Anda di halaman 1dari 2

Transkrip temuramah responden

Penemubual : Selamat pagi kak, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi
memberi kebenaran untuk temuramah ini. Adakah kak selesa jika saya
menemuramah kak dalam Bahasa Malaysia?
Responden : Ya selamat pagi amoi, takpe moi saya boleh cakap BM sikit-sikit. Tapi mesti
ada banyak salah. Kamu yang kena bantu saya.
Penemubual : Dah tentu saya akan tolong kak, boleh kita mulakan sekarang ?
Responden : Boleh moi, kita boleh mulakan sekarang.
Penemubual : Berapa orang anak kak yang masih belajar sekarang?
Responden : Saya ada tiga orang anak. Nombor satu punya belajar di politeknik, nombor
dua tingkatan ampat dan yang last belajar di tingkatan dua.
Penemubual : Kak setahu saya, kak bekerja di kilang. Bagaimana kak dapat meluang masa
untuk anak-anak ? siapa yang menjaga mereka ?
Responden : Anak-anak kakak dah besar, mereka boleh jaga diri sendiri. Pagi-pagi saya akan
masak. Lagipun nenek mereka ada di rumah. Saya pun akan balik lebih kurang
pukul lima.
Penemubual : Bagaimana pula dengan aktiviti pembelajaran anak-anak di rumah? Adakah kak
menekankan aspek tersebut ?
Respoden : Ya moi, saya nak mereka belajar dengan baik. Sudah lima tahun suami saya
mati. Saya satu orang sahaja yang menjaga mereka, mereka tau saya banyak
susah untuk bagi mereka belajar. Saya mau mereka baca tinggi-tinggi, tak
susah-susah macam saya.
Penemubual : Adakah kak menyediakan bilik bacaan bagi anak-anak belajar di rumah?
responden : Rumah ini ada tiga bilik. Ada juga bilik kosong tetapi anak-anak saya ni, lebih
suka duduk di luar. Mereka buat kerja rumah dekat tempat makan.
Penemubual : Bagaimana dengan ruangnya, memadai dengan keselesaan yang mereka mahu?
Responden : Saya dah banyak kali Tanya, kenapa tak baca dalam bilik, sebab dalam bilik
pun ada meja, tapi mereka cakap meja makan ini lagi besar dan tak panas
duduk dekat luar. Anak last saya tu kata, kalau dia masuk bilik dia terus tidur,
taka da mood nak belajar.
Penemubual : Boleh tak kak jelaskan bagaimana persiapaan pemakanan untuk anak-anak
setiap hari ?
Responden : Saya memang jaga makan minum mereka. Saya tak bagi mereka makan Maggi
semua. Setiap pagi saya masak sarapan untuk mereka. Saya pastikan anak saya
yang tingkatan empat tu, makan sebelum ke sekolah. Tengah hari pula, emak
saya akan masak. Makan malam kami simple tapi baik untuk
kesihatan,biasanya kami makan chappati atau tosai.
Penemubual : Rasanya, pemakanan anak-anak seimbang tak kak?
Responden : Seimbang tu, semua makanan cukupkan?
penemubual : Ya kak semua zat mencukupi dalam satu set makanan . Contohnya ada daging,
nasi, sayur dan buah-buahan.
Responden : Macam tu memang cukup, sebab setiap hari saya masak satu jenis kari, kari
ayam atau kari ikan atau kari kambing atau telur serta dua jenis sayur. Setiap
hari Jumaat kami vege, makan sayur saja. Pada itu hari, saya pastikan mereka
makan kari bijiran lagi anak saya suka makan tairu, tairu pun sangat bagus.
Tapi tentang buah-buahan budak-budak ini tak makan buah, masa makan
tengah hari. Saya memang beli buah untuk sembahyang, ibu saya selalu potong
buah untuk budak-budak ini.
Penemubual : Bagaimana dengan kelas tuisyen , adakah menghantar mereka?
Responden : Ya, mesti amoi, sekarang tuisyen sangat penting, kakak tak hantar untuk semua
subjek. Anak yang belajar di tingkatan empat agak lemah dalam matematik
tambahan, fizik dan kimia. Dia pergi tuisyen untuk tiga subjek ini. Kakak tak
kisah kalau dia nak pergi untuk semua subjek tapi dia tak mau. Dia kata waktu
SPM nanti dia akan pergi. Adik dia tak pergi sebab kakak ajarkan. Kedua-dua
anak saya memamg rajin belajar.
Penemubual : Kak saya nak tahu sama ada kak akan duduk dan membantu anak-anak sewaktu
mereka belajar ?
Responden : Saya pun tak tahu bagaimana saya boleh bantu anak kedua saya tu. Sebab kak
ini bukannya pandai pun. Saya ini belajar sampai LCE. Sekarang punya
pelajaran semua susah. Tapi say boleh bantu sikit-sikit tu dalam tamil dan
inggeris. Walaupun tak boleh bantu, kakak seronak duduk sebelah mereka dan
tengok apa yang mereka buat.
Penemubual : Soalan terakhir daripada saya, adakah anak-anak kak berbincang tentang
masalah pembelajaran mereka dengan kak di rumah ?
Responden : Ya moi kepala mereka akan pecah kalau tak bagi tau cerita di sekolah. Mereka
akan bagitau apa yang berlaku di kelas, benda baru yang mereka belajar di
kelas, tentang guru-guru, tentang kawan-kawan, tentang kelas tambahan dan
ko-kurikulum pada hari Rabu. Setiap hari saya mesti bagi sikit masa untuk
mendengar cerita mereka ini. Sebab dari sinilah kakak tahu apa yang mereka
buat di sekolah.
Penemubual : Kak, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa
serta share idea akak tentang anak-anak.
Responden : Tak menjadi masalah tapi kak pun ingin minta maaf kat kamu kalau ada tersilap
cakap.

Anda mungkin juga menyukai