Anda di halaman 1dari 3

Cabaran Pendemokrasian di Negara-negara Timur Tengah

Timur Tengah adalah sebuah wilayah yang menjadi sebahagian dari benua Asia
atau Afrika-Eurasia secara politik dan budaya.

Pusat dwiwilayah ini merupakan daratan yang terletak di antara Laut Mediterranian dengan Teluk Parsi
serta wilayah yang memanjang dari Anatolia, Semenanjung Arab, dan Semenanjung
Sinai.

Kadangkala kawasan tersebut meliputi wilayah dari Afrika Utara di


sebelah barat dengan Pakistan di sebelah timur dan Caucasus atau Asia Tengah
di sebelah utara.

Media dan beberapa organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan


Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) umumnya menganggap wilayah Timur Tengah
ialah wilayah Asia Barat Daya termasuklah Cyprus, Iran, dan Mesir.

Wilayah tersebut mencakupi beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku Iran,
Arab, Yunani, Yahudi, Berber, Assyria, Kurdis, dan Turki. Bahasa utamanya
ialah bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Assyria, bahasa Kurdis,
dan bahasa Turki.

Kebanyakan sastera Barat mendefinisikan “Timur Tengah” sebagai negara-negara


di Asia Barat Daya, iaitu dari Iran (Parsi) ke Mesir. Mesir dan Semenanjung
Sinai yang berada di Asia umumnya dianggap sebagai wilayah Timur Tengah
walaupun sebahagian besar wilayah negara itu berada di Afrika Utara secara
geografi. Sejak pertengahan abad ke-20, Timur Tengah telah menjadi pusat
peristiwa-peristiwa dunia dan menjadi wilayah yang sangat sensitif dari segi
strategi, lokasi, politik, ekonomi, kebudayaan, dan keagamaan. Timur Tengah
mempunyai sumber minyak mentah dalam jumlah yang besar dan merupakan
tempat kelahiran serta pusat kerohanian agama Yahudi, Kristian, dan Islam.

Istilah “Timur Tengah” mengarah kepada wilayah budaya dan tidak memiliki
batas tertentu. Definisi Timur Tengah secara umum ialah wilayah yang terdiri
daripada Bahrain, Cyprus, Mesir, Turki, Iran (Parsi), Iraq, Israel, Jordan, Kuwait,
Lubnan, Oman, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, dan
Palestin (mewakili wilayah-wilayah Tebing Barat dan Genting Gaza).
Iran merupakan sempadan yang paling timur. Kadangkala Afghanistan dan
Pakistan Barat juga termasuk dalam sempadan tersebut kerana kedudukannya
(secara suku dan agama) dalam kelompok majoriti masyarakat Iran. Hal ini
demikian kerana negara Iran berkait rapat dengan sejarah, iaitu pernah menjadi
sebahagian daripada kerajaan yang wilayahnya mencakup daerah-daerah
tersebut. Afghanistan, Tajikistan, dan Pakistan Barat memiliki hubungan budaya,
bahasa, dan sejarah dengan Iran. Sementara itu, Iran pula mempunyai hubungan
dengan negara-negara Arab kerana adanya hubungan agama dan kedudukan
yang hampir secara geografi. Negara-negara yang termasuk dalam negara
Timur Tengah ialah Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Syria, Lubnan,
Palestin, Israel, Mesir, Yaman, Oman, Qatar, Iraq, Kuwait, dan Jordan. Negara-
negara di Afrika Utara seperti Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia, Mauritania,
Sahara Barat, Sudan, Habsyah, Eritrea, dan Djibouti juga tennasuk dalam negara
Timur Tengah.

1.9.1 Erosentrisme
Beberapa ahli sejarah telah mengkritik istilah “Timur Tengah” kerana keadaan
erosentrisme. Wilayah ini terletak di timur Eropah Barat. Bagi India, Timur
Tengah terletak di barat, manakala bagi Russia, Timur Tengah terletak di selatan.
Penggunaan kata “Tengah” juga telah menyebabkan sebahagian masyarakat
kebingungan. Sebelum Perang Dunia Pertama, “Timur Dekat” digunakan
oleh pihak Inggeris untuk merujuk kepada daerah Balkan dan empayar Turki
Uthmaniyyah, sedangkan “Timur Tengah” adalah untuk Parsi, Afghanistan, Asia
Tengah, Turki, dan Caucasus. “Timur Jauh” juga merujuk kepada negara-negara
Asia Timur seperti Bangkok, Jepun, Hong Kong, dan lain-lain. Kelenyapan
kerajaan Ottoman pada tahun 1918 hampir menghilangkan “Timur Dekat” dalam
penggunaan umum. “Timur Tengah” pula digunakan untuk merujuk kepada
negara-negara Islam. Namun, penggunaan “Timur Dekat” tetap digunakan oleh
beberapa disiplin akademik termasuklah arkeologi dan sejarah kuno.
Kritikan erosentrisme juga berhubung dengan fakta bahawa timur dan barat
didefinisikan dalam hubungannya dengan garis lintang relatif terhadap Meridian
Utama atau Meridian Greenwich.

1.9.2 Pendemokrasian Negara-negara Timur Tengah


Pada akhir tahun 2010 hingga awal 2011, kawasan Timur Tengah mengalami
pergolakan politik berupa revolusi yang bertujuan menumbangkan penguasa
autoritarian di negara-negara Timur Tengah. Pergolakan bermula di negara Tunisia
kemudian merebak ke Mesir, Aljazair, Yaman, Bahrain, Libya, dan negara-negara
yang berada di Timur Tengah. Terdapat tiga pemimpin negara yang telah meletakkan
jawatan sebagai presiden, iaitu Zine al-Abidine Ben Ali (Presiden Tunisia), Hosni
Mubarak (Presiden Mesir), dan Muammar Gaddafi (Presiden Libya). Sementara
itu, pemimpin-pemimpin negara lain belum mahu melepaskan jawatan mereka.
Peristiwa yang menyebabkan terjadinya revolusi bermula daripada peristiwa
seorang pemuda bemama Muhamed Bouazizi di Tunisia yang membakar diri
kerana masalah ekonomi di Tunisia yang tidak dapat diselesaikan oleh pemerintah.
Sejak peristiwa tersebut, terjadi beberapa demonstrasi yang menuntut supaya
Zine al-Abidine Ben Ali meletakkan jawatan sebagai Presiden Tunisia. Semua
rakyat Tunisia sudah tidak percaya lagi kepada pemerintahannya. Rasuah dan
pengangguran yang berleluasa di Tunisia menyebabkan rakyat memberontak.

Sejak peristiwa tersebut, berlakulah demonstrasi menuntut pengunduran Presiden


Tunisia. Peristiwa tersebut dilakukan oleh masyarakat Tunisia yang sudah bosan
dan jemu terhadap situasi di negara tersebut. Setelah berlaku demonstrasi selama
beberapa hari, akhirnya Presiden Tunisia melepaskan jawatan pada 14 Februari
2011. Setelah mengundurkan diri, Zine al-Abidine Ben Ali telah melarikan
diri ke negara lain untuk mencari perlindungan. Kesungguhan rakyat Tunisia
menumbangkan rejim Ben Ali telah menjadi ilham kepada rakyat Mesir untuk
melakukan perkara yang sama kerana mereka memiliki permasalahan yang
sama, iaitu kemiskinan dan pengangguran yang bermaharajalela di Mesir serta
sifat autoritarian Presiden Hosni Mubarak yang telah berkuasa selama lebih
30 tahun. Oleh sebab desakan dan demonstrasi rakyatnya, maka pada 11 Februari
2011, Presiden Mesir, Hosni Mubarak telah mengundurkan diri daripada tampuk
pemerintahan negaranya.

Revolusi yang berlaku di Asia Tengah disebabkan oleh suatu peristiwa yang
menjadi alasan kepada rakyat untuk melakukannya. Rakyat melakukan revolusi
bertujuan menumbangkan kerajaan dengan memberikan alasan bahawa kerajaan
mengamalkan rasuah dan diktator sehingga menyebabkan kehidupan rakyat
menderita sama ada dari aspek politik, sosial mahupun ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai