Era Fabrikasi Siber
Era Fabrikasi Siber
Memafhumi keseluruhan konteks sebaran maklumat adalah penting. Jumhur dari kita
lebih senang menerima sebaran maklumat bulat-bulat tanpa pasti akar sumbernya sama ada dari
tanah yang subur berbaja rapi atau tandus gersang dimakan api. Maklumat yang belum ada benar
salahnya dibincangkan. Kebenaran digoncang demi mengaut segenap kepincangan.