Anda di halaman 1dari 2

TRANSKRIP INTERVIEW RESPONDEN 3

PENEMUBUAL :Helo uncle. Saya nak tanya uncle sedikit tentang cara pembelajaran cucu-cucu uncle
di rumah?

RESPONDEN :Ya

PENEMUBUAL :Berapa orang cucu uncle yang tengah belajar sekarang?

RESPONDEN :3 orang. yang first, darjah tiga, adik dia nombor dua darjah satu . Satu lagi dia punye
cousin kindergarten.

PENEMUBUAL :Adakah uncle bekerja?

RESPONDEN :Tidak. Duit ibubapa mereka bagi. Dia orang kerja di Singapore.

PENEMUBUAL :Adakah uncle beri perhatian serius tentang aktiviti pembelajaran di rumah?

RESPONDEN :Ya, saya bawa dia orang pergi tuisyen mari. Yang besar ada cikgu tuisyen mari
rumah. Saya pun ajar dia.

PENEMUBUAL :Adakah unclemenyediakan bilik bacaan bagi anak-anak belajar di rumah?

RESPONDEN :Untuk yang besar ada satu bilik dia buat homework. Yang dua kecil lagi tak boleh
kacau dia. Mereka buat homework di luar bilik itu.

PENEMUBUAL :Bagaimana dengan ruangnya, memadai dengan keselesaan yang mereka mahu?

RESPONDEN :Ok...ada meja , tempat pun ok..dia boleh belajar dengan senang.

PENEMUBUAL :Boleh kak jelaskan bagaimana persiapan pemakanan untuk anak-anak setiap hari?

RESPONDEN :Semua isteri saya masak. Ada sayur, daging semua. Bagus untuk otak. Kita bagi dia
orang vitamin pun.

PENEMUBUAL :Dari apa yang uncle cakap saya boleh nilai yang uncle pentingkan makanan
seimbang.

RESPONDEN :Ya

PENEMUBUAL :Bagaimana dengan kelas tuisyen, ada nclekak menghantar mereka?

RESPONDEN :Ya empat hari satu minggu saya bawa dia orang pergi balik tuisyen. Empat hari sudah
RM50 minyak kereta. Satu lagi cikgu mari rumah ajar empat subjek.

PENEMUBUAL :Ok sekarang saya nak tahu sama ada uncle akan duduk dan membantu anak-anak
sewaktu mereka belajar tak?

RESPONDEN :Ya tentu..Saya duduk dalam satu lebih sehingga dua jam tolong dia orang buat kerja
rumah. Bahasa Cina saya boleh ajar..no problem. Kalau yang lain, saya ajar sampai
mana yang saya faham. Kalau tidak faham, cucu nombor satu ajar adik dia sebab dia
sudah darjah tiga..lagi faham. Saya baca sampai peralihan dulu. Cucu nombor
dua..buku dia saya tangkap gambar dalam handphone. Tiap-tiap hari saya tanya dia
dengan tunjuk gambar buku-buku samada ada homework atau tidak? Dia tengok
gambar cakap ya atau tidak. Saya taktau sebut nama buku, dia pun tak tau cakap itu
nama.

PENEMUBUAL :Wah..bagus uncle ni, kreatif dan sangat mengambil berat tentang pembelajaran
cucu-cucu uncle.

:Uncle bagaimana pula tentang masa untuk hiburan ? Adakah uncle membenarkan
mereka untuk menonton tv dan membuat apa yang mereka suka?

RESPONDEN :oh....tengok tv ? ada..dia orang suka tengok tv.. dia mesti mau tengok macam-
macam. Saya pun tak tau tapi kadang-kadang saya marah juga.

PENEMUBUAL :Uncle macam mana dengan kawan-kawan mereka? Uncle ada pilih cucu punya
kawan tak? Mereka macam mana?

RESPONDEN : Kawan-kawan dia orang budak baik. Saya tarak pilih..saya kasi dia orang pilih sendiri.

PENEMUBUAL : Uncle macam mana pula dengan cuti? Ada tak bawa cucu uncle keluar jalan-jalan?

RESPONDEN : Oh kalau cuti...dia orang balik dengan mak sama bapak dia orang ke Singapura. Dia
orang memang suka jalan-jalan.

PENEMUBUAL :Uncle, cucu-cucu uncle ada tak komputer?

RESPONDEN : Komputer memang ada. Satu orang ada satu. Dia orang bawak pergi tu mana-mana.
Yang kecil pun ada satu. Dia selalu main-main game saja.

PENEMUBUAL : Oh laptop ka uncle ?

RESPONDEN : Laptop...itu kot...

PENEMUBUAL : Soalan terakhir daripada saya, adakah cucu-cucu uncle berbincang tentang masalah
pembelajaran mereka dengan uncle di rumah?

RESPONDEN :Ada, dia orang ada cakap.

PENEMUBUAL :Uncle terima kasih banyak kerana sanggup mengambil bahagian dalam interview ini.

RESPONDEN :Takpe.. ok

Anda mungkin juga menyukai