Anda di halaman 1dari 5

Panduan Format APA

(A) Rujukan
- Semua rujukan yang ada dalam senarai rujukan pada hujung tugasan mesti ada
dalam teks.
- Rujukan dalam teks dan dalam senarai rujukan mesti mengikut format APA, bukan
mengikut format yang ada dalam artikel yang anda rujuk.
- Bagi mana-mana bahagian artikel yang dirujuk, anda mesti menggunakan
perkataan anda sendiri, bukan salin bulat-bulat ayat yang ada dalam artikel.
- Contoh penulisan rujukan:

(i) Buku

Contoh 1:

Dalam teks:

Edward (1998) melaporkan bahawa golongan remaja yang lebih berkecenderungan


untuk mengamalkan tabiat merokok adalah golongan remaja yang tercicir dan kurang
berjaya dalam pembelajaran, tidak berdisiplin dan kurang berinteraksi dengan ahli
keluarga.

Atau

Golongan remaja yang lebih berkecenderungan untuk mengamalkan tabiat merokok


adalah golongan remaja yang tercicir dan kurang berjaya dalam pembelajaran, tidak
berdisiplin dan kurang berinteraksi dengan ahli keluarga (Edward, 1998).

Dalam senarai rujukan:

Edward, P. S. (1998). Health psychology. New York: John Wiley & Sons Inc.

Contoh 2:

Dalam teks:

Menurut Ezad Azraai, Roziah, Nasrudin dan Zalkarnain (2005), penghayatan bahasa
Melayu sebagai bahasa nasional dan aplikasi satu kebudayaan yang bersifat multiras
merupakan perkara yang penting bagi memastikan keamanan dan kemakmuran terus
berkekalan.

Atau

Penghayatan bahasa Melayu sebagai bahasa nasional dan aplikasi satu kebudayaan
yang bersifat multiras merupakan perkara yang penting bagi memastikan keamanan
dan kemakmuran terus berkekalan (Ezad Azraai, Roziah, Nasrudin & Zalkarnain,
2005).

Dalam senarai rujukan:

1
Ezad Azraai Jamsari, Roziah Sidik, Nasrudin Yunos & Zulkarnain Mohamed. (2005).
Pengajian Islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(ii) Jurnal:

Dalam teks:

Reader, Carter dan Crawford (1998) mengkaji pengetahuan dan sikap terhadap tabiat
merokok dalam kalangan pelajar Universiti Exeter di England (N = 98) menggunakan
kaedah soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memiliki
pengetahuan bahaya merokok yang tinggi. Walau bagaimanapun, pengetahuan ini tidak
diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam Senarai Rujukan:

Reader, E. G., Carter, A., & Crawford, A. (1998). Smoking, knowledge, attitudes and
behaviours: A study with university students. Health Education Journal, 47(4), 25 - 27.

(iii) Surat khabar:

Dalam teks:

Sejak awal 2007, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membelanjakan sebanyak


RM180 juta atau 20 peratus daripada bajet tahunan berjumlah RM900 juta bagi tujuan
kos ubat-ubatan untuk penyakit kronik seperti diabetes, kolesterol yang tinggi dan
sebagainya (Melati, 2009). Ini menunjukkan keperihatian pihak kerajaan dalam menjamin
kesihatan rakyat Malaysia.

Dalam Senarai Rujukan:

Melati Mohd. Ariff. (2009). Bendung generasi makanan ringan. Kosmo, 18 Mac 2009,
hlm. 20.

(iv) Persidangan:

Yahaya Aziz & Nasarudin Ismail. (2008). Faktor-faktor mempengaruhi pemilihan kursus
dan masalah-masalah pembelajaran dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar
tingkatan 4 aliran teknikal di tiga buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan.
Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial, Hotel Mahkota,
Melaka, 8 Ogos -19 Ogos, 2008.

(v) Internet

Sukanti, S. (2011). Penilaian afektif dalam pembelajaran akauntansi. Diperoleh pada


2 Jun 2016 daripada http://journal.uny.ac.id/index.php/jpakun/article/view/960/770

Sham, K.L., Toy, I.I., Lorrey, O.P., & Ken, I.U. (2013). Characteristics of polihedra.
Diperoleh pada 5 Mac 2016 daripada http://emrrtna.com (Remove hyperlink)

2
(vi) Tesis, Disertasi, Laporan Teknikal dan lain-lain yang tidak diterbitkan

Owi, K. H. (2004). Penguasaan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar tahun 4


Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia
sebagai persediaan untuk kerjaya. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti
Teknologi Malaysia.

- Perhatikan cara penggunaan ‘dan’ dengan ‘&’.


- Gunakan langkau 1 baris (single spacing) bagi senarai rujukan.
- Perhatikan cara menulis nama pengarang dalam senara rujukan: Nama
penuh bagi nama Melayu, tetapi nama dan singkatan bagi penulis bangsa lain.
- Italik bagi tajuk buku. Jika jurnal, italik bagi tajuk jurnal, bukan tajuk artikel.
- Bagi buku, tuliskan nama tempat buku diterbitkan (bukan nama negeri
atau negara) dan penerbit. Contoh kesilapan: Selangor: Fajar Bakti.
- Bagi jurnal, tuliskan volume, issue dan halaman. Italik pada tajuk jurnal
dan volume. Contoh: International Journal of Management 45(4), 22-45.
- Bagi penerbitan dari suatu agensi tanpa pengarang, tuliskan nama agensi
tersebut sebagai pengarang. Contoh: Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2017).
- Jika tiada nama pengarang, tuliskan tajuk buku diikuti dengan tahun
penerbitan, tempat penerbitan dan penerbit.
Contoh: Dalam teks:
Terdapat banyak cara untuk menanam pokok hiasan (“Menanam Pokok Hiasan”,
2015).
Dalam senarai rujukan:
Menanam pokok hiasan sebagai rekreasi. (2015). Diperoleh pada 2 Mei 2014
daripada http://abcds.com
- Jika lebih daripada 6 pengarang, tulis et al. (tahun) tanpa italik dalam teks
tetapi tuliskan semua nama pengarang dalam senarai rujukan.
- Gunakan italik dalam teks bagi perkataan, frasa atau ayat yang ditulis dalam
bahasa Inggeris.

3
(B) Jadual

- Setiap jadual perlu mempunyai tajuk yang diletakkan di bahagian atas jadual,
bermula dengan perkataan Jadual diikuti nombor, dan tajuk jadual ditulis di
bawahnya.
- Gunakan 3 garis mengufuk (boleh tambah satu subgaris ufuk) sahaja bagi setiap
jadual. Tiada garis mencancang.

Contoh 1:

Jadual 5

Gaji Minimum-Maksimum bagi Pekerja Syarikat Mawar Mulai 1 Januari 2015

Gred Gaji Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji


(RM) (RM) Tahunan (RM)

C54 5,935.00 9,710.00 300.00

C52 5,628.00 9,030.00 280.00

C48 5,009,00 8,550.00 250.00

C44 3,465,00 7,220.00 230.00

C41 1,879.00 6,480.00 215.00

(Erase semua garis tegak, tinggalkan tiga garis ufuk sahaja)

Contoh 2:

Jadual 7

Perkembangan Sektor Perindustrian di Malaysia dari 2011 hingga 2016

Sektor Tahun

2011 2012 2013 2014 2015 2016

(Erase semua garis tegak, tinggalkan tiga garis ufuk utama dan
satu subgaris ufuk)

4
(C) Rajah

- Setiap rajah perlu mempunyai tajuk yang diletakkan di sebelah bawah rajah
(centre) dan bermula dengan perkataan Rajah diikuti nombor dan tajuk.
- Semua carta, graf, lukisan dan ilustrasi dirujuk sebagai rajah.

Contoh:

Rajah 8. Model penghantaran kuasa elektrik melalui kabel kuasa.

Anda mungkin juga menyukai