Anda di halaman 1dari 16

Abstrak

Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sejauhmana impak dan peranan penggunaan laman

sosial kepada pelajar.Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar yang dipilih secara rawak

dari Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen

kajian dan data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Microsoft Exell.. Secara

keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat impak positif yang membantu

pembelajaran dan komunikasi pelajar. Kajian ini juga mendapati terdapat kemungkinan ianya

mengurangkan budaya melepak dan penglibatan pelajar dengan aktiviti luar yang kurang sihat.

Namun begitu, terdapat juga dikalangan mereka yang menafikan kebaikan kepentingan laman

sosial dalam kehidupan merek. Peratusan menyokong kepentingan laman sosial adalah lebih

tinggi tetapi mereka juga sedar akan keburukan berkenaan kebergantungan kepada laman sosial

secara berterusan

1
1.0 Pengenalan

Zaman telah berubah, dunia semakin maju. Penggunaan internet di kalangan

masyarakat dunia kini semakin meningkat.Perubahan ke zaman globalisasi dan kemajuan

ICT telah membawa kepada penggunaan internet seara meluas sama ada diperingkat

dewasa hingga kepada peringkat kanak-kanak. Pendedahan kepada dunia teknologi

maklumat menyebabkan kanak-kanak seawal usia 7 tahun sudah menjadikan computer

sebagai teman karib. Tidak ketinggalan kepada pelajar yang sentiasa mendampingi

internet sebagai bantuan dari pelbagai aspek pembelajaran dan kehidupan seharian.

Tambahan pula kepada mereka yang bekerja dan juga isi rumah. Dikala ini internet

dianggap sebagai keperluan di dalam hidup. Kajian mendapati lebih 50% rakyat Malaysia

menggunakan internet setiap hari pada 2010.

Penggunaan internet diperluaskan kepada bukan sahaja untuk mengetahui

maklumat sesuatu perkara, keadaan semasa dan pembelajaran tetapi turut digunakan

sbagai salah satu jaringan komunikasi yang lengkap pada masa kini. Oleh yang demikian

wujudlah laman sosial yang menjadi antara jaringan dan laman web paling banyak

dilayari di masa ini. Laman sosial ini digunakan secara meluas dinegara-negara

membangun dan Negara maju di dunia yang mana Negara-negara ini mempiunyai

kemampuan dalam mengendalikan system internet.

Menurut catatan penyelidik di Bahagian Penyelidikan Keselamatan Siber dan

Polisi, CyberSecurity Malaysia, sehingga kini terdapat sebanyak 170 rangkaian sosial

interaktif yang terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter
2
dan MySpace. Majoriti pengguna laman sosial ini bukanlah hanya terdiri daripada

golongan belia dan remaja, malah kanak-kanak juga semakin lama semakin terdedah

kepada kepenggunaan laman sosial ini. Justeru, setiap lapisan masyarakat haruslah

mempunyai motif dan matlamat menyebabkan penggunaan laman sosial ini untuk

mengelakkan pelbagai masalah yang mungkin berlaku. Facebook yang mendakwa

memiliki sejumlah 350 juta pengguna dari segenap pelosok dunia, kini menyimpan lebih

daripada 10 bilion gambar yang dikongsi oleh pengguna-pengguna laman rangkaian

sosial tersebut.

Berdasarkan statistik dari sumber Alexa dan Google Ad Planner, laman rangkaian

sosial Facebook telah dikunjungi oleh kira-kira 6.2 juta pengguna Internet di Malaysia

dan kira-kira 4.2 juta pula mengunjungi laman Friendster. Rangkaian sosial interaktif

MySpace pula dikunjungi oleh 2.1 juta pengguna Internet di Malaysia manakala Twitter

menerima kira-kira 750,000 pengunjung.

Walaupun fenomena rangkaian sosial global yang popular seperti Facebook telah

mula menembusi pasaran dunia, terdapat juga beberapa aplikasi rangkaian sosial

tempatan yang menawarkan kandungan dan perkhidmatan tempatan yang aktif digunakan

seperti eKawan, Ruumz, GoEatOut, Circles99, FriendX, eMeiMei serta Pacmee.

Pelajar yang terdiri dari pelajar peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi

merupakan golongan paling banyak melayari laman sosial. Laman sosial ini

membolehkan seseorang berkomunikasi dengan orang lain dan pelbagai aktiviti lain

3
seperti permainan video dan penarian maklumat. Kajian ini akan membincangkan

berkenaan sejauh mana laman sosial dianggap praktikal dalam kehidupan dan urusan

pembelajaran pelajar peringkat pengajian tinggi.

2.0 Pernyataan Masalah

Penggunaan internet meningkat dan pengenalpastian yang dibuat antara laman

yang paling banyak dilawati oleh pelajar IPT ialah laman sosial. Terdapat unsure yang

berpendapat bahawa laman sosial membantu dalam komunikasi dua hala antara pelajar

dengan pelajar lain, antara pelajar dengan pensyarah dan juga antara pelajar dengan

persekitaran. Persoalannya adakah fungsi penggunaan laman sosial sebagai alat

komunikasi utama merupakan sesuatu pendekatan positif dan adakah penjimatan berlaku

dalam menggunakan laman sosial di internet berbanding komunikasi dalam telefon.

Komunikasi dua hala dapat mempercepatkan perbincangan. Maklumat dapatt

disampaikan dengan cepat dan tepat. Pemberian maklumat kepada orang lain dapat

disampaikan dengan mudah. Pengetahuan berkenaan isu semasa sampai dalamkadar

paling cepat. Persoalannya adakah laman sosial membantu dalam pembelajaran pelajar

IPT seharian.

Penggunaan laman sosial boleh menghilangkan kebosanan dan peluang untuk

berkomunikasi sepanjang masa. Penggunaan laman sosial mengurangkan jenayah

dikalangan pelajar IPT kerana kurangnya aktiviti luar pelajar IPT. Permasalahan yang

timbul adalah, adakah laman sosial berjaya mengurangkan jenayah dikalangan pelajar

dan adakah akan wujud jenayah di alam maya.

4
Kadar penggunaan internet adalah lebih rendah berbanding telefon dalam aktiviti

komunikasi yang mana bayaran internet hanya sekitar RM 60 sebulan dan penggunaan

adalah tanpa had tetapi penggunaan alat telekomunikasi melalui telefon adalah dicaj

berdasarkan jumlah masa penggunaan. Adakah penggunaan laman sosial ini relevan

dalam komunikasi seharian pelajar.

Laman sosial mempunyai program seperti permainan video dan menonton cerita

terbaru. Aktiviti ini amat sinonim dengan keseronokan. Adakah aktiviti ini mendorong

pelajar menjadi lebih mahir dalam bidang ICT kerana melihat ICT sebagai satu bidang

yang menyeronokkan. Adakah penggunaan laman sosial dapat menghilangkan rasa stress.

Adakah laman sosial dapat mengurangkan perasaan bosan dan adakah laman sosial ini

dilihat sebagai keperluan dan bukan kehendak dimasa kini.

Pernyataan-pernyataan masalah dan persoalan yang ditimbulkan ini memerlukan

kajian yang mendalam. Ianya akan dirungkaikan melalui penyelidikan dan analisis yang

akan dilakukan. Dapatan ini akhirnya dapat dilihat sebagai satu keputusan yang mewakili

populasi dari pandangan sebahagian pelajar yang kesemuanya adalah merupakan

pengguna laman sosial.

3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini akan dilakukan menggunakan kaedah boring soal selidik. Pertanyaan

dan dapatan adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik diedarkan

kepada 30 orang pelajar yang terdiri dari pelajar Politeknik Seberang Perai. Pelajar

adalah merangkumi 15 lelaki dan 15 perempuan. Tahap pendidikan pelajar pula adalah

merangkumi sijil dan diploma. Sampel (pelajar) akan dibekalkan dengan boring soal

selidik dan ianya akan dikumpulkan bagi di analisis.

5
Dapatan dari borang soal selidik kemungkinannya akan dimasukkan ke dalam

Microsoft Excell dan peratusan akan dikeluarkan. Terdapat 3 bahagian di dalam boring

soal selidik tersebut iaitu bahagian A yang menghendaki sampel menerangkan berkenaan

dirinya. Bahagian B merupakan bahagian pendapat manakala bahagian C adalah

bahagian yang menghendaki sampel member pandangan dan cadangan. Bahagian A dan

Bahagian C merupakan soalan berbentuk kuantitatif manakala bahagian C berbentuk

kualitatif. Soalan-soalan yang diajukan di dalam bahagian B adalah soalan yang


Berikut merupakan soalan-soalan

Laman sosial merupakan jaringan sosial yang penting di era globalisasi


Laman sosial merupakan sesuatu yang menyeronokkan
Laman sosial membantu mengeratkan silaturrahim
Laman sosial dapat membantu mematangkan pemikiran seseorang
Laman sosial membantu dalam sistem pembelajaran
Laman sosial membantu komunikasi dengan orang lain
Laman sosial merupakan keperluan utama dalam komunikasi seharian
Laman sosial memudahkan pencapaian maklumat
Laman sosial menyediakan kemudahan pembelajaran dalam talian
Penggunaan laman sosial dapat memperlihatkan kemajuan diri seseorang
Penggunaan laman sosial dapat menjimatkan kos talian telekomunikasi
Penggunaan laman sosial dapat membantu kemajuan teknologi maklumat negara
Penggunaan laman sosial bukan sesuatu yang melalaikan
Penggunaan laman sosial dianggap dapat mengurangkan budaya melepak dan kes jenayah
dikalangan pelajar
Penggunaan laman sosial berjaya mengurangkan kadar jenayah
Penggunaan laman sosial membantu seseorang pelajar dalam memahirkan diri dengan teknologi
maklumat
Penggunaan laman sosial perlu diperluaskan lagi dalam pembelajaran di kampus
berbentuk positif.

Penggunaan laman sosial perlu di galakkan penggunaanya dalam kehidupan

seharian yang akan ditanya di dalam soal selidik.

6
Laman sosial merupakan jaringan sosial yang penting di era globalisasi
Laman sosial merupakan sesuatu yang menyeronokkan
Laman sosial membantu mengeratkan silaturrahim
Laman sosial dapat membantu mematangkan pemikiran seseorang
Laman sosial membantu dalam sistem pembelajaran
Laman sosial membantu komunikasi dengan orang lain
Laman sosial merupakan keperluan utama dalam komunikasi seharian
Laman sosial memudahkan pencapaian maklumat
Laman sosial menyediakan kemudahan pembelajaran dalam talian
Penggunaan laman sosial dapat memperlihatkan kemajuan diri seseorang
Penggunaan laman sosial dapat menjimatkan kos talian telekomunikasi
Penggunaan laman sosial dapat membantu kemajuan teknologi maklumat negara
Penggunaan laman sosial bukan sesuatu yang melalaikan
Penggunaan laman sosial dianggap dapat mengurangkan budaya melepak dan kes jenayah
dikalangan pelajar
Penggunaan laman sosial berjaya mengurangkan kadar jenayah
Penggunaan laman sosial membantu seseorang pelajar dalam memahirkan diri dengan teknologi
maklumat
Penggunaan laman sosial perlu diperluaskan lagi dalam pembelajaran di kampus
Penggunaan laman sosial perlu di galakkan penggunaanya dalam kehidupan seharian
i.

Hasil analisis melalui Microsoft Excel tidak sama seperti penggunaan system

SPSS tetapi hasil analisis ini turut menerangkan berkenaan persetujuan sampael

berkenaan sesuatu perkara yang dibincangkan. Melalui bahagian C yang merupakan

soalan berbentuk kualitatif semua pandangan dan cadangan akan diambil dan dilihat

apakah cadangan dan pandangan yang paling banyak dan kesesuaian pandangan dengan

kajian yang dijalankan.


7
4.0 Dapatan Kajian

Berdasarkan borang soal selidik yang dikumpulkan, berikut adalah dapatan yang

diterima dari soalan-soalan yang diajukan.

KEPUTUSAN KAJI SELIDIK


A Soalan Am jawapan Bilangan
1 Umur 18 tahun 7
19 tahun 8
20 tahun 6
21tahun 9

2 Jantina Lelaki 15
Perempuan 15

3 Perngkat Pengajian Sijil 15


Diploma 15

4 Tinggal Asrama 10
Rumah sewa 10
Bersama ibu bapa 10

5 Adakah anda tahu apa yang dinamakan


sebagai laman sosial Ya 30
Tidak 0

6 Adakah anda menggunakan laman sosial


di internet Ya 30
Tidak 0

Jika ya, sila jawab soalan di bawah


Berapa lama telah menggunakan laman
sosial <2 tahun 6
2-4 tahun 12
> 4 tahun 12

Berapa lama masa purata anda


menggunakan internet dalam sehari <1 jam 18
1-3 jam 10
> 3 jam 2

8
Apakah laman yang paling kerap dilayari Facebook 25
Twiter 3
Lain-lain 2

Di mana anda kebiasaannya melayari


laman sosial ini Rumah 6
Asrama 12
Pusat siber 9
Restoran berinternet 3

Alat yang kerap digunakan untuk


melayari internet telefon bimbit 15
komputer 10
tablet 5

B Soalan pendapat
1 Laman sosial merupakan jaringan sosial
yang penting di era globalisasi Sangat setuju 26
Setuju 4
Tidak Setuju
Sangat tidak setuju

2 Laman sosial merupakan sesuatu yang


menyeronokkan Sangat setuju 22
Setuju 8
Tidak Setuju
Sangat tidak setuju

3 Laman sosial membantu mengeratkan


silaturrahim Sangat setuju 20
Setuju 9
Tidak Setuju 1
Sangat tidak setuju

4 Laman sosial dapat membantu


mematangkan pemikiran seseorang Sangat setuju 6
Setuju 12
Tidak Setuju 9
Sangat tidak setuju 3

9
Laman sosial membantu dalam sistem
5
pembelajaran Sangat setuju 5
Setuju 10
Tidak Setuju 6
Sangat tidak setuju 9

Laman sosial membantu komunikasi


6
dengan orang lain Sangat setuju 26
Setuju 4
Tidak Setuju
Sangat tidak setuju

Laman sosial merupakan keperluan


7
utama dalam komunikasi seharian Sangat setuju 8
Setuju 9
Tidak Setuju 11
Sangat tidak setuju 2

Laman sosial memudahkan pencapaian


8
maklumat Sangat setuju 8
Setuju 12
Tidak Setuju 2
Sangat tidak setuju 8

Laman sosial menyediakan kemudahan


9
pembelajaran dalam talian Sangat setuju 6
Setuju 12
Tidak Setuju 7
Sangat tidak setuju 5

Penggunaan laman sosial dapat


10
memperlihatkan kemajuan diri seseorang Sangat setuju 3
Setuju 9
Tidak Setuju 17
Sangat tidak setuju 1

Penggunaan laman sosial dapat


11
menjimatkan kos talian telekomunikasi Sangat setuju 20
Setuju 8
Tidak Setuju 2
Sangat tidak setuju

10
Penggunaan laman sosial dapat
12 membantu kemajuan teknologi maklumat
negara Sangat setuju 12
Setuju 7
Tidak Setuju 11
Sangat tidak setuju

Penggunaan laman sosial bukan sesuatu


13
yang melalaikan Sangat setuju 2
Setuju 8
Tidak Setuju 20
Sangat tidak setuju

Penggunaan laman sosial dianggap dapat


14 mengurangkan budaya melepak dan kes
jenayah dikalangan pelajar Sangat setuju 8
Setuju 4
Tidak Setuju 17
Sangat tidak setuju 1

Penggunaan laman sosial berjaya


15
mengurangkan kadar jenayah Sangat setuju 1
Setuju 4
Tidak Setuju 19
Sangat tidak setuju 6

Penggunaan laman sosial membantu


16 seseorang pelajar dalam memahirkan diri
dengan teknologi maklumat Sangat setuju 19
Setuju 9
Tidak Setuju 2
Sangat tidak setuju

Penggunaan laman sosial perlu


17 diperluaskan lagi dalam pembelajaran di
kampus Sangat setuju 6
Setuju 12
Tidak Setuju 12
Sangat tidak setuju

Penggunaan laman sosial perlu di


18 galakkan penggunaanya dalam
kehidupan seharian Sangat setuju 5
11
Setuju 7
Tidak Setuju 15
Sangat tidak setuju 3
C Berikan cadangan dan pendapat anda

Hasil dari dapatan soal selidik, 100% soalan dijawab oleh sampel. Bahagian A menjawab

persoalan bahawa majority sampel menggunakan laman sosial lebih dari 2 tahun. Mereka

melayari laman sosial kurang dari 3 jam sehari. Laman sosial yang kebiasaanya dipilih adalah

facebook. Sampel melayari laman sosial di asrama dan pusat siber menggunakan telefon bimbit

dann computer.

Berdasarkan dapatan borang soal selidik yang diterima sebanyak 1/3 dari sampel

memberi jawapan sangat setuju dengan pernyataan yang diberikan, 28 % menyatakan setuju dan

tidak bersetuju manakala selebihnya sangat tidak setuju. Oleh yang demikian 65% menyatakan

setuju dan sangat tidak setuju. Ini bermakna dapatan adalah signifikan dengan kajian.

12
Hasil Soal Selidik Dalam Bentuk Peratus (%)
Sangat
Sangat Tidak Tidak
Soalan pendapat Setuju Setuju Setuju Setuju
Laman sosial merupakan jaringan sosial yang
1
penting di era globalisasi 86.7 13.3
Laman sosial merupakan sesuatu yang
2
menyeronokkan 73.3 26.7
3 Laman sosial membantu mengeratkan silaturrahim 66.7 30 3.3
Laman sosial dapat membantu mematangkan
4
pemikiran seseorang 20 40 30 10
Laman sosial membantu dalam sistem
5
pembelajaran 16.7 33.3 20 30
Laman sosial membantu komunikasi dengan orang
6
lain 86.7 13.3
Laman sosial merupakan keperluan utama dalam
7
komunikasi seharian 26.7 30 36.7 6.6
8 Laman sosial memudahkan pencapaian maklumat 26.7 40 6.6 26.7
Laman sosial menyediakan kemudahan
9
pembelajaran dalam talian 20 40 30 10
Penggunaan laman sosial dapat memperlihatkan
10
kemajuan diri seseorang 10 30 56.7 3.3
Penggunaan laman sosial dapat menjimatkan kos
11
talian telekomunikasi 66.6 26.7 6.6
Penggunaan laman sosial dapat membantu
12
kemajuan teknologi maklumat negara 40 23.3 38.7
Penggunaan laman sosial bukan sesuatu yang
13
melalaikan 6.7 26.7 66.6
Penggunaan laman sosial dianggap dapat
14 mengurangkan budaya melepak dan kes jenayah
dikalangan pelajar 26.7 13.3 56.7 3.3
Penggunaan laman sosial berjaya mengurangkan
15
kadar jenayah 3.3 13.3 63.3 10.1
Penggunaan laman sosial membantu seseorang
16 pelajar dalam memahirkan diri dengan teknologi
maklumat 63 30 6.6
Penggunaan laman sosial perlu diperluaskan lagi
17
dalam pembelajaran di kampus 20 40 40
Penggunaan laman sosial perlu di galakkan
18
penggunaanya dalam kehidupan seharian 17.7 23.3 10

13
Berdasarkan peratusan yang dirumuskan, sanpel juga telah mengkelaskan bahawa sampel

sangat tidak bersetuju berkenaan pernyataan adalah merujuk laman sosial membantu

mengurangkan jenayah dan dapatan maklumat secara cekap. Ini kerana laman sosial dapat laman

sosial dilihat bukan alat atau strategi bagi mengurangkan jenayah membabitkan pelajar IPT.

Maklumat juga tidak diperolehi dengan cekap melalui laman sosial.

66.7 % menyatakan sangat setuju dan 26.7 % menyatakan setuju bahawa penggunaan

laman sosial sebagai alat komunikasi adalah lebih menjimatkan berbanding penggunaan telefon.

Oleh yang demikian laman sosial juga dianggap sangat membantu dalamm komunikasi seharian

kerana dapatan dari soal selidik ini adalah 86.7% menyatakan sangat setuju dan 13.3 %

bersetuju. Selain itu sampel juga bersetuju dan sangat bersetuju bahawa silaturrahim dapat

dirapatkan melalui penggunaan laman sosial

Kebanyakan sampel meletakkan jawapan sangat setuju kepada pernyataan yang berkisar

berkenaan tentang laman sosial merupakan sesuatu yang menyeronokkan, penggunaan yang

menjimatkan, memahirkan diri pelajar dengan system teknologi maklumat. Kebanyakan sampel

yang bersetuju adalah berkenaan keseronokan sampel menggunakan laman sosial, peningkatan

kemahiran dalam bidang ICT, dan juga menjimatkan kos komunikasi. Kebanyakan sampel juga

tidak bersetuju dengan pernyataan berkenaan pendapat bahawa laman sosial mengurangkan

aktiviti melepak di luar rumah dan sekaligus mengurangkan kadar jenayah.

14
Kebanyakan sampel menyatakan persetujuan berkenaan pernyataan bahawa laman sosial

dapat meningkatkan kemajuan teknologi maklumat di Malaysia dan ramai juga beranggapan

laman sosial sebahagian daripada keperluan dalam teknologi maklumat masa kini.

Berdasarkan kepada pendapat dancadangan yang diterima dari dapatan soal selidik ini

ialah

i. Laman sosial dilihat sebagai satu keperluan masa kini namun penggunaannya

member 2 kesan samaada positif mahupun negative yang mana ianya bergantung

kepada penggunanya

ii. Laman sosial seperti facebook perlu dikawal pengunaanya kerana terdapat

penggunaan yang dapat mengancam keselamatan Negara

iii. Pengguna laman sosial terutama pelajar perlu mengimbangi keperluan

melayarinya dan juga kehendak kerana penggunaan secara berlebihan akan

melalaikan dan boleh mengganggu proses pembelajaran

iv. Laman sosial perlu sentiasa dipantau oleh pihak kerajaan

v. Pusat siber di asrama perlu menyekat penggunaan laman sosial dikomputernya

kerana penggunaan tersebut adalah lebih banyak dari penggunaan pencarian

maklumat

vi. Pengguanaan laman sosial di IPT perlu diperluaskan lagi terutama dari skop

pembelajaran yang mana komunikasi 2 hala, pencapaian maklumat dan persoalan

berkenaan pembelajaran kerana laman sosial ini menarik minat semua pelajar dan

sekiranya pembelajaran dapat dilakukan dengan efektif melaluinya ianya dapat

mendorong ketekunan pelajar.

15
vii. Laman sosial merupakan sesuatu perubahan dalam dunia siber yang mana ianya

tidak boleh dianggap sebagai satu perkara yang negative.

viii. Penggunaan laman sosial boleh membantu mengurangkan budaya melepak namun

ianya juga boleh menyebabkan jenayah siber berlaku.

ix.

16

Anda mungkin juga menyukai