Anda di halaman 1dari 8

ISLAMIYYAT 34 (2012): 5 - 12

Islam dan Dakwah dalam Zaman Kebangkitan Awal Islam dan Era Penjajahan
Barat di Tanah Melayu
Islam and Dakwah During Early Islamic Resurgence and Western Colonialism in Malaya

Badlihisham Mohd Nasir

ABSTRAK

Tidak dinafikan lagi bahawa Islam di Malaysia telah mencapai kedudukan yang tinggi meskipun terpaksa menempuh
jalan berliku ke puncak. Islam dilihat berkembang di Nusantara dan menyebabkan penghijrahan besar dari anutan
Hindu-Buddha kepada ajaran baru Nabi Muhammad. Artikel ini bertujuan menyorot kebangkitan awal Islam dan dakwah
yang menjadi pemangkin perkembangannya di sepanjang sejarah. Seterusnya, Islam dan dakwah adalah aspek penting
yang menjadi fokus kajian ini khususnya ketika zaman penjajahan. Sorotan historis ini mendapati bahawa Islam dan
dakwah adalah dua aspek yang saling digunakan secara bertukar ganti yang begitu berpengaruh dalam sejarah Tanah
Melayu. Walaupun berdepan dengan cabaran besar pada awal kebangkitan dan ketika era penjajahan, Islam dan dakwah
berjaya muncul sebagai suatu simbiosis yang sukar dipisahkan antara satu sama lain.
Kata Kunci: Islam, dakwah, politik, barat, Melayu

ABSTRACT

It is undeniable fact that Islam in Malaysia has reached the highest position in the country despite of its crumbling
journey to the peak. Islam is seen to have spread in the Archipelago and had caused a great migration from Hindu-
Buddhist adherence to the new teaching of the Prophet Muhammad. The article seeks to review the early advent of
Islam as well as dakwah that became the catalyst of its spreading throughout history. Moreover, Islam and dakwah are
the most important aspect that become the focus of the study particularly during the colonial rule. This historial review
reveals that Islam and dakwah are the two interchangeable aspect that so influential in the history of Malaya. Despite
great challenge in its early advent and during colonial era, Islam and dakwah had succeeded to rise as the symbiosis
that is hard to pull apart.
Keywords: Islam, dakwah, politics, western, Malay

PENGENALAN Dalam pengertian lain, Islam dan dakwah adalah


suatu kebangkitan yang seiring dan menuju destinasi
Umumnya, Islam di Malaysia memang tidak perlu yang sama. Simbiosis yang kukuh di antara Islam
diperkenalkan lagi. Islam dilihat telah berakar umbi dan dakwah pada tahap awal dan era penjajahan ini
sejak kedatangannya kira-kira lebih seribu tahun sewajarnya disorot bagi membuka suatu penelitian
yang lalu. Islam telah diterima bukan sahaja dalam dan panduan yang berguna kepada semua pihak yang
kehidupan peribadi bahkan telah menjadi dasar bagi terlibat dalam perjuangan suci ini.
masyarakat dan negara. Kemuncak kejayaan ini
dibuktikan melalui perisytiharan Malaysia sebagai
KEBANGKITAN AWAL ISLAM DAN DAKWAH
negara Islam yang membayangkan bahawa agama
DI ALAM MELAYU
tersebut telah diterima bukan sahaja dalam kehidupan
personal bahkan dalam konteks mengatur masyarakat
Sebelum kedatangan Islam, kepulauan ini diperintah
dan negara. Pada peringkat awal, kemunculan agama
dan dikuasai oleh kerajaan Melayu-Buddha seperti
ini dikenali sebagai perkembangan Islam, manakala
kerajaan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari
kebangkitannya pada era 1970-an membawa kepada
dan Kedah Tua. Namun begitu, setelah kedatangan
kemunculan penggunaan istilah dakwah secara meluas
Islam, senario ini telah berubah. Seterusnya, Islam
bagi tujuan menggambarkan perkembangannya
telah banyak mempengaruhi aspek kehidupan
di Malaysia. Secara khusus, kebangkitan baru ini
masyarakat ketika itu.
boleh dikaitkan sebagai gerakan dakwah yang
Sebagaimana pentingnya isu penerapan Islam di
menjadikan Islam sebagai fokus perjuangan utama.
alam Melayu, sebahagian besar sarjana berpendapat

Bab 1.indd 5 8/9/2012 2:30:10 PM


6 Islamiyyat 34

bahawa Islam telah tiba di antara kurun ke-17 dan saudagar tersebut terdiri dari golongan saudagar sufi
kurun ke-19. Teori yang menyatakan Islam telah tiba yang lazimnya diketuai oleh para “Sheikh” (Fatimi
pada kurun ke-17 adalah berdasarkan hujah bahawa 1963: 65) Ini membuktikan betapa pentingnya
terdapatnya hubungan perdagangan di antara negara peranan ahli-ahli sufi di dalam menyampaikan mesej
Arab dan China sebelum kebangkitan Islam. Maka Islam di kalangan rakyat jelata. Contohnya, Makhdum
selepas kebangkitan Islam di Tanah Arab, hubungan Sayyid Abdul Aziz dan Sheikh Abdullah al-Yamani
sedia ada ini digunakan oleh orang-orang Islam bagi telah mengislamkan pemerintah dan rakyat negeri
menyebarkan Islam ke China dan lain-lain tempat Melaka dan Kedah (Shellabear 1967). Sementara
di sebelah timur (Ibrahim Ma t.th.). Tibbet (1951) itu, menurut Mohd Yusof Iskandar (1979) Maulana
berpendapat bahawa saudagar Arab telah berjaya tiba Abu Bakar, Kadi Yusof, Kadi Menus, Kadi Menawar
di kepulauan ini dan seluruh Asia Tenggara seawal Shah dan Makhdum Sadar Jahan telah terlibat dalam
kurun kurun ke-5. Teori ini telah disokong oleh Arnold penyebaran Islam setelah mereka menjadi guru agama
berdasarkan sumber yang dikutip dari China, bahawa di negeri Melaka.
telah wujud penempatan Arab dan kemungkinan Wujud juga gerakan dakwah yang diketuai oleh
orang-orang Islam di pantai barat Sumatera seawal ahli sufi iaitu Maulana Malik Ibrahim di Gerisek,
tahun 674 Masihi (Arnold 1970). yang tinggal sebagai pendakwah selama lebih 20
Walau bagaimanapun, kebanyakan sarjana tahun sehingga beliau meninggal dunia pada tahun
membuktikan bahawa tarikh yang terdekat ialah pada 1419 AD. Tugas menyebarkan Islam di Tanah Jawa
kurun ke-13 (Husin Mutalib 1990). Ini berdasarkan telah dijalankan oleh 9 orang ahli sufi yang digelar
bukti yang kukuh seperti kaum Perlak di Sumatera sebagai Wali Songo oleh orang-orang Jawa. Catatan
memeluk Islam (Brian Harrison 1968) dan penemuan sejarah Jawa, Babad Tanah Jawi, telah menyatakan
Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang salah seorang daripada Wali Songo, Sunan Bonang
menyatakan negeri tersebut memeluk Islam sebelum telah berjaya mengislamkan penganut Buddha-
tahun 1303. Selain itu, Fatimi (1963) menyatakan Siva yang dikenali sebagai Adjar (Muhammad
terdapat bukti yang jelas Islam telah tiba pada tahun Abu Bakar 1991). Walaupun metode dakwah yang
1204 ketika ia mula menguasai politik di Tanah dilaksanakan oleh Wali Songo ini dikritik justeru
Melayu. Kenyataan ini disokong oleh Brian Harrison banyak berkompromi dengan adat masyarakat Jawa,
yang menyatakan bahawa ketika Portugis muncul mereka berjaya memecahkan tembok penghalang
pada 1511, Semenanjung Tanah Melayu, Jawa, tradisi masyarakat tempatan bagi mengenali Islam
Maluku, Sulawesi, Borneo, Mindanao dan Kepulauan pada peringkat awal.
Sulu di Filipina telah lama memeluk Islam (Harisson Islam telah tersebar luas di gugusan Kepulauan
1968: 56-57). Melayu disebabkan oleh pembangunan bandar-bandar
Sementara itu, perbincangan tentang tempat asal yang terletak berhampiran pelabuhan termasuklah
tersebarnya Islam, teori yang paling terkenal ialah ia Melaka, Pasai dan Acheh. Kemudian Islam menyerap
datang terus daripada negara Arab. Ia bertentangan masuk ke alam Melayu melalui undang-undang
dengan pendapat yang ia berasal dari Persia, pemerintahannya. Terdapat bukti kukuh tentang
Corromandel dan India, kerana teori ini berdasarkan hubung kait ini secara langsung dengan institusi raja
beberapa fakta. Pertama, orang Melayu mengamalkan yang sekaligus menunjukkan bahawa proses tersebut
Mazhab Shafi‘i yang kebanyakannya turut diamalkan telah dipengaruhi oleh keadaan dan motif politik
di negara-negara Arab. Kedua, kebanyakan nama- ketika itu (Van Leur 1959).
nama orang Melayu adalah sama dengan nama-nama Sebenarnya, Islam telah menjadi medium
orang Arab seperti Fatimah, Hassan, Ridhwan dan perantara kepercayaan agama yang baru kepada
banyak lagi. Ketiga, jenis-jenis amalan tariqat sufi pemerintah dalam menghapuskan penentang mereka.
yang ditemui di Tanah Melayu adalah berasal dari Penerimaan Islam oleh istana telah membantu proses
Arab-Persia iaitu Ahmadiyyah, Muhammadiyyah dan penerimaan Islam dalam kalangan golongan rakyat
Naqshabandiyyah. Akhir sekali, sejak kurun ke-17 bawahan. Dalam erti kata lain, penerimaan Islam oleh
terdapat banyak buku berkaitan ajaran Islam ditulis raja menyebabkan kaumnya turut mengikut memeluk
dalam Bahasa Melayu menggunakan huruf-huruf Islam (Morrison 1957). Ini diperkukuhkan lagi oleh
Arab, iaitu jawi (Fatimi 1963). sumber yang menyatakan bahawa proses pengislaman
Seperti yang telah dijelaskan, penyebaran Islam dalam kalangan masyarakat Melayu dan di seluruh
boleh dikaitkan dengan peranan saudagar Muslim. negeri telah bermula dengan pengislaman pengasas
Namun, A. H. Johns mendakwa bahawa mereka kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400 (al-
bukanlah semestinya penyebar agama Islam melainkan Attas 1969).

Bab 1.indd 6 8/9/2012 2:30:10 PM


Islam dan Dakwah dalam Zaman Kebangkitan Awal Islam 7

Berbanding dengan negara Islam yang lain di beberapa halangan yang wujud. Pertama, ia telah
gugusan Kepulauan Melayu, penyebaran Islam di disesuaikan dengan amalan sebelum kedatangan
Melaka adalah lebih pesat, meluas dan berjaya pada Islam. Menurut Mohd Din Ali (1963) penyesuaian
kurun ke-15. Kedudukan kerajaan Melaka yang kukuh ini merupakan salah satu strategi yang dapat
telah menjadikannya sebagai pusat pengembangan memberi manfaat kepada semua. Jika orang Melayu
agama Islam. Ia telah berjaya menggubal rang undang- hendak menerima Islam, amalan mereka yang lama
undang berlandaskan hukum Syariah yang dikenali hendaklah diubah suai sedikit atau tidak terburu-
sebagai Undang-undang Melaka/Hukum Kanun buru kerana ia telah menjadi amalan hidup mereka.
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Walaupun Oleh itu, Islamisasi atau dakwah secara gradual ini
undang-undang ini telah disesuaikan mengikut terpaksa bersikap toleran terhadap amalan Hindu
keadaan setempat, ia juga telah dilaksanakan di yang diamalkan sebelum ketibaan Islam dan beberapa
tanah jajahan Melaka seperti Pahang, Johor dan Pasai kepercayaan Melayu lama yang telah diubah suai
(Shellabear 1982). (Gullick 1963).
Proses dakwah yang berkembang pesat di seluruh Kedua, golongan pendakwah yang awal membawa
gugusan Kepulauan Melayu juga disebabkan oleh Islam ke Tanah Melayu adalah dari kalangan ahli Sufi.
beberapa faktor yang lain. Pertama, berbanding Mereka membawa pendekatan Islam dan dakwah
dengan agama lain, agama Islam lebih menarik dan yang menumpukan aspek kerohanian dan mistik.
menakjubkan dari segi amalan dan kepercayaan Walaupun mereka berjaya menawan hati masyarakat
di kalangan masyarakat Melayu pada waktu itu. yang turut gemar terhadap unsur-unsur berkenaan,
Konsep tauhid yang mudah difahami di samping ia turut membiakkan kemunculan gerakan sufi yang
konsep kesederhanaan dalam Islam memudahkan sesat atau kaku di rantau ini. Ini memperkuatkan
kerja para pendakwah dakwah pada peringkat awal lagi kebangkitan Islam yang berbaur dengan tahyul
proses Islamisasi. Justeru, mereka tidak menggunakan dan sebagainya yang menjadi masalah kepada
kekerasan dan juga menganggap diri mereka sebagai perkembangan dakwah yang sebenar (Mohd Taib
kaum yang mempunyai martabat paling mulia Osman 1980).
daripada kaum yang lain serta merendahkan martabat Walau bagaimanapun, kedua-kedua halangan
orang Melayu sebagai media Islamisasi dalam ini telah diatasi dengan penuh hikmah dan beransur-
kalangan orang Melayu (al-Attas 1985). ansur melalui kemasukan pendakwah Arab dan
Kedua, amalan demokrasi yang praktikal India Muslim dalam masyarakat Melayu, proses
dalam prinsip Islam melarang amalan kasta tradisi menunaikan haji ke Mekah, dan pertambahan pelajar
pra-Islam (Werthem 1952). Dalam membuktikan Melayu di pusat Pengajian Islam yang mendedahkan
kebenarannya, Werthem berkata “Islam memberi ajaran Islam yang sebenar kepada mereka. Dengan
satu perasaan pada setiap individu untuk mempunyai terdirinya institusi agama seperti masjid dan sekolah
hak dan peranan yang sama dalam komuniti Islam. agama tradisional iaitu pondok dan pesantren, Islam
Menurut kepercayaan Hindu, mereka hanyalah mula dikembangkan dengan secara sistematik melalui
makhluk yang terdiri dari kasta yang lebih rendah pendekatan dakwah yang berteraskan sumber yang
hinggalah peringkat kasta atasan. Dengan menganut sebenar.
Islam, kedudukan individu tersebut adalah sama Selain itu, Islam telah menjadi simbol dalam
kualitinya sebagai seorang Muslim, bahkan dia boleh penyatuan Tanah Melayu. Ia dikenali sebagai
mencapai kedudukan yang lebih tinggi walaupun dia negara Islam yang sah. Injunksi Islam berdasarkan
asalnya berkedudukan terendah dalam struktur sosial kepada hukum Syariah (Means 1996). Islam tidak
masyarakat” (Werthem 1952: 196). Seterusnya, al- pernah dipisahkan sepenuhnya daripada hal ehwal
Attas (t.th.) menyatakan Islam telah merevolusikan yang berkaitan dengan pemerintahan. Semua aspek
penampilan orang Melayu, mereka telah menjadi politik mempunyai hubung kait dengan agama.
lebih bijak, teratur dan mempunyai wawasan yang Syariah adalah penting walaupun hanya melibatkan
meninggalkan kesan yang penting dalam sejarah sebahagian sahaja kerana ia merupakan asas undang-
Kepulauan Melayu. Islam menurut beliau telah undang Islam. Ahmad Ibrahim (1978) mengatakan
membawa dan membina peradaban baru bagi umat rang undang-undang awal, bertulis atau tidak bertulis,
dan dunia Melayu. telah menunjukkan terdapat polisi Islam terdahulu.
Namun, selain daripada kesan positif ini, Dalam erti kata lain, sebelum zaman penjajahan,
sesetengah sarjana yang lain menyatakan bahawa sistem politik Melayu adalah tidak Islam menurut
Islam yang diamalkan di Kepulauan Melayu telah kepada istilah konsep klasik. Tetapi satu kesimpulan
disesuaikan dengan amalan setempat bagi mengatasi yang biasanya terjadi di negara yang berasaskan

Bab 1.indd 7 8/9/2012 2:30:10 PM


8 Islamiyyat 34

Islam ialah sistem ini akan menuju kepada sistem orientalis tulin apabila cuba memahami penduduk
yang lebih bercirikan Islam sekiranya tidak diganggu tempatan melalui bantuan Munshi Abdullah yang
oleh penjajah Barat. Wilkinson (1972) dengan jelas mengumpul dan menterjemahkan karya-karya Melayu
mengatakan “undang-undang Islam akan menjadi kepada beliau. Justeru, beliau berjaya menguasai
undang-undang Malaya jika pihak British tidak Singapura selepas berjaya memujuk pemerintah pulau
campur tangan”. Ini menunjukkan betapa Islam telah tersebut dengan helah perjanjian yang licik (Abdullah
mempunyai sejarah kedudukan yang sangat kukuh Munshi 1961). Pendekatan British yang berhikmah
dalam masyarakat Melayu di Nusantara. ini meninggalkan kesan yang signifikan khususnya
dalam kejayaan mereka membentuk pendekatan yang
sistematik bagi menguasai Islam dan masyarakat
ISLAM DAN DAKWAH ERA
Melayu. Hakikat ini dianalisis secara kritis oleh
PENJAJAHAN BARAT
beberapa sarjana Islam tempatan seperti Wan Hussein
Azmi dan Harun Din (1985) yang menyatakan:
Bermula pada tahun 1511, Tanah Melayu telah
melalui beberapa fasa penjajahan Barat. Bermula Sesungguhnya orang-orang Inggeris telah
dengan penjajahan oleh Portugis pada 1511 dan mengkaji selok-belok bangsa Melayu Islam,
sehingga mereka mengetahui sejauh mana
Belanda pada tahun 1624. Penjajahan yang dimulai
kepatuhan bangsa Melayu Islam kepada raja
oleh Portugis di Melaka ini adalah disebabkan oleh
mereka. Lambang kepatuhan mereka yang
faktor agama berbanding faktor-faktor lain seperti diwarisi sejak turun-temurun terdapat dalam
perdagangan dan rempah. Tujuan mengalahkan Islam ungkapan ‘selama-lamanya orang Melayu
dan mengembangkan agama Kristian tetap menjadi tidak mendurhakai rajanya.’ Bertolak dari
motivasi atau asas utama kedatangan mereka yang sinilah, orang-orang Inggeris memberi tumpuan
tidak dapat dinafikan lagi walaupun wujud cubaan sepenuhnya untuk membasuh otak anak-anak
untuk menafikannya kepentingan faktor ini. Dalam raja terutama bakal pengganti raja dengan corak
erti kata lain, faktor-faktor lain boleh disifatkan Inggeris Kristian. Mereka bertindak demikian
sebagai faktor sampingan yang menyusul bagi dengan tujuan menjadikan bakal pengganti
memperkuatkan misi utama kedatangan penjajahan tersebut sebagai alat untuk menundukkan bangsa
Barat di Alam Melayu. Niat buruk pihak penjajah Melayu Islam di bawah perancangan penjajahan
Salib.
terhadap Islam dapat dilihat dari usaha Portugis yang
cuba menarik masyarakat tempatan kepada agama Campur tangan secara langsung dan meluas oleh
Kristian setelah menghalau pedagang Islam dan British dalam politik di Tanah Melayu bermula sejurus
membina kubu bagi mengawal pemerintahan mereka selepas Perjanjian Pangkor yang ditandatangani di
di Melaka. Portugis berusaha menjadikan Melaka antara Sultan Perak dan pihak British pada tahun
pusat perkembangan Kristian di Timur dengan 1874. Perjanjian ini menyebabkan wujudnya sistem
kedatangan St. Francis Xavier, seorang paderi yang Residen di Perak dan negeri-negeri lain seperti
mengasaskan pembinaan gereja dan sekolah yang Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan. Perjanjian
dikhususkan kepada penganut Katolik dan penduduk ini berasaskan kepada pemerintahan secara tidak
tempatan yang baru memeluk Kristian. Namun langsung dan dengan ini pihak British dapat
demikian, sambutan orang Melayu terhadap agama mempercepatkan penjajahannya di semua negeri di
Kristian sangat mendukacitakan pihak penjajah Semenanjung Tanah Melayu (B. W. & A. Andaya
Portugis dan Belanda yang menguasai Melaka selepas 1982). Usul campur tangan ini telah dinyatakan pada
itu (Maruwiyah Ahmat 2006). Penentangan orang Fasal IV Perjanjian Pangkor iaitu:
Melayu yang berterusan terhadap Barat menyebabkan
Sultan perlu menerima dan menyediakan tempat
kedua-dua kuasa Barat itu mengakui bahawa Islam tinggal yang sesuai kepada pegawai British yang
yang sememangnya telah sebati dalam masyarakat dipanggil sebagai Residen dia akan menjadi
itu sukar untuk ditundukkan. Ahli Majlis Istana dan semua nasihat dalam
Namun demikian, kegagalan penguasaan Barat ke hal ehwal negara mesti disiasat dan diambil
atas orang-orang Melayu mulai berubah selepas dasar tindakan mengikut budi bicaranya kecuali dalam
devide and rule dilaksanakan melalui penyerahan isu sensitif serta adat istiadat dan agama orang
Singapura oleh Belanda kepada British pada tahun Melayu (Islam) (Gullick 1969).
1824. Stamford Raffles telah menjalankan usaha Sultan hendaklah menerima dan menyediakan
gigihnya untuk menguasai pemikiran orang-orang kediaman yang sesuai kepada pegawai British
Melayu. Beliau telah menunjukkan sikap seorang yang dikenali sebagai Residen yang akan diiktiraf

Bab 1.indd 8 8/9/2012 2:30:10 PM


Islam dan Dakwah dalam Zaman Kebangkitan Awal Islam 9

oleh mahkamah dan segala pendapat hendaklah Inggeris telah dijadikan undang-undang negeri
dikemukakan dan bertindak ke atas segala persoalan Melayu.
tanpa menyentuh persoalan keagamaan dan Polisi sekular juga diperkenalkan dalam sistem
kebudayaan orang Melayu. pendidikan. Reformasi sistem pendidikan penduduk
Deklarasi ini telah menyebabkan berlakunya Melayu Muslim bukan hanya menyumbangkan
pemisahan kerajaan yang dikuasai oleh British dengan secara pasif kepada kehidupan Melayu mengikut
Islam. Dengan kata lain, sebarang urusan sekular prinsip-prinsip Islam, tetapi menimbulkan suatu
seperti pentadbiran am di seluruh negeri Melayu dimensi baru dan tidak menyenangkan kepada
iaitu undang-undang, sosial dan ekonomi, urusan ini sistem Pendidikan Melayu di dalam negara ini, serta
hendaklah diuruskan dengan unsur keagamaan yang menyebabkan wujudnya budaya pemisahan dalam
terhad di mana hanya melibatkan urusan peribadi masyarakat Melayu (Husin Mutalib t.th.). Wujudnya
Muslim sahaja seperti yang difahami oleh pemikiran sistem pendidikan baru ini yang bercirikan dan
sekular orang British (Abdul Aziz 1993). bersifat kebaratan bagi mendapat sokongan daripada
Penentangan pembesar Melayu seperti yang golongan aritokrasi Melayu. Salah satu kaedah
berlaku dalam beberapa siri pemberontakan terhadap yang berjaya ialah melalui sebuah pusat khas yang
Residen Inggeris tidak melemahkan penguasaan mendidik orang Melayu yang layak bagi mengisi
penjajah terhadap Tanah Melayu. British terus jawatan-jawatan kosong dalam perkhidmatan awam
menyuburkan sekularisme dalam sistem perundangan era penjajah (Cham 1977). Kolej Melayu Kuala
sivil dan jenayah yang berasingan di kesemua jabatan Kangsar telah diwujudkan bagi golongan Melayu-
kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Barat ini untuk mendidik mereka menjadi elit yang
Melayu. Tindakan ini telah mewujudkan sistem akan mengganti British setelah mereka meninggalkan
perundangan Islam yang lebih formal yang disokong negeri Melayu kelak (Roff 1967).
oleh statut, akta, pengesahan dan sebagainya yang Penguasaan British di tanah Melayu tidak dapat
mengikut logik barat daripada yang telah sedia ada lari dari membawa bersama perkembangan agama
(B.W. Andaya & L.Y. t.th). Kristian. Walaupun pentadbiran British kelihatan
Bahkan institusi Islam formal seperti jabatan dan tidak terlibat secara langsung dalam perkembangan
majlis agama yang diperkenalkan lebih bertujuan agama Kristian, ia menubuhkan sekolah yang ditadbir
supaya British dapat mengawalnya. Pelantikan oleh mubaligh Kristian. Menurut Roff, menjelang
pegawai agama yang penting adakalanya dilantik 1900 terdapat tujuh daripada 24 buah sekolah adalah
dengan mengikut nasihat dan panduan oleh Residen di bawah pentadbiran gereja. Walaupun ia tidak
British. Lagipun, pegawai bagi jabatan agama berjaya mengubah akidah pegangan pelajar Muslim
merupakan kakitangan kerajaan bagi tanah jajahan ketika itu, tetapi ia berjaya mengkristiankan pelajar
British di mana segala pelantikan, gaji, dan pemecatan Cina dan India. Dalam lain pengertian, sekolah seperti
mereka di bawah kuasa British. Pendek kata, Islam ini berjaya menjadi sebahagian daripada rangkaian
hanyalah simbol tanpa memiliki kuasa undang-undang penting bagi British mengembangkan agama ini
dalam birokrasi British (Emily Sadka 1968). melalui sistem pendidikan terutama di kawasan
Ringkasnya, menurut Hooker terdapat empat bandar (Ghazali Basri 1992). Tumpuan misionari
implikasi yang besar dalam sistem perundangan Kristianisasi secara khusus kepada bangsa Melayu
Malaya. Pertama, perundangan Inggeris menjadi pula dapat dilihat dari usaha awal mereka menerbitkan
undang-undang Tanah Melayu dan kenyataan dalam akhbar Bustan Arifin pada 1821. Akhbar yang boleh
perundangan Islam dijadikan sebagai syarat mengikut didapati dalam versi jawi ini diikuti oleh lima akhbar
konsep yang telah ditetapkan secara undang-undang. lain sehingga 1898. Walau bagaimanapun, usaha
Kedua, terdapat sedikit perubahan untuk menjadikan mereka gagal menarik minat masyarakat Melayu
peraturan itu termaktub. Ketiga, aspek orang awam yang masih bersikap ragu-ragu terhadap penjajah
dalam Islam dan peranan perundangan Islam telah dan sistem pendidikan mereka (Mohammad Redzuan
diabaikan serta telah dihadkan kepada lingkungan t.th.). Justeru, jumlah orang Melayu yang didapati
peribadi sahaja. Manakala yang terakhir, British memeluk Kristian adalah sangat kecil. Menurut
telah meminimumkan skop Islam dan mencampuri Brown (1996), jumlah mereka yang memeluk Kristian
urusan pentadbirannya (Norhashimah 1994). Dalam di kalangan orang Melayu boleh dikira dengan jari
perkembangan selanjutnya, konsep perundangan sahaja. Misionari Kristian hanya boleh menarik
dualisme menjadi lebih jelas apabila perundangan nafas lega hanya apabila kegiatan mereka di Sabah
Islam hanya digunakan dalam urusan yang berkaitan dan Sarawak mula menunjukkan reaksi positif di
tentang keagamaan sahaja, sedangkan perundangan kalangan penduduk peribumi di sana. Berbeza

Bab 1.indd 9 8/9/2012 2:30:11 PM


10 Islamiyyat 34

dengan orang Melayu, Islam seolah-olah menjadi hak bangsa yang mana dalam kebanyakan kes golongan
yang eksklusif bagi mereka. Persoalan kini, jumlah Melayu lebih mundur (Hua 1983). Pengenalan sistem
konversi ini didakwa meningkat setelah Malaysia ekonomi kapitalis oleh British telah mewujudkan
mencapai kemerdekaan dari penjajah. dimensi ekonomi yang baru di mana ia adalah amat
Perkembangan sistem pendidikan di bawah bertentangan dengan nilai-nilai Islam.
penjajahan British menyebabkan sistem pendidikan Ketibaan dua kumpulan migrasi ini juga
agama yang dijalankan melalui institusi tradisional menyebabkan wujudnya persaingan agama di
seperti pondok atau surau mengalami kemerosotan. Tanah Melayu. Tidak terdapat bukti yang kukuh
Tanpa sumber kewangan yang kukuh dan pentadbiran menyatakan tentang usaha pengislaman golongan
formal yang sistematik, sistem pendidikan tradisional migrasi ini. Dengan itu, peluang ini dan pandangan
ini tertinggal di belakang berbanding pendidikan mereka terhadap Kristian telah menggalakkan
British. Walaupun British juga memperkenalkan pengembangan Islam. Pertambahan bilangan gereja
sistem pendidikan vernakular kepada orang Melayu ia dan baptisan, terutamanya dalam kalangan bangsa
dilihat tidak lebih daripada usaha mereka mengekalkan Cina adalah menggalakkan. Contohnya, terdapat
kekuasaan ke atas Tanah Melayu. Tujuan sistem ini 29 dewasa dibaptiskan pada 1952, dan pada 1954
jelas mendapat kritikan sarjana tempatan seperti adalah 218 orang. Dicatatkan bahawa William Milne
Nordin Selat yang menilai: dari kumpulan London Missionary Society (LMS)
Bagi memperbaiki sekumpulan manusia dan tiba di Melaka pada 1814 bagi tujuan penyebaran
untuk menjadikan anak petani atau nelayan Kristian. Beliau menjadi pengasas kepada Anglo
menjadi lebih bijak daripada ayahnya, hanya Chinese College dan pengeluar akhbar yang sangat
pendidikan yang membolehkan mereka lebih tekun dalam gerakerja misionarinya. Pada suku
memahami tatacara kehidupan mana yang sesuai kedua kurun ke-9 pula menyaksikan penumpuan
untuk mereka (Nordin Selat 1976). misionari Kristian kepada kaum India apabila Church
Missionary Society daripada United Kingdom dan
Pendidikan bersifat dualisme ini telah
Australia telah menghantar paderi untuk bekerja
menyebabkan terdapat dua perspektif yang berlainan
sebagai penanam getah bersama mereka (Ghazali
di kalangan sarjana Melayu. Ia sekaligus mencabar
Basri 1992). Perkembangan Kristian di kalangan
perkembangan dakwah yang seharusnya dilakukan
migran ini mencetuskan cabaran dan persaingan
melalui sistem pendidikan yang baik dan Islamik.
kepada Islam yang berterusan hingga ke hari ini.
Sistem pendidikan British menghasilkan Melayu
Cabaran lain terhadap Islam yang dikaitkan
moden yang cenderung ke arah Barat, manakala
dengan peranan pejajah British boleh juga dilihat
sistem pendidikan Islam menghasilkan ulama yang
dari penularan fahaman ajaran Qadiani yang bertapak
tidak terdedah kepada sistem pendidikan moden.
di Singapura pada awal 1930-an. Qadiani diasaskan
Pemisahan aliran pendidikan ini mewujudkan
oleh Mirza Ghulam Ahmad di India sekitar awal
satu golongan nasionalis yang lebih cenderung ke
1900-an disokong kuat oleh British bagi mematahkan
arah Barat manakala yang satu lagi mewujudkan
kebangkitan jihad umat Islam di India (Abdul Rahman
kumpulan Islam yang menentang penjajah. Ini boleh
Umairah 1978). Kebangkitan ajaran baru di Singapura
dilihat secara jelas dari penubuhan UMNO dan Hizbul
diperkuatkan oleh Maulana Hussin Iyaz yang datang
Muslimin dalam kebangkitan memperjuangkan
ke Singapura 1935. Namun penyebarannya di
kemerdekaan negara.
kalangan orang Melayu kurang mendapat sambutan
Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh British
walaupun ia berupaya memecahbelahkan perpaduan
telah memberikan implikasi secara tidak langsung
umat Islam seperti di India. Penularan ajaran sesat
kepada orang Muslim dan Islam. Pada awal abad
seperti ini berterusan apabila fahaman Bahai yang
ke-20, British telah menggalakkan migrasi dari China
diasaskan oleh Ali Muhammad al-Shirazi di Iran pada
dan India bagi tujuan ekonomi. Pada 1931, jumlah
1820 telah dinaungi dan dibantu perkembangannya
penduduk Malaya ialah 4,385,346 orang daripadanya
oleh penjajah British. Sokongan ini terbukti apabila
sebanyak 44.7% adalah Melayu, 39% Cina dan 14.2%
Pegawai Daerah Inggeris memperuntukkan tanah
India (Rupert Emerson 1970). Perubahan ini bukan
perkuburan kepada penganut Bahai di Jeram Selangor
hanya mengakibatkan masalah politik kepada orang
pada 1954 (Che Mat Che Ali 1982). Kerjasama
Melayu, tetapi telah membawa satu cabaran yang
yang baik dari mubaligh Kristian juga menyebabkan
hebat kepada orang Melayu di dalam negara yang
gerakan Bahai berjaya meluaskan pengaruhnya di
mempunyai kepelbagaian agama dan bangsa. Ia juga
Borneo apabila ia berjaya bertapak di Sabah dan
mencetuskan persaingan ekonomi antara ke semua
menjadi tumpuan penggerak dari Indonesia (Anwar

Bab 1.indd 10 8/9/2012 2:30:11 PM


Islam dan Dakwah dalam Zaman Kebangkitan Awal Islam 11

al-Jundi 1979). Justeru, pertapakan dua gerakan ini KESIMPULAN


adalah jelas dihubungkan kepada usaha penjajah
dalam rangka memecahbelahkan perpaduan umat Berdasarkan sorotan di atas, Islam dan dakwah atau
Islam yang beraliran Ahli Sunnah wa al-Jamaah lebih khusus dakwah Islamiah telah melalui suatu
di Alam Melayu. Walaupun mereka tidak berjaya pengalaman yang mencabar. Walaupun bermula
mempengaruhi umat Islam, kehadirannya di atas dengan suatu kejayaan yang agak memberangsangkan
dokongan penjajah telah berjaya melebarkan lagi justeru berjaya menggantikan penguasaan agama
cabaran yang harus ditangani oleh gerakan dakwah Hindu dan Buddha di Alam Melayu, ia terpaksa
di negara ini. berdepan dengan penguasaan penjajah yang berjaya
Ringkasnya, penjajahan Barat di Tanah Melayu mengenepikan Islam dan dakwah dari perjuangan
telah menyediakan suatu landskap yang luas bagi arus perdana negara. Jika kemunculan awal Islam
pertembungan dua nilai yang saling bertentangan dengan gerakan dakwah yang bersifat konservatif
dalam pelbagai aspek kehidupan di negara ini. berjaya mengubah masyarakat Nusantara menjadi
Hakikat yang pastinya menjadi cabaran getir bagi lebih bertamadun dan progresif, kedatangan penjajah
gerakan dakwah Islamiah ini dijelaskan secara tegas pula mencabar dominasi Islam sebagai agama yang
oleh Ahmad Ibrahim, iaitu: berpengaruh di rantau ini. Kejayaan penguasaan
Di negara kita sayangnya tidak terdapat “Umat politik penjajah telah menyebabkan Islam dan dakwah
Islam” dengan erti kata yang sebenarnya iaitu dipinggirkan sesuai dengan pendekatan sekular
oleh sekumpulan orang Islam yang bersatu, yang Barat. Mereka bukan sahaja mendokong penyebaran
menerima ajaran Islam dengan sepenuhnya dan agama Kristian secara tidak langsung bahkan berjaya
bersedia berjuang untuk melaksanakan ajaran- meletakkan beberapa halangan bagi perkembangan
ajaran Islam dalam semua bidang hidupnya. Islam dan dakwah dalam bidang ekonomi, pendidikan
Penjajahan yang kita alami telah meninggalkan dan sosial umat Islam. Halangan-halangan ini
kesan yang buruk, telah menghancurkan perpaduan kekal menjadi duri dalam daging yang mencabar
kita dan telah menyesatkan cara hidup serta fikiran perkembangan Islam dan dakwah di Malaysia di
orang-orang Islam dan memecahkan sistem- masa hadapan kecuali wujud usaha yang berterusan
sistem yang seharusnya wujud di negara kita.
bagi mengembalikan kegemilangan yang pernah
Oleh kerana pengaruh penjajahan itu maka telah
timbul perselisihan antara aliran tradisional dan dikecapinya suatu ketika dahulu. Proses dakwah
aliran moden hinggakan seolah-olah terdapat dua dalam mengembalikan kegemilangan Islam di masa
golongan yang berasingan dan berlaga di antara hadapan tidak terlepas dari menjadikan zaman
satu dengan yang lain. Oleh kerana pengaruh kebangkitan awal Islam dan era penjajahan Barat
penjajahan itu juga kita dapati semua struktur dan sebagai panduan.
sistem kerajaan, pemerintahan, politik, ekonomi
dan sosial di negara kita tidaklah berdasarkan RUJUKAN
kepada ajaran Islam tetapi meniru cara moden
yang telah dibawa oleh penjajah itu. Umat Islam Abdul Aziz Mohd Zain. 1993. Zakat and Rural Development
telah berpecah dan telah mengenepikan sistem in Malaysia. Kuala Lumpur.
serta cara hidup yang diajar oleh Islam. Mereka Abdul Rahman Umairah. 1978. al-Madhahib al-mua‘sirah
menyamakan Islam dengan agama Kristian wa mawqif al-Islam minha. al-Riad: Dar al-Liwa’.
umpamanya, dan tidak lagi yakin bahawa Islam Abdullah Munshi bin Abdul Kadir. 1961. Kesah pelayaran
harus menjadi pedoman dan penilaian kita dalam Abdullah. Singapura: Malaya Publishing House
semua urusan cara hidup kita (Ideris Endot Limited.
1988). Ahmad Ibrahim. 1970. Towards a History of Law in
Malaysia and Singapore. Singapore: University of
Kesan penjajahan seperti yang dikesan oleh Singapore.
sarjana di atas selanjutnya dilihat menimbulkan dua . 1978. The Positions of Islam in the
bentuk pandangan dalam menanggapi persepsi dan constitutions of Malaysia. Dlm. The constitution
pendekatan dakwah di negara ini. Kesinambungan of Malaysia: Its Development 1957-1977. Kuala
dan perubahan pastinya dapat dilihat secara lebih Lumpur.
jelas apabila membicarakan Islam dan dakwah dalam al-Attas, Naquib S.M. 1963. Some Aspects of Sufism
konteks negara Malaysia moden hari ini. as Understood and Practiced Among the Malays.
Singapura: Institut Penyelidikan Sosiologi Malaysia.

Bab 1.indd 11 8/9/2012 2:30:11 PM


12 Islamiyyat 34

. 1969. Preliminary Statement on the Mohammad Redzuan Othman, Islam dan Masyarakat
General Theory of the Islamisation of the Malay- Melayu Peranan dan Pengaruh Timur Tengah. Kuala
Indonesia Archipelago. Kuala Lumpur. Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
. 1985. Notes on various theories Mohd Din Ali. 1963. Two foces in Malay society. Dlm.
regarding the Islamisation of the Malay archipelago. Intisari 1: 3.
Dlm. Muslim World. LXXV. Mohd Taib Osman. 1980. Islamisation of the Malays: a
Anwar al-Jundi. 1979. al-‘Alam al-Islami wa al-isti’ma transformation of culture. Dlm. Tamadun Islam di
al-siyasi wa al-ijtima‘i wa al-thaqafi. Kaherah: Dar Malaysia. Kuala Lumpur.
al-Kitab al-Misri. Mohd Yusof Iskandar. 1979. Masyarakat Melaka 1400-1511
Arnold, T. W. 1970. The Preaching of Islam. Lahore: dengan tinjauan khusus mengenai orang-orang asing.
Ashraf Publication. Dlm. Malaysia Sejarah dan Proses Pembangunan,
B. W. dan Andaya, A. 1982. A history of Malaysia. London: disunting oleh Khoo Kay Kim. Kuala Lumpur:
MacMillan. Persatuan Sejarah Malaysia.
Brown, L. E. 1936. Christianity and the Malays. London: Morrison, G. E. 1957. Islam and the church in Malaya.
SPCK. Dlm. Muslim World XL: VII.
Cham, B. N. 1977. Colonialism and communaism in Muhammad Abu Bakar. 1991. Sufi in the Malay-Indonesia
Malaysia. Dlm. Journal of Contemporary Asia 7: 2. world. Dlm. Islamic Spiritulity Manifestations,
Che Mat Che Ali. 1982. Dakwah Islamiah dan gerakan disunting oleh Syed Hossein Nasr. New York: SCM.
Kristian di kalangan penduduk orang asli di Malaysia. Nodin Selat. 1976. Kelas Menengah Pentadbir Baru. Kuala
Dlm. Masa 3. Kuala Lumpur: Bahagian Agama Lumpur: Utusan Melayu.
Jabatan Perdana Menteri. Norhashimah Mohd Yasin. 1994. Islamisation or
Emerson, R. 1970. Malaysia a Study in Direct and Indirect Malaynisation?: a study on the role of Islamic law in
Rule. Kuala Lumpur: University Malaya Press. the economic development of Malaysia (1969-1993).
Fatimi, S. Q. 1963. Islam comes to Malaysia, Singapore: Tesis Ph.D. University of Warwick.
Malaysian Sociological Research Institute. Roff, W. R. The Origin of the Malay Nationalism. New
Gabriel, T. 1996. Christian-Muslim relations a Case Haven and London: Yale University Press.
Study of Sarawak East Malaysia. Avebury: Ashgate Sadka, E. 1968. The protected Malay state 1874-1895.
Publishing Limited. Kuala Lumpur.
Geertz, C. 1968. Islam Observed Religious Development in Shellabear, W. W. 1982. Sejarah Melayu, Kuala Lumpur:
Morocco and Indonesia. New Haven: Yale University Fajar Bakti.
Press. Shellabear, W. G. 1967. Sejarah Tanah Melayu, Kuala
Ghazali Basri. 1992. Christian mission and Islamic da‘wah. Lumpur: Oxford University Press.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Tibbetts, G. R. 1951. Arab seafaring. New Jersey:
Gullick, J. M. 1969. Indegineous political system of Princeton University.
Western Malays. London. Van Leur, J. C. 1959. Indonesian trade and society: essay
Harrison, B. 1968. South East Asia a short history. London: in Asian social and economic history. The Hague.
Mac Millan Press. Wan Hussein Azmi dan Haron Din. 1985. al-Da‘wah al-
Hua, W. Y. 1983. Class and communitty in Malaysia: Islamiyyah fi Maliziya zuhuruha wa intisharuha, Kuala
politics in a dependent capitalist state, London: Zed Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Books. Werthem, W. F. 1959. Indonesia Society in Transition – A
Husin Mutalib. 1990. Islam and ethnicity in Malay politics, Study of Social Change. The Hague.
Singapura. Wilkinson, R. J. 1972. Papers on Malay Subjects: Law.
Ibrahim Ma, Muslims in China. Kuala Lumpur: Part 1. Kuala Lumpur.
PERKIM.
Ideris Endot. 1988. Tasawwur dakwah Islamiah di
Malaysia. Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah. Badlihisham Mohd Nasir, PhD.
Iskandar Zulkarnain. 2005. Gerakan Ahmadiah di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Indonesia. Yogyakarta: LKIS Yogyakarta. Fakulti Pengajian Islam
Maruwiyah Ahmat. 2006. Penjajahan Portugis dan Universiti Kebangsaan Malaysia
Sepanyol ke atas Asia Tenggara. Shah Alam: Karisma bmn@ukm.my
Publications.
Means, G. P. 1996. The role of Islam in political
development of Malaysia. Dlm. Comparative Politics
1: 2.

Bab 1.indd 12 8/9/2012 2:30:11 PM

Anda mungkin juga menyukai