Anda di halaman 1dari 1

ERA FABRIKASI SIBER – NIRMALAKAH KITA?

Letupan horizon teknologi yang semakin menjangkau pemikiran seakan mencapai


kemuncaknya. Hampir tiada lagi keterbatasan dan ada yang menuju keterbabasan. Sejajar
kepesatan teknologi mutakhir ini, isu semasa, perkhabaran dan perkembangan social secara
khususnya berada di hujung jari. Satu sentuhan mampu membuka hijab bermacam maklumat dan
ceritera terkini.

Memafhumi keseluruhan konteks sebaran maklumat adalah penting. Jumhur dari kita
lebih senang menerima sebaran maklumat bulat-bulat tanpa pasti akar sumbernya sama ada dari
tanah yang subur berbaja rapi atau tandus gersang dimakan api. Maklumat yang belum ada benar
salahnya dibincangkan. Kebenaran digoncang demi mengaut segenap kepincangan.

Anda mungkin juga menyukai