Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Hujan asid ialah hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 yang mengandungi gas
sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang terlepas di udara bercampur dengan air hujan
untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Hujan asid secara semulajadi adalah berasid.
Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas
berasid yang terdapat di atmosfera.

Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah
menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api
fosil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan
membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan
pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun
sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Air hujan secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan oleh air hujan yang turun akan
bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh


permintaan dalam bidang industri maka
penggunaan tenaga elektrik dan kereta
telah menyebabkan bahan api fosil
dibakar secara berleluasa. Pembakaran
bahan api fosil ini akan menghasilkan
berjuta-juta ton sulfur dioksida dan
nitrogen oksida ke udara. Gas-gas ini
apabila bergabung dengan air hujan akan
menghasilkan hujan asid.

1
PUNCA HUJAN ASID

 Kegiatan industri : menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran


bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah
menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.

 Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur
dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.

 Aktiviti sistem pengangkutan : asap ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan
nitrik oksida semasa
pembakaran pada suhu tinggi di
silinder kereta.

 Kegiatan pertanian :
penggunaan baja nitrogen akan
menghasilkan gas nitrogen,
pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur
dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gas metana dan oksida
nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.

2
KESAN HUJAN ASID

Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu iaitu
dari aspek kesihatan, kesuburan tanah dan tumbuhan, ekosistem akuatik dan bangunan
serta peralatan bangunan.

Dari segi kesihatan, ia memudaratkan golongan tidak kira tua mahu


pun muda terhadap penyakit asma. Bagi kanak-kanak pula
fenomena ini boleh menyebabkan batuk, alergi dan selsema. Gas
sulfur dioksida pula adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit
seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan
barah payu dara. Selain itu ia menyebabkan berlakunya penyakit
kulit, kerosakan tisu badan manusia yang menggunakan bekalan
air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada hujan
asid.

Selain itu hujan asid juga memberi kesan terhadap tanah dan tumbuhan. Hujan ini
menyebabkan kemusanahan hutan kerana terkena hujan asid. Contohnya di Czechslosvakia,
70% daripada hutannya musnah diseababkan
hujan asid ini. Hujan asid menyebabkan
kandungan asid dan alkali menjadi tidak
seimbang dan mempengaruhi
keseimbangan dan kestabilan tanah. Nilai pH
yang kurang daripada 6 akan menyebabkan
organik tanah mati, maka tanah ini menjadi
tidak subur dengan ketiadaan nutrien di
dalamnya. Kesannya ia akan menjejaskan produktiviti pertanian khususnya
pengeluaran hasil tanaman makanan.Hujan asid yang terkena pada daun pokok akan

3
memusnahkan fungsi daun. Ini kerana bahagian daun yang terkena hujan asid ini tidak dapat
melakukan proses fotosintesis dengan sempurna.Kesannya pokok akan layu dan mati. Di
Jerman, fenomena hujan asid berupaya menggugurkan daun-daun pokok meninggalkan
dahan dan ranting. Fenomena ini dinamakan sebagai hutan berangka.Kesan lain ialah pokok
akan mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan
kesuburan tanah.

Ekosistem akuatik juga terganggu disebabkan oleh hujan asid ini. Tumbuhan dalam tasik dan
hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik. Ini akan mengganggu
kelancaran pembiakan ikan dan amfibia.Manakala ikan dan
udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada
manusia di mana kandunagan raksa dan asid sulfurik yang
tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan. Apabila
manusia memakan haiwan ini akan menyebabkan penyakit
barah kolon. Air sungai dan laut yang menjadi berasid pada
pH 5 akan membunuh hidupan akuatik dan memutuskan
rantaian makanan. Contohnya di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah
memusnahkan 140 buah tasik situ.

Di bandar, hujan asid yang turun akan memberi kesan kepada bangunan dan peralatan
bangunan. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid, ini
akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. Selain itu, ia akan
melunturkan cat kereta dan membocorkan bumbung-bumbung zink. Manakala batuan dan
binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.

4
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI HUJAN ASID

 Mengurangkan pembakaran terbuka dan amalkan amalan kitar semula

 Menghadkan gas-gas pencemar ke udara

 Mengadakan kempen besar-besaran.

 Menguatkuasa undang-undang dari segi alam sekitar.

 Memperkenalkan pemasangan ‘scrubber’ di cerobong asap di kilang-kilang


untuk menapis sulfur dioksida.

5
6

Anda mungkin juga menyukai