Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN (MINGGU 5)

BILANGAN JURNAL :5
MINGGU PRAKTIKUM : KELIMA
TARIKH PERISTIWA : 8 – 12 JULAI 2019

TAJUK JURNAL : KESESUAIAN AKTIVITI DENGAN TAHAP MURID

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana pada minggu ini, pengajaran dan kawalan kelas saya
semakin baik. Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran, semua murid-murid berjaya
melibatkan diri tetapi terlalu banyak aktiviti yang diadakan bagi sesuatu pengajaran menyebabkan
murid berasa tertekan dan juga kefahaman yang rendah terhadap arahan aktiviti menyebabkan
mereka mudah bosan dan tidak berminat untuk melibatkan diri mereka. Aktiviti yang terlalu
mudah pula akan menyebabkan masa akan menjadi lebih banyak terluang dan murid cenderung
untuk bersembang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti yang guru pilih adalah tidak sesuai
dengan tahap murid.

2. ANALISIS MASALAH

Pada mulanya saya berasa gembira kerana dapat kawalan kelas semakin baik. Namun, setelah
membuat refleksi pengajaran, aktiviti yang dijalankan mungkin tidak bersesuaian dengan tahap
kognitif murid. Terdapat sebahagian aktiviti terlalu sukar dan ada antaranya terlalu senang
sehingga mereka bosan. Jika hal ini berterusan, murid akan kurang minat untuk mengikuti kelas
Kemahiran Hidup. Oleh itu saya perlu menggunakan aktiviti yang berlainan untuk kedua-dua
kelas yang saya ajar mengikut kesesuaian.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Selepas analisis dibuat, saya berpendapat bahawa saya perlu membuat penambahbaikan dalam
setiap aktiviti yang dijalankan. Saya perlu menjalankan aktiviti yang memerlukan penglibatan
yang lebih menyeluruh daripada murid dan bervariasi iaitu tidak hanya tertumpu kepada satu
kemahiran belajar sahaja. saya juga perlu menggunakan aktiviti yang berbeza untuk kedua-dua
kelas ini. Selepas melakukan rujukan daripada bahan-bahan yang lepas serta perbincangan
dengan guru pembimbing dan rakan guru pelatih, Saya telah berjaya memotivasikan diri saya
supaya dapat menyediakan aktiviti yang lebih menyeronokkan di dalam kelas. Selain itu, saya
juga akan cuba untuk sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid melalui setiap aktiviti.
Hal ini saya lakukan dengan harapan agar murid dapat memikirkan rasional setiap aktiviti yang
saya jalankan.

4. REFLEKSI

Saya berharap dengan pertolongan dari setiap mereka yang pakar dapat membantu saya
menangani masalah-masalah yang timbul dengan tenang dan sukses. Di samping itu, saya
berdoa agar murid-murid yang saya ajar dapat mengikuti pengajaran saya dengan baik dan
memahami topik yang saya ajar sesempurna mungkin insyaAllah.

Disemak oleh guru pembimbing Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai