerja-kerja pembinaan aliran ini
dimulakan dalam tahun 1882 dan seluruh kos pembinaan bernilai £7000 yang
ditanggungkan oleh Kerajaan negeri Perak. Tujuan utama aliran itu adalah untuk
menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat
iaitu Port Weld. Aliran keretapi itu juga telah menyenangkan perjalanan keluar masuk
buruh dan pelombong ke tempat-tempat pekerjaan. Pembinaan landasan ini
menjadikan stesen keretapi Taiping sebagai stesen keretapi yang pertama di negara
ini. Setahun kemudian, sebuah landasan keretapi berhubung dengan Kuala Lumpur
dengan Klang dibuka dan terus ke Port Swettenham (sekarang Port Klang).Pada tahun
1905 landasan keretapi dari utara ke selatan telah siap dibina yang menghubungkan
stesen Butterworth ke Melaka. Pada tahun 1910 rangkaian keretapi dari Utara hingga
ke Johor Bahru siap dibina. Landasan ke Melaka telah menjadi landasan cawangan
antara Pulau Sebang/Tampin ke Melaka. Walau bagaimanapun landasan ini telah
dibongkar Jepun pada tahun 1942.
Kemajuan sebuah negara bergantung kepada kecanggihan infrastruktur ini termasuk
sistem pengangkutan awam, Menerusi Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat,
rangkain rel terus memjadi tunjang sistem pengangkutan awam sedia ada. Ini
disebabkan peningkatan tertinggi diantara semua mod pengankutan awam bandar.

Faktor utama kenapa berlakunya kesesakn tren pada waktu punca ialah peningkatan
jumlah pendudkan. Berdasarkan jangkaan masa depan penduduk di Lembah Klang
akan bertambah menjadi 10 juta orang menjelang tahun 2020 berbanding 6 juta pada
masa kini. Ini menyebabkan kesesakan semasa waktu puncak. Penduduk di Lembah
Klang lebih gemar untuk menaiki tren berbanding membawa kenderaan sendiri.
Kesesakan lalulintas telah mencapai tahap yang kritikal terutama pada waktu puncak.
Kepadatan penduduk merupakan penyumbang utama kenapa terjadinya kesesakan
pada waktu puncak. Tempat letak kenderaan yang terhad bagi mereka yang membawa
kenderaan ke pejabat, membuatkan lebih ramai yang memilih untuk menaiki tren.

Masalah ini dapat diatasi, sekiranya pengangkutan awam dipelbagaikan.


Perkhidmatan bas yang lebih menepati masa dan lebih selesa. Ini memberi pilihan
kepada penduduk dalam menggunakan perkhidmatan awam. Perkhidmatan teksi yang
lebih mesra dan murah juga boleh memberikan pilihan kepada penduduk yang gemar
menggunakan pengangkutan awam. Selain itu, menambah koc atau gerabak pada
masa puncak. Ini akan memberi ruang kepada lebih ramai penumpang.

Faktor yang kedua ialah kerana kurangnya kecekapan dalam pengurusan. Kekerapan
tren dalam tempoh masa puncak juga agak lambat menyebabkan setiap tren yang tiba
akan membawa bebanan yang besar. Tempoh membeli tiket yang lama,
melonggokkan lagi jumlah penumpang pada satu satu masa. Jangka masa menunggu
yang lama inilah menjadi antara punca kenapa kesesakan terjadi terjadi.

Bagi masalah ini, pihak pengurusan perlulah mengambil langkah yang proaktif dalam
menangani masalah kelewatan tren. Jangka masa menunggu yang lama antara tren
dan kesesakan dalam membeli tiket, boleh diatasi dengan menyediakan lebih banyak
mesin layan diri, pada masa yang sama kaunter membeli tiket perlulah sentiasa cekap
bersedia pada masa puncak. Ini kerana, pembelian tiket di mesin sering menghadapi
masalah seperti duit yang tidak diterima. Penyedian tiket atau pas bulan lebih sesuai
bagi mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan tren. Ini akan menjimatkan masa
mereka untuk membeli tiket.

Jangka masa menunggu yang lama boleh diatasi sekiranya perkhidmata tren dapat
menepati masa ketibaan dan berlepas yang disediakan. Jadual perjalanan bagi masa
puncak haruslah lebih kerap berbanding pada masa lain. Kekerapan tren secara
langsung akan mengurang jumlah orang akan menunggu pada satu satu masa.

Kesimpulannya, perkhidmatan tren di Malaysia berkembang pada kadar yang baik.


Perkhidmatan yang diberi juga memuaskan, tetapi masih ada ruang yang boleh
ditambah baik bagi meningkatkan lagi perkhidmatannya. Ini terumata pada masa
puncak. Secara tidak langsung perkhidmatan yang memuaskan dan baik ini akan
memarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan tren pada masa
hadapan.
Rujukan.

1. (https://www.thestar.com.my/metro/community/2016/07/16/gridlock-at-lrt-stations-
passengers-want-more-trains-prasarana-says-20-additional-ones-are-on-the-wa/

2. (http://www.india.uitp.org/articles/travel-demand-management-to-ease-congestion-
in-metro-trains)
3. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/masalah-teknikal-punca-lrt-kelana-jaya-
tergendala-1.754475

4. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/kemudahan-dan-utiliti-
awam/5044-penumpang-bertanya-perubahan-atau-penambahbaikan

5. https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=7&ved=2a
hUKEwiVgvHTlP_eAhUHEnIKHRYYCT0QFjAGegQIARAC&url=http%3A%2F%
2Fstudentsrepo.um.edu.my%2F6044%2F1%2FKERTAS_KAJIAN.pdf&usg=AOvVa
w2zb7JJqueB6R6lU5_0WgDq

Anda mungkin juga menyukai