Anda di halaman 1dari 19

MUHAMAT HAMZAH EKSAN

JABATAN PENTADBIRAN DAN KEADILAN SOSIAL


FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA
2015/2016
SOALAN
Golongan belia di Asia Tenggara mempamerkan kadar pengangguran yang lebih tinggi
berbanding dengan populasi umum. Bincangkan sebab, kesan dan penyelesaian kepada
masalah ini.

1.0 Pendahuluan

Dalam keadaan ekonomi semasa yang begitu mencabar, kebanyakan negara akan

berhadapan dengan masalah pengangguran khasnya dalam kalangan belia1. Pengangguran2

dalam kalangan belia ini merupakan suatu masalah yang berlarutan dari zaman ke

zaman. Oleh kerana belia merupakan modal insan yang berprospek tinggi dalam

menggerakkan ekonomi sesebuah negara, pengangguran belia yang tidak terkawal pastinya

akan membawa impak kepada perkembangan ekonomi semasa. Isu ini perlu dikupas

sebaiknya agar ia mampu untuk dirawat menerusi serangkaian intervensi yang bersesuaian

dengan landskap dasar dan politik negara-negara yang terbabit. Pengabaian secara

berterusan terhadap isu ini akan mendatangkan banyak keburukan baik kepada

pembangunan masyarakat mahupun ekonomi itu sendiri.

Sebagai permulaan, penulisan ini akan memfokuskan beberapa aspek yang kerap

kali dikaitkan dengan masalah pengangguran khasnya di negara-negara asia tenggara

kebelakangan ini. Pertama, penulisan ini akan menyentuh secara langsung mengenai

faktor-faktor pemangkin kepada masalah pengangguran ini. Kedua, penulisan ini juga

akan meneliti kesan-kesan yang bakal dihadapi oleh negara-negara asia tenggara hasil

daripada masalah pengangguran belia yang tidak terkawal ini. Akhir sekali, penulisan ini

1
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendefinisikan belia sebagai kumpulan individu yang berusia
sekitar 15-24 tahun.
2
ILO mendefinisikan pengangguran sebagai individu yang tidak bekerja untuk tempoh sekurang-kurangnya
satu jam bagi tempoh seminggu, bersedia untuk bekerja dan aktif melakukan aktiviti pencarian pekerjaan.
akan menawarkan beberapa remedi bagi mengurangkan masalah pengangguran dalam

kalangan belia khasnya dalam kalangan negara-negara asia tenggara.

1.1 Sepintas Lalu Masalah Pengangguran di Rantau Asia Tenggara

Laporan ILO memaparkan kadar pengangguran belia di Asia Tenggara berada

pada tahap yang agak membimbangkan.3 Sekitar tahun 2012, kadar penggangguran belia

berada pada tahap 12.7% sebelum melonjak naik kepada 13.6% pada tahun berikutnya.
4
Keadaan ini dijangkakan akan kekal sehingga tahun 2018. Sekitar tahun 2019,

dijangkakan akan berlaku penurunan kadar pengangguran daripada 13.6% kepada 13.5%;

suatu penurunan yang amat kecil. Dalam kalangan negara ASEAN, pada tahun 2013

sahaja, Indonesia menduduki tempat teratas dalam masalah pengangguran belia ini dengan

kadar 21.6% dan diikuti oleh Filipina dengan jumlah 16.6%.5 Malaysia menduduki negara

ketiga dengan kadar pengangguran belia sebanyak 10.4%. Singapura berada pada tangga

keempat dengan kadar pengangguran berjumlah 9.4% manakala Vietnam dan Thailand

masing-masing pada kadar 6.2% dan 3.4%.

Melihat pada perangkaan yang dinyatakan di atas, jelas bahawa masalah

pengangguran dalam kalangan belia merupakan suatu masalah yang tidak boleh

diremehkan. Hampir kesemua negara ASEAN mengalami masalah pengangguran dalam

kalangan belia yang begitu kritikal. Persoalannya, apa punca yang menyebabkan masalah

ini berlaku dalam rantau Asia Tenggara sehinggakan terdapat laporan yang menyatakan

bahawa kadar pengangguran di Asia Tenggara dan Pasifik khasnya merangkumi 2/3

daripada kadar pengangguran keseluruhan yang dicatatkan oleh ILO.6

3
Cognac.M, "Youth Employment in Asean,"(Ho Chi Minh: International Labour Organization, 2012).
4
International Labour Organization. "World Employment and Social Outlook: Trends 2015." Geneva:
International Labour Organization, 2015. Hlm 39
5
Maklumat pengangguran belia dari negara ASEAN selain daripada yang telah dinyatakan tidak dapat
diperolehi.
6
Ibid hlm 40
2.0 Faktor-faktor Pemangkin Masalah Pengangguran Belia

Dalam bahagian ini, penulis akan menyenarai beberapa faktor yang dilihat sebagai

pemangkin kepada masalah pengangguran di Asia Tenggara khasnya. Analisis ini akan

dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk melihat isu ini dari pelbagai perspektif

baik dari sudut mikro mahupun makro.

2.1 Implikasi Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement)

Faktor pertama yang dikemukakan ialah implikasi perjanjian perdagangan bebas

(Free Trade Agreement) terhadap pasaran kerja belia. Pasca krisis kewangan tahun 1997-

98 dan pengembangan ekonomi negara China menyebabkan rata-rata negara ASEAN

memerlukan lebih banyak suntikan input untuk mengembangkan lagi hasil negara.

Mengambil contoh daripada pembentukan ASEAN+107 yang membawa banyak kesan

positif terhadap negara yang menyertainya8. Misalnya, hasil daripada persefahaman

ASEAN+10, industri kejururawatan Filipina mendapat perhatian dari pihak Jepun

manakala Thailand pula mendapat perhatian menerusi industri spa kecantikan mereka.

Perjanjian sedemikian semenangnya banyak membawa manfaat kepada sesebuah negara

khasnya dari sudut mobiliti modal insan.

Perjanjian perdagangan bebas dikatakan banyak membawa kesan positif terhadap

negara yang menyertainya. Antara kesannya ialah9;

i. Membuka banyak peluang pekerjaan

ii. Meningkatkan pendapatan komuniti setempat

iii. Memperbaiki taraf kehidupan

7
ASEAN+6 merupakan gabungan negara-negara ASEAN dengan Jepun, Korea, China, Australia, New
Zealand dan India.
8
Martinez-Fernandez.C, Powel.M. "Employment Skills Strategies in Southeast Asia: Setting the Scene.".
France: OECD, 2009. hlm 40
9
Ibid. hlm 41
iv. Menjana perdagangan

v. Mempromosikan perkembangan

vi. Mencipta peluang pasaran yang lebih luas

vii. Membolehkan industri menikmati ekonomi yang berskala besar

Walaupun secara keseluruhannya perjanjian bebas ini memperlihatkan kesan

positif, namun demikian jauh dari sudut itu terdapat beberapa implikasi yang perlu diberi

perhatian oleh negara yang menyertainya khasnya dari aspek jurang pendapatan antara

negara serantau.10 Fasa globalisasi memperlihatkan banyak sumber tenaga kerja mahir

mempunyai jaringan mobiliti yang lebih luas. Impak globalisasi yang membenarkan

tenaga kerja mahir dan professional merentas sempadan tanpa sebarang sekatan. Keadaan

ini mendorong wujudnya pendominasian sumber dalam kalangan negara yang

berkompetensi tinggi. Negara yang menjadi hos kepada kumpulan pekerja mahir dan

professional ini akan memperolehi banyak kelebihan khasnya dari aspek penjanaan

produk, pendapatan dan reputasi dalam kalangan negara serantau. Perkembangan ekonomi

mereka juga akan lebih pesat berbanding negara-negara lain. Oleh hal demikian, akan

wujud jurang antara pendapatan negara yang menjadi hub berbanding negara-negara

lain11. Pendominasian ini juga menyebabkan pelabur tertumpu pada negara yang

berkompetensi tinggi dan kesannya tidak banyak industri mampu menawarkan pekerjaan

di negara yang kurang membangun. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pengangguran.

Selain itu, mobiliti tenaga kerja mahir dan professional ini juga hanya tertumpu pada

sektor yang tertentu sahaja; tidak bersifat universal. Oleh hal demikian, industri yang

dilihat tidak membawa pulang yang besar akan terus terabai.

10
Martinez-Fernandez.C, Powel.M. "Employment Skills Strategies in Southeast Asia: Setting the Scene.".
France: OECD, 2009. hlm 43
11
Ibid. hlm 43
2.2 Krisis Ekonomi

Seterusnya, faktor yang kerap kali bergelumang dengan masalah pengangguran

belia ialah krisis ekonomi. Negara-negara Asia pernah dilanda krisis ekonomi sekitar

tahun 1997-199812. Kira-kira sepuluh tahun kemudian, satu lagi krisis ekonomi melanda

negara Asia khasnya rantau Asia Tenggara. Sewaktu krisis ekonomi tahun 2008, ILO

melaporkan sebanyak 23 juta orang kehilangan pekerjaan dan 140 juta orang lagi jatuh

miskin akibat krisis tersebut13. Dari aspek kadar pengagguran pula, ia meningkat kepada

5.1 peratus, Sementara itu kadar pengangguran belia di Asia Tenggara tiga kali ganda

lebih tinggi daripada kadar pengangguran dewasa. Impak krisis ekonomi sememangnya

mengeruhkan lagi krisis masalah pengangguran dalam kalangan belia. Di Filipina, jumlah

pengangguran dalam kalangan belia pada Januari 2009 meningkat sebanyak 1.4 juta

berbanding tahun sebelumnya. Hal ini juga berlaku di kesemua negara Asia Tenggara.

Kumpulan belia merupakan kumpulan yang terjejas teruk sewaktu krisis ekonomi

kerana kumpulan ini terdiri daripada pekerja muda yang kurang pengalaman14.

Kebanyakan syarikat yang terjejas dalam krisis ekonomi akan menawarkan Skim

Pemisahan Sukarela (Volountary Seperation Scheme)15 kepada pekerja yag dikategorikan

sebagai kurang berpengalaman. Kebanyakan skim ini dilaksanakan atas prinsip Last In

First Out (LIFO) 16 yang mana ia telah termaktub dalam perjanjian kontrak pekerjaan.

Kebiasaannya, skim ini akan dilancarkan sewaktu kegawatan ekonomi melanda sesebuah

12
Krisis ekonomi Asia sekitar tahun 1997-1998 merupakan antara krisis ekonomi yang terburuk yang
pernah terjadi. Krisis ini berpunca daripada kegiatan kumpulan penyangak mata wang yang bermain
dengan spekulasi melampau dalam pasaran saham negara-negara yang terbabit.
13
International Monetary Fund. "World Economic Outlook: Crisis and Recovery." Washington D.C, 2009.
Hlm 34-36
14
Ibid. hlm 34
15
Volountary Seperation Scheme merupakan sebuah perjanjian antara majikan dan pekerja bagi
melaksanakan persaraan awal dengan sejumlah ganjaran yang diberikan menerusi kiraan tertentu.
16
Last In First Out (LIFO) merupakan terma pemberhentian yang terpakai dalam proses pemberhentian
pekerja daripada sebuah organisasi. Terma ini merujuk kepada pekerja yang paling lewat memasuki
organisasi itu akan menjadi individu pertama yang diberhentikan sekiranya berlaku sebarang masalah
dalam syarikat
negara. Kebanyakan majikan pada masa itu melaksanakan skim ini bagi mengurangkan

kos operasi syarikat dan mengurangkan kadar kerugian yang dialami.

2.3 Kelemahan Undang-undang Perlindungan Pekerjaan

Kita kerap melihat kumpulan belia ini kerap menjadi mangsa keadaan apabila

berlakunya kegawatan ekonomi. Dari satu sudut, sememangnya tidak dapat dinafikan

bahawa krisis ekonomi menyebabkan kebanyakan majikan mengambil langkah

pengurangan kos operasi dengan memberhentikan pekerja yang kurang berpengalaman

khasnya daripada kalangan belia. Namun demikian, dari satu sudut yang lain, kelonggaran

undang-undang sedia ada17. Keadaan ini menyebabkan majikan mengambil kesempatan

untuk melaksanakan VSS kepada pekerja yang dilihat kurang berpengalaman.

Selain itu, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kebanyakan majikan tidak

begitu gemar untuk melabur pada kumpulan pekerja belia atas sebab mereka enggan

menanggung kerugian kos latihan dan pembangunan sekiranya mereka dikenakan VSS18.

Keadaan ini mendorong majikan mengambil langkah mudah untuk memberhentikan

mereka daripada syarikat. Di Malaysia misalnya, pekerja-pekerja dilindungi menerusi dua

peruntukan undang-undang yang berbeza iaitu Akta Pekerja 195519 dan Akta Hubungan

Industri 196720 yang melindungi hak pekerja daripada dijadikan kambing hitam dalam

17
Gorlich.D, Stepanok.I, Al-Hussaami.F,. "Youth Unemployment in Europe and the World: Causes,
Consequences and Solutions." Germany: The Kiel Institute for the World Economy, 2013. hlm 4-5
18
Ibid. hlm 5
19
Akta Kerja 1955 adalah undang-undang buruh utama yang dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan yang mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di sektor swasta. Ia
mengandungi peruntukan mengenai hak-hak pekerja dan standard-standard minimum penggajian. Akta ini
memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja bukan manual yang bergaji tidak melebihi RM2,000 sebulan dan
pekerja-pekerja manual tanpa had gaji. 2 Sejak mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 1957, Akta ini telah melalui 11
kali pindaan selaras dengan perubahan dan keperluan semasa. Akta ini dipinda pada tahun 2012 untuk
menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif..
20
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 adalah undang-undang buruh utama yang mengawal selia perhubungan
serta mengekalkan keharmonian industri antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja di sektor swasta. 1 Akta ini
mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai hak majikan dan pekerja dalam penyelesaian pertikaian
keadaan ekonomi yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, pengimplementasiannya

masih lagi berada pada tahap yang agak minimum berbanding tindakan yang dikenakan

terhadap kumpulan pekerja khasnya dari aspek perlindungan kepada pekerja dalam

kalangan belia yang kerap kali dilihat sebagai liabiliti kepada syarikat apabila berlakunya

krisis ekonomi21.

2.4 Akesesbiliti Pendidikan

Pendidikan merupakan platform terbaik untuk mendapatkan tiket pekerjaan yang

baik bagi semua individu. Tanpa pendidikan yang berkesan, individu itu akan mengalami

kesukaran kerana memasuki fasa globalisasi menyebabkan hampir kesemua sektor

perindustrian memerlukan tenaga kerja yang mempunyai tahap pendidikan yang memadai

untuk menjadikan mereka tenaga kerja yang bersifat separa mahir dan ke atas. Globalisasi

juga mengakibatkan banyak pelabur-pelabur asing yang datang ke rantau ini untuk

melebarkan sayap industri mereka. Keadaan ini mendorong permintaan kepada buruh

mahir dan professional meningkat saban tahun. Permintaan terhadap buruh mahir dan

professional di rantau Asia Tenggara dianggarkan akan terus bertambah antara tahun

2010 hingga 2025. Permintaan ini dijangka meningkat sehingga 41 peratus atau 14 juta

orang pekerja22. Bagi permintaan terhadap buruh separa mahir pula ia dijangkakan

meningkat sebanyak 22 peratus atau kira-kira 38 juta pekerja23. Hal ini menunjukkan

perkembangan ekonomi semasa begitu memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran.

perusahaan. 2 Sejak mula dikuatkuasakan pada 7 Ogos 1967, Akta 177 telah melalui proses pindaan sebanyak 7
kali dengan pindaan terakhir dibuat pada tahun 2015.
21
Ramayah.T, Muhamad Jantan, Krishnan C.M,. "Retrenchment Strategy in Human Resource Management:
The Case of Voluntary Separation Scheme (Vss)." Asian Academy of Management Journal 9, no. 2: hlm 35-62.
22
International Labour Organization and Asian Development Bank. "Asean Community 2015:Managing
Integration for Better Jobs and Shared Prosperity." Thailand: International Labour Organization and Asian
Development Bank, 2014. hlm 51
23
Ibid. hlm 51
Rantau Asia-Pasifik dari sudut pendidikan masih lagi menunjukkan perkembangan

yang tidak begitu memberangsangkan dengan kira-kira 69 juta penduduknya mengalami

masalah keciciran pendidikan24. Di peringkat asia tenggara, hanya Singapura dan Malaysia

menunjukkan aksesbiliti pendidikan asas yang tinggi iaitu hampir 100 peratus berbanding

negara-negara asia tenggara yang lain.25 Bagi peringkat pendidikan peringkat menengah

pula, Singapura mempunyai peratusan tertinggi iaitu dengan kadar 87.7 peratus diikuti

oleh Thailand (72.2 peratus) manakala Malaysia berada pada tangga ketiga dengan 67.9

peratus26. Walaupun tiga buah negara ini memaparkan aksesbiliti yang agak baik dari

sudut pendidikan menengah namun demikia ia masih lagi tidak dilihat sebagai aksesbiliti

yang begitu universal kerana masih banyak lagi individu yang keciciran Tiga buah negara

yang lain menunjukkan kadar yang tidak begitu baik ialah Kemboja (35.1 peratus), Laos

(40.1 peratus) dan Myanmar (50.8 peratus)27.

Walaupun perangkaan menunjukkan satu perkembangan yang positif namun

demikian ia bukanlah menunjukkan kesemua belia mendapat akses pendidikan yang baik.

Kegagalan mereka mendapat akses pendidikan menyebabkan peluang mereka meneroka

industri yang lebih kritikal semakin kecil. Peluang yang terhidang ini tidak dapat

dimanfaatkan sepenuhnya atas limitasi pendidikan dan kemahiran teknikal. Kesannya,

kebanyakan daripada belia ini terpaksa menganggur dek kerana kurang berdaya saing

khasnya dari aspek kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri.

24
Phan.D, Coxhead.B. "Education in Southeast Asia: Investments, Achievements and Returns." In Routledge
Handbook of Southeast Asian Economics. UK: Routledge, 2013. hlm 3-6
25
Ibid. hlm 3
26
Ibid. hlm 4
27
Ibid. hlm 6
3.0 Implikasi Masalah Pengangguran Terhadap Struktur Sosial Masyarakat

Masalah pengangguran ini pada dasarnya akan mendorong kumpulan belia ini

terjebak dalam pelbagai masalah sosial khasnya jenayah. Seperti mana yang diketahui,

masalah pengangguran menyebabkan ramai belia tidak bekerja dan berkemungkinan besar

akan mengalami masalah putus pendapatan. Faktor persekitaran semasa seperti kenaikan

kos sara hidup dan inflasi merumitkan lagi keadaan belia. Ketiadaan sumber pendapatan

yang tetap dan tekanan untuk meneruskan survivaliti kehidupan menyebabkan sebilangan

daripada belia ini mula hilang petimbangan. Hal ini mendorong mereka terjebak dalam

jenayah jalanan seperti peras ugut, ragut dan merompak. Masalah-masalah seperti ini

menyebabkan kesejateraan sosial dalam kalangan masyarakat mulai terjejas dan

mengundang kepanikan dalam masyarakat.

Seterusnya, masalah pengangguran yang berlanjutan juga akan menyebabkan ramai

belia mengalami krisis personaliti. Pengangguran dalam tempoh yang begitu lama

menyebabkan kumpulan belia khasnya dari kalangan mereka yang mempunyai kelulusan

tinggi akan mengalami masalah hilang keyakinan diri secara mendadak. Hal ini kerana

mereka terpaksa berhadapan dengan orang sekeliling yang kerap kali melihat kumpulan

belia yang gagal mendapat pekerjaan ini sebagai liability kepada keluarga dan masyarakat.

Situasi ini menyebabkan kumpulan belia ini mengalami tekanan perasaan dan akhirnya

membawa kepada masalah krisis keyakinan diri yang lemah. Kesannya, belia ini akan

menolak kehadiran orang di sekelilingnnya dan besar kemungkinan mereka akan terjebak

dalam masalah-masalah yang akan membinasakan diri mereka sendiri seperti terlibat

dengan masalah penyalahgunaan dadah. Penganggur merekodkan kes penagihan tertinggi di

kalangan penagih tidak bekerja dengan kes penagihan pada tahun 2012 seramai 673 orang

iaitu penurunan sebanyak 74.80% berbanding dengan tahun 2010 (2,671 orang)
Kebanyakan penagih dadah yang dikesan sepanjang 5 tahun (2008 hingga 2012),

menunjukkan belia merupakan golongan yang berisiko tinggi terjebak dengan dadah. Belia

berumur 19-39 tahun paling ramai dikesan pada tahun 2010 sebanyak 16,737 orang28. Bilangan

ini menurun kepada 6,011 orang pada tahun 2012 iaitu penurunan sebanyak 64.09%. Selain

itu, golongan dewasa berumur 40 tahun dan ke atas juga terjebak dengan dadah. Pada tahun

2010, 4,240 orang dewasa terlibat dengan permasalahan dadah dan menurun kepada 2,682

orang pada tahun 2012. Bilangan ini menunjukkan penurunan sebanyak 36.75%. Remaja (13-

18 tahun) juga golongan yang harus diberi perhatian dalam kes penagihan dadah. Seramai 295

orang remaja dikesan menagih pada tahun 2012 iaitu penurunan sebanyak 86.20% berbanding

tahun 2010 (2,138 orang)29

4.0 Intervensi untuk Mengatasi Masalah Pengangguran Belia

Masalah pengangguran belia ini merupakan sebuh epidermik sosial yang tidak

boleh dibiarkan. Intervensi yang sesuai perlulah diperkenalkan bagi memastikan masalah

ini dapat ditangani. Kegagalan pihak kerajaan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian

yang besar. Oleh hal demikian, beberapa strategi digariskan untuk bertindak balas terhadap

masalah pengangguran dalam kalangan belia di rantau Asia Tenggara.

4.1 Dasar buruh yang menggalakkan mobiliti serantau

Bagi strategi ini, ia melibatkan kerjasama serantau dalam proses memobilisasikan

sumber manusia baik yang terdiri daripada professional dan juga kemahiran. Pendekatan

ini dikesan melalui jawatan kuasa Kesatuan Eropah dan dinamakan sebagai Youth on

28
Agensi Anti Dadah Kebangsaan. (2012). Laporan Tahunan Dadah 2012. Kuala Lumpur: Kementerian Dalam
Negeri. Hlm 30
29
Agensi Anti Dadah Kebangsaan. (2012). Laporan Tahunan Dadah 2012. Kuala Lumpur: Kementerian Dalam
Negeri. Hlm 31
the Move30. Strategi berkaitan dengan pasar buruh ini mempunyai tiga bentuk pendekatan

utama yang diguna pakai untuk menyelesaikan masalah pengangguran.

Dua strategi utamanya merupakan strategi yang biasa digunakan di mana-mana

negara termasuk Malaysia iaitu menerusi pemantapan aspek kemahiran vokasional dan

juga meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan belia. Pendekatan yang menarik

perhatian pengkaji ialah pendekatan terakhir dalam strategi ini iaitu proses mobilisasi

sumber manusia dalam pelbagai sektor ke rantau Eropah. Hal ini bermakna sumber

manusia dibolehkan untuk bekerja di mana-mana rantau Eropah. Strategi ini secara amnya

memerlukan persefahaman yang menyeluruh antara negara serantau yang terlibat dengan

proses memobilisasikan sumber manusia yang terdiri daripada belia ini.

Walaupun strategi yang diperkenalkan di Eropah itu amat bersifat universal namun

untuk memperkenalkan strategi rentas lautan dalam konteks negara-negara Asia Tenggara,

ia merupakan sebuah perjalanan yang amat panjang. Hal ini kerana rata-rata negara di

Asia Tenggara masih lagi terdiri daripada kumpulan negara-negara membangun yang

tidak mempunyai asas pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Namun demikian, untuk konteks

masa hadapan, strategi ini boleh diperkenalkan bagi mengelakkan berlakunya lambakan

sumber manusia dalam sesebuah negara.

Di dalam Persidangan Kemuncak Negara-Negara Asian ke 27, Presiden Amerika

Syarikat, Barrack Obama telah dijemput untuk menjelaskan mengenai Perjanjian Kerjasama

Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement atau TPP). Perjanjian TPP ini dikatakan

boleh menggalakkan mobilisasi buruh antara negara-negara anggota; iaitu dengan

30
Eichhorst.W. "How to Combine the Entry of Young People in the Labour Market with the Retention of Older
Workers?". Germany: Institute for the Study of Labor(IZA), 2013. hlm 40-45
menghapuskan kouta tertentu bagi pekerja tertentu dalam sektor perkhidmatan atau

syarikat bertaraf antarabangsa. Perjanjian ini terdapat dalam bahagian kesepuluh yang

melibatkan akses pasaran dalam pelbagai perspektif. Menerusi peruntukan ini, syarikat-

syarikat antarabangsa yang beroperasi dalam sesebuah negara mempunyai hak untuk

membawa masuk pekerja asing dari mana-mana negara yang menyertai perjanjian. Walau

bagaimanapun, akses membawa masuk pekerja asing ini hanya terhad untuk tempoh 5

tahun pertama sahaja daripada tempoh tarikh pelaksanaan perjanjian31 (Ellis, 2015).

Dari satu sudut, pelaksanaan dasar mobiliti buruh menerusi perjanjian perdagangan

ini dilihat mampu memberikan satu paradigma yang baharu kepada pasar buruh tempatan

mahupun antarabangsa. Namun demikian, kelompok pekerja di Malaysia khasnya perlulah

bersedia dengan pelbagai cabaran dalam proses mendapatkan tempat dalam konsep

pekerjaan rentas sempadan ini. Hal ini kerana persaingan untuk mendapatkan pekerjaan

pastinya akan semakin sengit kerana sumber manusia tempatan perlu bersaing dengan

sumber manusia di peringkat antarabangsa.

4.2 Dasar Makroekonomi sebagai Solusi kepada Pengangguran Belia

Seperti yang telah dinyatakan, antara faktor paling berisiko yang mengancam pasar

buruh graduan ialah krisis ekonomi. Di Malaysia, krisis ekonomi banyak memberikan

kesan yang negatif kepada pasar buruh graduan yang baru menamatkan pengajian di

universiti. Mengimbau kembali siri krisis ekonomi yang pernah melanda negara pada

tahun 1997 dan 2008, antara kumpulan yang paling teruk terjejas ialah kumpulan graduan.

Bertitik tolak daripada fenomena ini, intervensi menerusi dasar makroekonomi perlu

dilakukan untuk tujuan membendung masalah ini.

31
Ellis.C. "Obama's New Frontier in Immigration "Reform"." WND News,
http://www.wnd.com/2015/03/obamas-new-frontier-in-immigration-reform/.
Dalam keadaan krisis ekonomi, remedi yang paling kerap dilaksanakan ialah

pengembangan dasar fiskal. Jelasnya lagi, kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik

walaupun secara keseluruhannya ia tidaklah begitu efektif dalam mengatasi masalah

ekonomi. IMF menyatakan bahawa dasar fiskal dan juga dasar monetari cuma

berkemampuan untuk memendekkan tempoh krisis ekonomi dalam sesebuah negara. IMF

menyatakan bahawa dalam krisis ekonomi, terdapat dua bentuk dasar fiskal yang kerap

digunakan bagi meredakan keadaan32. Pertama, dasar fiskal mengembang, iaitu dengan

meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk mewujudkan pakej-pakej bantuan ekonomi

untuk memulihkan keadaan. Kaedah kedua pula melibatkan dasar fiskal mengecut. Kaedah

ini biasa digunakan dalam keadaan inflasi; iaitu kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan

dan dalam masa yang sama cukai akan dinaikkan untuk menampung perbelanjaan negara.

Selain daripada dasar fiskal, satu lagi kaedah yang boleh digunakan dalam keadaan

krisis ekonomi ialah menerusi dasar pasaran buruh aktif. Salah satu contoh dasar pasaran

buruh aktif yang dilaksanakan secara komprehensif ialah di Britain. Intervensi ini

dilaksanakan pada tahun 1998 dan dinamakan sebagai New Deal for Young People dan

memfokuskan kumpulan belia yang berusia kurang 25 tahun33. Program ini

menghimpunkan beberapa intervensi yang ditawarkan kepada beberapa kumpulan yang

berbeza yang terlibat dalam fenomena pengangguran. Skim The New Deal for Young

People ini diwajibkan pada belia yang berusia antara 18 hingga 24 tahun yang telah

menerima Job Seekers Allowance untuk tempoh lebih daripada enam bulan 34.

32
International Monetary Fund. "World Economic Outlook: Crisis and Recovery." Washington D.C, 2009.
33
O'Higgins.N. "The Impact of the Economic and Financial Crisis on Youth Employment: Measures for Labour
Market Recovery in the European Union, Canada and the United States." In Employment Working Paper No.
70. Geneva: International Labour Office, 2010. hlm 50-55
34
Ibid. hlm 51
Pada peringkat awal skim ini, belia yang terbabit akan diletakkan dalam kategori

Gateway di mana ia diletakkan di bawah seorang penasihat peribadi yang akan

memberikan panduan dan bantuan secara ekstensif untuk mencari pekerjaan (kebiasaannya

tempoh ini tidak melebihi empat bulan). Sekiranya kumpulan belia ini masih lagi gagal

untuk mendapatkan pekerjaan dalam tempoh tersebut, maka mereka akan diberikan empat

pilihan berikut35:

i. Dimasukkan ke institusi pendidikan secara sepenuh masa atau

menjalani latihan kemahiran untuk tempoh 12 bulan bagi belia

yang tidak mempunyai apa-apa kelayakan akademik.

ii. Ditawarkan untuk bekerja dengan mana-mana institusi

kesukarelawanan. Kumpulan belia ini akan diberi gaji ataupun elaun

yang menyamai bantuan di bawah Job Seekers Allowance dan

tambahan sebanyak £400 untuk tempoh 6 bulan.

iii. Ditawarkan untuk pekerja dengan mana-mana mana-mana institusi

Environmental Task Force. Kumpulan belia ini akan diberi gaji

ataupun elaun yang menyamai bantuan di bawah Job Seekers

Allowance dan tambahan sebanyak £ 400 untuk tempoh 6 bulan.

iv. Pemberian subsidi kepada majikan yang berpotensi mahu

mengambil kerja. Latihan sekurang-kurangnya sehari dalam

seminggu. Elaun yang diberikan ialah £ 60 dengan tambahan subsidi

latihan sebanyak £ 750 untuk tempoh 6 bulan berikutnya.

35
Ibid. hlm 52
Pada ketika itu, program ini mencapai matlamat akhirnya iaitu mampu

mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia. Laporan evaluasi menunjukkan

bahawa 20 peratus peserta skim ini mendapat pekerjaan sejurus selepas mereka

mengambil bahagian dalam program ini.

Melihat pada struktur program ini, ia merupakan satu bentuk program yang amat

sesuai untuk dilaksanakan dalam keadaan krisis ekonomi walaupun terdapat beberapa

kos kewangan yang perlu dikeluarkan untuk tujuan pembiayaan. Namun demikian,

melihatkan pada hasilnya, ia merupakan satu pakej bantuan yang amat bermanfaat untuk

tujuan mengurangkan pengangguran belia dalam keadaan krisis ekonomi.

4.3 Penstruktruran Semula Bidang Teknikal dan Vokasional

Bidang teknikal dan vokasional merupakan sebuah bidang pendidikan yang

bertindak balas terhadap kelompangan yang ditinggalkan oleh pendidikan tertiari dalam

sesebuah negara. Bidang latihan teknikal dan vokasional (TVET) ini meleatih belia dalam

pelbagai bidang yang bersifat kemahiran yang bertujuan untuk melahirkan banyak pekerja

yang bertaraf mahir dan separa mahir bagi mengisi kekosongan yang wujud dalam

industri. Di peringkat rantau Asia Tenggara, bidang TVET ini masih lagi kurang mendapat

tumpuan daripada pihak kerajaan. Misalnya, hanya 0.8 peratus belia di Laos menyertai

bidang ini manakala di Indonesia pula kira-kira 18 peratus sahaja belia di sana menyertai

latihan dalam bidang ini36. Cabaran utama untuk penstrukturan semula bidang ini ialah

masalah kekangan infrastruktur di negara-negara yang terbabit, pengisian kurikular yang

tidak komprehensif dan ketiadaan rangka latihan yang menyakinkan majikan mengenai

36
International Labour Organization and Asian Development Bank. "Asean Community 2015:Managing
Integration for Better Jobs and Shared Prosperity." Thailand: International Labour Organization and Asian
Development Bank, 2014. hlm 38
graduan daripada bidang TVET ini. Hal ini menyebabkan banyak negara masih lagi

mengalami kekurangan belia yang mahu melanjutkan pelajara dalam bidang TVET ini.

Bagi mengatasi masalah yang dinyatakan di atas, kita boleh meninjau beberapa

pendekatan yang dilakukan oleh Jepun dan Singapura dalam melaksanakan penstrukturan

semula TVET ini.. Pertama, di Jepun contohnya, apabila kerajaan mula mengubah fokus

sektor ekonominya kepada sektor industri berat, Jepun mula mengalami masalah

kekurangan pekerja mahir sama seperti yang berlaku di rantau ini. Untuk betindak balas

dengan masalah tersebut, Jepun memperkenalkan Undang-undang Latihan Vokasional

(Vocational Training Law 1958).37 Akta ini menyediakan tiga jenis latihan kemahiran

kepada para pekerjanya;

i. Latihan vokasional awam (pubic provision of vocational training)

ii. Latihan kemahiran di tempat kerja (training at workplace)

iii. Sijil Kemahiran

Pengenalan undang-undang ini merupakan peralihan yang sangat besar dalam

undang-undang buruh di Jepun iaitu daripada Dasar Anti-Pengangguran kepada Dasar

Guna Tenaga Penuh.

Selain jepun,Singapura juga memaparkan pendekatan yang begitu komprehensif

dalam melakukan penstrukturan semula bidang TVET. Singapura mula melakukan

pembaharuan dalam dalam TVET semenjak tahun 1970-an lagi38. Tindakan pertama

Singapura ialah menubuhkan beberapa pusat kemahiran yang bersifat antarabangsa.

37
Siti Hajar Abu Bakar Ah. Strategi Kebajikan Dan Dasar Sosial Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2007. Hlm 58-60
38
Ibid. hlm 58
Misalnya, penubuhan Singapore Economic Development Board, German-Singapore

Institute, French-Singapore Institute dan Japan-Singapore Institute of Technology bagi

melatih pekerja mahir dalam industry yang berimpak tinggi. Selain memperkasa institusi

latihan, Singapura mengukuhkan lagi bidang TVET ini dengan menubuhkan Akta Levi

Pembangunan Kemahiran ( Skill Development Act 1979)39. Akta ini melembagakan satu

sistem dengan sejumlah peruntukan kewangan dipingut atau dikutip daripada majikan

yang menggaji pekerja yang bergaji atau berupah rendah dan kutipan tersebut digunakan

untuk mensubsidi pendidikan dan latihan pekerja mereka.

Menerusi strategi penstrukturan semula bidang TVET yang dilakukan di Jepun

dan Singapura, kita dapat melihat penstrukturan semula bidang TVET ini tidak hanya

melibatkan pengukuhan sistem latihan TVET semata-mata, proses perlaksanaan

penstrukturan itu diserati oleh serangkaian peruntukan undang-undang yang digubal khas

untuk memastikan segalanya dapat dilaksanakan dengan betul. Perkara inilah yang perlu

dilakukan oleh negara-negara yang ingin melakukan penstrukturan semula bidang TVET

khasnya di rantau asia tenggara. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak lagi negara-

negara khasnya negara Eropah yang mempunyai model pelaksanaan TVET yang boleh

dijadikan panduan untuk menstrukturkan semula sistem latihan dan pembangunan TVET

di Asia Tenggara.

5.0 Kesimpulan

Belia merupakan aset negara yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Masalah

pengangguran dalam kalang belia ini perlulah ditangani dengan lebih serius. Perbincangan-

perbincangan antara badan-badan yang berkaitan di peringkat serantau perlulah

39
Ibid. hlm 59
dipergiatkan oleh semua pihak yang terbabit. Punca-punca yang yang menyebabkan

pengangguran ini juga perlulah diteliti semula agar satu remedi yang bersesuaian mampu

ditawarkan bagi mengatasi masalah ini. Remedi ini pula perlulah bersifat pragmatik dan

realistik kerana rantau Asia Tenggara ini terdiri daripada pelbagai negara yang

mempunyai landskap politik dan dasar yang berbeza. Kesilapan dalam mencadangkan

remedi terhadap masalah pengangguran ini pastinya akan menimbulkan masalah yang

lebih besar sejurus selepas proses implementasi dilakukan. Hal ini kemudiannya akan

menyebabkan epdermik pengangguran ini akan terus menjadi duri dalam daging kepada

pasaran buruh rantau Asia Tenggara.


6.0 Bibliografi

Cognac.M. "Youth Employment in Asean." Ho Chi Minh: International Labour Organization,


2012.

Eichhorst.W. "How to Combine the Entry of Young People in the Labour Market with the
Retention of Older Workers?". Germany: Institute for the Study of Labor(IZA), 2013.

Ellis.C. "Obama's New Frontier in Immigration "Reform"." WND News,


http://www.wnd.com/2015/03/obamas-new-frontier-in-immigration-reform/.

Gorlich.D, Stepanok.I, Al-Hussaami.F,. "Youth Unemployment in Europe and the World:


Causes, Consequences and Solutions." Germany: The Kiel Institute for the World
Economy, 2013.

International Labour Organization. "World Employment and Social Outlook: Trends 2015."
Geneva: International Labour Organization, 2015.

International Labour Organization and Asian Development Bank. "Asean Community


2015:Managing Integration for Better Jobs and Shared Prosperity." Thailand:
International Labour Organization and Asian Development Bank, 2014.

International Monetary Fund. "World Economic Outlook: Crisis and Recovery." Washington
D.C, 2009.

Martinez-Fernandez.C, Powel.M. "Employment Skills Strategies in Southeast Asia: Setting


the Scene." 40. France: OECD, 2009.

Phan.D, Coxhead.B. "Education in Southeast Asia: Investments, Achievements and Returns."


In Routledge Handbook of Southeast Asian Economics. UK: Routledge, 2013.

Ramayah.T, Muhamad Jantan, Krishnan C.M,. "Retrenchment Strategy in Human Resource


Management: The Case of Voluntary Separation Scheme (Vss)." Asian Academy of
Management Journal 9, no. 2: 35-62.

Siti Hajar Abu Bakar Ah. Strategi Kebajikan Dan Dasar Sosial Di Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2007.

Anda mungkin juga menyukai