Anda di halaman 1dari 35

14.

0 PENILAIAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR

Pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan konsep penting dalam bidang

pendidikan yang tidak boleh dipisahkan dalam penilaian terhadap pencapaian pelajar.

Ketiga-tiga konsep ini berjalan seiring antara satu sama lain, tanpa salah satu konsep ini,

maka tidak sempurnalah sesuatu penilaian itu dibuat. Dengan kata lain, pengujian adalah

cara menilai, kemudian, pengukuran merupakan sebagai alat yang menentukan tahap

penguasaaan pelajar dan akhirnya penilaian dibuat berdasarkan dua konsep tersebut.

Konsep ini dapat menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap pembelajaran

yang telah diajarkan oleh guru mereka. Justeru, ianya juga adalah untuk menentukan

kesesuaian pengajaran guru kepada pelajarnya agar boleh diperbaiki pada semasa ke

semasa, namun, faedahnya juga adalah untuk pelajar supaya mereka dapat menguasai

sepenuhnya matapelajaran yang diajarkan dengan lebih mudah dan cepat.

Membina Jadual Penentu Ujian ( JPU) sangat penting bagi memastikan soalan

yang dibina berkualiti dan mampu memberi ukuran yang tepat bagi penguasaan pelajar.

Setiap guru perlu mengetahui cara-cara untuk membina JPU ini. Hal ini penting bagi guru

untuk menentukan tahap penguasaan sebenar pelajar dalam setiap topik.


BAHAGIAN 1

PROSES MEMBINA JPU

Terdapat 6 peringkat dalam membina JPU:

Peringkat 1

Jadual mesti dibahagikan kepada dua bahagian atau dimensi,

• Dimensi satu harus mengandungi objektif yang dikehendaki atau kandungan

utama dalam sukatan pelajaran

• Dimensi kedua mengandungi kemahiran pengajaran (6 aras taksonomi bloom)

bagi setiap objektif.

Kemahiran
Kandungan

Jadual 1

Peringkat 2

Dalam dimensi atau bahagian pertama susun objektif atau kandungan pengajaran

mengikut kepentingan kandungan dari atas ke bawah. Adalah lebih mudah pengkelasan

dibuat mengikut susunan mata pelajaran. Penyusunan mungkin dibuat berdasarkan

kepentingan kandungan atau mengikut kepentingan objektif atau kemahiran dalam

pengajaran atau perkembangan kandungan kurikulum itu perlu disampaikan kepada

pelajar secara berperingkat-peringkat.

• Satu lajur ditambah di sebelah kiri kandungan, lajur ini dinamakan

bilangan.

• Lihat jadual 2 disebelah.


Jadual 2

Bil Kandungan Kemahiran


Reka Bentuk dan
1
Penghasilan Projek
2 Elektrik

3 Kerja paip

4 Tanaman Hiasan

Peringkat 3

• Dalam dimensi kedua pula, bahagikan turus berkenaan kepada 8 lajur mengikut

susunan seperti berikut dari kiri ke kanan: Daya Ingatan (pengetahuan), Kefahaman,

Aplikasi, Analisis, Sintesis,dan penilaian.

• Lihat jadual 3 di bawah


Kemahiran

Pengetahuan

Kefahaman
Bil

Penilaian
Aplikasi

Analisis

Sintesis
Kandungan

Bidang Pelajaran 1 :
1 Pemakanan dan
Pengurusan Sajian
Bidang Pelajaran 2 :
2
Bater
Bidang Pelajaran 3 :
3
Kuih Tempatan
Bidang Pelajaran 4 :
4
Jahitan (1)

Jadual 3
• Dua baris ditambah di bawah dan dua lajur ditambah di sebelah kanan, untuk memasukkan; jumlah item, dan peratusan

wajaran. (%).

• Seperti yang terdapat dalam jadual 4.

Bil Kandungan Kemahiran Jumlah Wajaran


Item (%)
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
1 Bidang Pelajaran 1 :
Organisasi Bengkel
dan Keselamatan
2 Bidang Pelajaran 2 :
Reka Bentuk Dan
Penghasilan Projek
3 Bidang Pelajaran 3 :
Elektrik
4 Bidang Pelajaran 4 :
Kerja Paip
Jumlah Item
Wajaran (%)

Jadual 4

Peringkat 4

Langkah 1 - Menentukan jumlah keseluruhan item.


Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Pilihan ERT( Tingkatan 1 )

Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran


Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (%)
1. Organisasi Bengkel
dan Keselamatan
2. Reka Bentuk Dan
Penghasilan Projek
3. Elektrik
4. Kerja Paip
5. Jahitan
6 Tanaman Hiasan
Pilihan Ekonomi Rumah
Tangga (ERT)
7. Pemakanan dan
Pengurusan Sajian
8. Bater
9 Kuih Tempatan
10 Pakaian
11 Jahitan (1)
12 Pengenalan Kepada
Perniagaan
Jumlah Item
Wajaran ( % )

Jadual 5
Langkah 2 - Mengisi jumlah item mengikut topik.

Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran


Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (%)
1. Organisasi Bengkel 4
dan Keselamatan
2. Reka Bentuk Dan 10
Penghasilan Projek
3. Elektrik 7
4. Kerja Paip 8
5. Jahitan 6
6 Tanaman Hiasan 5
Pilihan Ekonomi Rumah
Tangga (ERT)
7. Pemakanan dan 5
Pengurusan Sajian
8. Bater 2
9 Kuih Tempatan 3
10 Pakaian 3
11 Jahitan (1) 4
12 Pengenalan Kepada 3
Perniagaan
Jumlah Item 60
Wajaran ( % )

Jadual 6

Langkah 3 - Mengisi jumlah item mengikut aras kemahiran


Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (%)
1. Organisasi Bengkel 1 2,3 4 - - - 4
dan Keselamatan
2. Reka Bentuk Dan 5 6,7,8 9,10,11 12,13 - 14 10
Penghasilan Projek
3. Elektrik 15 16,17 18,19 20,21 - - 7
4. Kerja Paip 22,23 24 25,26 27 28 29 8
5. Jahitan 30 31,32 33,34,35 - - - 6
6 Tanaman Hiasan 36 37,38 39,40 - - - 5
Pilihan Ekonomi Rumah
Tangga (ERT)
7. Pemakanan dan 41 42 43 44,45 - - 5
Pengurusan Sajian
8. Bater - 46 - 47 - - 2
9 Kuih Tempatan - - 48,49 50 - - 3
10 Pakaian 51 52 - 53 - - 3
11 Jahitan (1) 54 55 - 56,57 - - 4
12 Pengenalan Kepada 58 59 60 - - - 3
Perniagaan
Jumlah Item 11 17 17 12 1 2 60
Wajaran ( % )

Jadual 7

Langkah 4 - Menentukan wajaran


Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (%)
1. Organisasi Bengkel 1 2,3 4 - - - 4
6.67
dan Keselamatan
2. Reka Bentuk Dan 5 6,7, 8,9,10, 12,13,11 - 14 10
16.67
Penghasilan Projek
3. Elektrik 15 16,17 18,19 20,21 - - 7 11.67
4. Kerja Paip 22,23 24 25,26 27 28 29 8 13.33
5. Jahitan 30,31 32,33,34 35 - - 6 10
6 Tanaman Hiasan 36 37,38 39,40 - - - 5 8.33
Pilihan Ekonomi Rumah
Tangga (ERT)
7. Pemakanan dan 41 42 43 44,45 - - 5
8.33
Pengurusan Sajian
8. Bater - 46 - 47 - - 2 3.33
9 Kuih Tempatan - - 48,49 50 - - 3 5
10 Pakaian 51 52 - 53 - - 3 5
11 Jahitan (1) 54 55 - 56,57 - - 4 6.67
12 Pengenalan Kepada 58 59 60 - - - 3
5
Perniagaan
Jumlah Item 10 16 17 14 1 2 60
Wajaran ( % ) 16.67 26.67 28.33 23.33 1.67 3.33 100%

Jadual 8

CONTOH PENGIRAAN WAJARAN;


 Cara pengiraan peratus wajaran.

JUMLAH ITEM
X 100
JUMLAH KESELURUHAN ITEM

 Contoh pengiraan nilai wajaran bagi aras pengetahuan ialah:-

JUMLAH ITEM
X 100
JUMLAH KESELURUHAN ITEM

= 14
X 100
60

= 23.33%

 Dan seterusnya, untuk mengira peratus wajaran bagi aras lain perlu menggunakan formula seperti di atas.

1.0 JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 KEMAHIRAN HIDUP
ELEKTIF PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup ( Tingkatan 1 )

Bil. Kandungan Kemahiran Jumlah Item Wajaran


Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (%)
1. Organisasi Bengkel 1 2,3 4 - - - 4
6.67
dan Keselamatan
2. Reka Bentuk Dan 5 6,7, 8,9,10, 12,13,11 - 14 10
16.67
Penghasilan Projek
3. Elektrik 15 16,17 18,19 20,21 - - 7 11.67
4. Kerja Paip 22,23 24 25,26 27 28 29 8 13.33
5. Jahitan 30,31 32,33,34 35 - - 6 10
6 Tanaman Hiasan 36 37,38 39,40 - - - 5 8.33
Pilihan Ekonomi Rumah
Tangga (ERT)
7. Pemakanan dan 41 42 43 44,45 - - 5
8.33
Pengurusan Sajian
8. Bater - 46 - 47 - - 2 3.33
9 Kuih Tempatan - - 48,49 50 - - 3 5
10 Pakaian 51 52 - 53 - - 3 5
11 Jahitan (1) 54 55 - 56,57 - - 4 6.67
12 Pengenalan Kepada 58 59 60 - - - 3
5
Perniagaan
Jumlah Item 10 16 17 14 1 2 60
Wajaran ( % ) 16.67 26.67 28.33 23.33 1.67 3.33 100%
1.1 Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup (Bidang Tingkatan 1 Pilihan Ekonomi
Rumah Tangga)
(Rujuk huraian sukatan yang dilampirkan)

1.2 Langkah-langkah dalam Penyediaan JPU

1.2.1 Menentukan kandungan sukatan mata pelajaran atau kemahiran yang


hendak diuji.

Ia dilakukan dengan menyenaraikan tajuk atau objektif dalam sukatan mata pelajaran.

Dalam menentukan bilangan soalan/item yang dibina bagi setiap aras kemahiran, ia

mestilah bertepatan dengan penekanan dalam kurikulum dan juga kepentingan

tajuk/kemahiran dalam kurikulum. Guru seharusnya memastikan ujian yang akan dibina

itu benar-benar dapat mencerminkan kurikulum itu sendiri walaupun kandungan yang

dipilih hanyalah merupakan representatif daripada kandungan keseluruhan kurikulum.

Guru juga seharusnya dapat memberikan pemberatan yang saksama atau seimbang antara

kandungan dan kemahiran yang diperlukan daripada kurikulum berkenaan.

Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah untuk melahirkan insan yang berdikari,

kenal, memahami teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan mempunya

keyakinan diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

setiap aras kemahiran akan di isi dengan beberapa soalan bergantung kepada pemberatan

tajuk. Misalnya bagi subjek Kemahiran Hidup jumlah soalan objektif untuk subjek

Kemahiran Hidup ialah 60 soalan iaitu 40 soalan untuk bahagian teras dan 20 soalan

untuk soalan elektif..


1.2.2 Menentukan jenis soalan / item yang sesuai digunakan

Keadaan ini bergantung kepada guru sama ada sesuatu tajuk atau objektif itu terletak

pada aras kemahiran yang rendah (mengingat seperti fakta-fakta atau memahami sahaja

sudah mencukupi) atau pada kemahiran yang tinggi (aplikasi, analisis, sintesis dan

penilaian). Guru seharusnya menentukannya terlebih dahulu berdasarkan kurikulum yang

diajar. Seandainya guru perlu menguji pada kemahiran yang rendah, maka jenis ujian

berikut boleh digunakan :

1. Objektif pelbagai pilihan

2. Mengisi tempat kosong

3. Padanan

4. Benar-salah

5. Soalan pendek

Soalan /item yang menguji pelajar pada peringkat kemahiran yang lebih tinggi atau lebih

dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), maka jenis

soalan /item berikut boleh digunakan :-

1. Objektif pelbagai pilihan

2. Soalan jawapan pendek

3. Soalan berstruktur

4. Soalan esei

Terdapat tindanan antara kemahiran aras rendah dan kemahiran aras tinggi dalam

menyediakan jenis soalan/item. Ini semuanya bergantung kepada guru. Jenis-jenis soalan/
item berkenaan boleh digunakan dalam kedua-dua situasi berkenaan iaitu kemahiran aras

tinggi atau rendah. Perbezaan di antara kemahiran aras tinggi atau rendah adalah terletak

kepada pendekatan pelajar menjawab soalan berkenaan serta aktiviti kognitif yang

berlaku ke atas mental pelajar.

Dalam soalan objektif pelbagai pilihan, guru boleh membina item pada peringkat

analisis dan pelajar boleh menjawabnya pada peringkat analisis sekiranya pelajar tersebut

betul-betul menganalisis ‘stem’ (pernyataan) tersebut untuk memilih jawapan. Mereka

juga cuba untuk menganalisis pilihan (opsyen) yang diberikan dalam menentukan

jawapan yang tepat sekali. Terdapat juga pelajar yang memperolehi jawapan tanpa

melakukan analisis kepada ‘stem’ atau opsyen, di mana pelajar tersebut terus

menghitamkan A,B,C atau D sebagai jawapan. Dengan itu, tidak berlakunya sebarang

aktiviti analisis yang berlaku pada kognitif pelajar. Pelajar hanya bergantung kepada

nasib bagi memperolehi jawapan yang betul dengan kebarangkalian 0.25 (bagi empat

pilihan jawapan). Perkara ini juga berlaku dengan soalan Benar-Salah, di mana pelajar

mempunyai kebarangkalian sebanyak 0.5 (bagi jawapan yang benar dan salah). Oleh itu,

guru disyorkan untuk menguji pada peringkat tinggi, dengan menggunakan jawapan

pendek atau esei. Pemilihan soalan pada peringkat aras rendah atau tinggi adalah

bergantung kepada kehendak kurikulum yang digunakan.

Bagi subjek Kemahiran Hidup, setiap tajuk dalam subjek ini lebih ditekankan

kepada aspek kemahiran aras rendah dan tinggi. Aras rendah penting supaya para pelajar

dapat memahami sesuatu topik itu terlebih dahulu sebelum beralih ke peringkat yang

lebih sukar dalam aras kemahiran tinggi.


1.2.3 Pembahagian bilangan soalan / item bagi setiap bidang dalam sukatan
matapelajaran dan menentukan masa yang diperuntukan bagi setiap ujian.

Jumlah item yang hendak dibina bergantung kepada jenis soalan yang hendak dibuat dan

masa yang diperuntukan untuk ujian tersebut. Secara umumnya, bagi ujian bilik darjah

guru dibenarkan menggunakan satu waktu mengajar. Ianya juga bergantung kepada

kesukaran ujian yang dibina. Secara amnya, sesuatu ujian itu dibuat dengan kadar 25%

bagi soalan aras rendah, 40% soalan aras sederhana dan 35% soalan aras tinggi.

Kemahiran aras rendah, sederhana dan tinggi adalah relatif mengikut aras perkembangan

pelajar. Peringkat kemahiran yang hendak diuji adalah bergantung kepada objektif

kurikulum. Ini adalah untuk mengelakkan pelajar cuba menjawab soalan di luar

kemahiran mereka atau pun di luar sukatan pelajaran seterusnya menjadikan ujian yang

dibina oleh guru tersebut tidak sah.

Bilangan soalan yang hendak dibina seharusnya cukup bagi menguji kemahiran

pelajar dalam kandungan/tajuk atau perlakuan yang diajar. Lebih banyak soalan yang

dimasukkan, maka lebih masa perlu diperuntukkan untuk menjawab dan lebih panjang

lagi masa ujian yang perlu diperuntukkan. Oleh itu, ujian bulanan adalah lebih ringkas

berbanding dengan ujian semester. Ujian bulanan hanya memuatkan pengajaran dalam

tempoh sebulan, manakala ujian semester meliputi apa yang telah diajar untuk satu

semester dan lebih bersifat sumatif berbanding dengan ujian bulanan.

Dalam konteks ujian di bilik darjah, semua ujian yang dibina adalah ujian kuasa

(power test) dan bukannya ujian kelajuan (speed test). Oleh kerana itu, pelajar seharusnya
diberikan masa yang mencukupi bagi menjawab semua item. Bagi menentukan masa

yang mencukupi bagi sesuatu ujian pencapaian ialah dengan memastikan sekurang-

kurangnya 85% pelajar dapat menjawab semua soalan ujian berkenaan dalam tempoh dan

masa yang ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tempoh masa bagi

sesuatu ujian :-

I. Jenis item

Soalan subjektif atau soalan objektif

II. Aras Perkembangan Kognitif Pelajar

• Murid Sekolah Rendah (Tahun 1 Hingga Tahun 6)

• Pelajar Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 Hingga Tingkatan

5)

• Pelajar Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 6 Rendah Ke

Tingkatan 6 Atas)

III. Aras kebolehan pelajar

• Pelajar cemerlang

• Pelajar sederhana

• Pelajar lemah

IV. Panjang dan kompleksnya item

Bilangan item dan penggunaan rangsangan dalam item.


V. Kemahiran yang diuji

Kemahiran mengingat boleh menggunakan masa yang singkat, berbanding

item yang memerlukan kemahiran tinggi.

VI. Sama ada memerlukan komputasi (kualitatif atau berbentuk kuantitatif)

Jenis item yang digunakan dalam ujian ini ialah soalan objektif dengan aneka pilihan.

Soalan ini juga dirangka bersesuaian dengan aras perkembangan kognitif para pelajar

iaitu pelajar tingkatan. Ujian ini juga perlu sesuai untuk semua pelajar kerana semua

pelajar mempunyai aras kebolehan berbeza sama ada cemerlang, sederhana ataupun

lemah. Penggunaan rangsangan dalam item penting supaya pelajar dapat merangsang

minda mereka untuk menjawab soalan tersebut. Masa yang ditetapkan untuk ujian ini

ialah 1 jam 30 minit untuk 60 soalan. Setiap soalan diperuntukkan masa sebanyak 1.5

minit.

1.2.4 Menentukan aras kemahiran yang diperlukan.

Ia dilaksanakan dengan menetapkan soalan/item dari setiap bahagian mata pelajaran

untuk menggambarkan bahawa pelajar dapat menguasai mata pelajaran berkenaan

sekiranya mereka lulus ujian berkenaan Setiap soalan dalam ujian Kemahiran Hidup

bermula dengan aras rendah dan meningkat kepada aras tinggi. Hal ini bertujuan supaya

pelajar dapat membina keyakinan diri untuk menjawab soalan yang lebih sukar.
1.2.5 Menentukan aras kesukaran item.

Bagi ujian objektif pelbagai pilihan, kesukaran item dinyatakan dalam nilai-p iaitu

perkadaran pelajar dapat menjawab dengan betul. Sering kali perkadaran ini ditulis dalam

bentuk peratusan pelajar yang dapat menjawab dengan betul. Seandainya dalam kelas itu

mengandungi 30 orang pelajar dan bilangan pelajar yang mendapat jawapan betul bagi

item 7 ialah 8 orang sahaja; maka nilai bagi item 7 ialah 0.27 (7/30) atau 27% kesukaran.

Situasi ini berlainan bagi soalan jenis esei, yang mana soalan esei tidak menetapkan betul

salah bagi sesuatu item/soalan. Markah diberikan berdasarkan prestasi pelajar menjawab

sesuatu soalan/item berkenaan. Dengan itu, sekiranya markah penuh bagi sesuatu ujian

itu ialah 10, maka pelajar boleh mendapat markah antara 0 hingga 10 dan dengan itu,

kesukaran soalan esei adalah bergantung kepada skor purata bagi soalan berkenaan.

Jadual Penentuan Ujian

Sebelum sesuatu ujian dapat dibina dengan sempurnanya, satu jadual penentuan ujian

(JPU) mesti dibentuk terlebih dahulu. JPU merupakan satu blue print ujian yang perlu

dibina. Proses pembinaan JPU dilakukan apabila pembina atau guru dapat menetapkan

jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU ini dapat membantu

pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang

akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan


BAHAGIAN 2

2.0 Membina Empat Item Objektif Yang Terdiri Daripada Pelbagai Aras
Taksonomi Bloom
P

Q
R

SOALAN 1
Apakah nama bahagian yang bertanda R?
A Sesendal
B Pelompat
C Pemulas
D Gandar

2.1.1 Soalan 1 dipilih daripada sel item Kerja paip, soalan nombor 23.
2.1.2 Mengenal pasti jenis dan bahagian utama pili.
2.1.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang
dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.1.2 adalah bentuk
memadan
2.1.4 Dalam item memadan pelajar dikehendaki memadan sesuatu perkara dengan
pilihan-pilihan yang diberi.
2.1.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras
pengetahuan
SOALAN 2 :
Yang berikut adalah antara ciri-ciri kebaikan papan lapis jika dibandingkan
dengan papan biasa, kecuali?
A Tidak kalis air
B Permukaannya lebih nipis dan rata
C Diperoleh dalam saiz yang lebih lebar
D Tidak mudah pecah apabila dipaku dibahagian hujungnya

2.2.1 Soalan 2 dipilih daripada sel item Reka bentuk dan penghasilan projek, soalan
nombor 7.
2.2.2 Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan bahan
2.2.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang
dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.2.2 berbentuk negatif.
2.2.4 Semua pilihan jawapan yang dikemukakan benar kecuali terdapat satu pernyataan
yang salah berhubung stem yang dikemukan
2.2.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras
kefahaman

SOALAN 3 :
Jika diberi kos bahan untuk membuat 10 keping cucur udang ialah RM 1.50, kos upah
RM 1.00, kos sampingan RM 0.70. hitungkan kos pengeluaran bagi sekeping cucur
udang?

A. RM3.20
B. RM0.32
C. RM0.15
D. RM0.25

2.3.1 Soalan 3 dipilih daripada sel item kuih tempatan, soalan nombor 49.
2.3.2 Menyedia, memasak, menghias, menghidang dan membuat pengiraan kos kuih
tempatan
2.3.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang
dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.3.2 adalah stem
tertutup.
2.3.4 Item ini mengemukakan masalah dalam ayat lengkap dan pelajar dikehendaki
memilih jawapan yang betul.
2.3.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras aplikasi.

SOALAN 4 :
Susun semula aturan yang betul dalam kerja pemasangan benang pada mesin jahit.
I. Benang dipasang di tiang benang
II. Melalui ceper penegang benang
III. Melalui tuas pemegang
IV. Melalui jarum
A. I, II, III, IV
B. I, III, IV, II
C. II, I, IV, III
D. II, III, IV, I

2.4.1 Soalan 4 dipilih daripada sel item jahitan , soalan nombor 35.
2.4.2 Memasang benang atas dan benang bawah
2.4.3 Jenis item objektif yang paling sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang
dispesifikasikan dalam objektif hasil pembelajaran dalam 2.4.2 adalah
melengkapkan aneka gabungan
2.4.4 Pelajar perlu memilih antara beberapa gabungan bagi menentukan gabungan yang
dikehendaki oleh soalan.
2.4.5 Soalan ini menggunakan kemahiran Taksonomi Bloom iaitu dalam aras analisis
BAHAGIAN 3

3.1 Objektif
Menyediakan rancangan kerja untuk sarapan, minum pagi dan minum petang.

3.2 Soalan esei lebih sesuai digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran
kerana
• Soalan esei merupakan satu soalan yang menghendaki calon menulis
jawapannya sendiri dengan cara atau gayanya yang tersendiri dan ini boleh
boleh mengurangkan elemen meneka jawapan yang betul dan bukannya
memilih jawapan daripada beberapa alternatif yang diberikan. Ia boleh
menguji banyak kemahiran terutamanya kemahiran di peringkat tinggi.
• Soalan esei biasanya memberikan panduan yang terhad tentang apa yang
diperlukan daripada seseorang calon.
• Maka penekanan tugasan dalam soalan esei terletak ke atas kebolehan
pemeriksa untuk menentukan kualiti respon calon.
• Oleh itu ketepatan dan kualiti jawapan calon hanya dapat ditentukan oleh
mereka yang sememangnya pakar dalam bidang berkenaan, kemahiran
dan berilmu dalam mata pelajaran yang diuji.
• Soalan esei yang baik mempunyai matlamat untuk menguji kemahiran
kognitif yang kompleks :
 Menekankan tugasan
 Mengorganisasi
 Menggunakan maklumat yang dipelajari untuk menyelesaikan
masalah novel
 Membentuk satu kaedah tersendiri dalam menyelesaikan masalah
• Soalan esei memberikan kebebasan yang luas kepada calon untuk
mengemukakan jawapannya.
• Boleh menggunakan sebarang pendekatan yang difikirkan sesuai selaras
dengan kehendak soalan.
• Selalunya calon dikehendaki menjawab satu-satu soalan esei dalam
lingkungan masa 30 minit atau lebih.
• Dapat menaksir kebolehan pelajar berfikir dan menyediakan pengetahuan
dari pelbagai aspek kepada sesuatu yang lebih bererti. Ini membenarkan
pelajar berfikir dan menyediakan satu bentuk persembahan yang
datangnya dari benak mereka sendiri dan tidak memilih dari alternatif
yang disediakan.
• Dapat membentuk kemahiran menulis yang baik dan dapat berkomunikasi
dengan lebih berkesan.
• Oleh itu, soalan esei yang dipilih seperti di bawah adalah kerana soalan
berbentuk objektif adalah tidak sesuai sama sekali. Hal ini disebabkan
jawapan yang diperlukan adalah lebih mendalam dan sangat menguji
keupayaan pelajar terutamanya pada kemahiran sintesis. Pelajar perlu
menyusun semula langkah-langkah tersebut dan diterjemahkan dalam
bentuk tulisan dengan baik dan tepat. Pengalaman amali membuat
hidangan tersebut dan mungkin telah melibatkan kemahiran aplikasi, dapat
dijadikan sebagai panduan dan pelajar juga boleh mengolah seberapa
banyak jawapan yang mereka boleh mengikut kemampuan dan kefahaman
masing-masing. Sebaliknya, jika soalan ini dibuat dalam bentuk objektif,
tahap penguasaan setiap pelajar yang berbeza-beza tidak dapat
dikenalpasti sama sekali dan seterusnya, guru tidak dapat membuat
pengkayaan tetapi melakukan aktiviti pemulihan bab yang lemah oleh
pelajar dan akan memakan masa juga. Jadi, soalan berbentuk esei adalah
lebih jitu dalam menguji keupayaan sebenar pelajar yang meliputi
kemahiran aras tinggi.
3.3 Soalan
Anda akan menerima tetamu seramai empat orang. Anda perlu menyediakan
sarapan cara Timur. Anda diminta menyediakan
1) Nasi lemak
2) Sambal ikan bilis
3) Air teh
4) Buah betik

Masa yang diperuntukkan selama 1jam. Anda perlu melengkapkan borang A, B


dan C dalam menyediakan masakan tersebut.

Senarai bahan :
250 g beras
300 ml santan
2 helai daun pandan
½ camt. garam
2 cm halia
120 g ikan bilis
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
20 g asam jawa
1 cm belacan
2 camb. minyak
¼ biji timun
2 biji telur
4 uncang serbuk teh
250 ml susu
200 g gula halus
¼ biji buah betik.
Senarai harga bahan-bahan :
Bahan-bahan RM
Beras 2.00/kg
Garam 0.40/kg
Halia 3.20/kg
Cili kering 8.00/kg
Bawang merah 2.40/kg
Bawang putih 3.00/kg
Bawang besar 1.50/kg
Asam jawa 3.50/kg
Belacan 1.00/peket
Minyak 2.20/kg
Telur 0.25/biji
Serbuk teh 3.00/peket
Susu 2.50/liter
Gula halus 2.40/kg
Santan 2.00/liter
Daun pandan 0.01/helai
Buah betik 1.00/biji
Timun 0.40/biji
Ikan bilis 20.00/kg
Jawapan :
Borang Perancangan Kerja : Senarai Ramuan – Borang A ( 4 Markah )

BIL PILIHAN MASAKAN RAMUAN UTAMA KAEDAH MEMASAK


1. Nasi lemak • 250 g beras Merebus
• 300 ml santan
• 2 helai daun pandan
• ½ camt. garam
• 2 cm halia

Menggoreng
• 120 g ikan bilis
Sambal ikan bilis
• 10 tangkai cili kering
• ulas bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 1 biji bawang besar
• 20 g asam jawa
• 1 cm belacan
• 2 camb. minyak

Hiasan
• ¼ biji timun
• 2 biji telur Merebus
2.
Air teh • 4 uncang serbuk teh
• 250 ml susu
• 200 g gula halus
3. Buah betik Persediaan sejuk

• ¼ biji buah betik


Borang Perancangan Kerja : Senarai Harga Bahan – Borang B ( 6 Markah )

Bil Bahan kering Kuantiti Kos seunit Jumlah kos Bil Bahan basah Kuantiti Kos seunit Jumlah kos
(RM) (RM) (RM) (RM)
1. Beras 250 g 2.00/kg 0.50 1. Santan 300 ml 2.00/liter 0.60
2. Garam ½ camb. 0.40/kg 0.01 2. Daun pandan 2 helai 0.01/helai 0.02
3. Halia 2 cm 3.20/kg 0.02 3. Buah betik ¼ biji 1.00/biji 0.25
4. Ikan bilis 120 g 20.00/kg 2.40 4. Timun ¼ biji 0.40/biji 0.10
5. Cili kering 10 tangkai 8.00/kg 0.10
6. Bawang merah 4 ulas 2.40/kg 0.10
7. Bawang putih 2 ulas 3.00/kg 0.10
8. Bawang besar 1 biji 1.50/kg 0.10
9. Asam jawa 20 g 3.50/kg 0.07
10. Belacan 1 cm 1.00/peket 0.05
11. Minyak 2 camb. 2.20/kg 0.44
12. Telur 2 biji 0.25/biji 0.50
13. Serbuk teh 4 uncang 3.00/peket 0.60
14. Susu 250 ml 2.50/liter 0.60
15. Gula halus 200 g 2.40/kg 0.48
Jumlah 6.07 Jumlah 0.97

Jumlah keseluruhan : RM 7.04


Borang Perancangan Kerja : Susunan Kerja – Borang C ( 10 markah)

MASA SUSUNAN KERJA CATATAN


7.00 pagi – 7.10 pagi Menyediakan bahan dan alatan menghidang : Didihkan air untuk membuat air teh
1. Kupas bawang dan halia serta bersihkan
sayuran, semua bahan disusun atur dengan
kemas di dalam dulang.
2. Sediakan meja dan alatan untuk menghidang.
3. Rebus telur.
4. Kupas dan potong betik. Sejukkan di dalam peti
sejuk.
7.10 pagi – 7.20 pagi Memasak nasi lemak : Apabila nasi hampir masak, karih nasi
1. Basuh beras dan toskan.
2. Masukkan beras, santan, daun pandan, halia dan
garam ke dalam periuk. Didihkan sampai
masak.
7.20 pagi – 7.30 pagi Memasak sambal ikan bilis :
1. Kisar cili bersama bawang merah, bawang
putih, bawang besar dan belacan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga
garing, angkat.
3. Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan
naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan
gula.
4. Masak hingga kuah pekat, masukkan ikan bilis,
masak sebentar dan angkat.
7.30 pagi – 7.35 pagi Menyediakan air :
1. Panaskan teko dengan sedikit air mendidih.
2. Masukkan teh uncang ke dalam teko dan tuang
air mendidih ke dalamnya.
3. Tutup teko dan biarkan teh terseduh selama lima
minit.
4. Masukkan susu ke dalam jag susu dan gula ke
dalam mangkuk gula.
7.35 pagi – 7.45 pagi Menghias dan menghidang : Kupas telur dan hiris timun
1. Alas pinggan makan dengan daun pisang,
masukkan nasi ke dalam mangkuk kecil dan
tekan untuk mendapatkan bentuk, letak nasi
dalam pinggan.
2. Hiaskan nasi dengan telur rebus, hirisan timun
dan sambal ikan bilis.
3. Hidangkan air teh bersama gula dan susu
berasingan.
4. Hidang potongan betik di atas pinggan.
7.45 pagi – 7.50 pagi Membersih dan mengemas : Simpan alatan ke tempatnya
Bersihkan semula alatan dan meja kerja yang
digunakan.
RUMUSAN

Melalui pembinaan JPU ini guru dapat melihat dengan lebih jelas sejauhmanakah tahap
penguasaan pelajar bagi setiap topik. Ujian yang dibuat mengikut standard JPU yang
telah ditetapkan akan menghasilkan ujian yang berkualiti di mana ujian ini mampu
menguji tahap pengusaan pelajar pada semua aras kognitif. Penilaian akhir selepas ujian
ini ditadbir boleh dibuat secara individu ataupun sekumpulan individu. Jadi guru boleh
melihat tahap penguasaan semua pelajar dan juga setiap pelajar.

Selepas penilaian dibuat guru boleh menentukan sama ada pelajar telah
menguasai sesuai topik ataupun tidak. Melalui penilaian ini guru boleh melihat di
bahagian mana yang tidak dikuasai oleh pelajar dan seterusnya boleh membaiki cara
pengajaran dan memberi penekanan terhadap topik yang tidak dikuasai oleh pelajar
tersebut.

Hal ini menunjukkan JPU sangat penting sebelum sesuatu ujian dibuat. Jadi setiap
guru perlu mempunyai kemahiran dalam membina JPU mengikut standard yang telaj
ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai