Anda di halaman 1dari 4

SAYEMBARA PENULISAN

KLWBC 2020

PENGENALAN

Sayembara Penulisan KLWBC ini diadakan bersempena Kuala Lumpur menjadi Ibu
Kota Buku Dunia pada tahun 2020. World Book Capital (WBC) ini telah diasaskan oleh
UNESCO pada 2001 untuk menyemarakkan aktiviti pembukuan dan budaya
membaca kepada setiap warga ibu kota khususnya dan negara umumnya. Tujuan
Sayembara Penulisan KLWBC ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk
menyemarakkan kegiatan sambutan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia
2020. Sayembara ini juga bertujuan untuk menyediakan bahan bacaan yang terbaik.
Warganegara Malaysia dipelawa untuk menghasilkan karya dalam genre puisi moden
dan novel sebagai manifestasi kepada kecemerlangan mutu sastera Malaysia.

HADIAH SAYEMBARA PENULISAN KLWBC 2020

HADIAH KESELURUHAN RM105,000.00


KATEGORI NOVEL KATEGORI PUISI

HADIAH UTAMA : 3 X RM 14,000.00 HADIAH UTAMA : 3 X RM 7,000.00

HADIAH : 5 X RM 4,600.00 HADIAH : 5 X RM 3,800.00


PENGHARGAAN PENGHARGAAN
● Kategori NOVEL:
i. Tema dan subjek adalah bebas.

ii. Tiada had halaman, tetapi kepanjangannya hendaklah munasabah dan


dikira sesuai bagi pembinaan naratifnya.

iii. Genrenya ialah novel dewasa.

iv. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan sinopsis tidak lebih dua
(2) halaman.

● Kategori KUMPULAN PUISI:

i. Tema dan subjek adalah bebas


ii. Jumlah 40 buah sajak sahaja.
iii. Genrenya ialah puisi moden, iaitu sajak dewasa.

SYARAT PENYERTAAN:
● Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.
● Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
● Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan untuk mana-
mana kategori yang disertai. Bagaimanapun, peserta hanya layak memenangi
satu hadiah bagi setiap kategori.
● Setiap penyertaan mesti menggunakan borang yang berasingan.
● Karya mestilah belum/tidak pernah disiarkan/diterbitkan dalam mana-mana
bentuk penerbitan.
● Karya mestilah belum menerima sebarang anugerah dalam mana-mana
sayembara penulisan.
● Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang
penyertaan yang boleh dimuat turun melalui laman Facebook
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) atau daripada pihak urus setia
seperti dalam senarai.
● Karya tidak boleh mengandungi unsur negatif yang menyentuh sensitiviti kaum,
agama, keluhuran Perlembagaan Persekutuan, dan undang-undang.
● Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan keputusan sayembara tidak akan
dilayan.
● Sebarang permintaan untuk menggantikan manuskrip yang sudah dihantar
juga tidak akan dilayan.
● Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Arial, bersaiz
12 poin dalam kertas bersaiz A4
● Manuskrip yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.
● Karya tersebut tidak boleh diterbitkan dalam mana-mana penerbitan dan tidak
boleh menyertai mana-mana pertandingan lain sehingga pengumuman
pemenang diadakan.
● Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya
yang menyertai sayembara ini. Namun begitu, jika penulis tidak dihubungi
penganjur dalam tempoh TIGA (3) BULAN selepas pengumuman pemenang,
penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya tersebut dengan mana-mana
penerbit lain dengan syarat MESTI memaklumkannya kepada pihak penganjur.

● Tarikh tutup penyertaan: 31 JULAI 2020. (Jumaat)


● Penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau melanggar syarat sayembara
akan ditolak tanpa dimaklumkan kepada penulis.
● Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-
menyurat dan seumpamanya tidak akan dilayan.
● Pihak penganjur berhak mengubah keputusan dan tindakan undang-undang
boleh diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran syarat tersebut.

PENGHANTARAN:
• Peserta dilarang menulis nama pada manuskrip; nama ditulis pada borang
penyertaan sahaja.

• Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan MESTI dikirimkan melalui e-


mel (salinan lembut) kepada: klwbcsayembara2020@gmail.com

DAN

Dikirimkan secara bercetak kepada:

URUS SETIA
SAYEMBARA PENULISAN KLWBC 2020
RUMAH PENA
961-7, JALAN DEWAN BAHASA,
50460 KUALA LUMPUR.

Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia:

Dr. Mohamad Saleeh bin Rahamad 019 - 351 4940


Dr. Mohd Hanafi bin Ibrahim 013 - 643 8660
Dr. Shamsudin Othman 013 - 342 3166
Mohd Khair Ngadiron 019 - 620 1789
Azalan Hussain 017 - 884 6372
Mohd Rozlan Mohamed Noor 011 - 6204 6242
Zaifulnizam Wagiran 011 - 3621 4842
Pilihan Kategori NOVEL
PUISI

BORANG PENYERTAAN SAYEMBARA PENULISAN KLWBC 2020

Bersama-sama ini saya kirimkan manuskrip berjudul:

Nama Penuh : _______________________________________________________

Nama Pena (jika ada) : _______________________________________________________

No. Kad Pengenalan : _______________________________________________________

Alamat lengkap : _______________________________________________________

_______________________________________________________

No. telefon bimbit : _______________________________________________________

No. telefon waris : _______________________________________________________

E-mel : _______________________________________________________

Saya mengaku bahawa karya ini ialah karya asli saya, dan bersetuju mematuhi syarat yang ditetapkan
oleh urus setia Sayembara Penulisan KLWBC 2020.

Tarikh: ....................................... Tandatangan: ..................................................

Hantar kepada:

URUS SETIA
SAYEMBARA PENULISAN KLWBC 2020
RUMAH PENA
961-7, JALAN DEWAN BAHASA,
50460 KUALA LUMPUR.

E-mel: klwbcsayembara2020@gmail.com

Tarikh akhir: 31 Julai 2020.

Anda mungkin juga menyukai