Anda di halaman 1dari 7

PEMBINAAN MODUL 3R

(REUSE, REDUCE,RECYCLE)
1 2
Sri Dhurga Karupiah & Zanaton Iksan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
1
ksridurkha@yahoo.com
2
zanaton.iksan@ukm.edu.my

ABSTRAK
Kemerosotan mutu alam sekitar merupakan satu isu yang sering diperkatakan oleh semua pihak kerana ianya telah
menjejaskan kehidupan jika tindakan yang seharusnya tidak di ambil. Sebagaimana yang diketahui umum tunjang utama
kemerosotan penjagaan alam sekitar adalah disebabkan oleh kesedaran dalam keterlibatan menjaga alam sekitar. Tahap
penglibatan amalan tingkah laku pelajar terhadap alam sekitar masih lagi dalam keadaan yang minimum walaupun
mereka sedar tentang kepentingan alam sekitar terhadap ekosistem. Seterusnya, amalan 3R adalah Reuse, Reduce,
Recycle. Jika amalan 3R (Reuse, Reduce, Recycle) diamalkan dengan bahan buangan seperti kertas, tin, botol plastik dan
kaca akan membantu mengurangkan penggunaan ruang bagi menempatkan sampah-sampah untuk dilupuskan.Oleh itu,
kajian ini dilakukan adalah untuk membina satu modul 3R yang boleh dipraktikkan oleh semua pelajar untuk
meningkatkan kesedaran, perubahan tingkah laku dan amalan pelajar terhadap alam sekitar. Seterusnya, menimbulkan
kesedaran melalui kreativiti pelajar mereka bentuk sesuatu dengan menggunakan bahan terbuang seperti kertas, tin, botol
plastik dan kaca. Ia juga akan dapat digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran. Artikel ini akan membincangkan
isu berkaitan dengan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar. Seterusnya, ia juga menjelaskan langkah- langkah dan ciri-
ciri pembinaan modul 3R terutamanya teori-teori dan model ADDIE yang digunakan untuk pembinaan modul 3R.
Artikel ini juga mencadangkan bahan- bahan buangan yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang
terdapat dalam modul 3R. Modul 3R ini diharap dapat membantu pelajar meningkatkan kesedaran , perubahan tingkah
laku dan amalan pelajar terhadap alam sekitar.

Kata Kunci: Modul 3R, Alam sekitar, Kesedaran, Bahan buangan

ABSTRACT
Environmental degradation is an important issue to be addressed by all parties because of its impact on our life if no
appropriate action is taken. As is commonly known, the main cause of environmental degradation is due to the lack of
awareness on the environmental involvement. The degree of students' behavioral involvement towards environment is
still minimal despite being aware of the importance of environment to the ecosystem. If 3R practices are carried out on
the waste materials such as paper, tin, plastic bottles and glass, this will reduce the use of space for garbage disposal.
Therefore, this study is conducted to build a 3R module that can be practiced by all students to raise awareness and
change behavior and practice of students towards environmental protection. Next, this module will also help to raise
awareness through activities that can harness creativity of students by designing something using waste materials such
as paper, can, plastic bottles and glass. Teachers can also use this module in the learning process. This article will
discuss issues related to student's awareness of the environment. Additionally, this article also explains the steps and
features of 3R module construction especially the ADDIE model and theories to be used for the construction of the
module. This article also discusses waste materials that can be used to perform the activities in the 3R module. The 3R
module is expected to help increase students' awareness as well as changing their behavior and practice towards
protecting the environment.

Keywords: 3R Module, environmental awareness, waste materials

PENGENALAN
Pada zaman ini, kemusnahan alam sekitar semakin berleluasa dan menyebabkan keseimbangan ekosistem alam
terganggu. Contoh isu kemerosotan alam sekitar yang berlaku adalah kemusnahan hutan, pencemaran air dan udara,
kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan kepupusan spesis haiwan. Tunjang utama kemerosotan mutu alam sekitar
adalah disebabkan oleh kesedaran masyarakat yang rendah tentang kepentingan alam sekitar. Menurut Yunos (2014),
kesedaran orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar serta kepentingan pembangunan
perlu dipertingkatkan lagi. Oleh itu Program Pendidikan Alam Sekitar merupakan medium penyampaian dan penyebaran
maklumat mengenai kepentingan alam sekitar (Jamilah, 2011).
Seterusnya, didapati sikap pelajar berada pada tahap yang tinggi namun amalan terhadap alam sekitar berada
pada tahap yang lemah (Othman, 2011). Hal ini adalah disebabkan kesedaran tersebut tidak lagi diubah kepada sesuatu

375
yang praktikal (Azmi, 2016). Berenguer (2007) juga mendapati bahawa masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi
terhadap masalah alam sekitar tetapi tingkah laku dan tanggungjawab terhadap alam sekitar masih tidak menjadi
kebiasaan dan keadaan ini berlaku di mana-mana Negara. Perkembangan pendidikan alam sekitar di Malaysia semakin
pesat adalah disebabkan oleh isu-isu alam sekitar yang kerap timbul saban tahun. Hal ini disebabkan oleh tahap
kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar individu yang tinggi tetapi tiada perubahan tingkah laku dari segi amalan
tingkah laku mesra alam sekitar terutamanaya diperingkat pendidikan tinggi seperti kajian yang telah dilakukan oleh
Zurina (2011). Mereka mendapati kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia adalah pada tahap yang tinggi tetapi kesediaan pelajar untuk terlibat sama dalam mengatasi masalah alam
sekitar adalah terlalu minimum. Justeru itu, amalan alam sekitar perlu di amalkan sendiri oleh setiap individu.
Seterusnya, fokus kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kesedaran pelajar terhadap alam sekitar melalui
aktiviti 3R. 3R melibatkan semua bahan buangan yang digunakan untuk membentuk sesuatu produk. Bahan buangan
yang boleh digunakan adalah kertas, botol plastik, kaca dan tin. Ia juga salah satu aktiviti yang dijalankan untuk melihat
sejauh mana kesedaran dan perubahan amalan yang diamalkan sendiri oleh pelajar dapat mempengaruhi kepekaan dan
amalan untuk menjadi pengamal alam sekitar yang prihatin dan tegar (Yustina, 2010). Wee (2010) mengatakan bahawa
jalan yang terbaik untuk mengurangkan masalah alam sekitar adalah dengan mengubah sikap dan amalan seharian
masyarakat dari berfokus kepentingan diri kepada berfokus kepentingan alam sekitar.

KESEDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Kesedaran alam sekitar merupakan satu elemen penting dalam pembangunan kelestarian sesebuah Negara. Banyak kajian
lepas telah mendapati bahawa tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar adalah pada tahap
yang baik (Yustina, 2014; Zurina, 2011; Vebrianto, 2012 dan San, 2011). Namun begitu, menurut Jabatan Alam Sekitar
Malaysia, (2016) menyatakan bahawa pencapaian tahap kesedaran terhadap alam sekitar rakyat Malaysia masih belum
mencapai tahap yang membangakan jika di bandingakan dengan Negara-negara luar seperti Jepun, Dernmark dan
German. Hal ini kerana pelajar hanyak peka terhadap isu-isu alam sekitar yang berlaku hampr kepada mereka tetapi
kesedaran untuk mengatasi isu tersebut adalah pada tahap yang minimum (Zurina, 2011).
Bukan itu sahaja, pendapatan Vaske (2010) yang menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar sudah mempunyai
kesedaran alam sekitar yang tinggi. Namun begitu, apabila dikaji dari aspek tingkah laku pelajar dalam amalan penjagaan
alam sekitar, didapati ianya pada tahap yang lemah. Senario ini telah dibuktikan oleh banyak kajian lepas yang mendapati
bahawa terdapat jurang dan kelemahan tahap kesedaran dan tingkah laku pelajar terhadap kelestarian alam sekitar di
universiti (Zurina, 2011; Sunarno, 2016; Salih, 2009; Haryati, 2009). Hal ini kerana tingkah laku yang bertanggungjawab
terhadap alam sekitar masih belum menjadi kebiasaan.
Menurut Akmal (2011), rakyat harus diberi kuasa dengan membekalkan mereka dengan kaedah dan mekanisma
yang sesuai serta mengetahui bagaimana mereka boleh mengambil bahagian aktif untuk menjaga alam sekitar. Cara
bertindak ke atas masalah alam sekitar haruslah menjangkaui kesedaran iaitu tindakan. Dapat dirumuskan bahawa sikap
terhadap tingkah laku alam sekitar yang spesifik adalah peramal tingka laku yang paling baik (Afrizal, 2013). Walau
bagaimanapun, beberapa dapat kajian telah menunjukkan hasil yang berbeza di mana tahap pengetahuan dan sikap
terhadap alam sekitar tidak semestinya membawa kepada amalan tingkah laku alam sekitar (Hanunah, 2007).

TEORI-TEORI PEMBINAAN MODUL 3R

Teori Konstruktivisme

Menurut Piaget, proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia
ada dalam struktur kognitif. Struktur asas dalam organisasi mental ini dinamakan skema. Pengetahuan dibina apabila
maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Proses adaptasi merujuk
kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan
antara skema dengan persekitaran. Menurut Rosnanini (2007) pula, pembelajaran secara konstruktivisme menyatakan
bahawa pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pendidik tetapi secara aktif membina realiti
mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Beberapa konsep pendekatan konstruktivisme
adalah seperti berikut (Ali, 2012):
a) Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah ada.
b) Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.
c) Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi antara
pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
d) Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat
pelajar.

Pelajar yang dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada akan menjadi lebih yakin dan akhirnya akan mudah
mengingati semua fakta yang dipelajari. Menurut Andi (2010), pembelajaran konstruktivisme akan menyebabkan pelajar
diarah untuk mengingatkan kembali, menghubungkaitkan, menerangkan, atau mengaplikasikan pengetahuan daripada

376
pengetahuan lampau yang digunakan sebagai asas kepada pengetahuan baru.Dalam kajian ini, pelajar boleh membina
pengetahuan baru dengan mudah melalui modul 3R ini. Oleh itu, modul 3R ini memuatkan semua aktiviti yang boleh
dilaksanakan dengan bahan buangan iaitu kertas, botol plastik, kaca dan tin. Pelajar dapat membina sendiri pengetahuan
sedia ada sebagai persediaan apabila berada di rumah, universiti dan kolej.

Teori Hubungan Interpersonal


Teori ini mempunyai tiga dimensi di antara hubungan interpersonal yang menjelaskan interaksi antara manusia dengan
terperinci. Tiga dimensi yang diketengahkan dalam teori ini adalah Inclusion, Control dan Affection dengan tujuan untuk
menilai sesuatu dinamik kelompok manusia. Namun begitu kajian yang telah dilakukan oleh Akmal (2011), telah
menyatakan bahawa teori interpersonal relationship mempunyai kaitan dengan komitmen seseorang individu terhadap
alam sekitar.Seterusnya, terdapat beberapa frasa yang menunjukkan hubungan peribadi seseorang dengan alam sekitar
seperti perasaan seseorang terhadap alam sekitar (Jamian, 2015). Frasa ini telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan
peribadi (interpersonal relationship) individu yang kuat terhadap alam sekitar. Menurut ahli-ahli teori, hubungan yang
unik telah wujud di antara manusia dan alam sekitar. Hal ini kerana, secara umumnya, manusia bergantung kepada dua
elemen penting iaitu fizikal dan emosi terhadap alam sekitar dan seterusnya ianya akan memberi kesan kepada tindakan
manusia kepada alam sekitar. Hal ini disokong oleh Hanunah (2007) yang menyatakan pergantungan manusia dengan
alam semula jadi adalah bersesuaian dengan tingkah laku pro alam sekitar.
Menurut Vaske (2010) menyatakan bahawa emosi merupakan sifat semula jadi pada manusia yang mempunyai
perhubungan dengan tanggungjawab dan tingkah laku terhadap persekitaran. Oleh itu, ini sudah menjelaskan bahawa
teori interpersonal relationship bukan sahaja satu teori psikologi yang menghubungkan antara interaksi antara manusia
namun ianya juga mampu menerangkan hubungan antara manusia dengan persekitaran melalui tingkah laku seseorang
individu tersebut. Dalam kajian ini teori hubungan interpersonal telah menjelaskan secara langsung keseluruhan amalan
alam sekitar yang terkandung di dalam modul 3R ini. Dalam kajian, pelajar akan meningkatkan kesedaran terhadap alam
sekitar. Tambahan pula, pelajar akan mula berfikir kreativiti semasa melaksanakan modul 3R ini.

MODUL 3R

Kajian 3R merupakan satu strategik yang diperkenalkan untuk menerapkan kesedaran dan meningkatkan tingkah laku
amalan mesra alam secara berterusan. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan
maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.
Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan),Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle
(Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian
daripada Hierarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan
penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan. Pengurangan adalah memilih bahan yang digunakan
dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. Manakala, Penggunaan semula bermaksud aktiviti
menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi. Akhirnya, kitar
semula ialah memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.Pengurangan penghasilan
sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu,
“pengurangan”diikuti “penggunaan semula” dan akhirnya “kitar semula”.
Kesedaran alam sekitar yang dipupuk dalam 3R ini adalah melalui aktiviti-aktiviti membentuk sesuatu produk
dengan menggunakan bahan buangan , mengurangkan kegunaan sesuatu produk, guna semula dan pemuliharaan dalam
amalan seharian seseorang. Oleh itu, melalui aktiviti-aktiviti 3R yang telah dilakukan dan diamalkan sendiri oleh pelajar
dapat mempengaruhi kepekaan pelajar untuk menjadi seorang yang lebih mesra alam. Selain itu, 3R merupakan satu
kajian yang melibatkan beberapa aktiviti guna semula, bentuk sesuatu produk, kurangkan gunaan produk dan
pemuliharaan dalam amalan kehidupan seharian seseorang seperti bentuk sesuatu produk dengan kertas, botol plastik,
kaca, tin dan kaca. Aktiviti ini merupakan amalan seharian yang selalu dilakukan oleh seseorang sepanjang kehidupan
seharian mereka yang mana ianya telah menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Kita harus mengamalkan amalan
3R untuk melindungi bumi kita. Kita boleh mengasingkan bahan kitar semula ke dalam tong kitar semula mengikut kod
warna masing-masing iaitu warna coklat ialah kaca, warna biru ialah kertas manakala warna orange ialah tin aluminium
keluli dan plastik. Tong-tong kitar semula biasanya akan disediakan di sekolah-sekolah, stesen minyak, pusat membeli-
belah dan bangunan kerajaan. Selain itu, kita juga boleh menghantar bahan-bahan kitar semula ke pusat kutipan yang
lebih besar (Vaske, 2010; Schultz, 2007).
Menurut Zurina&Norjan (2011), masyarakat hanya prihatin dan peka terhadap isu-isu alam sekitar yang berlaku
berhampiran dengan mereka namun kesedaran untuk terlibat mengatasi masalah tersebut masih dalam tahap yang
minimum. Oleh itu, 3R merupakan salah satu strategik yang boleh digunakan untuk membantu seseorang terlibat sama
dalam mengatasi isu alam sekitar dengan melakukan aktiviti mesra alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka
dengan lebih bermakna. Seterusnya, seseorang juga akan menggunakan pengalaman di dalam diri mereka untuk
mempelajari sesuatu amalan dengan lebih baik dan bermakna dalam kehidupan mereka. Dalam Kajian ini, teori
konstruktivisme secara tidak langsung telah di implementasikan sepanjang aktiviti 3R berlaku seperti yang telah
ditegaskan oleh Yustina (2010) bahawa ilmu pengetahuan tidak wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda

377
berdasarkan pengalaman sebenar. Apabila melaksanakan aktiviti 3R, dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan
untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan
api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dapat
dikurangkan.Sebagaimana yang diketahui umum, kesedaran alam sekitar boleh dipupuk dengan pelbagai cara dalam
kehidupan seharian. Menurut Noor Azizah & Zanaton (2015), kesedaran yang diterapkan melalui amalan seseorang dapat
memberi kesan yang positif kepada gaya hidup serta orang di sekeliling mereka. Kesan daripada amalan seharian yang
dilakukan oleh seseorang ini merupakan satu perubahan tingkah laku yang berterusan dari anthropocentric kepada
ecocentric di mana ianya dapat mengurangkan kemusnahan alam sekitar (Tan, 2011). Ecocentric merupakan sikap pro
alam sekitar di mana ianya boleh mengubah gaya hidup seseorang untuk lebih mesra alam.

METODOLOGI

Pembinaan modul merupakan tujuan utama kajian ini. Perbincangan dalam bahagian ini memfokuskan kepada reka
bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, tatacara pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data. Bahagian ini
akan menjawab objektif kajian iaitu mengkaji langkah-langkah pembinaan modul 3R. Model reka bentuk ADDIE dipilih
oleh pengkaji sebagai satu proses pembinaan modul 3R. Pengkaji mengikuti langkah demi langkah dalam modul ADDIE
iaitu bermula dari fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan akhirnya penilaian.

Fasa Analisis

Peringkat analisis merupakan satu peringkat permulaan dalam model ADDIE di mana pengkaji perlu mengenal pasti
masalah timbul yang menyebabkan modul dibina amat diperlukan dalam sesebuah institusi pendidikan. Dalam konteks
kajian ini, menganalisis masalah yang timbul dalam negara yang menyebabkan kurang mengetahui dan kesedaran dalam
kalangan pelajar. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam fasa ini iaitu menganalisis keperluan kepada modul
yang ingin dibina, mengenal pasti siapakah pengguna modul yang akan dibina, reka bentuk ini sesuai digunakan oleh
individu atau secara berkumpulan, melihat kesesuaian isi kandungan modul dan juga menetapkan pengetahuan asas yang
perlu ada dalam diri pengguna sebelum menggunakan modul ini. Satu analisis keperluan bagi modul 3R juga dilakukan
untuk sejauh mana keperluan modul ini digunakan sebagai alat mengajar di sekolah.

Fasa Reka Bentuk


Setelah melakukan analisis keperluan , pengkaji perlu menentukan kaedah pengajaran yang akan digunakan dalam reka
bentuk yang ingin dibina. Secara keseluruhannya, modul 3R menggunakan beberapa teori pembelajaran iaitu Teori
Konstruktivisme Kognitif Piaget dan Teori Hubungan Interpersonal. Dalam modul, setiap aktiviti menjelaskan langkah
demi langkah supaya pelajar dan guru tidak menghadapi masalah semasa melaksanakan modul tersebut.

Fasa Pembangunan
Dalam fasa pembangunan, ia melibatkan proses mengarang dan menghasilkan bahan pengajaran atau pembelajaran di
mana pengkaji akan membina modul berdasarkan perancangan dalam fasa reka bentuk dengan memastikan modul yang
dibina adalah mudah difahami dan dapat menyampaikan maklumat dan bersesuaian dengan tahap pengguna.
Pembangunan yang dilakukan termasuklah membina dahulu aktiviti-aktiviti dilakukan dengan menggunakan bahan
buangan , kemudian jadual hasil aktiviti disediakan untuk melakukan pelajar merekodkan sendiri data dan gambar yang
diambil secara sistematik dan efektif. Selain itu, menentukan bahasa pengaturcaraan dan menyatukan draf modul.

Fasa Pelaksanaan
Seterusnya kepada fasa pelaksanaan iaitu kajian dijalankan apabila modul 3R dan instrumen telah disiap. Penilaian
daripada pakar dilakukan untuk mendapatkan maklum balas mengenai modul yang telah dibina termasuklah dari segi
kandungan, aktiviti, konsep, animasi dan teks yang dihasilkan. Hasil daripada penilaian pakar ini, pengkaji melakukan
beberapa pembetulan ke atas modul pembelajaran ini untuk meningkatkan kesesuaian modul 3R. Setelah pembaikan
telah dilakukan, pelaksanaan ke atas responden sebenar dilakukan.Dalam kajian ini, modul yang telah dibangunkan akan
melalui langkah ini untuk menentukan kesahan dan kebolehgunaan sesuatu modul. Jika berbuktikan modul ini
mempunyai kesahan dan kebolehgunaan yang tinggi, baru ia dianggap sesuatu modul yang lengkap. Melalui perancangan
pengesahan dan penilaian modul, langkah ini dilakukan dalam satu cara iaitu pengujian pengajaran di dalam kelas.

Fasa Penilaian
Fasa penilaian adalah melibatkan dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif
bertujuan untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan modul yang telah dibina. Contohnya,
meningkatkan mutu reka bentuk berarah selepas penilaian daripada pakar dilakukan. Penilaian sumatif pula dilakukan
untuk menilai keseluruhan modul yang telah dihasilkan melalui pelaksanaan kajian sebenar. Penilaian formatif direka
untuk memperbaiki kualiti sesebuah modul dari pelbagai aspek. Ia mengenal pasti kelebihan serta kelemahan sesuatu

378
modul pada peringkat awal pembangunan lagi. Penilaian sumatif pula dilakukan sebagai pelengkap kepada sesuatu
proses penilaian. Ia sering dilaksanakan di penghujung proses pembangunan sesebuah projek (Laila, 2015).Terdapat dua
jenis penilaian dilakukan dalam kajian ini iaitu penilaian terhadap modul yang dibina dan juga penilaian dari segi tahap
kesedaran terhadap alam sekitar. Penilaian formatif dilakukan oleh pakar Alam sekitar manakala penilaian sumatif adalah
daripada responden kajian setelah menggunakan modul 3R dalam proses PdP. Selain itu, penilaian terhadap tahap
kesedaran turut dilakukan melalui soal selidik untuk melihat keberkesanan modul 3R terhadap pelajar

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Modul alam sekitar (Modul 3R) salah satu modul yang mengandungi aktiviti- aktiviti yang terdiri daripada dua konsep
iaitu keceriaan dan sains. Aktiviti-aktiviti dalam modul adalah merupakan aspek yang penting bagi menjelaskan tentang
3R dalam cara yang kreativiti dan melibatkan kebanyakan “hands on” dalam modul ini. Bagi keperluan menghasilkan
produk pula perkembangan konsep sains dan keceriaan pelajar. Pelajar akan mengetahui tentang konsep sains dan
keceriaan secara terperinci dan ia juga akan menarik perhatian pelajar. Maka, ia juga membantu untuk meningkatkan
kesedaran terhadap alam sekitar. Selain itu, dengan menggunakan modul 3R sebagai alat bantu mengajar, pengajaran
guru tentang alam sekitar menjadi mudah dan pelajar juga difahami dengan pantas. Aktiviti yang mempunyai konsep
sains akan membantu bagi guru semasa menjelaskan mata pelajaran sains. Seterusnya, ada beberapa bahan yang
diperlukan dalam aktiviti-aktiviti yang mengandungi dalam modul tersebut (Gardner, 2002). Tetapi setiap bahan yang
digunakan dalam modul itu, boleh terdapat dalam kos yang rendah dan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
Bahan- bahan buangan yang perlukan bagi aktiviti- aktiviti dalam modul adalah kertas, botol plastik, tin dan
kaca. Maka dengan menggunakan kertas untuk 3R, itu akan dapat menyelamatkan dan mengurangkan penebangan pokok
yang merupakan sumber kepada penghasilan oksigen untuk kehidupan di atas muka bumi. Habitat haiwan di hutan dapat
diselamatkan dari pembalakan untuk sumber kertas dan mengurangkan keluasan kawasan pelupusan sampah.
Maka,daripada keseluruhan maksud yang diberi boleh disimpulkan bahawa kajian ini adalah untuk mengenal pasti
pengetahuan dan amalan pelajar dalam penggunaan tong kitar semula kertas terpakai.Ini amat penting supaya pelajar
lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh guna untuk 3R sesuka hati. Ia juga dapat mengelakkan daripada
pembaziran dan penyediaan tong-tong kitar semula yang diletakkan dilokasi yang strategik dapat memudahkan pelajar
membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul. Selain daripada kertas yang dikumpul, dijual,
sikap jimat penggunaan kertas juga mesti dijadikan amalan seharian di mana-mana sahaja. Botol plastik penyumbang
sampah paling banyak (Azmi, 2016). Botol plastik juga berbahaya untuk kesihatan manusia. Dengan itu, salah satu cara
untuk mengurangkan sisa buangan seperti botol plastik ialah dengan cara 3R. Seterusnya, Tin minuman yang diperbuat
daripada aluminium mampu di kitar semula sekiranya semua pihak bersama-sama menjayakan program 3R tersebut. Tin
minuman juga boleh diguna semula dan dijadikan pelbagai bahan yang berguna dalam kehidupan seharian. Selain itu,
aluminium boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali dan aluminium yang dikitar semula hanya
menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan yang baru. Sekiranya seseorang
mengitar semula sebiji tin minuman aluminium, ia seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik untuk televisyen
selama dua jam, komputer selama tiga jamdan menyalakan lampu 100 watt selama 20 jam (Mohammad, 2009).
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Fakta adalah
merupakan dengan mengitar semula satu botol kaca dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100
watt selama empat jam. Kelebihan gelas adalah boleh di kitar semula 100% dan boleh di kitar semula misalnya. Modul
3R menggunakan kaca dalam aktiviti untuk mengurangkan bahan buangan. Amalan 3R dapat mengurangkan kuantiti
sampah dan pihak majlis atau pihak swasta dapat menjimatkan kos pengurusan dan kos pengangkutan sampah. Selain itu,
ia juga memelihara ruang kehidupan kita (Jody, 2009). Sekiranya sampah tidak diuruskan dengan baik, manakala
persekitaran kita kemungkinan besar akan menjadi tapak pelupusan sampah. Ini akan menjejaskan kesihatan kita kerana
sampah akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. 3R juga akan mengurangkan
pencemaran, maka kesihatan kita akan dijamin.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Modul 3R ini diharap dapat membantu pelajar meningkatkan kesedaran , perubahan tingkah laku
dan amalan pelajar terhadap alam sekitar. Dengan modul 3R guru juga akan melakukan pengajaran yang menarik dan
mudah difahami oleh pelajar tentang alam sekitar . Ia juga menjadi salah satu bahan pengajaran sains bagi pelajar untuk
mengetahui konsep sains dengan aktiviti-aktiviti dalam modul 3R. Ini juga dapat mengeratkan hubungan guru dan
pelajar. Guru boleh mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap alam sekitar melalui aktiviti-aktiviti yang terdapat
dalam modul. Seterusnya, pemeliharaan alam sekitar haruslah bermula daripada perubahan dalam gaya hidup pelajar
sendiri. Oleh itu, modul 3R menjadi kunci yang utama bagi berlaku perubahan dalam gaya hidup pelajar. Ia juga
menguatkan korelasi antara sikap terhadap Sains dengan sikap terhadap alam sekitar. Modul ini merupakan garis panduan
pengajaran alam sekitar bagi pelajar- pelajar sekolah.
Pengurusan sisa pepejal adalah satu proses dimana sisa pepejal diuruskan bermula dari penjanaan, penyimpanan,
pemungutan, pemindahan, pengangkutan dan pelupusan supaya ianya diurus dengan sistematik dan teratur. Proses
tersebut memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi dan bertambah dari tahun ke tahun. Oleh itu, dengan
melaksanakan modul ini kuantiti sisa pepejal yang dibuang akan menurun, maka kos pengurusan sisa pepejal semakin

379
menurun. Selain itu, dengan modul ini aluminium juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali dan
aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan
yang baru. Sekiranya seseorang mengitar semula sebiji tin minuman aluminium, ia seumpama menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik untuk televisyen selama dua jam, komputer selama tiga jamdan menyalakan lampu 100 watt selama 20
jam. Modul ini merupakan bahan rujukan dan panduan kepada guru-guru penasihat untuk membimbing dan melatih
pelajar-pelajar untuk menjadi seorang individu yang mementingkan penjagaan kebersihan persekitaran dan
membudayakan aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian. Disamping itu, memastikan mesej pengurusan sisa
pepejal dan amalan kitar semula dapat diterima oleh pelajar dengan lebih terancang dan berkesan. Justeru, dengan
melaksanakan modul 3R kuantiti menebang pokok semakin menurun. Hal ini kerana, pokok adalah bahan utama untuk
menghasilkan kertas. Oleh sebab itu, 3R akan menurunkan masalah menebang pokok. Maka, aktiviti menebang pokok
tujuan utama bagi semua masalah alam sekitar. Dengan itu, semakin kurang menebang pokok semakin meningkat
suasana kehijauan dan juga berkurang masalah alam sekitar.
Maka, kuantiti bahan buangan khususnya sampah domestik perlu dikurangkan bagi mengurangkan perbelanjaan
kerajaan. Bagi mengurangkan penghasilan bahan buangan, kempen kesedaran untuk mendidik dan mendisplinkan
masyarakat harus dipertingkatkan. Antara yang boleh dilakukan ialah menggalakkan masyarakat khususnya murid-murid
melaksanakan modul 3R kerana modul 3R berupaya mengurangkan penjanaan sampah pada punca. Dengan kitar semula
misalnya, kita dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan
penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau dari penghasilan barang
baru daripada bahan mentah. Akhirnya, di samping aktiviti pendidik untuk menaikkan taraf kepentingan menjaga alam
sekitar, agensi yang berkaitan juga harus mewujudkan sistem pengurusan bahan buangan yang lestari supaya kesihatan
awam terjamin, alam sekitar dilindungi dan dipulihara serta sumber alam terpelihara.Cadangan untuk kajian lanjutan
adalah menggunakan modul 3R untuk aktiviti- aktiviti kokurikulum untuk mengembangkan kesedaran alam sekitar selain
dari bilik darjah. Aktiviti-aktiviti yang mengandungi dalam modul 3R mempunyai potensi untuk melakukan sebagai
aktiviti- aktiviti bagi Kelab Alam Sekitar. Seterusnya, kajian ini juga boleh digunakan secara meluas lagi seperti pelajar
university dan kolej bagi meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar. Selain itu juga, penambahbaikan Modul 3R juga
harus dilakukan dengan menambah pelbagai lagi aktiviti fleksible dan menarik.

RUJUKAN
Afrizal, T., & Embong, A. R. (2013). Komuniti dan pengurusan persekitaran: Beberapa pengalaman malaysia,
Bangladesh, Zambia dan Vietnam. Kajian Malaysia, 31(2), 65–86.
Akmal, J., & Ahmad, J. (2011). Penggunaan Facebook oleh Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar ( ENGO ) Dalam
Menyampaikan Mesej Alam Sekitar. Jurnal Komunikasi, 27(2), 161–182. Retrieved from
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/15911/V27_2_9.pdf
Ali, H., Dermawan, D., Ali, N., Ibrahim, M., & Yaacob, S. (2012). Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke
arah kelestarian komuniti, 5(5), 64–75.
Andi. 2010. Teori Pembelajaran Konstruktivisma. http://www.indoskripsi.com [12 Julai 2010].
Azmi, M., Yusoff, M., Ahmad, J., Mansor, A. N., Johari, R., Othman, K., & Hassan, N. C. (2016). Evaluation of School
Based Assessment Teacher Training Programme, (April), 627–638.
Berenguer, J. 2007. The effect of empathy in proenvironment attitudes and behaviours. Journal of environment and
Behaviour 39(2): 269-283.
Gardner, G. T. dan Stern, P. C. 2002 Environment Problems and Human Behavior (2nd ed) Boston, MA: Pearson
Custom Publishing.
Hanunah Ahmad Shah. 2007. Satu kajian tentang penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam kokurikulum di kalangan
guru pelatih maktab perguruan.http://Geografi.um.edu.my/ persidangan%202007/ kertaskerja/hanunah. doc
Haryati Shafii. (2009). Pendidikan alam sekitar menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup masyarakat di malaysia.
Jurnal Majlis Amanah Rakyat (Mara), 56–74.
Jamian, R., Ab ahman, M. N., Md Deros, B., Ibrahim, M. Z., & Nik Ismail, N. Z. (2015). Hubungan di antara
Pelaksanaan 5S dan Prestasi Hijau Syarikat Pembuatan PKS di Malaysia : Satu Model Konsep. Jurnal
Kejuruteraan, 26(1), 1–14.
Jamilah, Mustafa, H., & Wahab, H. A. H. & J. A. (2011). Pengetahuan , sikap dan amalan masyarakat Malaysia terhadap
isu alam sekitar. Akademika, 81(3), 103–115. http://doi.org/10.5194/nhess-9-289-2009
Jody L. davis, Jeffrey D. Green & Allison Reed. 2009. Interdependence with the environment: Commitmen,
interconnectednedd, and environment behavior. Journal of environment Psyhology. 29(2): 173-180.
Laila Wati, M., Chua, B. S., Murnizam, H. H., Ferlis, H. B., & Jasmine Adela, M. (2015). Peningkatan Kualiti Diri
Melalui Intervensi Interpersonal. Jurnal Psikologi Malaysia, 29(2), 123–134.

380
Mohamad Zohir Ahmad, 2009, “Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru”. Environment issue.
Mohd. Faizal Aziz. 2008. Cuaca Dunia Tidak Menentu. Pemanasan Global. Estidotmy 76: 14-15.
NorFadillah Derahim, Halimaton Saadiah Hashim, Noraziah Ali. 2011. Tahap kesedaran pelajar UKM kearah kampus
Lestari. Jurnal Personalia Pelajar 14: 1- 10.
Othman, R., Harun, R., Muda, A., Ismail, I. A., Pendidikan, U., & Idris, S. (2013). ALAM SEKITAR MELALUI
AKTIVITI MELUKIS MURAL ,28, 11–31.
Pusat Perkembangan Kurikulum KPM. (2016). Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Salih, M. (2009). Merentas Kurikulum Di Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Tinjauan Hazinah Nor Hanipah Kod
Penyelidikan : Frgs / Kpt 04-04-14-07, 34–26.
San, T. P., & Azman, N. (2011). Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan Tingkah Laku Mesra Alam
Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 14(9), 1689–1699.
http://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Schultz, P. W., & Tabanico, J. (2007). Self, identity, and the natural environment: exploring implicit connections with
nature. Journal of Applied Social Psychology, 37, 1219–1247
Shaharom Noordin & Yap, Kueh Chin (2012). “Ke Arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi Pengajaran Bermodul.”
Jurnal Pendidikan Guru. 7. 89-107.
Sunarno, W. (2016). Pengembangan Modul Ipa Terpadu Tema Ekosistem Dengan Kepedulian Lingkungan Dan
Kemampuan Analisis, 269–278
Tan Pei San & Norzaini Azman. 2011. Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan Tingkah Laku Mesra
Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 14, 11–22.
Vaske, J. L., & Kobrin, K. C. (2010). Place attachment and environmentally respon- sible behavior. The Journal of
Environmental Education, 32(4), 16–21.
Vebrianto, R., & Osman Abstrak, K. (2012). Keberkesanan Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran dalam
Meningkatkan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Pelajar (The Effectiveness of Various Instructional
Medium in Improving Students’ Science Process Skills). Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(1), 1–11.
Wee, S. T., Syahrul, I., & Radzuan, M. (2010). Sikap Masyarakat Terhadap Program Kitar Semula : Kajian Kes Di
Daerah Batu Pahat , Johor. Journal of Techno-Social, 2(2), 75–86. Retrieved from
http://eprints.uthm.edu.my/582/1/jtsv22010p6.pdf
Yunos, N. B. M. 2014. Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian Pendidikan alam Sekitar dalam Kalangan
Pelajar sekolah Menengah rendah. Igrass 2014, (1), 1-5.
Yustina. 2010. Pembinaan dan Keberkesanan Modul Pembelajaran alam sekitar Melalui Pendekatan Konstruktivisma.
Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zurina Mahadi dan Norjan Yusof. 2011. Kesedaran Alam Sekitar: Tinjauan Awal di Kalangan Pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Persekitaran. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

381

Anda mungkin juga menyukai